29 December 2010

Tahniah Malaysia... Kitalah juara!

Biar apa pun Indonesia nak kutuk. Biar apa pun Indonesia nak beri alasan dan biar apa sahaja mereka mahu lakukan termasuk pancaran laser gunung kembar Julia Perez tetapi yang nyata Malaysia menjuarai Piala Suzuki buat kali pertama. Ia sekali gus mengesahkan bahawa Malaysia adalah jaguh baru Asia Tenggara selepas tahun lalu menggondol pingat emas Sukan SEA.

Indonesia mahu kata apa lagi. Gangguan pancaran laser? Wasit (pengadil) yang berat sebelah? penjaga garisan yang tak fair? Mahu cari alasan apa lagi buat Indonesia semata-mata mahu menafikan bahawa pasukan kita adalah jaguh Asia Tenggara.

Kita sudah memegang pingat emas Sukan Asia, kita masuk pusingan kedua Sukan Asia walaupun dengan pasukan yang tempang, kita sudah singkirkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dan kini kita menjuarai Piala Suzuki.  Itulah bukti bahawa kita sememangnya layak dinobatkan sebagai jaguh Asia Tenggara.

Walaupun kita tewas malam ini di Gelora Bung Karno tetapi seperti aku ramalkan Malaysia mampu menyerap tekanan hasil serangan bertali arus Indonesia.  Dan hasilnya kita tewas 1-2 (juga seperti aku ramalkan) tetapi modal besar yang kita bawa dari Bukit Jalil sudah cukup untuk mengesahkan sejarah bola sepak negara baru tercipta.

Yang pasti kejuaraan kita adalah kejuaraan mutlak rakyat Malaysia. Pasukan kita 100 peratus buatan Malaysia baik jurulatih atau pemain. Tahniah buat Rajagobal kerana berjaya membentuk pasukan impian negara yang sekian lama kita cari selama ini.

Satu sahaja pesanan aku buat FAM, pastikan dream team ini terus kekal bersama untuk menghadapi kejohanan lain akan datang. Dan pada masa yang sama, mantapkan lagi pasukan-pasukan pelapis bawah 21 tahun, bawah 19 tahun dan juga bawah 15 tahun.

Mereka inilah yang akan mengisi dream team Malaysia selepas ini. Tahniah... tahniah...! Tiada apa yang mampu diucap selain tahniah!!

Share this

1 Response to "Tahniah Malaysia... Kitalah juara!"

  1. salam,

    tuan bangga malaysia Juara AFF? tentulah kan. Aku juga bangga. Tapi tidak sebangga bangganya. Aku lebih bangga sebangga-bangganya jika team bola tu mampu tewaskan indon di indon sendiri.baru boleh bangga amat.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.