10 December 2010

Lotus vs Lotus dalam Formula One. Hebat Malaysia!!!

Pst! Ini bukan Lisa Surihani, okey...
Wow...!! Ala warung tomyam. Nampaknya Proton yang berpatah arang dengan Lotus  Racing Team dan gagal "mengambil balik" nama Lotus yang digunakan oleh pasukan F1 milik taukeh Air Asia kini mengumumkan pengambil-alihan pasukan Renault untuk membentuk pasukan Lotus Renault GP.

Menariknya, Lotus Racing Team yang musim lalu menggunakan enjin Cosworth akan menggunakan enjin Renault pada kejohanan Formula One musim depan. Maknanya ada dua team Lotus+Renault atas sirkit F1 mulai tahun depan. Satu milik taukeh AirAsia dan satu lagi milik Proton. Khabarnya kedua-dua team ini akan guna warna tema yang sama - Hitam dan Emas! Wow...!! Hebat Malaysia!

Teringat pula gaya orang kita berniaga kat food-court. Apabila nampak kat sebelah jual tomyam laku, masing-masing pakat nak jual tomyam yang akhirnya semua jual tomyam. Yang nak jual nasi lemak tak ada. Akhirnya tomyam tak laku. Haha...

Inilah gayanya orang kita. Sebab tak puas hati tak dapat miliki nama Lotus  Racing Team, Proton si pemilik syarikat pengeluar kereta Lotus Group di UK buat team F1 sendiri dengan beli Renault Team. Sebelum ini, Lotus  Racing Team dimiliki dan didaftarkan oleh seorang individu  - David Hunt yang kemudian dibeli oleh Tony Fernandez & Friends.

Model kereta Lotus Renault GP musim 2011. Khabarnya kereta Lotus Racing Team pun guna warna hitam & emas.
Aku tak kisah kalau Proton nak masuki perlumbaan F1 lagi bagus sebab Malaysia bakal ada dua team sekali gus tapi yang tak sedapnya dua-dua team Malaysia nama Lotus dan guna enjin Renault. Satu namanya Lotus Racing Team dan satu lagi Lotus Renault GP. Haiii pening...!

Tapi dalam perlumbaan F1 kes dua team guna nama sama bukanlah pelik sebab setahu aku team Red Bull pun ada dua team dalam F1. Satu Red Bull Racing (RBR Renault) yang jadi juara musim ini dan satu lagi Red Bull (STR-Ferrari). Tapi mereka ada dua team bukan sebab bergaduh tetapi sebab Red Bull buat team sendiri tetapi masih ada kontrak dengan STR yang akhirnya nampaklah ada dua team pakai logo Red Bull.

Aku harap "persaingan" antara kedua-dua team Malaysia ini memberi impak positif kepada negara dan bukan berlumba kerana masing-masing nak tunjuk terror. Maklum nak sertai F1 ni bukan perkara mudah dan murah. Ia libatkan kos yang sangat tinggi dan perlukan pelaburan besar.

Jangan sampai nanti dua gajah bergaduh, anak kambing kat tengah mampus kena pijak!

p/s: Tunggu komen staff Proton!

Share this

4 Responses to "Lotus vs Lotus dalam Formula One. Hebat Malaysia!!!"

  1. huhu nape xnak gabung jer oh
    nama pun 1Malaysia
    xkan smpai 2 nk bertanding ;D

    ReplyDelete
  2. Masalah nye.... 1Malaysia F1 Team yang diketuai Tony Fenandes tu guna nama Lotus under licence from Group Lotus milik Proton (macam Rolls-Royce Motor pakai nama Rolls-Royce under licence dari Rolls-Royce PLC)...... kemudian Tony dan teamnya sudah langgar terma lesen penggunaan nama, tu yang Lotus(Proton) tak puas hati.. dan tamat kan lesen tu...... salah satu puncanya, Tony beli "Team Lotus" dari David Hunt...... kabarnya David Hunt ni pemilik hak "Team Lotus" yang dulu milik Colin Chapman, pengasas Group Lotus adalah seperate dari Group Lotus... yang dakwa Lotus(Proton) ianya tidak benar.....

    Sekarang ni perbalahan ni dah jadi kes mahkamah di England.... jadi kita tunggu lah bicara dan keputusan mahkamah macam mana..... kalau Lotus(Proton) menang 1Malaysia Team tak boleh pakai nama Lotus Racing.... atau "Team Lotus"..... melainkan mereka ada bukti yang sememangnya "Team Lotus" tu seperate dari Group Lotus milik Proton itu.....

    lagi satu pasal RBR dan STR.... kedua-duanya memang milik Red Bull...... Scuderia Toro Rosso tu dalam bahasa Itali bermaksud Team Red Bull..... :)

    Apa-apa pun kita orang Malaysia dah ada 3 team nak sokong..... yang paling kuat Mercedes GP Petronas, kedua Lotus Renault GP dan kalau jadi "Team Lotus" 1Malaysia F1 Team...... insya-Allah..... :)

    ReplyDelete
  3. Etah lah. Orang Melayu ni bukan sibuk nak buat kerja jadi cantik. Yang di gilakannya adalah kuasa.

    Dalam hal ini pihak perasan rasa dia boleh buat padahalnya dia tidak kemampuan. Maka musnah jahanam lah kerja awal yang di buat dengan baik.

    Sekarang sikap orang Melayu sudah pergi ke antarabangsa.

    Selain dari sifat amuk yang juga telah di anuti oleh orang putih.

    ReplyDelete
  4. kalau lotus proton buat kajian bagaimana nak buat kereta hybrid murah kan lagi baik, priority proton buat kereta bukan masuk lumba kereta, kalau nak lumba juga jual saja proton dan buat satu lagi formula lumba namakan formula two....kah...kah...kah...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.