06 December 2010

Jangan pandang remeh isu mahasiswa jadi pelacur!

Ramai mahasiswa sanggup jual lendir semata-mata nak hidup mewah - Gambar hiasan
Isu mahasiswa jadi pelacur untuk tampung kos pengajian bukan perkara baru. Ia sudah lama berlarutan tetapi tiada siapa yang mengambil kisah mengenainya. Selain sukar nak buktikan, pihak universiti juga mengambil sikap "menutup kes" setiap kali ada mahasiswa dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral ini. Tidak hairan kalau pihak kementerian tak pernah terima laporan mengenai kegiatan ini.

Kegiatan mahasiswa yang jadi call-girl, pelacur kelas atasan, GRO dan gigolo bukan hanya melibatkan IPTS tetapi juga IPTA, bukan sahaja di kalangan bukan Melayu malah ramai juga mahasiswa Melayu dan Islam yang terlibat. Memang betul kalau nak banding jumlah mahasiswa keseluruhan, peratus yang menjalankan kegiatan ini amatlah kecil tetapi kalau 1% daripada 1 juta mahasiswa itu sudah kira ramailah!

Seingat aku suatu ketika dahulu ada media (kalau tak salah Kosmo!) ada mendedahkan kisah kegiatan mahasiswa yang menjalankan kegiatan menjual body ini secara sambilan. Mereka jadi call-girl untuk melayani nafsu lelaki hidung belang secara sembunyi-sembunyi. Sebabnya ada kalangan mahasiswa ini mahu hidup mewah dan tidak kurang untuk menampung kos sara hidup sepanjang pengajian mereka.

Rakan-rakan aku bercerita kalau mereka ini menjalankan kegiatan sedemikian hanya sepanjang pengajian di universiti. Apabila sudah tamat pengajian, ramai yang "bersara" dan menjalankan kehidupan seperti biasa termasuk berumah tangga. Tetapi mereka bercerita, ada juga yang ketagih kerana mudah dapat duit sehingga mereka terus terjebak dalam kegiatan ini, walaupun sudah tamat pengajian. Ini kira pelacur berijazahlah! Tapi jumlahnya tak ramai.

Jadi apabila Menteri Pengajian Tinggi minta pihak berwajib menjalankan siasatan berhubung dakwaan ini, aku rasa itu tindakan yang wajar. Kementerian tidak boleh hanya menunggu laporan dari universiti baru nak bertindak kerana universiti tidak akan mendedahkan kejelekan mahasiswanya. Kalau ada mahasiswa dikesan melakukan kesalahan sedemikian, pihak universiti biasanya mengambil tindakan dalaman seperti menggantung pengajian mereka atau menendang mereka keluar dari universiti.

Dan pihak berkuasa pula terutama pihak polis jangan pula hanya menjeling dengan permintaan pak menteri ini sebab aku tahu polis akan memberi alasan sukarnya nak bendung kegiatan ini. Bayangkan nak bendung kegiatan pelacur asing pun bukan main susah inikan pula di kalangan mahasiswa tempatan. Tapi nak tak nak kita kena lakukan sesuatu. Jangan sampai kena batang hidung sendiri baru gelabah nak bertindak. Dah terlambat beb!

Aku juga nak ucap tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana akan memperkenalkan  Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah rendah dan menengah secara berasingan mulai tahun depan. Jangan pula ada pihak yang berfikir kerajaan cuba ajar anak-anak bangsa kita mengenali seks pula. Dan jangan pula ada pihak yang berusaha kumpul orang ramai berhimpun depan Masjid Negara dan mengadakan demonstrasi untuk bantah pendidikan seks di sekolah. Bukalah minda beb!

Sekarang dunia tanpa sempadan. Kalau kita tak ajar secara formal anak-anak kita boleh "belajar" tentang seks melalui internet, TV atau kawan-kawan sebaya mereka. Lagi bahaya beb! Bak kata orang belajar tanpa guru lagi bahaya. Mereka semua nak cuba. Kan lebih baik kita ajar secara formal, sekurang-kurang mereka tahu yang mana baik, yang mana buruk, yang mana boleh, yang mana tak boleh.

Share this

3 Responses to "Jangan pandang remeh isu mahasiswa jadi pelacur!"

  1. Pendidikan seks patut diajar dalam mata pelajaran agama Islam dan juga pendidikan moral.

    Ini supaya pelajar diberi pengetahuan agar ianya sepatutnya boleh dilakukan setelah seseorang itu mendirikan rumahtangga untuk menjaga kehormatan diri dan kesucian keturunan.

    ReplyDelete
  2. Bro, pendidikan seks yang nak diajar berasingan ini bukan sekadar pasal bersetubuh saja tapi lebih dari itu. Kalau takat ajar melalui pendidikan Islam, ia adalah terhad. Mana nak ajar pasal hukum-hakam, dunia akhirat, Quran dan Hadis. Banyak beb! Lagipun ramai ustaz/ustazah segan silu nak mengajar tentang benda-benda ini. Biasa diorang bercerita secara tersirat, mana budak2 nak faham. Lagi satu fikir juga mereka yang bukan Islam.

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat ..... Tahniah atas artikel-artikel menarik dan bernilai di blog Tuan...

    Saya dah linkkan blog Tuan di Blog saya ...

    Salam perjuangan ....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.