04 November 2010

BN menang di Galas dan Batu Sapi... Tahniah!

BRAVO BN, BRAVO UMNO, BRAVO PBS!!

POS ASAL:
Keputusan tidak rasmi sudah diterima menunjukkan BN berjaya merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti lebih 1,000 undi manakala di Batu Sapi, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen dengan majoriti lebih 3,000 undi.

Walaupun keputusan rasmi belum diketahui namun laporan-laporan dari pusat pengiraan undi menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap BN sudah kembali pulih. Malah di Galas, sokongan pengundi Cina terhadap BN juga sudah pulih, sekali gus membantu Abdul Aziz Yusoff menjadi wakil rakyat Galas. Tahniah pengundi Galas yang membuat pilihan yang betul.

Apakah gambar-gambar Nik Aziz sedang memberi wang tunai kepada pengundi Orang Asli menjadi punca pengundi di Galas memilih BN berbanding Pas atau kerana mereka sudah sedar hanya BN sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Di Batu Sapi, Linda Tsen berjaya mempertahankan kerusi mendiang suaminya Edmund Chong dengan majoriti yang lebih besar. Malah Batu Sapi juga menjadi "kubur politik" buat bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee apabila rakyat Sabah telah menolak beliau. Malahan Ansari yang sebelum ini dikatakan tidak disenangi oleh PKR sendiri, mendapat sokongan yang lebih baik.

Biar pun begitu, kemenangan Linda juga menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN kembali pulih dan dasar 1Malaysia yang dilaungkan oleh DS Najib Razak nyata telah meresap ke jiwa mereka termasuk yang berada di Sabah.

Tahniah kepada semua pihak yang membantu kemenangan calon-calon BN termasuk para bloggers! Tahniah bro!

KEPUTUSAN RASMI:

[DUN GALAS]
1. Dr. Zulkefli Mohamad (Pas)  = 4,134
2. Abdul Aziz Yusoff (BN) = 5,324
Majoriti =1,190
Undi rosak =  132
Penyandang = Che Hashim Sulaima (Pas)
Majoriti = 646


[PARLIMEN BATU SAPI]
1. Linda Tsen Thau Lin (BN) = 9,773
2. Ansari Abdullah (PKR) = 3,414
3. Yong Teck Lee (SAPP) = 2,031
Majoriti = 6,359
Undi rosak =372
Penyandang = Datuk Edmund Chong Kit Wah (BN)
Majoriti = 3,708

Share this

0 Comment to "BN menang di Galas dan Batu Sapi... Tahniah!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.