31 December 2010

Senam robik... Apa ada hal?

Puak-puak UMNO atau Melayu Perkasa tak usahlah nak bantai Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching nak bersenam robik kat masjid tu. Tak ada maknanya. Buat apa nak bising-bising. Lagipun apa salahnya bersenam robik bukankah ia baik untuk kesihatan. Lagi pun nyonya tu bersenam robik kat luar bangunan masjid bukannya kawasan solat.

Buat apalah nak tanya Nik Aziz pasal perempuan pakai sendat, tak tutup aurat bersenam dalam kawasan masjid. Tentulah ulama tersohor itu kata tak ada masalah. Lagi kan orang Pas berkhalwat diampunkan Allah selepas Nik Aziz berdoa, inikan pula Cina DAP yang tak faham pasal hukum-hakam agama.

Oii... Pedulilah orang DAP nak buat apa. Pedulilah puak-puak Pas nak buat apa sebab apa yang mereka buat semuanya tak salah, semua betul. Yang tak betulnya kalau orang UMNO buat. Ni buat sambutan Ambang Tahun Baru ni... Haram bagi orang UMNO buat tapi orang Pas buat itu harus, sebab nak sebarkan syiar Islam di kalangan bukan Islam.

Weiii... Apa hal pulak orang UMNO duk sibuk-sibuk nak jaga kesucian masjid surau kat Malaysia ni. Bukankah puak-puak UMNO ni kafir dan pernah dikafirkan oleh orang Pas? Orang UMNO mana peduli pasal agama Islam. Tentang hukum hudud. Buat maksiat sana-sini. Itu kes menteri UMNO yang khabarnya rogol bibik Indon, apa kisah?

Janganlah nak sibuk-sibuk. Bukan takat bersenam robik, kalau orang Cina nak minum arak atau bersetubuh dalam kawasan masjid pun tak apa asalkan mereka bukan orang UMNO. Kalau orang UMNO, jadi imam pun tak boleh, korang tau tak?

Dah dah lah... bawak-bawaklah sedar diri. Kita dah nak masuk tahun baru 2011. Silap-silap tahun ni ada pilihan raya umum ke-13. Biarlah puak2 Pas, DAP nak buat apa.  Biarlah Nik Aziz nak keluarkan fatwa apa pun. Nanti masa PRU-13 tahulah nasib mereka!

SELAMAT TAHUN BARU 2011!

Share this

5 Responses to "Senam robik... Apa ada hal?"

  1. salam,

    Kalau PR buat semua salah. Menteri rogol amah... tak salah....

    tuan, kita bawa bukan islam masuk masjid tapi kena nasihatkan cara berpakaiannya.

    Kita bising kerana orang bukan Islam masuk perkarangan masjid tak tutup aurat. Kita patut tegur dengan berhemah. Baru mereka hormat akan kemurniaan Islam itu.

    Satu lagi, tu ha isteri menteri beragama islam tak tutup aurat... napa beri nasihat. Lagilah pulak dan namanya ISLAM.

    Ataupun ada fatwa, tutup aurat dalam kawasan masjid. Kat luar masjid buleh buka aurat. Come on beb, jangan double standard. mesin taip buruk ni, Islam ke apa???

    ReplyDelete
  2. Kalau betul ada menteri rogol amah, korang buatlah report polis. Biar polis siasat. Macam Saiful report polis dia kena liwat Anwar. Baru betol.
    Jangan tengok Islam pada pakaiannya tetapi tengok pada iman dan amalnya. Memang betul ada isteri menteri beragama Islam buka aurat (tak bertudung) tapi jangan lupa, ada pemimpin berserban tapi kena tangkap liwat. Apa cerita?
    Jangan fikir kalau dah tutup aurat tak buat maksiat dan jangan tengok orang tak bertudung duk asyik buat maksiat.

    ReplyDelete
  3. salam,
    ape la yg nak digaduhkan..yg pakai baju ketat tu non-muslim..yg nak bising2 kat dia apa hal??? dan aku akan jadik sangat2 terkejut kalau ada la yg dalam ramai2 dok bersenam tu, boleh terangsang tgk attire dia...aku punye 2 cents, korang yg nak bising pasal aurat amoi tu, better korang bising kan pasal org melayu+muslim kite ni yang makin teruk either dari segi ekonomi or sosial..ni sumer bullshit politician...

    ReplyDelete
  4. yang penting aurat adalah syariat islam..

    ReplyDelete
  5. Aku pulak suka je nak meliwat di tepi-tepi jalan sebelah kedai mamak.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.