23 November 2010

Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan Kelantan

KOTA BAHARU, 22 Nov (Bernama) -- Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan, Mohamad Yaacob, memberitahu Bernama antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu.
Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan Pas yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun apabila tahun demi tahun berjaya meningkatkan jumlah penganggur di negeri itu. Tahniah Nik Aziz! Tahniah kerajaan Pas Kelantan!  Inilah yang diinginkan oleh rakyat Kelantan sehinggakan mereka tetap mempertahankan kekuasaan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Kalau dicongak dari jumlah penganggur di Kelantan melebih 25,000 orang itu, tidak hairanlah kalau kadar jenayah di negeri itu juga saban hari semakin meningkat. Sebabnya ramai yang kelaparan akibat tiada pekerjaan untuk dikerjakan dan akhirnya memilih jalan singkat iaitu merompak, menyamun dan tidak kurang yang kurang siuman sehingga sanggup menyembelih anak dan isteri.

Ini bukan aku kata tetapi berdasarkan kajian kalangan bijak pandai di universiti, peningkatan kadar jenayah sebenarnya adalah selari dengan peningkatan pengangguran. Menganggur kerana tiada pekerjaan. Parah...!

Sebagai contoh, ketika zaman pemerintahan Pak Lah, beliau dengan bijaknya telah menghentikan projek-projek mega yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir sebelum itu termasuk pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor. Akibatnya, ramai kalangan kuli kontrak yang terdiri warganegara asing terutama Indonesia kehilangan pekerjaan.

Jadi untuk memastikan bekalan wang terus dihantar ke kampung halaman mereka bagi memastikan isteri dan anak-anak mereka terus dapat makan, maka mereka terpaksa menggunakan jalan lebih ganas iaitu merompak dan menyampun semata-mata untuk mengisi perut diri sendiri serta anak isteri. Ini sekali gus membantu meningkatkan kadar jenayah di Malaysia.

Persoalan, sampai bila rakyat Kelantan perlu bergantung kepada negeri lain untuk menyediakan pekerjaan kepada mereka? Sampai bila orang Kelantan terpaksa berhijrah ke Lembah Klang dan bandar-bandar besar di bawah kerajaan BN untuk mencari sesuap nasi dan mengisi perut anak isteri? Sedangkan negeri sendiri, tempat mereka dilahirkan dan tempat tumpah darah mereka gagal menyediakan pekerjaan untuk mereka.

Hanya orang Kelantan sahaja yang boleh mengubah nasib orang Kelantan!

Share this

2 Responses to "Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan Kelantan"

  1. Bagus blog ni. Aku suka penulisan yang kaya idea dan tidak emosi. Ayat yang tidak cliche. Bagus.
    Memang betul, kebanyakan penduduk kelantan berhijrah ke kuala lumpur dan klang, untuk mencari pekerjaan dan membebaskan diri daripada kemelesetan ekonomi negeri sendiri. Mereka masih mengamalkanekonomi tradisional, tidak cukup untuk menyara hidup selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

    Tak mungkin kelantan hendak terus maju tanpa pembangunan dan pekerjaan kampung?

    ReplyDelete
  2. ayoyo...aku pun x de nk komen sgt..ape yg boleh buat hanya rakyat kelantan sendiri kene pilih pemimpin yg berwibawa,cekap dan telus.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.