10 December 2010

Alahai khutbah Jumaat kat masjid negeri Selangor....

Aku tak taulah masjid-masjid lain kat Selangor ni, tapi masjid dekat taman perumahan aku ni sejak dua tahun lalu tak adalah topik lain yang disentuh oleh tok-tok imam dalam khutbah Jumaat mereka, melainkan hal-hal berkaitan pemerintahan a.k.a politik semata-mata.

Hari ini imam (sekali lagi imam jemputan, entah dari mana...) sentuh pasal Hijrah, maklum baru sambut Maal Hijrah. Aku ingatkan tok imam tu sentuhlah pasal penghijrahan yang skop lebih luas, seperti menyeru para jemaah berhijrah ke arah kebaikan. Tetapi tok imam tu asyik bercerita tentang penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dengan intipatinya, kalau tak ada kerajaan, Islam itu tidak boleh dikembangkan. Sebab itu, Islam berkembang semakin luas selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mewujudkan kerajaan Islam.

Baik, aku tak kata khutbah yang disampaikan itu tak betul, tak bagus atau apa. Tapi dah dua tahun sejak pembangkang perintah Selangor, khutbah Jumaat tak lari dari soal pemerintahan dan kerajaan Islam. Pokoknya apa sahaja isu dikaitkan dengan pemerintahan. Aku tahu, notabenenya imam-imam tersebut nak sampaikan seruannya. Aku tak kisah kalau sekali-sekali sentuh pasal politik dan kerajaan tapi kalau tiap minggu duk cerita pasal benda sama, apa makna tujuan khutbah Jumaat diadakan?

Aku rasa khutbah-khutbah Jumaat yang aku dengar selama ini kosong tidak berisi melainkan cara penyampaiannya sahaja penuh semangat dan hilang mengantuk. Tetapi isinya kosong dan tiap kali aku balik ke rumah, tiada apa yang aku boleh sampaikan kepada isteri dan anak-anak aku. Tiada apa yang boleh dipelajari dan diambil iktibar melainkan suruh mereka pakat sokong pembangkang dan tolak kerajaan yang tidak amal undang-undang Islam. (Macamlah kerajaan Selangor amal undang-undang Islam!)

Ada juga sekali-sekala mereka sentuh soal masalah sosial tetapi balik-balik jalan penyelesaiannya ialah tukar kerajaan. Biar kerajaan Islam yang perintah. Aku tak nafikan undang-undang Islam itu bagus, dan semuanya ada dalam al-Quran tetapi boleh ke kerajaan Selangor (atau Kelantan yang mereka kata amal pemerintahan Islam) mengatasi masalah sosial dengan hanya menukar pemerintahan?

Tukar kerajaan supaya pemerintahan Islam dapat dilaksanakan di Malaysia tapi yang peliknya mereka nakkan peliwat tegar dan pembohong besar negara jadi PM dan kafir harbi jadi TPM. Macam mana nak laksanakan kerajaan Islam?

Hek eleh...

Share this

1 Response to "Alahai khutbah Jumaat kat masjid negeri Selangor...."

  1. huhu ak kadang2 cuba fokos dlm khutbah
    tapi selalu mengantuk owh x.x"
    khutbah yg cuba dismpaikan xbegitu menarik minat ulasannya

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.