05 December 2010

Minyak naik lagi... Kerajaan dah tipu rakyat!

Dulu kerajaan kata hanya RON97 yang harganya ikut pasaran manakala RON95 akan diberikan subsidi. Maka berbondong-bondonglah pengguna isi tangki minyak kenderaan mereka termasuk yang bawa Mercedez dan BMW dengan minyak RON95. RON97 cuma untuk kenderaan asing. Dan bila kerajaan naikkan harga RON97 dua hari lepas, ramai yang tarik nafas lega.

Fuh.. Nasib baik harga RON95 masih lagi kekal. Baguslah sebab kerajaan BN benar-benar laksana slogan "Rakyat didahulukan..." Maklum yang isi RON97 tu semua mereka yang berduit. Tup tup semalam lain pula jadinya. Bukan takat RON95 yang naik harga, diesel pun naik... gas pun naik... gula pun naik. Nah kau, siap bagi pakej lagi!

Ni apa dah jadi ni Najib? Mail Sabri? Hujung-hujung tahun sedang orang duk sibuk nak beli pakaian sekolah anak, nak urus daftar anak sekolah, alih-alih minyak naik. Sah-sah tambang bas akan naik berganda. Mampus aku! Memang sah-sah rakyat kena kencing. Apa dah jadi ni weih?

Apa salahnya kerajaan perhabis duit sikit untuk support rakyat terutama kumpulan marhain macam aku ni. Tak guna kerajaan banyak duit dalam simpanan tetapi rakyat tak ada duit. Ini pakai teori siapa ni sampai nak kena kurangkan subsidi semata-mata nak kurangkan defisit. Teori Idris Jala budak Kristian bernama Melayu tu ke?

Takkan atas nama NKRA (Najib kerja, Rosmah arah???) rakyat dibebankan dengan kenaikan petrol, diesel, gas? Tak fikir ke kami-kami yang di bawah ini? Minyak naik, gas naik secara otomatik tambang bas sekolah naik, barang dapur naik malah darah rakyat pun naik!

Adoiii.... Petronas untung berbilion, syarikat-syarikat GLC pun untung beratus juta dan berbilion. Apa salahnya kerajaan tarik duit dari syarikat2 kerajaan tu letak duit dalam simpanan kerajaan supaya akaun kerajaan tak defisit. Kenapa perlu dibebankan kepada rakyat sedangkan CEO dan pegawai kanan syarikat GLC hidup mewah atas "bantuan" kerajaan.

Satu lagi, kenapa tiap kali naikkan harga barang perlu banding dengan negara lain, negara jiran? Tetapi yang pelik mereka tak pula banding gaji minimum rakyat negara terbabit. Betullah harga minyak kat Singapork lagi tinggi banding Malaysia tapi kiralah gaji kerani mereka. Banding dengan gaji kerani kita. Berganda-ganda mereka lebih dari kita.

Indonesia, apa nak heran kalau harga minyak mereka lebih mahal sebab mereka boleh beli minyak dalam botol tepi jalan. Harga lebih murah. Apa susah. Minyak seludup banyak beb.

Huh! Rakyat baru nak mula yakin dengan Najib dan nak mula kembali kepada kerajaan BN, alih-alih mereka buat lagu ni kat rakyat, time-time macam ni... Gila apa?

Share this

6 Responses to "Minyak naik lagi... Kerajaan dah tipu rakyat!"

  1. Gua anak beranak dah mengeluh panjang beb...GILA!!!

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Najib kan dah cakap, rakyat dah kembali dengan UMNO-BN.Itu menunjukkan rakyat tidak marahlah dengan kerajaan.Naik lah apa pun, darah rakyat tetap maintain, darah rakyat kekal tenang...rakyat sabar bebb!!!.Sekarang ini hujan kan hari-hari turun jadi kalau barang naik pun ok la..hujan turun juga.Kalau hujan pun tak turun,mau darah rakyat naik sama sbb cuaca panas.

    UMNO-BN kan dah tak nak perintah Malaysia dah, depa tak mampu nak tanggung hutang.Budak Kristian, Deris Menjala tu kan dah cakap, sikit masa lagi Malaysia akan bankrap.UMNO-BN tentu tidak mahu Malaysia bankrap di tangan mereka.Jadi time-time ni la buat rakyat marah, jadi kalau kalah dalam PRU13 pun UMNO-BN rela sebab dapat lepaskan beban kepada kerajaan baru...kah,kah,kahhhh..

    ReplyDelete
  3. inilah akibat terlalu bergantung dgn KPI. Idris Jala tu pun nak tunjuk dia pandai kontrol kos.

    ini tadbir negara bukannya tadbir korporat. kerajaan dinilai atas kesejahteraan, manakala korporat dinilai atas keuntungan.

    betul tak bro??

    ReplyDelete
  4. Anak Ganu... mintak maaf. Komen ko aku tak boleh siar. Ganas sangat. Tak pasal-pasal aku plak kena pergi court! Kok ya pun nak marahkan gomen, janganlah maki hamun macam tu...

    ReplyDelete
  5. 2 sudut berbeza...
    Pertama dari sudut bisnes interest, memang kena naik...

    Kedua dari sudut political interest, tak patut naik...pasal nya..sokongan kepada BN dah naik..

    Jadi bdk manjalara tu..dok pikir cara mcm org bisnes...ini la jadi nya...
    mohon di link ke blog Tuan
    http://pemudatg.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. "Adoiii.... Petronas untung berbilion, syarikat-syarikat GLC pun untung beratus juta dan berbilion. Apa salahnya kerajaan tarik duit dari syarikat2 kerajaan tu letak duit dalam simpanan kerajaan supaya akaun kerajaan tak defisit."

    hurmm.. x stuju dgn statement tu.. kerajaan sepatutnye ade money management yg btol instead of mintak duit dgn company.. sebab utk long term akan affect company tu sendiri.. company2 tu da bayar tax banyak°°

    ni yg dpt dr internet pasal ble government spend duit company°°

    "Some of the New Seven Sisters have become little more than their home country's bottomless piggybank, funding politically expedient social ventures. The poster child of irresponsible profligacy is President Hugo Chávez of Venezuela who spends two-thirds of PDVSA's profits on his populist social programs. The result? PDVSA's production capacity has fallen from 3.4 to 1.5 million barrels per day since 1999. In Iran, NIOC cannot boost its oil production or fix its refineries because its profits go toward keeping gas at 40 cents per gallon for Iranian consumers. In Russia, too, little of Gazprom's earnings go towards upgrading Russia's antiquated, leaking pipeline system."

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.