09 October 2010

Kickdefella masuk UMNO? Pengumuman ketika PRK Galas

TERKINI:
* Kickdefella telah memberikan penjelasan berhubung hal ini di ruangan komen di bawah. Terima kasih pak Sheih atas respon yang diberikan.

POS ASAL:
Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Abdul Aziz bakal meninggalkan Pas dan pemimpin yang diekorinya selama ini Husam Musa untuk menyertai UMNO. Pengumuman mengenainya akan dibuat sempena kempen PRK DUN Galas tidak lama lagi.

Itulah berita terbaru yang dibisikkan seseorang kepada aku tentang Kickdefella yang kini dikatakan sudah berpaling tadah terhadap kerajaan Kelantan dan perjuangan Pas sejak dia dipecat oleh menantu Nik Aziz dari syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Hari ini, Kickdefella ikut serta bersama puluhan penyokong UMNO dan beberapa pemimpin UMNO seperti Datuk Mustapa Mohamad dan Datuk Ahmad Maslan menyambut ketibaan Ku Li dari London di KLIA. Baca laporan beliau di sini!

Kalau Kickdefella baca blog aku ni, aku minta beliau buat penjelasan sama ada berita itu betul atau sekadar khabar angin.

Share this

2 Responses to "Kickdefella masuk UMNO? Pengumuman ketika PRK Galas"

  1. Salam,

    Terima kasih kerana memberi ruang saya untuk meninggalkan komena. Yang pertamanya sepanjang masa sewaktu saya bekerja dengan YB Dato' Haji Husam, saya tetap merupakan ahli UMNO.

    Keduanya saya bersama YBM Tengku Razaleigh semenjak 1990 lagi dan ikut bersama YBM Tengku menyertai UMNO pada tahun 1995.

    Ketiga hubungan saya dan YBM Tengku tidak pernah terputus sepanjang saya bersama Kerajaan Negeri Kelantan, sebaliknya hubungan saya dengan YBM Tengku telah juga diguna oleh YB Husam untuk menjalin perhubungan lebih erat dengan YBM Tengku. Antara tugas awal saya sewaktu bersama Kerajaan Negeri Kelantan ialah mengatur pertemuan bagi YB Husam menziarahi YBM Tengku.

    Akhir sekali, saya sentiasa menyambut keberangkatan pulang YBM Tengku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu tiap kali saya berkesempatan sepanjang 3 tahun saya di Kelantan. Ianya tidak pernah saya rahsiakan.

    Hubungan saya dengan pimpinan UMNO juga tidak pernah terputus walaupun saya bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan ianya tidak pernah menjadi sebarang masalah kepada majikan saya.

    Sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas kebenaran untuk saya membuat penjelasan.

    Ikhlas,

    Syed Azidi Syed Abdul Aziz

    ReplyDelete
  2. terima kasih pak sheih kickdefella atas penjelasan yang diberi.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.