23 December 2010

Wakaka... Tengok logo "1Malaysia" pun dah kecut ke?

Puak-puak pakatan Selangor cakap bukan hebat, berapi-api. Malah ada yang hangus mulut sebab api keluar ketika berceramah tapi dengan logo "1Malaysia" pun diorang kecut perut. Khabarnya Khalid Berahim sampai terkencing dalam seluar tengok logo 1Malaysia kat tepi jalan. Ronnie Liu sampai pejam mata sepetnya rapat-rapat. Hassan Ali mengucap panjang macam tengok jerangkung bila melintas depan logo 1Malaysia. Begitulah hebatnya penangan 1Malaysia.

Jangan lupa mereka-mereka ini yang bercakap berdegang-dengan konon nak rampas pentadbiran Putrajaya, nak memerintah Malaysia konon lebih adil dan saksama, konon nak membela rakyat, konon nak hapuskan segala perkara jahat yang ada kat negara ini, tapi dengan logo 1Malaysi pun dah kecut perut. Apa ke hal yeop?

Kalau tak takut masakan semua logo 1Malaysia pada semua papan iklan, papan tanda disuruh tanggal dan buang. Aih... takut sangat ke dengan 1Malaysia tu? Dulu bukan main lain kondem pasal 1Malaysia tapi sekarang dah ketakutan pulak.

Mereka ini bukan apa, takut sangat tengok rakyat Malaysia bersatu padu. Mereka kalau boleh mahu tengok antara Melayu, India, Cina bergaduh. Itu pasal DAP duk jolok orang dia konon orang Melayu rasis, surat khabar Melayu rasis supaya Cina marahkan Melayu. Hindraf pulak duk jolok orang India konon mereka kena tindaslah, penghapusan etnik lah. Macam-macam lagi. Tujuannya apa supaya sesama kita berkelahi. Kalau dah berkelahi, mudahlah mereka nak rampas kuasa.

Maklum nak dapatkan kuasa melalui jalan depan (pilihan raya) mereka dah nampak bayang-bayang kesukarannya. Apatah lagi sekarang ini Melayu, Cina, India duk sebut... "Salam 1Malaysia". Mana tak hangin satu badan. Asyik-asyik 1Malaysia jeh.

Itu pasal kerajaan Selangor haramkan logo 1Malaysia di kawasan PBT mereka. Hahahahaha.... Tolol! Aku sarankan semua agensi kerajaan Persekutuan di Selangor pakat bubuh logo 1Malaysia besar-besar kat papan tanda bangunan mereka. Biar Khaled terkencing lagi banyak tengok logo 1Malaysia. Wakakakaa....! Ini macam worang pun ada!

Share this

2 Responses to "Wakaka... Tengok logo "1Malaysia" pun dah kecut ke?"

  1. Betul. Satu lagi edarkan sticker kereta 1Malaysia.

    Biar terjojol biji mata pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

    ReplyDelete
  2. aku non partisan...tp aku btl2 heran dgn pembangkang kat selangor tuh...dgn logo 1malaysia pun diorg nak jadikan isu...apeke bende tuh? kononnya mereka adil dan saksama...kami rakyat kat bawah ni nak jaga perut sendiri dan anak bini..yg korang sibuk2 pasal logo tu apehal? aduhai...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.