11 September 2010

UMNO...!! Pedulikan Perkasa... teruskan tugas anda

Aku hairan kenapa UMNO beriya-iya sangat terhadap Perkasa. Kenapa mereka perlu membuat kenyataan menolak Perkasa? Kenapa mereka mahu peduli sangat terhadap Perkasa? Bukankah Perkasa itu hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam, bukannya sebuah pertubuhan parti politik. Kalau Perkasa mahu jadi sebuah parti politik pun kenapa UMNO peduli?

Aku nak tanya kenapa suara Perkasa sekarang begitu lantang dan pertubuhan itu semakin mendapat sokongan ramai orang Melayu termasuk kalangan ahli UMNO? Sebabnya kerana UMNO kini telah kehilangan taring dan kuku untuk bercakap dan berjuang untuk orang Melayu. Ke mana perginya para pemimpin UMNO termasuk dari Pemuda UMNO ketika hak-hak Melayu dan agama Islam diperlekeh dan diperlecehkan oleh kaum lain?

Malahan orang Melayu juga melihat perjuangan Perkasa lebih ikhlas berbanding UMNO yang kebanyakannya berjuang untuk poket sendiri dan rakan-rakan setiakawan mereka sahaja berbanding rakyat dan bangsa Melayu. UMNO juga kini seolah-olah telah dikunci mulut dan dirantai oleh rakan-rakan dari parti komponen lain malahan kelihatan sekali mereka "takut" kepada parti-parti pembangkang.

Kalau benar UMNO tidak boleh lantang bercakap dan berjuang untuk kepentingan Melayu dan agama Islam kerana terlalu menjaga hati rakan-rakan dari parti lain dalam BN, maka sebaiknya UMNO bersikap berkecuali dan mendiamkan diri terhadap perjuangan Perkasa. Perkasa bukan UMNO dan UMNO juga bukan Perkasa. UMNO tidak boleh menghalang jika ada ahlinya menyertai Perkasa kerana Perkasa hanya sebuah pertubuhan NGO.

Biarkanlah Perkasa terus lantang bercakap dan berjuang untuk Melayu dan Islam dan UMNO tidak harus campur tangan atau mempersoalkannya. UMNO perlu mencontohi MIC yang tidak pernah mempersoalkan Hindraf yang lantang memperjuangkan hak kaum India atau MCA yang tidak pernah mencemburui perjuangan Suqui.  Malah mereka sebaliknya secara diam-diam menyokong kedua-dua pertubuhan tersebut.

Justeru UMNO tidak seharusnya mempedulikan Perkasa, apa yang dilakukan atau siapa yang menjadi ahlinya sebaliknya UMNO perlu terus melaksanakan perubahan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat dan ahlinya. UMNO tidak harus merasa selesa sebaliknya bekerja lebih keras dan berterusan bagi memastikan kemenangan mutlak untuk BN pada PRU-13.

Share this

4 Responses to "UMNO...!! Pedulikan Perkasa... teruskan tugas anda"

  1. Ya!! Saranan yang paling jelas paling tepat dan paling sophisticated.

    Hidup Perkasa! Hidup Umno! Hidup Melayu! Dan yang utama Hidup Islam/Melayu!

    ReplyDelete
  2. mungkin kah ianya political ststement saja?

    ReplyDelete
  3. bro,perkasa ditubuhkan sebab nk mengukuhkankan lagi perjuangan org2 melayu..sekarang UMNo pun mcm dah lari pada landasan yg sebenar..,,...

    ReplyDelete
  4. yayaya...sangat setuju dengan kewujudan perkasa yang nampak sedikit taring dibanding pemuda umno maupun umno sendiri...
    wajib kita menyokong sepenuhnya.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.