13 November 2010

Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun?

Ada masjid di Selangor mengeluarkan perbelanjaan lebih RM60,000 setahun untuk membayar para penceramah yang datang memberi ceramah dan syarahan agama di masjid  berkenaan! Wow... Dahsyat! Maknanya lebih 90 peratus hasil sumbangan orang ramai (jemaah dan kariah) masjid berkenaan disumbang untuk para penceramah agama semata-matanya.

Apakah ceramah agama diadakan setiap waktu sembahyang dan setiap hari di masjid berkenaan sehinggakan kos bayar penceramah sahaja sampai lebih RM5,000 sebulan? Wow! Kenapa elaun para penceramah ini dibayar oleh masjid menggunakan duit sumbangan orang ramai dan bukannya JAIS? Apakah mereka bukan pegawai agama di bawah JAIS? Jadi dari mana datangnya para penceramah ini?

Dokumen laporan kewangan masjid berkenaan akan aku paparkan di sini tidak lama lagi. Tungguuuu.....!!

Share this

2 Responses to "Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun?"

  1. Maaf cakap, saya percaya tu tuan, keadaan yang mungkin sama seperti itu juga berlaku di Kedah selepas 2008. Sebahagian masjid yang sebelum itu khatib Jumaat ialah Imam masjid berkenaan tetapi kini khatibnya diimpot.

    Bayangkan andai kata seorang khatib/penceramah dibayar RM200 jika 4 orang x RM200 = RM 800 sebulan. Ini belum lagi termasuk `kuliah' maghrib dan `tazkirah' Ramadan.

    Bayangkan jika `kuliah' maghrib seminggu 5 x RM200 x 4 = RM4,000 dan `takzkirah ' Ramadan seminggu 1x 4 x 200= RM800 sebulan , dan begitu seterusnya. Ini belum termasuk majlis-majlis khas yang penceramah undangannya terdiri `orang terkenal' berapa pula bayarannya. Andai pula jika bayaran melebihi kadar tersebut. Wallahu alam.

    Sesungguhnya zaman sekarang benarlah bagai dikata `duit adalah segalanya'.

    Isi ceramah pula bergantung kepada `event' atau `time' atau `place' dan sebagainya. Diolah supaya khalayak terpegun bahawa buat `baik dan amal solih' itu sebahagian dari akhlak mulia. Memang benar tapi `cakap' begitu dan `bikin' begini , bolehkah? Wallhualam. Saya cukup sedih.

    ReplyDelete
  2. Nyanyi pun dapat upah lumayan. Ngajar tak boleh bagi sagu hati ke. Lainlah jika dah tugas khas dari Jabatan agama. masjid elok ada majlis ilmu.Takkan nak buat macam kubur, sunyi je.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.