01 December 2010

Tanda-tanda PRU-13 dah dekat?

Kecoh benar sehari dua ini yang menyatakan PRU-13 bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini berikutan beberapa "tanda" yang dilakukan oleh kerajaan dan UMNO sejak dua menjak ini, iaitu:

1) Pemilihan agung UMNO ditangguhkan 18 bulan dari tarikh asal iaitu tahun depan.

2) Kerajaan beri diskaun saman trafik

Betul ke dua perkara di atas menjadi salah satu petanda PRU-13 akan dilangsungkan? Ops...!! Pembangkang nampak berghairah cerita tentang PRU-13 padahal mereka yang beriya-iya tak nak bubar DUN di negeri dikuasai mereka kalau Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Macam mana tu?

Masa zaman Dr. Mahathir dulu, kalau dia nak bubar Parlimen, biasanya Tun akan buat road-show lawatan ke setiap negeri di seluruh negara. Bila dah habis semua round ke-14 buah negeri, lepas itu beliau akan umumkan tarikh pilihan raya.

Najib punya stail tak tahulah pulak. Nampaknya kenalah tunggu Najib dapat ilham dulu bila nak buat pilihan raya tu atau kepada sesiapa yang dah tak sabar tu boleh usya-usya Datin Rosmah kita kut-kut dia boleh bagi ilham....

Share this

4 Responses to "Tanda-tanda PRU-13 dah dekat?"

  1. Diskaun saman trafik?

    Kalau yang tidak pasal-pasal kena saman (dalam sistem komputer pulak tu) tanpa pengetahuan, macam mana?

    Mamat dan Saman BERekornya lagi

    ReplyDelete
  2. buat apa usya-usya rosmah?... usya-usya khalid ibrahim.... dia ada ilham (marzuki) kat yayasan selangor!

    ReplyDelete
  3. Kenn... Hang pi tanya Hisham or IGP. Bab ni aku tak boleh tolong. Aku sendiri banyak saman trafik nak kena settle.
    Azlan... Ingat NKRA?

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya yakin, DS Najib mementingkan kekuatan dalam parti dahulu ... siapa yang bakal mengganti Ketua Perhubungan yang sedia ada, tidak akan berkesan seandainya tiada persefahaman di peringkat bahagian... saya setuju cara DS Najib yang lebih menekankan persefahaman drp ghairah untuk merubah pucuk pimpinan...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.