27 December 2010

Shahidan tolak jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis?

Khabarnya Shahidan Kassim angin satu badan apabila namanya diangkat semula dalam UMNO Perlis. Dia dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO Perlis menggantikan Datuk Zahidi. Tetapi bukan sebab dia jadi timbalan perhubungan yang buat Shahidan hangin tetapi apabila dia terpaksa bekerja di bawah MB Perlis, Isa Sabu, "pemimpin tua" yang menggantikannya sebagai MB dan Ketua Perhubungan Perlis.

Semua maklum kalau Shahidan dan Isa Sabu sudah menjadi seteru sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila berlaku gerakan nak jatuhkan beliau ketika Pak Lah berkuasa dahulu. Hasil pakatan Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan beberapa pemimpin UMNO Perlis termasuk Isa, Shahidan telah ditolak sebagai MB oleh Pak Lah walhal beliau mengetuai gerakan mempertahankan Perlis daripada tumbang di tangan pembangkang ketika tsunami politik 2008 lalu.

Lalu apabila Tengku Adnan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi timbalan perhubungan UMNO di bawah Isa Sabu, sudah pastilah Shahidan tidak boleh terima dan khabarnya beliau akan bertemu dengan Najib selaku Presiden parti untuk menyatakan rasa hatinya. Khabarnya sehingga dia bertemu dengan Najib, Shahidan tidak akan sesekali bekerja di bawah Isa Sabu.

Maklum Shahidan pernah jadi MB Perlis beberapa penggal dan mempengerusikan badan perhubungan Perlis sekian lama. Selepas ditendang oleh Pak Lah, akhirnya dia dilantik semula tetapi kena turun darjat, iaitu sebagai timbalan pengerusi UMNO Perlis. Takkanlah Shahidan mahu. Lebih baik tak ada jawatan apa-apa dalam UMNO negeri daripada bekerja di bawah musuhnya.

"Aku tak kisah kalau mereka nak ganti aku, tapi kalau nak ganti, gantilah dengan orang lebih muda dari aku. Bukan yang tua macam tu (merujuk Isa Sabu). Aku tak fahamlah fikiran dia orang ini (Pak Lah Badawi)." Teringat kata-kata Shahidan ketika aku bertemu dengannya semasa PAU 2009 dulu.

Keadaan Shahidan dengan Isa Sabu ini umpama Ahmad Said dan Idris Jusoh di Terengganu. Kalau Ahmad Said dilantik Pengerusi perhubungan UMNO Terengganu takkanlah Idris Jusoh yang pernah jadi MB dan Pengerusi Perhubungan nak turun darjat jadi orang nombor dua pula.

Lalu, apa motif Najib melantik Shahidan sebagai timbalan pengerusi UMNO Perlis? Mahu mencantum semula retak UMNO Perlis atau sengaja buatkan Shahidan naik angin? Entahlah....

Share this

0 Comment to "Shahidan tolak jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.