29 November 2010

PRU-13... Ahmad Said, Idris Jusoh bakal "dipancung"?

Kemelut politik (UMNO) di Terengganu rupanya masih belum lagi padam. Ia macam api dalam sekam walaupun apinya tidak kelihatan tetapi rupanya baranya masih memanas. Nampaknya Hishammuddin gagal menguruskan masalah kemelut kepimpinan di Terengganu sejak PRU-12 lalu.

Dalam hal ini aku rasakan hanya satu cara untuk menyelesaikan sengketa antara MB sekarang, Ahmad Said dan bekas MB, Idris Jusoh serta konco-konconya dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri dan juga parti iaitu dengan menggugurkan kedua-duanya daripada dicalonkan pada PRU-13 nanti. Aku percaya hanya dengan cara itu kedua-dua mamat ini duduk diam.

Aku teringat cara Dr. Mahathir menyelesaikan "kemelut" antara Wan Mokhtar dan arwah Abu Bakar Daud. Walaupun "sengketa" mereka tidaklah sehebat Ahmad Said-Idris Jusoh, tapi ia boleh mengganggu gugat kekuatan UMNO/BN di negeri itu dengan cara memisahkan kedua-duanya. Wan Mokhtar di DUN manakala Bakar Daud di Parlimen.

Apabila Terengganu tumbang di tangan pembangkang pada 1999, Wan Mokhtar telah dihantar ke Arab Saudi sebagai Duta Malaysia di sana manakala Bakar Daud sebagai Duta Malaysia di Mesir. Sejak itu, lenyaplah perihal kisah kedua-dua pemimpin ini sehinggalah Bakar menghembus nafasnya di Mesir. Sementara itu Wan Mokhtar pula kali terakhir kelibatnya aku lihat di IJN ditemani Datin Seri beberapa minggu lalu. Agaknya untuk buat pemeriksaan jantung!

Jadi cadangan aku, elok sangat kalau Najib tidak mencalonkan Ahmad Said dan Idris Jusoh pada PRU-13 nanti (tahun depan????) supaya kedua-duanya berhenti bersengketa merebut kerusi MB dan pada masa yang sama Najib kenalah mengkaji senarai nama bakal-bakal calon yang telah diterima bukan sahaja untuk menjadi calon pilihan raya, tetapi juga calon MB Terengganu!

Aku bimbang andai salah satu atau kedua-duanya dikekalkan juga, ia akan menyebabkan Terengganu sekali lagi jatuh ke tangan pembangkang sepertimana yang berlaku pada 1999 apabila Wan Mokhtar masih dipertahankan dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya tersebut.

Share this

1 Response to "PRU-13... Ahmad Said, Idris Jusoh bakal "dipancung"?"

  1. ..orang yang membunuh dan orang yang kena bunuh sama-sama bersalah, sebab ke dua-duanya bersungguh-sungguh hendak membunuh satu sama lain.....jadi apa lagi, pancunglah ke dua-duanya sekali!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.