20 December 2010

Ringkas... ringkas... ringkas...!!

ANWAR & GENG DIGANTUNG 6 BULAN

Tahniah Anwar sebab strategi anda kali ini berjaya (lagi) iaitu memastikan Parlimen Malaysia menggantung diri anda sebab anda mahu menjadikan isu anda digantung sebagai modal kempen meraih simpati pemimpin luar negara. Sebab itulah walaupun diberi peluang membela diri, anda tetap berdegil dan akhirnya apabila anda digantung anda bersorak girang.

Anda dan rakan-rakan anda persoal Parlimen Malaysia tidak demokratik sebab menggantung anda dan rakan-rakan anda sedangkan anda lupa kerajaan pakatan yang anda ketuai di Selangor dan Pulau Pinang juga pernah menggantung ketua pembangkang masing-masing bukan setakat 6 bulan, malah ada sampai setahun. Tapi mengapa anda tidak persoalkan?

Betul kata anda dan rakan anda dari Australia itu, Parlimen Malaysia macam Parlimen Kangaroo dan anda serta rakan-rakan pembangkang andalah sebenarnya kangaroo itu yang menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Kangaroo...! Tahniah bro!


PIALA SUZUKI: KITA LAYAK KE FINAL!

Bola sepak negara kembali berseri selepas anak-anak buah Rajagobal mencipta "kejutan lagi" mara ke final Piala Suzuki selepas berjaya menahan asakan padu Vietnam pada suku akhir kedua di Hanoi. Lawan Malaysia di final adalah Indonesia, yang mengganyang pasukan kita 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Nah, inilah peluang Safee Sali & kawan-kawan untuk membalas dendam atas kekalahan tersebut. Malu dibelasah Indonesia hanya boleh ditebus apabila kita menjulang Piala Suzuki. Tahniah!


APABILA KERUSI DUN TENANG KOSONG

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia tiga hari lalu. Walaupun kenduri arwah baru masuk malam ketiga, kalangan politik terutama puak-puak Pas sudah pukul palu untuk pilihan raya kecil DUN tersebut.

Pelik, kalau ADUN mereka yang meninggal dunia, bukan main lagi mereka marah kita sebut mengenai pilihan raya kecil sampai sanggup keluarkan ayat-ayat Quran dan Hadis supaya menghormati mereka yang baru sahaja meninggal dunia dan keluarga mereka. Tapi bila kematian itu melibatkan orang UMNO, wah belum sempat jenazah dikebumi sudah ada yang gantung poster. Tahniah!

Share this

1 Response to "Ringkas... ringkas... ringkas...!!"

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.