01 November 2010

Apabila Kelantan juara Piala Malaysia...

Orang Pas di Galas kata kejayaan Kelantan merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama tempoh hari (selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1) adalah kerana berkat doa Tuan Guru Nik Aziz. Orang UMNO pula kata ia berkat kepimpinan Presiden Kafa, Annuar Musa yang banyak membawa perubahan pada pasukan The Red Warrior!

Bagi aku pernyataan kedua-dua itu betul. Dengan usaha Annuar membina semula pasukan bola sepak Kelantan ditambah dengan berkat doa Nik Aziz dan rakyat Kelantan maka negeri itu berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Cuma yang aku hairan apa kaitan Piala Malaysia dengan pilihan raya kecil DUN Galas. Sebabnya masing-masing pihak mengaku kemenangan Kelantan di Stadium Bukit Jalil telah memberi semangat kepada mereka untuk menang pada PRK Galas. Inilah orang kita. Apa sahaja mahu dipolitikkan dan dijadikan modal kempen.

Sudah tentulah dalam sukan ia tiada hubungan antara parti politik. Baik penyokong mahupun pemain, mereka tidak mempedulikan sama sekali perbezaan politik sebaliknya sama-sama berjuang untuk memastikan kemenangan pasukan mereka.Menang sama dirai.

Di Stadium Bukit Jalil kelmarin, aku nampak ada yang kibar bendera Pas di sebalik lautan manusia dan kibaran bendera negeri. Ada juga satu dua orang kibar bendera UMNO. Bagi aku tak apalah mereka nak kibar bendera parti mana pun. Yang penting mereka duduk sama-sama di bawah satu bumbung memberi sokongan kepada pasukan sama. Baguslah lagu tu! Patut semangat yang sama ditunjukkan bila libatkan perjuangan terhadap Melayu dan Islam.

Jangan pula apabila keputusan PRK Galas diumumkan, calon atau pemimpin parti yang menang akan berucap... "Kemenangan ini adalah kerana kejayaan pasukan Kelantan menang Piala Malaysia" hehehe... memang tak kena langsung. Bola adalah bola manakala politik adalah politik. Tak ada hubungan.

Jadi jangan pula diada-adakan, okey?

Share this

0 Comment to "Apabila Kelantan juara Piala Malaysia..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.