14 December 2010

Kerana Rosmah, RTM korbankan peminat bola

Para peminat bola mesti hampa apabila menyedari tiada siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Vietnam malam esok di TV milik kerajaan, RTM. Sebabnya RTM akan memberi keutamaan kepada siaran langsung pertunjukan budak-budak tadika Permata naungan Rosmah Mansor, bini PM kita.

Pertunjukan budak tadika Permata itu diadakan malam esok, serentak dengan anak-anak buah K. Rajagobal berjuang di tengah padang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mencari kemenangan sebagai modal sebelum pertemuan separuh akhir kedua di Vietnam nanti. Tapi bagi RTM dan Rosmah, tiada yang lebih penting selain pertunjukan budak tadika Permata itu.

Betul, Astro akan siar secara langsung perlawanan tersebut menerusi Astro Arena, tetapi berapa kerat sangat peminat bola kita melanggan Astro. Bagaimana pakcik-pakcik dan abang-abang kat kampung yang tak ada Astro. Nak pergi stadium dah lah jauh, nak tengok TV pula tak ada siaran langsung. Difahamkan RTM akan tayang siaran tertunda selepas pertunjukan budak tadika tersebut.

Dah tentulah peminat bola kita kecewa sebab perlawanan penting seperti itu RTM buat siaran tertunda, maknanya perlawanan dah habis baru nak siar. Buat apa? Orang nak tengok serentak dengan games, barulah semangatnya lain.

Perlawanan menentang Vietnam malam esok adalah penentu hidup mati pasukan bola sepak negara. Menang akan memudahkan tugas kesebelasan utama negara menghadapi saingan separuh akhir kedua. Malah  menang juga akan melonjakkan semula maruah pasukan bola sepak negara yang sekian lama berada di tangga-tangga tercorot rangking FIFA.

Malahan perlawanan malam esok juga akan mencetuskan semula semangat peminat bola kat Malaysia untuk berduyung ke stadium selepas sekian lama stadium kosong dan tiada sorakan penonton setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung.

Tapi malang, dalam keadaan penting bagi pasukan bola sepak dan maruah negara, RTM terpaksa pinggirkan demi memenuhi "permintaan" Rosmah. Bukan aku nak perkecil tetapi wajarkah pertunjukan budak-budak tadika diberi ruang bersiaran langsung menerusi TV dan dipancarkan ke seluruh negara? Tetapi mahu tidak mahu RTM terpaksa menurut kata. Bukan apa, takut nanti tak pasal-pasal Rais Yatim kehilangan jawatan menteri jaga RTM dan para pegawai kanan tertinggi RTM bertukar ke kementerian lain. Jaga periuk nasi beb!

Rosmah pun satu, dah tahu 15 Disember akan berlangsung perlawanan bola sepak yang begitu penting bagi negara, nak juga mereka buat pertunjukan tadika tu pada tarikh yang sama. Carilah hari lain. Lagi pun malam-malam tengah minggu budak-budak tak tengok TV punya sebab semua dah masuk tidur. Kalau tak tidur dan tengah layan TV pun mereka semua pakat tengok channel Disney, tak pun Astro Ceria.

Jadi, siaran langsung pertunjukan tadika tu disasarkan untuk siapa sebenarnya?

Share this

5 Responses to "Kerana Rosmah, RTM korbankan peminat bola"

  1. allo bro kalu tak dapat tengok bola, awak pi beli bola dan main2 sendiri...kah....kah....

    ReplyDelete
  2. Penuhkan Stadium dulu bro...baru cerita pasal siaran langsung. Mcm mana FAM nak kaya kalau asyik siaran langsung jer...Nnt disebut mengabihkan duit kerajan pulak sebab nak membangunkan bolasepak. Tu pasal zaman Allahyarham Mokhtar, Mendiang Arumugam...stadium penuh. Nak tgk live pestabola merdeka & final sukan sea pon susah!!!

    ReplyDelete
  3. Eeh...yeke??!!
    La..DS Najib kan minat ngan sukan..macamana leh takder live telecast lak?
    Ini kan team kebangsaan yang berentap demi maruah negara!

    Haru.....

    ReplyDelete
  4. Cukup cukup la tu Rosmah. Minggu lepas pun dapat slot siaran langsung jugak! ape nih....

    ReplyDelete
  5. Haha... Aku takde masalah bro. Memang pergi stadium punya. Tiket RM40 dah beli tu.
    Cuma aku kesian pakcik-pakcik, abang-abang yang duduk jauh2 nun. Nak datang stadium bukan dekat, libatkan kos, tapi bersemangat nak sokong pasukan negara. Macam mana tu?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.