15 November 2010

Pembebasan Suu Kyi bakal jadi modal kempen Anwar bebaskan dirinya

Aku percaya pembebasan pemimpin pro-demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi disambut dengan senyuman meleret Anwar Ibrahim. Bukan kerana Suu Kyi ini wanita simpanan Anwar atau ada hubungan persaudaraan tetapi selama ini Anwar meletakkan nasib dirinya sama dengan Suu Kyi iaitu seorang ahli politik pembangkang yang dianiaya oleh kerajaan.

Inilah modal Anwar ketika menagih simpati di kalangan pemimpin Barat dan Yahudi, iaitu beliau menjadi mangsa konspirasi politik kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan karier politiknya melalui tuduhan meliwat dan  meletakkan dirinya sama seperti Suu Kyi yang dikenakan penjara rumah oleh junta tentera Myanmar sekian lama.

Jadi pembebasan Suu Kyi ini akan menjadi modal bagi Anwar untuk memujuk para pemimpin barat agar mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwatnya sepertimana mereka mendesak junta tentera Myanmar supaya membebaskan Suu Kyi walaupun jelas sama sekali kes Suu Kyi sangat berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar.

Suu Kyi telah dikenakan tahanan rumah sejak sekian lama kerana memimpin gerakan rakyat untuk menentang kerajaan junta tentera Myanmar. Beliau dihalang daripada menjadi calon dan menyertai kempen pilihan raya. Malah kemenangan beliau dalam pilihan raya pernah dibatalkan. Malah beliau juga dikenakan pelbagai tekanan bagi memastikan kerajaan Myanmar yang dikuasai tentera terus berkuasa di negara tersebut.

Sedangkan Anwar masih boleh bertanding dalam pilihan raya dan menang seterusnya dapat menjadi Ahli Parlimen ketika kes liwat keduanya memuncak. Malah Anwar juga masih bebas ke luar negara di mana-mana negara beliau suka walaupun beliau sedang hadapi kes liwat di mahkamah yang biasanya OKT seperti beliau untuk kes sedemikian terpaksa menanti hari-hari perbicaraan dengan disumbat ke dalam lokap.

Anwar juga sehingga kini bebas untuk bercakap tanpa sekatan dan halangan walaupun dalam setiap ucapannya tidak pernah lekang memburuk dan membusukkan negara sendiri, malah penuh dengan pembohongan, tipu muslihat dan fitnah.

Tapi itu semua tidak penting bagi Anwar. Apa yang penting pembebasan Suu Kyi akan dijadikan modal baru bagi beliau untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan terhadap kes liwatnya.

Share this

1 Response to "Pembebasan Suu Kyi bakal jadi modal kempen Anwar bebaskan dirinya"

  1. apa kaitan suu kyi dengan anwar? anwar ni bodoh ke.suu kyi tu ditahan sebab dia pejuang demokrasi dinegara komunis..sedangkan anwar ni dituduh atas tuduhan liwat disebuah negara demokrasi..dan apa kaitan negara demokrasi dengan perbuatan liwat?

    betullah anwar dah hampir ke penghujung jalan..hujung jalan politik dan hujung hayat.

    anwar harus bertaubat

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.