01 December 2010

Blogger mesra-kerajaan tak nak bantuan kerajaan!

Tertarik benar dengan tulisan Zaini Hassan dalam Cuit Utusan Malaysia hari ini pasal blogger mesra-kerajaan. Baca dalam Utusan Online di sini! Walaupun blog "Mesin Taip Buruk" tak ada dalam senarai Alexa yang dimuatkan dalam Utusan (dan aku tak mengharap pun sebab aku tak senaraikan blog aku dalam Alexa) atau disebut oleh Zaini. Malah aku sendiri tak menghadiri pertemuan itu (tak dijemput, dan kalau dijemput pun aku tak mungkin pergi).

Namun daripada panjang lebar tulisan Zaini ini, paling aku tertarik ialah perenggan akhir tulisan beliau yang menyebut.... "Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan. Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?" Aku tak pasti sama ada kesimpulan Zaini ini dibuat hasil pertemuan para blogger mesra-kerajaan tersebut atau atas pandangan peribadi beliau.

Tetapi aku, walaupun seorang blogger mesra-kerajaan (dan aku percaya begitu juga dengan blogger-blogger lain) tak pernah mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan atau parti-parti politik yang memerintah. Aku dan sebahagian besar bloggers lain tak pernah mengharapkan bantuan wang ringgit atau sumbangan dari kerajaan tetapi aku dan kami rasa amat berterima kasih andai pandangan para blogger seperti kami didengari.

Sebabnya perjuangan kami ikhlas untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Jika ada blogger yang mesra-kerajaan menulis untuk mengharapkan balasan projek, wang ringgit atau jawatan baik dalam kerajaan atau parti, aku melabelkan blogger sedemikian adalah PELACUR kerana mencari makan atas nama perjuangan melalui blog. Ada... memang ada! Itu tak mustahil. Malah ada juga pihak-pihak tertentu yang mempergunakan para blogger bebas seperti kami untuk kepentingan peribadi mereka. Ada memang ada!

Jadi, saudara Zaini jangan mengandaikan semua blogger mesra-kerajaan seperti aku ini mengharapkan balasan sedemikian. Seperti aku katakan tadi, kami sudah cukup bangga andai suara kami didengari oleh kerajaan dan memberi perhatian terhadap isu-isu yang kami dedah dan kupas serta tidak melabelkan blogger sebagai goblok sedangkan mereka tidak mengetahui siapa sebenarnya kami.


Pssstt... Awas para blogger so-po anonymous! Ada yang menyamar jadi saudara/i untuk paw duit pemimpin kerajaan & parti!

Share this

5 Responses to "Blogger mesra-kerajaan tak nak bantuan kerajaan!"

  1. alhamdllah jika benar apa saudara maksudkan..nawaitu kita..tapi apa2 pun boleh jadi..kuasa,wang itu kalau di pandang enteng maka kelak memakan diri.rmbut sama hitam,hati yang suci siapa yang tau?hati hitam jugak org yang tau.

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah... Banyak lagi cara lain nak cari makan bro!

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,
    saya bersetuju dengan kenyatan tuan bahawa menulis bukan kerana naka dan untuk apa-apa

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan MTB...
    Kalau kerajaan ingin menghargai jasan dan bakti tulus para blogger pro kerajaan apa salahnya.Rasanya para blogger lebih layak dihargai daripada segelintir pemimpin yang cuma tahu rasuah dan menipu rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi,kroni dan keluarga terdekat sahaja.Untuk menyampai berita yang benar kepada rakyat mereka yang berkaitan hampehhh!!!.


    Banyak waktu mereka hanya untuk berhibur, bershhoping dengan isteri muda, melancong dan membuang duit rakyat je yang mereka tahu.Tidak salah jika kerajaan sudi untuk memberi sedikit imbuhan kepada para blogger daripada buat rasuah yang sah2 mendapat dosa baik salurkan sumber kewangan yang ada utk para blogger yang berkerja untuk membantu kerajaan..

    Memang blogger yang menulis tidak pernah mengharapkan apa2 imbuhan tapi pihak kerajaan jgnlah pula tunggu diminta baru nak kasi.Kalau benar mereka prihatin..tidak perlu diminta,ada mata telinga,ada otak,buatlah pertimbangan..kecuali mereka juga kurang cerdik.Itu tak tau lah saya...

    ReplyDelete
  5. Salam Bro ...

    Kita sekapal ... tak harapkan apa ... tapi jangan tengok kat blog je ... dalam FB pun cukup ramai volunteer cyber fighters yg sokong kerajaan dan tak harap apa2 ... dan sekali sekala ... aku pun hentam gomen gak ... AHAK AHAK

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.