07 October 2010

Ish... Rahimi ni dah dibeli UMNO... RM5 juta beb!

TERKINI: (2.05pm)
- Kan aku dah kata, mereka akan nafi dan tuduh ada orang jadi dalang...! Baca sini!

POS ASAL:Siapa Rahimi ni? Anwar mesti tak kenal macam dia kata dia tak kenal Saiful Bukhari. Alah mana nak kenal kalau ramai sangat pembantu khas yang jambu-jambu. Saiful jambu, Rahimi jambu... Azmin pun jambu jugak hehe..!

Agaknya Rahimi ni dah dibeli UMNO atau Najib... Kurang-kurang RM5 juta. Kalau tidak masakan dia nak buat tuduhan liar terhadap pemimpin agung macam Anwar tu. Anwar tu insan mulia, pemimpin agung yang mampu menjadi penyelamat Malaysia bahkan dunia. Dialah pemimpin paling sempurna, tiada cacat cela. Hebat di dalam dan di luar negara. Di peringkat antarabangsa siapa tak kenal Anwar. Orang kenal Anwar Ibrahim daripada Abdullah Badawi (ini kata Anwar sendiri dalam satu ceramah dulu).

Apabila Rahimi Osman yang mengaku pembantu khas Anwar Ibrahim membuat aduan polis bahawa dia dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah pasal kes liwat Saiful Bukhari dan fitnah terhadap Najib/Rosmah, tentunya ramai pengikut totok PKR tak percaya. Lepas ini akan keluarlah pelbagai kenyataan menafikan dakwaan Rahimi, malah akan tuduh Rahimi dibeli UMNO atau Najib.

Tak kurang juga puak2 dan juak2 Anwar termasuk para blogger upahannya akan memaki-hamun Rahimi. Ada yang doakan supaya dia cepat-cepat "mampus" macam mereka doakan Saiful Bukhari ketika dia dedahkan perbuatan durjana bosnya itu.

Arghh... Anwar tak macam tu. Ini semua fitnah terbaru UMNO yang semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat. UMNO yang kini semakin hilang kepercayaan rakyat sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa. Rahimi dah terima suapan UMNO yang memang parti rasuah itu RM5 juta. Tak percaya kami ada bukti bertong-tong!

Itulah nada-nada penafian yang akan terpacul dari mulut Anwar atau juak-juaknya yang dibayar untuk mempertahankan bosnya. RPK kini sedang memerah otak untuk mencetuskan satu lagi "isu panas" baru untuk tutup isu Rahimi-Anwar ini. Hisyamudin Rais pun menyusun ayat-ayat carut-marut dan maki hamun untuk dilemparkan kepada Rahimi.

Puak-puak Pas juga sedang memikirkan apa sahaja untuk mempertahankan Anwar dan mencari kelemahan UMNO untuk menunjukkan bahawa... ah... ini semua kerja UMNO!!

Tepislah Anwar... tepislah macam mana sekalipun. Spinlah 360 darjah sekalipun. Tuduhlah siapa-siapa yang engkau suka tetapi yang jelas pendedahan Rahimi ini akan mendekatkan lagi kamu ke pintu penjara Sungai Buluh.

Share this

1 Response to "Ish... Rahimi ni dah dibeli UMNO... RM5 juta beb!"

  1. alaaa macam lah kita tak biasa.
    Orang kena beli, buat penafian, "ini semua konspirasi", buat tunjuk perasaan di jalanraya mana mana, pergi luar negara dan kutuk begara sendiri, dan perkara perkara seumpamanya.
    Agaknya mereka ni dah ketandusan ilham kot.
    Mari kita beri sedikit idea tambahan:
    1. Rahimi diculik alien dan ditanam memori palsu kedalam kepalanya.
    2. Rahimi bukan dibayar tetapi dibrainwash oleh pakar penyiksaan MOSSAD yang diupah pihak lawan.
    3. Rahimi sebenarnya telah ditendang ke dimensi lain, yang ada ini doppelganger dari parallel universe atau dimensi lain yang dibawakan melalui portal antara dimensi milik UMNO yang terletak di Ulu Jenderam.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.