24 November 2010

Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri

Itulah realiti kerajaan Pas Kelantan yang memerintah negeri itu sejak lebih 20 tahun lepas. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan hanyalah berceramah dan berpolitik. Dalam ceramah tak ada kerjaan lain melainkan hentam kerajaan BN, hentam UMNO. Kalau tak direct, indirect atau kias-kias. Balik-balik duk cerita pasal nak tubuh kerajaan Islam tapi dah perintah Kelantan berpuluh tahun tak nampak macam negeri Islam.

Kebajikan rakyat terabai dan tak ada usaha pun nak tarik pelabur baru datang Kelantan, bina kilang, laksanakan pelbagai projek waima projek kecil-kecilan sekalipun melainkan bergantung penuh kepada ekonomi tradisional. Tanam padi, tanam tembakau, nelayan atau tebang balak. Sebab itulah orang muda Kelantan tak boleh duduk Kelantan sebab tak ada kerja. Terpaksa berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan BN yang banyak sediakan peluang pekerjaan.

Pergilah ceruk mana dari Johor sampai ke Sabah dan Sarawak di mana-mana sahaja ada orang Kelantan. Paling-paling koman bukak warung tom yam atau masakan panas ala Siam. Orang Kelantan nak berniaga tom yam pun kena keluar dari Kelantan sebab kuasa membeli orang Kelantan rendah. Ish.. tak kan orang Kelantan tak mampu nak beli tom yam semangkuk kot?

Perbahasa dalam Dewan Undangan Negeri pun duk asyik bantai kerajaan Pusat, UMNO. Tak ada isu lain. Tak ada fikir macam mana nak tambah pendapatan ekonomi negeri. Macam mana nak bantu nelayan di Bachok, petani di Machang dan nak pelbagaikan sumber ekonomi Kelantan. Tak ada!!

Nik Aziz boleh dakwa Kelantan makin maju sebab makin banyak shopping complex yang dibuka di Kota Bharu. Hebat MB Kelantan gunakan statistik pusat membeli belah sebagai indikator kemajuan negeri. Baik! itu di Kota Bharu... Macam mana kat Machang, Pasir Puteh, Bachok, Gua Musang dan lain-lain tempat? Mungkin Nik Aziz kata itu tugas kerajaan Pusat nak majukan Kelantan. Kalau majukan Kelantan pun serah kepada Pusat, apa tugas kerajaan negeri yang kutip hasil rakyat... cukai tanah, cukai pintu, bayaran letak kereta (khabarnya paling tinggi di Pantai Timur) atau hasil balak. Mana pergi semua tu?

Korang boleh bantai aku kata aku tak pernah pergi Kelantan mana aku tahu? Macam mana aku boleh judge kerajaan Kelantan macam tu? Siapa kata aku tak pernah pergi Kelantan? Tapi kalau tak pernah pergi pun orang boleh nampak. Kenapa ramai anak muda Kelantan berhijrah ke luar Kelantan? Dan kenapa kadar pengangguran di Kelantan meningkat sehingga lebih 25,000 orang?

Ok! Dah jabatan tenaga rakyat dah dedahkan begitu ramai penganggur di Kelantan, apa tindakan kerajaan Pas Kelantan untuk tangani masalah ini? Aku percaya para Exco Kelantan yang bijak pandai terutama yang urus hal ehwal ekonomi negeri dan juga MB-nya hanya baca laporan itu dengan tersengih tanpa berbuat apa-apa. Paling-paling mereka akan salahkan kerajaan Pusat sebab tak beri royalti minyak kepada Kelantan. Macam mana kerajaan negeri nak majukan Kelantan?

Halooo...Melaka negeri kecik yang tak ada hasil mahsyur macam Kelantan pun boleh maju, boleh sediakan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyatnya. Orang Kelantan pun berhijrah ke Melaka untuk cari kerja. Kiralah berapa banyak kilang multinasional di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak jumlah pelancong ke Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas kawasan balak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas jelapang padi dan ladang tembakau di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak telaga minyak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan.

Korang kiralah sendiri. Aku malas nak kira... Penat!

Share this

12 Responses to "Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri"

  1. awak apa tau, langkah pas buat macam tu adalah strategi mereka utk mempastikan kelantan tidak jatuh kpd bn, selagi rakyat berterusan didlm keadaan sekarang selagi itulah mereka akan brkuasa...kah...kah..kah......

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT KEPADA MESIN TAIP BURUK. MAAF, TEGURAN MEMBINA UTK ANDA, DRPD PENILAIAN SAYA, ULASAN ANDA TIDAK BERFAKTA & LANGSUNG TIDAK BERILMIAH. ANDA TELAH MELANGGARI ETIKA SEORANG PENULIS YG BAIK DENGAN BERPANDUKAN KEBENCIAN TERHADAP PARTI ISLAM PAS. SATU ARTICLE YG SANGAT LEMAH.

    ReplyDelete
  3. hang pa ni x habis2 nak pedajalkan orang kelantan,sedih aku dengar hangpa semua perkecilkan orang2 kelantan.bukan depa x mau pembangunan tapi pusat yang anak tirikan depa,hangpa pikir lah sendiri.....aku dah mali dengan orang2 yang berpolitikus niihh

    ReplyDelete
  4. ahmad fatihi.. kalau aku tak betul tunjukkan kat mana tak betulnya dan buktikan ketidak-benaran aku.
    Dion... Aku tak pernah benci Pas dan kerajaan Islam Kelantan tapi tolonglah urus negeri supaya dpt jadi contoh negeri lain. Kalau nak betul jadi negeri Islam, jadikanlah dia mcm Iran misalnya.. Islam tidak diabaikan pembangunan diutamakan. Ini asyik ceramah

    ReplyDelete
  5. samb...
    Ini tdk, duk asyik ceramah & berpolitik, negeri tak terurus. Jenayah tinggi, maksiat di mana2, negeri mundur, rakyat terpaksa berhijrah cari rezeki. Siapa kata pusat tak tolong? Haloo... Negeri lain tak perlukan kerajaan pusat nak majukan negeri mereka.
    Orang Pas mmg macam tu ke? Tak boleh terima kritikan org tp suka pulak bantai orang lain....

    ReplyDelete
  6. sebelum membuat apa2 teguran..pastikan fakta anda betul dulu..Iran adalah sebuah kerajaan Syiah..tau tak apa itu Syiah? sy syorkan saudara kaji apa itu Syiah dan permusuhan mereka dgn Ahli sunnah wa jamaah..smpi ke kiamat pn mereka ttp akan menyebelahi kafir lakanatullah..maaflah saudara..kita ni org Malaysia sepatotnya ahli sunnah wa jamaah..tp kalau saudara y menyokong perjuangan org2 y menolak Al-Quran..? contoh plg dkt? Menolak perlembagaan Islam y menurut Al-Quran..Katanya? Kolot dan tidak moden..saudara menyokong orang2 mcm tu ke? tepuk dada ty diri sendiri..Islam y manakah saudara ikut? 50% liberal 50% ukhrawi? hahaha

    ReplyDelete
  7. Esan oooii.. syiah ke ahli sunnah ke, Iran ke Dubai ke, Malaysia ke, Amerika ke, Afrika ke, Mexico ke... kalau mereka mengucap Kalimah Syahadah dan percaya kepada Allah Tuhannya dan Nabi Muhammad Rasulnya, maka mereka semua orang Islam. Sama macam kita semua...
    Aku tak pernah sokong mana2 pihak yang tolak al-Quran dan perlembagaan Islam dan UMNO pun tak pernah menolaknya. Sekarang pun Malaysia sudah ada undang2 syariah (Islam), cuma tak namakan Hudud je. Kang kalau laksana hukum Islam macam kat Iran, nanti kau kata macam Syiah pulak!
    Sempitnya pemikiran korang pasal Islam. Korang ingat Pas je ke Islam kat dunia ni???

    ReplyDelete
  8. Abis org pas dah marah.MTB rasa bersalah.aku rasa negeri kelantan tu maju gak.maksud aku bukan maju dari segi pembangunan tinggi.tapi maju dari segi kerohanian,sosial.menolak duit kerajaan yg dikatakan ada unsur riba.
    p/s bukan aku yg kata ye semua ni.

    ReplyDelete
  9. semua kene basuh dengan Mesin Taip Buruk.Jawapan dan fakta mane yg betul nih.airman,AHMAD FATIHI MAKHTAR,dion dan esan.

    ReplyDelete
  10. mesin taip buruk katakan... masih tahap lama, sama mcm propaganda kat utusan/tv1,2,3. Asyik2 kata kelantan(k'tan) tak membangun. dah habis baca ke? Ni teman bagi fakta sikit: W/pun dinafikan hak royalti minyak & dianaktirikan, k'tan bkn sj berjaya dgn pembangunan secara tersendiri tp menjalankan program negeri berkebajikan. K'tan bkn negeri termiskin spt dimomokkan.
    K'tan duduk di tmpt ke6 mengikut bilangan isi rumah miskin tegar mengatasi negeri sabah, t'gganu, perak, s'wak (kesemua ni dpt peruntukan dpd Pusat)& kedah..ni dari statistik kemiskinan tegar di m'sia- jawapan PM dlm dewan rakyat pd 3/7/2007.
    Hutang lapok BN pn k'tan lunaskan; takde hutang baru; pdhal hutang tunggakan johor..rm598.35juta, kedah rm450.96juta, pahang rm414.48juta, selangor rm377.33juta, t'gganu rm259.75juta dan Negeri9. 144.37juta;pdhal tunggakan k'tan cuma rm46.61 juta.

    Begitu juga dgn program Perbadanan Ladang Rakya.. bantu golongan marhaen, Bdr Baru Tunjung dibina jadi pusat komersil satelit kpd KB. K'jaan negeri berjaya ambil alih bekalan air dpd Thames Water kpd Air Kelantan. Selain itu PMBK jadi agensi pelaburan utama negeri yg sblum ini gagal di bawah BN sblum '90. K'jaan negeri berjaya menguruskan 20 skolah agama bantuan penuh k'jaan negeri yg cemerlang & jadi saingan kpd skolah premier di bawah Kmtrian Pendidikan. Adanya pelbagai sykt multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat K'tan terus kukuh. Selama 20 thn pemerintahan, ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari k'jaan Pusat, pdhal negeri2 lain dok harapkan subsidi/suntikan je. Ini semua kejayaan, bro! janganlah dok anggap ada bangunan mcm klcc, twin tower yg kosong penghuninya tapi penuh dgn kemaksiatan tu ukuran kejayaan!

    Selain tu:

    1. mengendalikan Operasi Maksiat & Hiburan Di Kawasan Majlis Perbandaran KB
    2. Kawalan di pasar2 malam utk memastikan semua peniaga pasar malam & juga menunaikan sembahyang maghrib berjemaah.
    3. Operasi nasihat dijalankan pd hari Sabtu meliputi kawasan2 spt Tman Hijau, Padang Merdeka, Laman Siti khadijah & sekitar Bdr KB & sekitar kawasan Kota Sri Mutiara
    4. Menguatkuasakan peraturan menutup aurat di premis2 perniagaan di kawasan Majlis
    5. Operasi Sepadu melibatkan MPKB, Jbtn Hal Ehwal Islam K'tan, PDRM, Imigresen & Agensi Dadah K'bgsaan.
    6. MPKB menubuh pasukan sukarela iaitu Skuad Hisbah
    7. Seminar Keluarga Bahagia.. diadakan kpd semua ibu bpa & anak2.. slalu diadakan di kawasan tmn perumahan.
    8.Kuliah Agama utk kakitangan Majlis diadakan di Bilik Bunga Raya (setiap minggu)
    9. Kon Mustamian (Dakwah Bergerak: Van JPI turun ke pasar2 utk memasang kaset2 ceramah agama.
    10.Program Kifalah utk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal & org kurang upaya menjadi contoh kpd byk negeri
    Ini semua juga satu kejayaan... not by secular's standard la!

    Byk lagi sebenarnya tapi sy dah penat nak taip. Kalau asyik ikuti media arus perdana (MSM), mememanglah termakan dgn kutukan/hasutan terhadap k'tan.
    Buka2lah mata & minda sikit!

    ReplyDelete
  11. Kau duk cakap negeri lain tu maju, tapi hang bukak mata yang maju tu Melayu atau Cina kafir? Anak melayu kat negeri BN tu semuanya jadi hamba orang Cina. Kuasa membeli rendah? Di Kota Bharu, breakfast sampai makan 2 bungkus nasi tu kira biasalah. Kitorang belanjan RM5-7 untuk breakfast. Kat KL dengarnya kalau makan pon roti canai kosong aja, itupun bila harga naik 10 sen, kecoh.

    ReplyDelete
  12. spike_thru: berapa banyak peruntukan kerajaan negeri beri bantuan kepada keluarga miskin di Kelantan? Terbaru, yg banyak bagi bantuan ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jangan duk kira hutang kerajaan BN. Kerajaan Kelantan pun banyak hutang. Kalau tak hutang macam mana nak majukan negeri? Hutang boleh janji boleh bayar. Kau nak pakai kereta pun kena hutang, nak beli rumah hutang, nak kawin pun silap2 hutang. Apalagi kerajaan negeri.

    Adam Service: Patutlah ramai orang Kelantan kaya raya. Tapi Syed Mokhtar orang Kelantan ke? TS Azman orang Kelantan ke? sekadar sebut beberapa nama... Kerajaan Pas mana pernah nak ada usaha kayakan orang Melayu, kayakan sedara mara dan anak menantu adalah!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.