15 October 2010

Bajet 2011... Tiada yang bermakna buat rakyat?

Tiada bonus! Nampaknya tekaan aku bahawa kerajaan akan bagi bonus sebulan kepada penjawat awam nampaknya meleset. Cuma wang saguhati RM500 untuk penjawat Gred 54 ke bawah dan para YB (yang bersara). Aku percaya ramai yang tak puas hati dengan bajet kali ini sebab tak ada bonus (baca artikel aku pasal Bajet 2011 sebelum  ini).

Bagi aku secara peribadi dan sebagai rakyat marhain, bekerja di syarikat swasta dengan pendapatan sederhana, Bajet 2011 tidak memberi impak besar kepada aku dan aku percaya juga kepada rakyat di luar sana. Bukan aku nak kondem Najib atau bajet kali ini, tetapi aku tak merasakan satu "dushh...!!!" direct impact kepada aku dan rakyat marhain, melainkan projek-projek pembangunan yang makro.

Selain duti telefon bimbit yang dihapuskan, tiada kenaikan kadar tol di empat lebuh raya PLUS dan penghapusaan cukai barangan popular pengguna termasuk seluar dalam dan bra, tiada apa yang memberi makna kepada rakyat marhain macam aku.

Duti import telefon bimbit bagi aku tidak membawa impak pun sebab selama ini telefon bimbit pintar (3G / 4G) memang dah tak dikenakan cukai. Jadi bila cukai dihapuskan pada Bajet 2011, ia terfokus kepada telefon bimbit biasa (tak smart) yang dah pun murah sekarang. Cuma cadangan ini boleh mengurangkan lambakan telefon 'klon" dan telefon bimbit seludup.

Tiada kenaikan kadar tol tidak membawa banyak makna sebab apa yang aku dan rakyat marhain mahukan ialah pengurangan kadar tol. Kalau tol turun tentu rakyat bergembira sebab ia membawa impak terus kepada rakyat yang sebahagian besar menggunakan lebuh raya bertol.

Penghapusan cukai barangan seperti barangan wanita termasuk seluar dalam dan bra bolehlah tahan sebab selepas ini perbelanjaan bini aku untuk beli barang-barang peribadinya dapatlah kurang. Tapi tak tahulah besar mana kurangnya. Sekarang ini pun aku rasa dah murah dah. Tengoklah sekali Sogo Sale! mahu runtuh bangunan Sogo kat Jalan TAR tu. Kalau Sogo boleh jual  murah lagi lepas ini, tak tahulah apa akan jadi dengan Sogo! Ada yang terbalik dinding!!

Tapi banyak-banyak benda yang aku nak tanya sendiri Najib (kalau ada chance jumpa la... macam tak ada!) nak buat apa bina menara 100 tingkat ni? Dahlah tu yang bina pula PNB. Bukankah duit PNB adalah duit hasil pelaburan rakyat? Lainlah kalau yang bina menara 100 tingkat ini swasta macam taukeh judi Genting Group ke, Berjaya Group ke atau waima Yayasan Al-Bukhari sekalipun, aku pun tak peduli.

Kerajaan tak boleh bagi bonus sebab kewangan kerajaan masih belum mantap atau dengan kata lain, masih berjimat cermat. Tak ada duit. Dalam tak ada duit, kerajaan nak bina menara 100 tingkat menggunakan duit PNB? Bukankah lebih baik gunakan wang tersebut untuk keperluan lain. Bukan tak boleh bina menara kedua selepas KLCC tetapi tunggulah ekonomi negara betul-betul mantap!

Dr. Mahathir nak cetuskan idea bina menara KLCC pun selepas lebih 15 tahun jadi PM dan ketika ekonomi negara benar-benar kukuh. Menara itu pun dibina pakai duit Petronas, dan bukannya duit pelaburan rakyat. Jadi aku rasa eloklah Najib fikir-fikir balik idea pembinaan menara 100 tingkat ni.

Apa pun tahniah buat kumpulan rakyat yang menerima imbuhan dari bajet kali ini antaranya para pengawal keselamatan, para imam dan guru KAFA, para pengerusi JKKK/JKKP, penggawa, tok batin, ketua kampung baru dan lain-lain yang menerima kenaikan gaji minimum dan elaun masing-masing. Tapi berapa ramai kumpulan ini?

Dalam keadaan sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan semakin merosot dan ketika orang Melayu begitu dahagakan perhatian dari kerajaan, aku rasakan Bajet 2011 memerlukan elemen-elemen yang boleh memberi impak terus kepada seluruh rakyat dan bukannya kumpulan tertentu.

Entahlah... Mungkin aku tak nampak kot!

Share this

11 Responses to "Bajet 2011... Tiada yang bermakna buat rakyat?"

  1. okey la 2 500. syukur. ari tu kan dah bagi 500 pakai duit bonus petronas.
    aku yang non exec. mana dapat apa-apa time raya ari tu.
    syukur.

    ReplyDelete
  2. Aku bukan nak setuju membuta tuli, tapi setelah dicongak, dibahagi dan dicampur,mmg betul ape yg ko cakap nih. Sebab kiter sebagai golongan bawahan nih memerlukan sesuatu yg dapat meringankan beban kita, bukan menambah beban atau beban yang terpikul selama 5 tahun tanpa berubah. kita juga tak perlukan telefon bimbit baru. kita juga tak cipta rekod untuk mendaki anak tangga bangunan 100 tingkat. kita cuma nak beban kita dikurangkan;at least sikit. kita;rakyat;dah letih.

    ReplyDelete
  3. Nak tengok bajet dari barisan pembangkang pulak.....agak-agak boleh lawan bajet najib tak?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan,
    Saya bersetuju...IMPAKNYA SEOLAH2 NAMPAK TERARAH KEPADA FOKUS2 tertentu sahaja.
    Lihat SAHAYA PERMATA. Peuntukkan RM 111 Juta Bro! Hmmm....why PERMATA so special lor!. "Bagaimana dgn anak Pakcik yang bukan PERMATA, yang hanya ARANG BAKAU jea....adakah peruntukan untuk mereka".- Kata Orang Kedai Kopi. Entahlah.....

    ReplyDelete
  5. ini pendapat saya,

    1)Pembinaan menara 100 tingkat itu sebagai pelaburan untuk pelabur PNB (rakyat) dan juga keyakinan untuk pelabur luar datang melabur ke Malaysia. (Menampakkan Malaysia masih kukuh)
    2) Tiada pemberian bonus untuk kakitangan kerajaan adalah bagus kerana mengikut rekod sebelum ini, bila kerajaan bagi bonus apa yang kerajaan dapat masa PRU lalu. kerajaan hampir tumbang. Jadi kali ini kerajaan mahu lihat apa yang akan berlaku jika tanpa bonus. kakitangan kerajaan sekarang 60% adalah pembangkang dalam diam. Tanpa pemberian bonus ini juga bagus kerana barang tidak akan naik bila dapat orang gomen dapat bonus. Dapat saguhati RM500 itu sudah cukup untuk buat tambah untuk anak nak sekolah.

    3) yang lain tu tak membawa makna bagi aku.


    shah Muar.

    ReplyDelete
  6. Bina bangunan 100 tingkat guna duit rakyat? Ko sedar tak yg PNB x usik pun duit ko dlm ASB tu utk buat bangunan tu. Kalo pun ko ade RM100,000 dlm ASB, ko boleh keluarkan balik RM100,000. Malah ko dapat dividen lg tiap2 tahun. Ni sume hasil titik peluh pekerja pnb laburkan duit ko. Cube la fikir panjang sikit. Jgn cetek akal dan ikut perasaan. Jgn tau nak kondem org dan fikir negatif je. Kalo ko rase duit yg ko masuk kat dlm ASB x de bwk faedah, ko keluakan dan masukkan je dalam peti kat rumah ko. Ingat, time gawat pun PNB masih bg ko dividen pd kadar yg tetap, walhal bole je diorg ckp rugi n x bole bg dividen. Itu adalah hak PNB utk buat ape dgn hasil titik peluh diorg. Bersyukur lah dgn ape yg ade. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Aku pun tengah berfikir nih.. Menara 100 tingkat tu nak buat aper ek.. Klu benda tu bleh bagi keuntungan jangka panjang taperlah...

    ReplyDelete
  8. Di antara Menara Babil dan Menara Petronas. Saman Ekor dan Projek Airmata Rakyat.

    Ya.. Rakyat di dahulukan.... betul sangatla tu..

    ReplyDelete
  9. Dalam keadaan sekarang Najib tidak hanya perlu melaksanakan usaha menarik pelabur tetapi lebih penting menarik sokongan rakyat terhadap beliau dan kerajaan BN. Setiap tindakan dan keputusan yang dibuatnya akan dinilai oleh rakyat dan pengundi yang akan membuang undi pada PRU13. Bajet kali ini juga perlu menjurus untuk menarik sokongan rakyat dgn menyuguhkan sesuatu yang memberi impak kpd rakyat keseluruhannya.
    Perbelanjaan yang tidak penting ketika kerajaan tidak mampu untuk membayar bonus kakitangannya adalah sesuatu yang akan menjadi bualan rakyat.

    ReplyDelete
  10. MTB:
    Dalam byk2 tulisan hang nie, yg nie antara aku sokong(bru ikut jer blog ini). Bajet 2011 nie byk yg tak kena.. Nampak ketara adalah MW itu.. Mmg mengarut yang amat sgt.
    Selain itu hutang negara capai 370bilion. Laporan audit(x msk baget) yg menampakan ketirisan yg berlaku dan lain2.

    apa yg menarik hanyalah kepada sesetngh golongan..(rakyat manala laa beli aksesori import?)

    Walaupun gitu ada gak sikit kelebihan spt kenaikan elaun, tapi dgn sedikit kelebihan ini, adakah akan tercapai hasrat agar rakyat capai pendapatan tinggi? rasanya tidak kepada kebanyakan org,

    ReplyDelete
  11. pergh.. ingat senang ke nk bagi bonus kat penjawat awam setiap bulan .Ia memerlukan belanja yg besar tu.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.