06 December 2010

Peluang Khir Toyo bukti kebenaran!

Tahniah SPRM kerana tidak memilih bulu untuk mengheret mereka yang disyaki terlibat rasuah ke mahkamah. Selepas bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik, hari ini bekas MB Selangor, DS Khir Toyo pula dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglonya di Shah Alam.

Siasatan SPRM ke atas Khir Toyo sebenarnya bermula apabila ADUN Sekinchan membuat dakwaan berlaku amalan rasuah sehingga Khir boleh membeli hartanah yang dimaksudkan di Seksyen 7 Shah Alam pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan dakwaan konon harga banglo beliau bernilai RM24 juta.

Khir dalam entri terbaru di blognya (baca di sini) menganggap dakwaan ke atas beliau itu membuka peluang kepadanya untuk membuktikan kebenaran dan membolehkannya membersihkan namanya yang selama ini teruk dihentam oleh pembangkang kerana kes tersebut walau pun berkali-kali beliau menafikannya.

Baguslah Khir! Itulah anak jantan namanya. Berani kerana benar takut kerana salah. Bukan macam mamat sekor tu buat apa sahaja bagi mengelak dirinya didakwa dan dibicarakan. Dah kalau kata tak salah kenapa nak takut berdepan dengan hakim? Bawalah bukti-bukti yang mematikan hujah pendakwaraya dan menunjukkan kepada hakim bahawa anda tak bersalah.

Tak apa Khir, walau apa pun orang cakap aku tetap respek kat kau sebab kau tak lari dari mahkamah dan tak cari alasan untuk tangguhkan perbicaraan.

Share this

0 Comment to "Peluang Khir Toyo bukti kebenaran!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.