22 December 2010

Skuad Malaysia 100% produk tempatan!

Berbanggalah ketika hampir semua negara di rantau Asia Tenggara menggunakan khidmat jurulatih luar negara bagi membimbing skuad bola sepak mereka, Malaysia kekal menggunakan produk tempatan dan biarpun hanya menerima sentuhan tempatan, skuad bola sepak kita tetap hebat.

Pada AFF Piala Suzuki, hanya Malaysia dan Myanmar menggunakan khidmat jurulatih tempatan manakala Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura malahan Laos mendapat sentuhan jurulatih import dari England, Portugis sehinggalah Serbia.

Malahan negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina mengambil jalan mudah dengan menggunakan khidmat awang import (pemain import yang bermain di liga negara masing-masing, kemudian diberikan kerakyatan untuk membolehkan mereka mewakili negara terbabit). Tahniah patut diberikan kepada negara kerana terus kekal dengan 100 peratus produk tempatan.

Jadi, menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki, Malaysia tidak perlu khuatir andai kita gagal sekalipun sebab kita berhadapan dengan pasukan yang menggunakan jurulatih dan pemain import. Kemenangan mereka tidaklah boleh dibanggakan. Sebaliknya, jika kita menang nescaya kita boleh berbangga anak-anak Malaysia tulen berjaya menjulang Piala Suzuki selepas sebelum ini menggenggam pingat emas Sukan SEA di Laos tahun lalu.

Sekadar imbasan, berikut senarai jurulatih dan pemain import yang dimiliki oleh skuad negara lain yang bersaing di Piala Suzuki 2010:

SINGAPURA:
Jurulatih - Avramovic Radojko (Serbia)
Pemain:
1. Emuejeraye Precious
2. Daniel Bennett
3. John Wilkinson
4. Aleksandar Duric

FILIPINA:*
Jurulatih - Simon McMenem (England)
Pemain:
1. Stephan Schrock
2. David Younghusband
3. James Younghusband

INDONESIA:
Jurulatih - Alfred Riedl (Austria)
Pemain:
1. Cristian Gonzales
2. Irfan Haarys Bachdim

THAILAND:
Jurulatih - Bryan Robson (England)

LAOS:
Jurulatih - David Booth (England)

VIETNAM:
Jurulatih - Henrique Calisto (Portugal)

* Tidak jelas sama ada pemain "asing" Filipina ini adalah awang import. Maklum nama mereka semua berbau mat saleh termasuk muka-muka Tagalog. Tapi berdasarkan rupa, aku rasa beberapa pemain Filipina bukan anak tempatan.

Share this

6 Responses to "Skuad Malaysia 100% produk tempatan!"

  1. askm..filipina 2 younghusband adalah warga filip yang berlatih bsama akademi chelsea..ramai lagi budak filip berada di akedemi EPL..tp diaorg tak ddk filip, parent mrk pun tggl kat UK dgn US.

    Mohon pautkan blog tuan ke blog saya..terima kasih
    http://bersatuislamelayu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ramainya pemain-pemain dan jurulatih import negara Singapork ni...membuktikan rakyat-rakyat Singapork ni tak kompeten kot?

    ReplyDelete
  3. Adik beradik Younghusban rakyaat Filipina bapak dia orang berbangsa kalau X silap...

    Ok lah tu...

    Tapi bagi kawan Kuna (pemain) Malaysia boleh menjadi contoh rakyaat Malaysia berketurunan India yang setia dan cintakan negara ini!!! Rajin mamat tu...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana lapuran yang kemas dan terperinci.

    Lapuran ini lebih baik dari lapuran wartawan professional di akhbar tempatan.

    Bezanya ialah maklumat jurulatih import dan pemain import di sertakan.

    Wartawan akhbar sebagai contoh:

    1. Malaysia berada di tempat ketiga dunia. Tempat pertama dan kedua serta keempat tiada maklumat.

    2. Harga gula kita lebih rendah dari negara negara Asean. Contoh bandingan langsung tiada (wartawan malas, makan gaji)

    Tahniah mesin taip buruk.

    Kalau boleh nanti war warkan tarikh dan masa perlawanan untuk peminat blok yang jarang baca suratkabar :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kawan2 pasal info pemain Filipina - pasangan Younghusband (masa mula2 pengulas Astro Sport sebut "younghusband" aku duk tertanya2 siapa pemain Filipina muda2 dah jadi suami.. kehkehkeh).

    Hahn... Wartawan dah tak boleh carik makan, surat khabar pun dah tak laku sebab semua pakat baca blog aku... Hahahaha..!

    ReplyDelete
  6. Rajagobal harus buktikan yg dialah raja di AFF ni nanti.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.