09 November 2010

Puak UMNO duk diam-diam, tak usah ulas pergolakan dalam PKR

Puak-puak UMNO terutama para pemimpinnya tak usahlah nak bagi komen-komen pasal pergolakan dalam PKR. Biarlah Zaid nak letak jawatan ke, Anwar nak pilih Azmin jadi second-man dia ke. Hishamuddin, Zahid, Shafie atau waima Muhyiddin sekalipun tak usahlah nak jadi nasi tambah, nak kondem PKR itu. Lagipun itu perihal rumahtangga PKR. UMNO tak usah "masuk campur".

Samalah juga kalau ada pergeseran dalam UMNO, sudah pasti puak2 UMNO pun tak suka kalau Anwar, Lim Kit Siang, Karpal, Hadi Awang atau Nik Aziz nak bagi komen dan jadi nasi tambah perihal UMNO. Sudah pasti orang UMNO kata itu masalah rumah tangga mereka, biarlah mereka selesaikan.

Ini aku nampak ramai pemimpin UMNO yang mencari peluang nak popularkan diri dengan memberi komen-komen perihal apa yang berlaku dalam PKR. Kalau mereka tak bagi komen atau tak jadi nasi tambah pun rakyat memang tahu itulah PKR, parti kacau-bilau rakyat.

Media pun satu, dah tahu itu masalah dalam PKR kenapa pula nak tanya pendapat pemimpin-pemimpin UMNO dah sah-sahlah mereka akan bantai Anwar, Azmin dan PKR habis-habisan. Dah bagi bola tanggung apa lagi smash lah! Kalau nak tanya sangat pandangan orang lain, tanyalah orang PKR sendiri atau bekas-bekas pemimpin PKR. Barulah adil!

Pemimpin UMNO jagalah parti mereka agar UMNO kembali di hati rakyat. Jagalah akar umbi dan jagalah bahagian serta cawangan masing-masing. Yang penting jaga hati rakyat dan pengundi. Tak usah sibuk-sibuk nak ulas atau komen masalah dalam parti orang. Rakyat boleh nampak, boleh baca dan boleh dengar. Tak usahlah pemimpin UMNO ni nak jadi radio rakyat pulak.

Itulah pesan aku. Sebab aku memang menyampah kalau baca komen-komen Hisham, Zahid, Syed Ali Habshee, Shafie Apdal dan lain-lain sebab komen-komen yang diberikan tak membina langsung. Nada pun sama. Lagi menyampah ada. Mana tidak, mereka tak pernah berada dalam PKR dan tak tahu masalah sebenar dalam parti itu, sebaliknya mereka hanya baca surat khabar atau tengok TV saja, alih-alih nak bagi komen. Tak betullah tu.

Biarlah PKR dengan masalahnya dan orang UMNO perkuatkan diri untuk hadapi PRU-13 nanti. UMNO tak boleh harapkan kelemahan dalam parti lawan untuk menang PRU nanti sebaliknya UMNO dan BN perlu perkuatkan diri. Itulah sebaik-baik jalan untuk pastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 nanti.

Share this

5 Responses to "Puak UMNO duk diam-diam, tak usah ulas pergolakan dalam PKR"

  1. Betul cakap MTB tu..saya setuju. Pemimpin UMNO atau apa parti pun jaga rumah tangga masing-masing dulu..perbetul di mana tak betul mengikut pandangan terbanyak akar umbi..PRU dekat, jangan cari fasal.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pandangan MTB.Biar PKR dgn rumahtangga mereka.UMNO ke sape2 ker tak perlu ambiltahu.Kalau nak komen juga biarlah membina.Rasanya PAS dan DAP belum buka mulut.Mungkin mereka sependapat dgn MTB.Elok la begitu.Berpolitik cara sihat.Jika diminta pandangan oleh mereka [ pasti tidak akan berlaku pun ] barulah beri pandangan. Jgn lebih sudu dari kuah.UMNO pun kalau media arus perdana nak dedahkan,banyak perkara titik bengik dalam UMNO boleh terdedah namun sbb UMNO kerajaan memerintah maka banyak benda terselindung..

    Jadi sebelum buruk dan busuk UMNO terbongkar lebih elok pemimpin UMNO jaga dalam kain sendiri..

    ReplyDelete
  3. sokong!
    padahal dua2 belah pihak.. 2x5 aje..

    ReplyDelete
  4. ya betul.

    jangan buang masa ambil tahu masalah mereka.dan jangan bercakap pasal parti mereka.

    kuatkan parti sendiri dengan berkerja dan menunaikan janji.

    kalau masih gatal nak komen,komen macam ini.masalah mereka lantak lah mereka.kita akan pastikan parti kita kuat dan releven terus kekal berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Salam Bro.

    MTB. Biarlah dia orang nak komen tentang PKR tu, kan diorang pemimpin politik. masa ni la nak belasah parti lawan, bola tanggong. kita di Malaysia ni mana matang bermain politik.. apa-apa yang ada di depan mata hentam saje le..Sekurang-kurangnya ada juga berita keluar paper.. Tapi aku tak pernah baca pun komen-komen di orang tu, sebab aku nampak hujah-hujah dan penjelasan mereka macam budak-budak tadika jer...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.