16 November 2010

Mana jersi baru bola sepak Malaysia?

Gambar kiri, Aidil dan Zaquan bergaya dengan jersi baru skuad bola negara pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur sebelum Sukan Asia berlangsung tetapi ketika beraksi di Guangzhou, (gambar kanan) skuad bola negara masih memakai baju lama (biru) berlogo FAM dan bukannya bendera Jalur Gemilang. Di mana silap?
Aku nak ucap tahniah kepada skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang akhirnya meninggalkan Guangzhou selepas kecundang di tangan Iran pada pusingan kedua Sukan Asia XVI. Tahniah sebab anak-anak buah Rajagobal nyata begitu tinggi semangat mereka berjuang untuk negara, biarpun berada dalam keadaan tempang tanpa kelibat pemain tonggak serta kehilangan beberapa pemain lagi angkara pengadil peliwat dari Australia.

Tapi kat sini bukan soal kegagalan anak-anak buah Rajagobal di Guangzhou aku nak perkatakan sebab sebelum berlepas ke China lagi bayangan skuad muda kita bakal menghadapi laluan sukar sudah kelihatan kerana berada satu kumpulan dengan Jepun dan China. Tetapi kat sini aku nak sentuh tentang jersi skuad bola sepak kita.

Aku nak tanya kepada FAM mana jersi baru Nike berwarna kuning yang dilancarkan sebelum skuad bola kita bertolak ke Guangzhou? Jersi baru dengan garis-garis kecil di bahagian depan menggantikan jersi kuning berlajur hitam tebal sebelum ini. Kenapa skuad bola kita memakai jersi biru (jersi lama)?

Betul bukan kerana kita pakai jersi lama maka skuad kita kalah tetapi kalau dah tak nak pakai jersi baru, kenapa beriya-iya benar FAM lancarkan jersi baru tersebut menjelang Sukan Asia baru-baru ini?

Sekadar bertanya!

Share this

2 Responses to "Mana jersi baru bola sepak Malaysia?"

  1. salam...
    aku dpt tau bhw jersi baru hanya akan digunakan semasa piala suzuki AF nanti...kenapa? aku pun tk tau...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.