15 December 2010

Yey... Malaysia menang!

Yey! Malaysia menang lawan Vietnam pada separuh akhir Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku pun berada dalam ribuan manusia yang sebahagian besar penyokong pasukan kebangsaan. Siapa kata orang kita dah tak minat pergi stadium tengok bola? Kalau cara pasukan kita main malam ni, tak mustahil kita boleh mara ke perlawanan akhir.

Perghhh... gegap-gempita seluruh stadium dengan dentuman mercun, bingitan vovoozela (?), kompang dan macam-macam bunyian termasuk sorak girang penyokong pasukan negara apabila Safee Sali menjaringkan gol. Bukan satu, tapi 2 gol tu... Cukuplah buat bekal ke Hanoi untuk pusingan kedua Sabtu nanti.

Tahniah kepada seluruh skuad pasukan negara + jurulatih K. Rajagobal sebab telah berjaya menaikkan kembali maruah bola sepak kebangsaan. Selepas cemerlang di Sukan SEA, Sukan Asia dan kini Piala Suzuki pula. Aku percaya episod duka bola sepak negara semakin berlalu dan martabat bola sepak negara kembali melonjak.

Tahniah juga buat Rosmah Mansor kerana diberi pingat yang bawa gelaran Datuk Seri Utama. Hidup Permata!!

MTB: Tak amal menang dipuji, kalah dikeji!!

Share this

0 Comment to "Yey... Malaysia menang!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.