26 December 2010

Tahniah! Malaysia ganyang Indonesia 3-0

Tahniah buat skuad bola sepak negara apabila berjaya menundukkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Berbekalkan tiga jaringan ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Rabu ini, aku percaya peluang Malaysia untuk membawa pulang Piala Suzuki buat kali pertama begitu cerah.

Biarpun masih ada 90 minit untuk anak-anak buah K. Rajagobal berjuang di stadium keramat Indonesia, tapi aku yakin benteng pertahanan negara yang dibarisi anak-anak muda awal 20-an akan mempertahankan gawang daripada dibolosi sepanjang perlawanan itu nanti. Manakala barisan penyerangnya pula tidak akan mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan di tempat lawan.

Tapi aku percaya koran-koran di Indonesia esok akan memainkan isu pancaran laser sebagai punca kekalahan pasukannya dan aku percaya ada pihak-pihak di Indonesia yang mengambil peluang mengadakan demonstrasi membantah perlawanan malam ini atas alasan gangguan laser tersebut.

Jangan terkejut kalau esok ada orang Indonesia di Jakarta yang bakar bendera Malaysia, lempar tahi ke pejabat kedutaan kita dan silap-silap mereka turut "serbu" pemain kita yang akan berangkat ke Indonesia pagi esok. Sebab itu, aku harapkan pasukan kita dapat diberikan kawalan rapi sepanjang berada di Jakarta. Maklum, apa sahaja boleh berlaku apabila mereka sudah naik angin.

Apa-apa pun perjuangan pasukan kita belum selesai... Selamat maju jaya anak-anak bangsaku!

Share this

0 Comment to "Tahniah! Malaysia ganyang Indonesia 3-0"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.