27 December 2010

UMNO di tiga negeri dapat Pengerusi baru. Tahniah!

Tahniah kepada UMNO negeri di Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang yang kini telah kembali ke pangkuan anak negeri selepas sebelum ini ia diterajui oleh "orang luar". Terengganu yang sebelum ini diterajui oleh Hishammuddin pastinya dapat menarik nafas lega selepas jawatan itu telah diserahkan kepada Ahmad Said selaku MB Terengganu.

Aku percaya selepas hampir 3 tahun sejak PRU-12 lalu, UMNO Terengganu sudah kembali "sejuk" dengan isu-isu dalaman yang boleh menjejaskan parti di negeri itu terutama menjelang PRU-13 nanti. Bekas MB, Datuk Idris Jusoh dan sekutunya pun sudah tidak kacau daun lagi terhadap pentadbiran Ahmad Said. Lagipun Ideris kini sibuk dengan tugasnya sebagai Pengerusi MARA.

Di Kedah pula, UMNO negeri itu yang sebelum ini diterajui oleh orang Sabah, pun sudah diserahkan kepada anak negeri iaitu Ahmad Bashah manakala anak Tun Dr. Mahathir, Mukhriz pula dilantik sebagai timbalan. Aku rasa ia pelantikan yang wajar dan memenuhi kehendak akar umbi di Kedah terutama kepada pihak-pihak yang bimbang dengan pelantikan Mukhriz sebagai Pengerusi manakala mereka yang menyokong Mukhriz pula sudah pasti dapat menarik nafas lega apabila pemimpin mereka menjadi orang no. 2 dalam UMNO Kedah.

Di Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang baru kematian isteri tersayang dilantik sebagai pengganti Ahmad Zahid Hamidi. Zainal "panjang" sebelum ini adalah timbalan Ahmad Zahid manakala Musa Sheikh Fadhil diumumkan sebagai timbalan Zainal.

Aku percaya pelantikan anak Pulau Pinang menerajui UMNO dapat mengembalikan "penyatuan" UMNO negeri itu yang sebelum ini dikatakan berkecamuk. UMNO Pulau Pinang merupakan antara badan perhubungan parti yang penting terutama untuk mengemudi usaha BN merampas Pulau Pinang daripada penjarah tanah Melayu, DAP.

Satu yang mengejutkan berlaku di Perlis apabila bekas MB, DS Shahidan Kassim diangkat semula ke dalam badan perhubungan UMNO negeri itu sebagai timbalan kepada Isa Sabu. Dan sudah pastinya perang dingin antara Shahidan dan Isa sebelum ini dapat diredakan manakala kombinasi Isa dan Shahidan diyakini dapat memantapkan lagi UMNO negeri Perlis.

Bagaimanapun harapan untuk melihat Selangor dan Wilayah diterajui oleh anak negeri sendiri masih belum ditunaikan apabila Najib dan Muhyiddin terus kekal menerajui UMNO kedua-dua negeri tersebut. Mungkin Najib melihat UMNO Selangor belum mantap untuk diserahkan kepada Noh Omar dan begitu juga dengan Wilayah Persekutuan.

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO negeri :

KEDAH
Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Baru)
Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Baru)

PERLIS
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim (Baru)

TERENGGANU
Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said (Baru)
Timbalan Pengerusi -  Yahya Khatib Mohamad (Baru)

PULAU PINANG
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman (Baru)
Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir (Baru)

SELANGOR
Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA
Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR
Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN
Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK
Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni  Hanazlah

Share this

0 Comment to "UMNO di tiga negeri dapat Pengerusi baru. Tahniah!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.