09 December 2010

Apa salahnya KJ jadi menteri?

Apa salahnya KJ jadi menteri? Dia Ketua Pemuda UMNO, berkelulusan universiti tersohor dunia, punya kepandaian, petah bercakap, otak geliga, ligat, berkarisma. Kenapa semua orang tak puas hati kalau Najib lantik KJ jadi menteri atau timbalan menteri?

Perghhh... Itu soalan yang bersembur keluar dari mulut seorang kawan sepejabat aku. Tak dapat aku nak menepis segala hemburan pandangan beliau itu walaupun aku cuba menepisnya dengan pelbagai alasan termasuk perihal fiilnya ketika bapa mentuanya jadi Perdana Menteri sebelum ini.

Kawan aku kata, aku jangan cakap sedap mulut kalau aku tak ada bukti yang menyatakan KJ menjadi tangan yang menggerakkan boneka bapa mentuanya. Jangan hanya cakap sebab ikut dengar orang lain cakap. Itu fitnah dan berdosa namanya. Terdiam sejenak aku dengan pandangan kawan aku sebab memang aku tak boleh nak buktikan.

Bila dia tengok aku dah diam, kawan aku "serang" lagi. Kau jangan ingat Pak Lah tu bodoh sangat nak ikut telunjuk kata menantunya itu. Dah KJ bagi idea dan ideanya pun bernas sebab otak orang belajar tinggi kat universiti tersohor, pastilah lebih bernas daripada otak Pak Lah yang takat belajar kat universiti tempatan tu. Tapi kalau idea KJ tak bagus, takkanlah Pak Lah nak ikut saja.

Selama ini pun KJ bukan main hebat beri idea termasuk masa bapa mentuanya jadi PM, jadi apa salahnya Najib bagi peluang KJ jadi menteri atau timbalan menteri. Kita sama-sama tengok hebat ke graduan universiti tersohor dan bercita-cita nak jadi PM sebelum umur 40 tahun ini? Kalau dia jadi Timbalan Menteri Kewangan, nah kita tengok apa hebatnya dia dan mampukah dia bantu PM dan Menteri Kewangan sehingga boleh menaikkan ekonomi negara, menghalang dari anasir perosak ekonomi baik dari luar atau dalam.

Jangan fikir dia kantoi pasal politik wang masa PAU dulu, kita nak hukum dia tak boleh. Ali Rustam pun kantoi juga tapi sampai hari ini masih jadi Ketua Menteri Melaka dan tiada siapa pun protes? Pergghhh... Berapi-api kawan aku berhujah.

Last-last aku jawab: Macam nilah. Kita gaduh pun tak guna pasal KJ ni. Najib nak ambil dia jadi menteri atau tidak itu terserah kepada Najib. Dia PM dan sudah tentu dia juga ada kebijaksanaan nak tentukan siapa menteri kabinetnya. Kalau kita terpekik melolong marahkan KJ nak jadi menteri, kalau akhirnya Najib lantik juga apa kita boleh buat? Takkan kita nak marah PM pulak?

Lagi pun kita ni siapa nak nasihatkan Najib supaya jangan ambil KJ jadi menteri. Usahkan PM, anak-anak kita sendiri pun kadang-kadang tak dengar cakap kita. Apa kita ni penasihat PM ke? Tak... kita cuma rakyat. Dan salahkanlah pengundi di Rembau yang pilih KJ jadi Ahli Parlimen mereka dan salahkanlah wakil-wakil Pemuda UMNO yang lantik dia jadi Ketua Pemuda.

Nah kau... Sekarang kawan aku pulak terdiam!

Share this

3 Responses to "Apa salahnya KJ jadi menteri?"

  1. Oleh kerana pandai dan belajar di Oxford, maka BN hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat...

    KJ bersih... bila pemuda2 UMNO sanggup jerit beramai2 di luar dewan, bila diumumkan kemenangan KJ sbg Ketua Pemuda...

    Dan paling pandai KJ telah lakukan, bila menyentuh perasaan Melayu dan UMNO pada konvensyen baru2 ini...

    Baca>>http://darahtuah.wordpress.com/2010/12/09/konvensyen-barisan-nasional-2010-%E2%80%93-konvensyen-berjaya-mca-cina-gembira-umno-melayu-berduka/

    KJ pandai tapi tidak bijak... tak percaya, tanya Foreign Minister kita

    ReplyDelete
  2. Meskipun persepsi itu adalah faktor penting yang akan diambil kira dalam politik tetapi ia bukanlah faktor paling utama dan lagipun persepsi bukanlah kekal sifatnya tetapi boleh berubah-ubah.

    Semua politikawan terdedah kepada persepsi dan ini termasuklah para menteri dan PM sendiri. Persepsi sifar adalah situasi yang mustahil dicapai.

    Ini kerana dalam era IT persepsi tidak saja datang disebabkan isu yang dihadapi individu tetapi boleh dibentuk, dijana dan dicipta dengan kaedah dan kepandaian tertentu.

    Jadinya kalau persepsi sifar tidak lagi ujud sekarang ini (waima ulama' politik juga tercemar dek persepsi), makanya mengharapkan adanya individu yang 100% bebas persepsi adalah tidak realistik.

    Justeru bagaimana membezakan kualiti seorang dengan seseorang yang lain kalau semuanya tercalit dengan persepsi? Apakah ada ukuran yang objektif bagi permasalahan yang subjektif ini?

    Untuk mendapatkan jawapan berkenaan, lihatlah persepsi dalam konteks penyakit. Penyakit tidak kenal usia. Ada yang datng sendiri dan ada yang sengaja disebarkan. Yakni hakikatnya tidak ada manusia yang tidak ada penyakit!

    Yang membezakan antara individu (pesakit) ialah reaksinya terhadap penyakit dan jenis tindakan susulan yang diambil:

    1. Ada yang tidak ambil peduli

    2. Ada yang prihatin tetapi menggunakan kaedah yang tidak tepat bagi merawat penyakitnya.

    3. Ada yang prihatin dan mengambil rawatan yang tepat.

    4. Ada pulih sepenuhnya tetapi ada yang cacat atau hilang upaya.

    5 Ada yang meninggal dunia

    Oleh itu, sebanyak mana persepsi yang timbul secara otomatik atau sengaja dijana oleh pihak lawan, tiga aspek ini boleh diambil kira:

    1. Kepedulian

    2. Ketepatan langkah susulan yang telah diambil

    3. Tahap kepulihan dari persepsi

    Tidak dinafikan bahawa untuk mengubah persepsi orang ke atas diri sendiri bukanlah satu yang mudah tetapi ia bukanlah mustahil.

    PM juga dipersepsikan itu dan ini oleh pihak lawan tetapi yang menjadikan pihak lawan mati akal (hingga ada yang mati pujuk) bukan kerana PM memiliki 'muka tembok' atau lali dari persepsi tetapi kerana beliau memiliki disiplin, kaedah dan pendekatan yang betul lagi moden untuk pulih dari semua persepsi yang datang melanda.

    JejakKaryaMaya

    ReplyDelete
  3. Tak payah lah bersusah payah buat analisa tentang KJ.

    Kita ringkaskan sahaja kerana kita ada banyak kerja dan masa telah menjadi semakin singkat.

    Semenjak memenangi (sebenarnya kalah teruk) kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, KJ gagal berbuat apa-apa yang boleh meyakinkan kita bahawa KJ adalah pemimpin yang diperlukan.

    Kegagalan ini mengukuhkan lagi kebencian ahli dan pemimpin UMNO terhadap KJ yang sememangnya memimilki tingkahlaku yang amat buruk dan tidak sesuai dengan perjuangan UMNO.

    Pengalaman kita dengan kedurjanaan Nuar Berahim cepat-cepat mengingatkan kita semua agar menjauhkan KJ dari mencampuri atau berada dekat dengan UMNO, apatah lagi melantiknya memegang apa-apa jawatanpun dlm mana-mana kabinet.

    Biarlah KJ mengatur kejayaan hidupnya bersama Pak Lah, Kalimullah, Musa Hitam dan ramai lagi...tetapi pastikan mereka ini menjauhi perjuangan UMNO kerana kitalah nanti yang setengah mati untuk meneruskan perjuangan yang semakin mencabar ini.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.