21 November 2010

Jawapan kepada tulisan Awang Selamat!

Tertarik benar aku dengan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini yang memaparkan wajah-wajah mereka yang keluar dari PKR dan menampilkan satu pertanyaan, "Siapa yang benar Anwar atau mereka?"

Meh aku tolong jawab soalan Awang Selamat. Yang benar ialah Anwar. Ya, Anwar yang yang maha benar lagi maha betul. Kalau tak percaya, tanyalah puak2 Pas dan puak2 yang totok berjuang mempertahankan bontot Anwar. Anwar manusia paling benar dan paling betul dalam Malaysia ini. Semua yang keluar dari mulut Anwar adalah benar dan betul.

Manakala apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO, Najib dan kerajaan tidak betul dan benar walaupun ia betul dan benar. Yup, muka-muka yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia itu semuanya pembohong dan penjilat bontot UMNO. Mereka semua sudah dibeli oleh Najib dan UMNO berjuta-juta ringgit.

Begitu juga dengan muka depan Berita Minggu hari ini yang konon ahli-ahli PKR Hulu Selangor bercakaran. Yang sebenarnya gambar itu sudah disalah tafsir oleh wartawan penjilat bontot UMNO. Mereka bukannya bercakaran sebaliknya sedang bercengkerama. Begitulah mesranya hubungan  antara ahli PKR.

Kepada puak2 Pas dan puak2 PKR totok, jangan percaya fitnah media arus perdana yang juga anjing suruhan kerajaan dan UMNO itu.

Hehe...!

Share this

4 Responses to "Jawapan kepada tulisan Awang Selamat!"

  1. tuan mesin, taip anwar memang benar dan betul selalu. tak pernah tak betul. anwar dah kena penyakit macam sekutu lain pakatan dap yang lupa diri dapat hidup mewah dengan keamanan yang dijamin kerajaan malaysia daripada tunku sampai najib, dan pas yang sentiasa lebih islam dan mengelirukan orang islam.

    boleh muntah lah dengar cerita pakatan. menjijikkan.

    ini pasal mahathir memang kurang senang tak dapat 2 per 3 majoriti dalam pru12. sekarang cabinet lebih banyak buang masa dan duit bincang perkara tak berfaedah dan bertelagah

    ReplyDelete
  2. "Manakala apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO, Najib dan kerajaan tidak betul dan benar walaupun ia betul dan benar. "

    "Yang benar ialah Anwar. Ya, Anwar yang yang maha benar lagi maha betul. Kalau tak percaya, tanyalah puak2 Pas dan puak2 yang totok berjuang mempertahankan bontot Anwar. Anwar manusia paling benar dan paling betul dalam Malaysia ini. Semua yang keluar dari mulut Anwar adalah benar dan betul."

    em..macam-macam kan. kalau ahli UMNO keluar UMNO, masuk PAS/PKR/bebas; pembangkang kerajaan cakap dah insaf/baru nak sedar segala bagai. keluar UMNO tak salah.

    bagi pembangkang, sape2 yg keluar dari parti mereka, then masuk UMNO, mereka cakap "Mereka semua sudah dibeli oleh Najib dan UMNO berjuta-juta ringgit."

    politik. yang salah jadi betul. yang betul jd salah.

    ~tak sabar nak tunggu 16 sept tahun depan...apa perubahan yg di bawa Anwar Ibrahim ye~

    ReplyDelete
  3. Zainudin, Anwar sebetulnya tengah GILA SAWAN BABI nak jadi Perdana Menteri.
    Cik Edah, menjelang 16 Sept tahun depan PKR dibubarkan sebab tak cukup ahli. Yang tinggal dalam PKR masa tu cuma Wan Azizah, Azmin & Nurul Izzah. Anwar? Nun kat Sungai Buloh!

    ReplyDelete
  4. MTP: hehehe... Amin..^_^

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.