28 February 2010

Fairus masuk UMNO.... Dush! Anwar kena lagi

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Fairus Khairuddin isytihar dirinya keluar dari PKR dan sertai UMNO. Dush...!! Satu lagi tamparan kepada Anwar.

Fairus merupakan bekas ADUN Penanti (Parlimen Permatang Pauh) yang kemudian diminta meletakkan jawatan oleh Anwar kerana didakwa terlibat rasuah dan tidak performe ketika menjadi ADUN & TKM I. Akhirnya beliau akur dan melepaskan jawatan. Tapi Anwar kata Fairus lepaskan kerusi DUN kerana nak sambung belajar.

Ekoran tindakan beliau mengosongkan kerusi DUN Penanti, satu pilihan raya kecil diadakan tetapi ia diboikot oleh BN kerana menganggap pilihan raya kecil itu tidak perlu kerana ia diadakan disebabkan masalah dalam PKR. Akhirnya Dr. Mansor Othman yang bertanding menentang 3 calon bebas menang mudah di Penanti dan kemudian dilantik sebagai TKM I menggantikan Fairus.

Kepada Fairus aku ucapkan tahniah kerana memilih untuk menyertai UMNO walaupun saudara mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan tersebut. Aku harapkan langkah Fairus diikuti rakan-rakannya yang lain.

Yang sedang kita nantikan....
1) Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru)
2) DS Zahrain (Ahli Parlimen Bayan Baru)
3) Badrul Hisyam (ADUN Pelabuhan Kelang)
4) Dll

27 February 2010

Dah tiba masa Taib Mahmud bersara...

Dalam masa seminggu dua kali PM turun ke Sarawak. Satu untuk lawatan rasmi selama dua hari dan selang beberapa hari datang ke Bumi Kenyalang lagi untuk rasmi satu program di sana. Pada masa yang sama beberapa pemimpin pembangkang termasuk CIFU Anwar dan Lim Kit Siang dah mula berulang alik ke Sarawak. Satu petanda jelas Dewan Undangan Negeri Sarawak bakal dibubarkan bila-bila masa!

Tapi bukan pasal itu aku nak tulis. Yang aku nak cakapkan di sini ialah kedudukan Taib Mahmud selaku Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Sarawak ni. Sampai bilalah agaknya beliau mahu terus "berkuasa" di Sarawak. Sudahlah menjadi Ketua Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia, malah kedudukannya seolah-olah "untouchable"! Ramai kawan-kawan aku dari Sarawak mengharapkan Taib Mahmud bersara!

Kawan-kawan aku itu selalu bercerita bagaimana berkuasanya Taib Mahmud yang katanya sudah meletakkan dirinya seperti Raja Sarawak. Aku terfikir ada betul juga cerita-cerita kawan-kawan aku sebab aku sendiri pernah menghadiri majlis yang dihadiri oleh beliau. Bukan setakat beralas karpet kuning di laluan perjalanannya, malah kerusi yang diduduki beliau juga mesti berwarna kuning... Wow!!

Dan khabarnya kekayaan Taib Mahmud juga luar biasa walaupun tidak disenaraikan dalam 40 tokoh terkaya di Malaysia tetapi ramai kawan-kawan aku dari Sarawak mengakui beliau seorang yang sangat "berjaya" dalam perniagaan. Pokoknya harta beliau cukuplah untuk menyara tujuh keturunan. Cahaya Mata Sarawaklah katakan!

Jadi dalam keadaan politik negara yang mencabar dengan semakin ramai rakyat yang menolak kerajaan BN sepertimana ditunjukkan dalam PRU-13 lalu, aku rasa sudah tiba masanya Sarawak diterajui oleh pemimpin BN (BN ya, bukan pembangkang) lain dan aku percaya Sarawak tidak kekurangan pemimpin berwibawa setanding Taib Mahmud.

Sebagai permulaan ke arah pembaharuan itu, Taib Mahmud sepatutnya tidak lagi bertanding pada pilihan raya negeri kali ini bagi memberi laluan kepada muka-muka baru, yang lebih muda, lebih bertenaga dengan idea-idea yang lebih segar dan bernas, lebih kreatif dan inovatif. Lagipun dah lama sangat beliau menerajui Sarawak. Lagipun keadaan kesihatannya juga semakin lemah.

Bukan apa, jika beliau masih ada hati nak bertanding dan menjadi KM Sarawak lagi, aku bimbang para pengundi di negeri itu membuat tindakan drastik dengan memberi undi sebanyak mungkin kepada puak2 pembangkang yang akhirnya memberi kemenangan kepada puak2 pembangkang.

Hal ini pernah dilakukan oleh pengundi di Terengganu pada PRU-10 lalu apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan MB Terengganu pada masa itu yang masih ada hati untuk bertanding walaupun sudah sekian lama memimpin negeri itu yang akhirnya rakyat memberi kemenangan kepada Pas. Maka dapatlah Hadi Awang menjadi MB Terengganu pada masa itu.

Malah kekalahan BN di lima negeri pada PRU-12 lalupun atas "kemarahan" rakyat kepada corak kepimpinan Pak Lah yang lemah. Jadi adalah tidak mustahil keadaan sama boleh berlaku di Sarawak.

Ini kerana dalam keadaan puak2 pembangkang yang semakin ghairah mengadakan gerakan merampas Sabah dan Sarawak selepas mendapat semangat hasil kejayaan mereka menguasai 5 negeri di Semenanjung, kedudukan negeri itu sangat berbahaya dan BN negeri dan Pusat perlu berbuat sesuatu kerana kita tidak mahu melihat Sarawak jatuh ke tangan pembangkang. Langkah pertama yang perlu diambil ialah pengumuman Taib Mahmud bahawa beliau tidak bertanding.

Ia sekurang-kurangnya memberi semangat baru kepada jentera BN untuk bekerja lebih kuat, gigih dan penuh semangat dan pada masa yang sama memberi harapan baru kepada para pengundi. Taib Mahmud perlu fikirkan kedudukan BN di negeri itu dan bukannya kedudukan beliau anak beranak sahaja!

Sarawak perlukan perubahan dan pembaharuan...!!

26 February 2010

Suhakam dah jadi penjilat UMNO ke?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya salahlaku oleh pihak Penjara Sungai Buloh terhadap Raja Azman Petra - anak kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin. - MalaysiaKini

Hek eh... Sejak bila pulak Suhakam dah jadi penjilat UMNO dan Najib ni? Bukankah Raja Petra kata polis sengaja dera anaknya yang dipenjarakan kerana mencuri motorsikal itu adalah usaha terakhir kerajaan Najib supaya dia menyerah diri?

Nampaknya sekarang ini Suhakam pun dan pro-UMNO, penjilat bontot kerajaan. Sebab itulah mereka sanggup menolak dakwaan RPK berhubung anaknya, Raja Azman itu. Bukankah semua keputusan yang bertolak bertolak belakang dari kenyataan RPK, Anwar dan pembangkang adalah penjilat bontot UMNO dan Najib?

Tak percaya tengoklah keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang tolak pemohonan Anwar nak dapatkan dokumen berhubung tuduhan pemerkosaan luar tabiinya. Hakim-hakim ini pun penjilat bontot UMNO dan Najib.

Memang Malaysia ini sebuah negara yang sangat tidak adil kerana semua keputusan bersangkut dengan Parti KEADILAN Rakyat ditolak, tidak diterima atau dibatalkan.

Tak mengapa, lepas ini RPK akan pergi mengadap Queen of England dan menuntut kerajaan negara itu menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung keputusan Suhakam itu. Mamat Suhakam yang bagi kenyataan itu dibawa ke muka pengadilan kerana menipu... hehe...!!

Itulah gamaknya pandangan penyokong2 hardcore PKR & RPK ni.... Tak caya, tengoklah sehari dua ini, keluarlah kenyataan-kenyataan sedemikian oleh blogger upahan mereka.

23 February 2010

Tok Pa jangan over confident!

Wah Tok Pa, (Mustapa Mohamed) sejak dua menjak ini bukan main yakin pengundi di Kelantan dah makin tolak Pas dan terima UMNO/BN. Ia berasaskan apa yang dikatakan orang Kelantan dah muak dengan Pas yang gagal tadbir negeri itu dengan baik. Mereka nak UMNO pulak.

Wow! Satu kenyataan yang membuatkan Najib tersenyum sampai ke telinga dan membuatkan Nik Aziz pula gundah gulana. Gamaknya lah! Tapi Tok Pa lupa agaknya sejarah negerinya sendiri dalam perihal memilih kerajaan dan mungkin sebab Tok Pa juga terlalu seronok dengan keadaan pembangkang yang kini caca-marba termasuk Pas di Kelantan. Itu sebab Tok Pa berani cakap macam tu.

Tapi jangan over confident sangat Tok Pa oih sebab PRU-13 lambat lagi. Kurang2 dua tahun lagi dan dalam tempoh 2 tahun macam-macam boleh berlaku. Kalau dah pukul canang awal-awal macam tu, sudah pasti puak2 Pas akan berbuat sesuatu untuk menaikkan balik kepercayaan pengundi di Kelantan terhadap Pas. Jangan lawan tok guru! Itulah orang Kelantan fikir selama ini.

Semua orang perlu akui pengaruh tok guru Nik Aziz di Kelantan. Dia orang berilmu, bergelar ulama. Tak mudah bagi orang Kelantan nak lawan tok guru. Takut tak dapat masuk syurga. Lagi pun orang Kelantan amat berbeza dalam banyak hal berbanding mereka dari negeri-negeri lain.

Tengoklah selama ini ramai orang Kelantan yang berjaya di semua bidang baik korporat, pentadbiran kerajaan dan lain-lain dan semangat kenegeriannya juga amat kuat. Kalau difikir takkan tak ada seorang Kelantan yang ramai bijaksana di luar negeri itu boleh mentadbir sehingga mampu menjadi sebuah negeri yang maju sedangkan mereka yang memajukan negeri lain dan negara ada sebahagiannya orang Kelantan.

Kenapa mengharapkan seorang tok guru untuk menjadi Menteri Besar yang kemudiannya dilantik pula anak dan menantunya  untuk mengurus agensi kerajaan negeri? Sebabnya orang Kelantan mahukan seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi.

Aku percaya jika UMNO boleh menonjolkan sekurang2nya seorang pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, setanding Nik Aziz atau lebih dari itu untuk diangkat sebagai pemimpin negeri itu, aku percaya pengundi Kelantan memberi kepercayaan kepada UMNO untuk menjadi kerajaan negeri itu.

Tapi sehingga kini aku sendiri tidak nampak sesiapa pun dari UMNO Kelantan yang mampu menandingi ketokohan Nik Aziz dalam bidang keagamaan. Bukan aku nak perkecil Tok Pa dan pemimpin UMNO lain, tetapi itulah aku rasa realiti yang ada di Kelantan. Mereka ketandusan pemimpin yang setara Nik Aziz untuk menggantikan tok guru sebagai MB dan ulama.

Macam mana Tok Pa?

21 February 2010

Heboh video lucah pelakon Melayu Singapura

Seorang rakan aku nun di selatan tanah air bertanyakan aku kalau-kalau aku kenal dengan Nadia Fazlini Sharip, pelakon Singapura yang cukup popular di negara jiran itu. Aku cakaplah, pelakon Malaysia pun aku tak berapa nak kenal inikan pula pelakon dari Singapura.

Lalu aku bertanyalah kenapa tiba-tiba dia tanya pasal pelakon ni? Dia kata sekarang sedang heboh di Singapura pasal video lucah pelakon itu dengan seorang lelaki sedang tersebar di alam maya. Ish... Apa aku kisah ke pasal artis ni? Sebab bukan aku kenal pun dan tak pernah pun tengok lakonannya. Lainlah mereka yang berada di Johor, yang boleh tengok rancangan TV Singapura.

Dia cakap aku patut ambil tahu sebab ia mencemarkan bangsa. Tak kisahlah dia orang Singapura ke apa tetapi dia Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut ambil kisah perihal seperti ini. Kata rakan aku. Dush...!! Tepuk dahi aku dengan alasan kawan aku. Masalah Melayu kat Malaysia pun tak selesai-selesai ini pula aku disuruh ambil tahu pasal Melayu di negara lain.

Tapi dik atas pujukan kawan aku tu, aku cubalah cari maklumat siapakah gerangan pelakon ini. Hebat sangatkah dia? Cantik sangatkah dia?

Lalu aku gelintarlah info pasal pelakon ini di internet dan terjumpalah sedikit latar belakang pasalnya. Rupanya dia terkenal melalui lakonan dalam drama Anak Metropolitan di TV Suria di negara jiran. Siapa yang selalu tengok drama ni terutama mereka yang tinggal di Johor tahulah siapa Nadia Fazlini. Info juga memberitahu dia pernah dicalonkan untuk Best Actor dan Best Supporting Actor pada Pesta Perdana (agaknya macam anugerah Skrin kat TV3-lah kot!)


Dan inilah laporan akhbar di Singapura pasal video lucah pelakon ini. Tapi kat Malaysia tak ada pulak kisah sebab agaknya dia tak pernah berlakon dalam drama terbitan di Malaysia kut. Kalau ada dan dikenali macam beberapa pelakon asal Singapura lain yang menempa nama di Malaysia, macam emmm siapa yea? Oh Hetty Sherlini ke sudah pasti kat sini pun heboh.

Hai buruk lagilah nama "Melayu". Macam-macam hal....!! 

Tapi pelakon2 Melayu kat Malaysia pun apa kurangnya. Kalau tak ada video pun gambar2 bogel, separuh bogel, gambar tengah buat perkara sumbang berlambak-lambak kat internet. Tak sanggup aku nak tulis kat sini sebab akhirnya buruk nama bangsa sendiri.

19 February 2010

Hadi patut selar Anwar, bukan AP Australia

Aku salut kat Presiden Pas, Hadi Awang sebab ikut sama menghentam 50 Ahli Parlimen Australia yang masuk campur dalam urusan negara kerana menggesa kerajaan menggugurkan dakwaan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim.

Wah, lepas ni makin lantanglah puak2 pro-Anwar dalam Pas menghentam Hadi Awang sebab senada dengan puak2 UMNO dan BN yang sebelum ini paling lantang mengkritik para Ahli Parlimen Australia itu. Wah makin jelaslah Hadi Awang kini dah jadi pemimpin Pas pro-UMNO.

Tapi dalam hal ini aku rasa semua pihak khususnya Hadi tidak wajar menyalahkan Ahli Parlimen terbabit sebabnya kalau tiada gerakan oleh Anwar yang menggunakan kuasa asing campur tangan dalam kes tersebut, takkan mereka tiba-tiba masuk campur hal negara orang.

Aku percaya, ini semua adalah usaha terakhir Anwar untuk menyelamatkan dirinya dari menghadapi dakwaan pemerkosaan luar tabii ke atas Saiful Bukhari yang sudah mula berjalan tetapi ditangguhkan lagi (hasil susah payah Anwar sendiri yang mencari 1,001 alasan). Maklum, nak guna gerakan reformasi seperti tahun 1998 gagal sebab puak2 pro-reformasi sudah sedar diri siapa Anwar sebenar.

Nak gunakan kuasa mahkamah termasuk cuba mencari sebab untuk memecat hakim yang mengadilinya hanya kerana laporan media, tak berjaya. Menggunakan kuasa politik tempatan termasuk cuba memanggil sidang khas Parlimen, pun tidak mungkin akan dilayan. Maka mahu atau tidak Anwar terpaksa menggunakan kuasa asing dari Barat, termasuk Ahli Parlimen Australia yang kita semua maklum bahawa ada di antara mereka yang menyokong perhubungan sejenis.

Anwar sebenarnya semakin terdesak. Dengan perjalanan perbicaraan yang berlangsung selama seminggu sahaja sudah mendedahkan tembelang Anwar dan segala pengakuan Saiful Bukhari dalam mahkamah tempoh hari semakin sukar ditepis Anwar & barisan peguamnya maka beliau terpaksa mencari jalan "belakang". Dan kalau perlu memanggil puak2 Zionis untuk menyerang negara asal beliau bebas dari menjalani perbicaraan itu, aku percaya beliau sanggup.

Jadi, aku nasihatkan Hadi daripada bertempik marahkan Ahli Parlimen Australia itu, lebih elok beliau menasihatkan Anwar yang juga rakan sepemimpin dalam pakatan pembangkang supaya memberi tumpuan kepada perbicaraan yang sedang dihadapinya. Suruhlah Anwar cari alibi dan bukti untuk menepis dakwaan Saiful Bukhari, dan bukannya mencari alasan untuk melambat-lambatkan perbicaraan atau menggunakan kuasa luar mendesak dakwaan itu digugurkan. Lagipun ini kes antara Saiful Bukhari Azlan (mangsa) dan Anwar (tertuduh). Ia tiada hubungan sama sekali dengan kerajaan.

Dan kalau Hadi hebat sangat, berilah kaunseling kepada Anwar supaya beliau insaf atas perbuatannya selama ini. Anwar boleh berbohong kepada rakyat Malaysia, atau masyarakat dunia sekalipun tetapi Anwar tidak boleh sama sekali berbohong dengan Allah.

15 February 2010

Gempar.... Terengganu dapat MB baru, Mac ini?

TERKINI:
MB Terengganu, Datuk Mat Said baru pulang dari Jerman hari ini selepas berangkat ke sana untuk mengadap Tuanku Mizan. Apakah kembalinya Mat Said selepas mengadap Tuanku akan membawa berita besar bagi rakyat Terengganu? Tunggu.... - Update: 26.02.2010

POSTING ASAL:
Panas... panas...!! Berita gempak yang aku baru dapat yang MB Terengganu, Ahmad Said telah diminta melepaskan jawatannya dan akan diganti dengan orang baru. Satu sumber dari negeri Pantai Timur itu memaklumkan pucuk pimpinan kerajaan Terengganu bakal bertukar pada minggu pertama Mac ini. Wow!

Dan khabarnya juga tiga nama sudah disebut-sebut untuk mengambil alih kedudukan Mat Said yang pelantikan beliau sebagai MB selepas PRU-12 lalu penuh kontroversi akibat campur tangan istana yang tidak senada dengan pucuk pimpinan BN pada masa itu yang mahukan Idris Jusoh kekal sebagai MB Terengganu.

Huh... Siapa tiga nama yang disebut-sebut akan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Mat Said itu? Apakah beliau orang Mat Said juga atau orang Deris Jusoh? Sumber itu tidak dapat mengesahkannya.

Jadi elok kita sama-sama menanti apakah khabar ini benar dan jika ya, siapa bakal terajui negeri Terengganu selepas ini? Mari kita sama-sama tunggu tarikh tersebut...

p/s: Nak tanya orang Terengganu, betul ke sekarang ini MB tiada di negeri itu kerana pergi mengadap Tuanku di Jerman?

13 February 2010

Siap-siaplah... Kapal PKR dah nak karam!!

PKR, parti anak beranak dah nak berkubur dah. Dulu aku jangka selepas PRU-13 parti ni akan dikambus dalam kubur, rupanya jangka hayatnya lebih pendek dari aku sangka. Tak lama lagi pupuslah PKR. Tengoklah sekarang ini sorang demi sorang pemimpin harapan mereka cabut.

Menjelang PRU-13 nanti PKR cuma tinggal Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izzah je lah. Anwar? Ish.. Masa depan dia pun tak menentu. Maklum kes dia pun sedang dibicara di mahkamah... Ops...! Tak boleh komen nanti tak pasal2 Karpal Singh kata aku hina court pass tu buat modal diorang nak tangguh bicara pulak.

Aku ingat lagi lepas je PRU-12, Anwar dan puak2 pembangkang bukan main confident kata UMNO bakal berkubur sebab melihat kemenangan besar mereka termasuk menguasai 5 negeri yang tak pernah mereka bayangkan selama ini. Maka cakap besarlah mereka parti mereka sudah diterima rakyat. Maka Anwar pun pasang impianlah nak jadi PM Malaysia 16 September 2008.

Pergh... Pada masa tu jangan ceritalah. Cuak juga puak2 UMNO bila mereka lancarkan gerakan "membeli"  ahli parlimen BN. Mereka sanggup kejar sampai Taiwanlah. Khabarnya ada ahli Parlimen ditawarkan ratus-ratus ribulah kalau mereka lompat masuk pembangkang, tak kisahlah PKR ke, Pas ke, DAP ke... Janji masuk sebelah sana.

Tapi rupanya Allah maha adil lagi maha bijaksana. Ternyata mereka umpama menepuk air dalam dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri. Padan muka. Nak suruh puak2 BN lompat parti masuk parti mereka, alih2 wakil rakyat mereka yang cabut kat Perak yang akhirnya Perak jatuh ke tangan BN. Hek eh... sekarang dia kata BN pulak rampas kuasa! Yang gerakan 16 September tu apa?

Sekarang pula sorang demi sorang wakil rakyat PKR keluar parti yang bukan sahaja mengecilkan jumlah wakil rakyat PKR dalam Parlimen, tapi juga mengecilkan jumlah ahlinya. Nampaknya tak lama lagi berkuburlah parti anak beranak ni. Lagipun siapa yang nak sokong PKR lagi kalau penasihatnya sendiri sedang dibicarakan atas dakwaan pemerkosaan luar tabiinya.

Dah masuk ke mahkamah, hari pertama lagi Anwar dah kena pukulan Saiful. "Mokhtar" dan CIFU....!!!! Dah tak mampu nak menepis pengakuan mangsa, diorang cari alasan nak tangguh lagi perbicaraan. Wakakaa... Tapi paling aku kesihan tengok penyokong "hardcore" merekalah. Sampai la ni duk jilat bontot CIFU-nya lagi. Terutama ketua AMK-nya tu. Apa nak buat gerakan reformasi kedua? Keh keh keh... Apa? Tak sampai 50 org yang datang? Keh keh keh... Kesihan!!

Sudah-sudahlah. Lebih baik korang ramai2 keluar PKR. Buat macam Zahrain tu. Walaupun dia orang kanan Anwar tapi dia dah tau nasib Anwar di hujung jari hakim. Kalau hakim kata dia bersalah, maka ke Sungai Buluh lagi lah orang tua tu. Sekarang ini kapal PKR dah nak karam dah. Sekali nakhodanya dah masuk sana, alamat hanyutlah ia.

Jadi kepada mereka yang masih duk syok duk dalam kapal PKR tu, sedar dirilah wei. Kapal dah nak tenggelam tu. Baik cari pelampung selamatkan diri. Kalau rasa berani terjun je dan berenanglah ke mana-mana pulau. Tunggu apa lagi???

10 February 2010

Ni dia kereta F1 Malaysia....

Ni dia kereta F1 milik Malaysia - F1 Lotus Team yang sedang diuji di litar Silverstone, UK. Gambar ini dirakam secara eksklusif oleh Auto Sport. Kereta milik pasukan 1Malaysia F1 ini dijangka akan diperkenalkan menjelang akhir bulan ini.

Buku isu Perak sudah patut ditutup!

Tutup sahaja isu MB Perak sebab ia sudah selesai. Mahkamah telah putuskan pelantikan Zambry sah di sisi undang-undang negeri Perak jadi buat apa lagi nak didebatkan. Biarkanlah Nizar dan puak2 pembangkang melalak tak puas hati sebab mereka tidak pernah pun berpuas hati atas apa sahaja perkara yang memenangkan kerajaan/UMNO.

Biarkanlah Nizar, Ngeh-Nga, Guan Eng, Nik Aziz, CIFU Anwar nak melalak mempersoalkan keputusan mahkamah atau sultan sekalipun. Jangan pedulikan mereka. Mereka sudah menjadi anjing yang melalak bukit. Dah penat nanti, senyaplah mereka. Lagipun tiada apa lagi yang mampu mereka buat sekarang melainkan menunggu PRU-13 dan mengharapkan rakyat Perak kembali memberi sokongan kepada mereka.

Bagi aku semua media termasuk media online & para blogger, hentikanlah perdebatan mengenai kerajaan Perak sebab semuanya sudah diputuskan. Tak kiralah sama ada Zambry digelar "MB mahkamah" atau apa sekalipun tetapi tugas beliau dan kerajaan BN ialah terus membangunkan negeri Perak, membela nasib rakyat dan meningkatkan perpaduan dan keimanan di kalangan rakyatnya. Lagipun beliau direstui oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang arif dan bijaksana.

Amanah rakyat Perak yang memberi undi kepada mereka patut dilunaskan sebab itulah yang penting sekarang ini. Jangan pedulikan Nizar dan puak2 yang "gila kuasa" itu kerana rakyat tidak peduli siapa yang memerintah asalkan mereka boleh hidup aman damai dan kebajikan & kesejahteraan mereka terpelihara. Kalau BN mampu memenuhi kehendak rakyat dalam semua hal, insya-Allah PRU-13 nanti masih dibawah BN.

Keputusan di Mahkamah Persekutuan adalah ketentuan Allah dan atas ketentuan-Nya jugalah Nizar tidak dapat menjadi MB Perak.

Jadi, biarkanlah si Luncai terjun dengan labunya.....

09 February 2010

BMW patut siasat punca nahas

Aku begitu tersentuh dengan nahas ngeri yang melibatkan seorang usahawan Melayu muda bersama isteri dan 4 anaknya yang masih kecil terkorban dalam nahas di lebuh raya PLUS berhampiran tol Senawang. Lebih hiba kesemua mereka rentung apabila kereta  itu meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah lori pasir yang berhenti di laluan kecemasan kerana rosak.

Sedih cukup sedih! Betul malang tidak berbau dan ajal maut di tangan Allah. Tetapi aku agak musyhkil bagaimana sebuah kereta mewah berharga hampir 1/2 juta ringgit boleh meletup dan hangus terbakar akibat kemalangan itu. Aku tak hairan kalau kemalangan itu melibatkan kereta Proton sebab aku tahu kenderaan tempatan itu tidak mempunyai ciri keselamatan atau kalau ada sangat rendah, tetapi ini BMW 7 Series berharga lebih RM700,000.

Dan aku percaya bukan aku sahaja yang tertanya-tanya persoalan ini tetapi mereka yang lain di luar sana terutama para pemilik BMW atau mereka yang merancang untuk memilikinya. Betul ini adalah kes terpencil melibatkan kereta tersebut tetapi ia sewajarnya menuntut BMW menjalankan siasatan terperinci. Sebabnya apabila berlaku sedemikian ramai yang tertanya-tanya sejauh mana tahap keselamatan yang ada pada BMW dan apa wujud "kecacatan" pada kenderaan itu sehingga ia mudah meletup dan terbakar.

Dalam sesuatu nahas melibatkan kapal terbang, misalnya, pemaju pesawat sama ada Boeing atau Airbus akan turut sama menjalankan siasatan punca kemalangan dan pada masa yang sama mereka dapat menentukan di mana kelemahan pesawat mereka sehingga berlaku sesuatu nahas.

Dalam hal ini, aku melihat perkara sama perlu dilakukan oleh pihak BMW atau kenderaan mewah lain jika berlaku kemalangan maut melibatkan kenderaan milik mereka. Sekurang-kurangnya dapat membantu pihak berkuasa mencari punca sebenar kemalangan dan bukan hanya berpaksi kepada siasatan polis yang biasanya diputuskan sebagai "human error".

Pada masa yang sama mereka juga dapat melihat titik kelemahan pada kenderaan mereka. Maklum kenderaan terbabit dibina di negara Eropah dan sudah semestinya menuntut sedikit pengubahsuaian bagi memenuhi persekitaran di Asia, khususnya di Malaysia.

Amalan ini (siasatan oleh pembina kenderaan) masih belum diamalkan di negara ini, tetapi siapa tahu BMW boleh menjadi perintisnya.

Zambry kekal sebagai MB Perak

UPDATE:
Khabarnya Nizar melalak-lalak, meraung dan menangis menggugu-gugu dalam mahkamah selepas keputusan mahkamah tidak menyebelahinya. Maka terhemburlah ayat2 koman di kalangan puak2 pembangkang konon "mahkamah tidak adil", "hakim dibeli BN" bla bla bla... Nizar tak puas hati sebab hakim tolak mentah2 hujah beliau.

Tapi mereka lupa (atau sengaja nak nafikan) bahawa yang membuat keputusan melantik Zambry adalah Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara... sekali lagi bekas Ketua Hakim Negara. Maksudnya, baginda sudah pasti tidak akan membuat keputusan tanpa memahami perundangan negara. Takat lawyer-lawyer Nizar apa sangat tahap ilmu undang-undang mereka. Sebab itulah semua 5 panel hakim yang bersidang memutuskan pelantikan yang dibuat Sultan Azlan Shah adalah sah di sisi undang-undang.

Jadi Nizar dan para tok dalangnya - Ngeh & Nga - patut menerima keputusan tersebut dan menghentikan usaha untuk merampas kembali negeri Perak dari BN. Kalau nak sangat kuasai semula Perak, tunggulah PRU-13 nanti. Itupun kalau masih ada orang Perak yang nak diperintah puak2 peliwat agama, bangsa & negara.

POS TERDAHULU:
Bravo... bravo!! Akhirnya harapan orang Perak untuk melihat negeri itu kekal di bawah kerajaan BN tertunai selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan pelantikan Dr. Zambry Kadir sebagai MB oleh Sultan Perak sah. Demikian berita terbaru yang aku terima dari Putrajaya sebentar tadi.

Nampaknya harapan Ngeh & Nga untuk kembali memerintah negeri itu menerusi Nizar gagal. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan rakyat negeri Perak dari jatuh ke tangan anasir pemusnah dan peliwat agama, bangsa & negara.

Tahniah!!

08 February 2010

Utusan diseret sama dalam perbicaraan kes liwat DSAI... Apa hal?

Nampaknya Anwar memperoleh modal baru untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya iaitu dengan mengemukakan cadangan memecat hakim yang mewakilinya hanya kerana laporan akhbar Utusan Malaysia! Wow... Hebat sungguh banduan seorang ini. Boleh memecat hakim kerana Utusan Malaysia (Utusan sahaja ke?).

Tentunya ramai yang kehairanan kenapa Utusan Malaysia diheret sama dalam perbicaraan Anwar yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan dan tentunya kita tertanya-tanya ini kes siapa yang meliwat siapa sebenarnya?

Tapi aku tak hairan sebab aku tahu Anwar dan barisan peguamnya sentiasa mencari jalan untuk memastikan perbicaraan tertangguh atau terus melambat2kan perbicaraan yang sudah pun tertangguh hampir 2 tahun. Mereka mencari jalan untuk melambatkan perjalanan perbicaraan dan bukannya bukti untuk menunjukkan anak guam mereka tidak meliwat Saiful.

Sebabnya bukti2 sangat jelas menjurus kepada wujudnya pemerkosaan luar tabii oleh Anwar terhadap Saiful. Bahkan dalam dua hari perbicaraan bermula, sudah terdedah perilaku Anwar apabila Saiful mendedahkan tentang "mokhtar" dan CIFU yang membuatkan Anwar resah, serba salah dan pada masa sama sedozen barisan peguamnya mencari akal untuk "melemahkan" Saiful sendiri selaku mangsa dan saksi utama.

Betulkah laporan Utusan dianggap menghina mahkamah? Apakah Anwar sendiri dan para pengikutnya tidak menghina mahkamah apabila melaungkan-laungkan konon Anwar tidak bersalah tetapi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi Najib/Rosmah ketika perbicaraan sedang berlangsung. Jadi siapa yang hina mahkamah sebenarnya?

Apa pun aku berpegang kepada ungkapan orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jual atau bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Allah berpihak kepada mereka yang benar dan mereka yang teraniaya....

07 February 2010

Pak Lah kata kepimpinan Guan Eng lemah... Wow!

Wow! Hari ini Pak Lah Badawi smash Lim Guan Eng sebab kepimpinan lemah sehingga rakyat Penang termasuk kalangan pemimpin PKR (pakatan DAP) bangkit menentang Ketua Menteri mereka ber-I/C Melaka itu.

Apa yang dikatakan Pak Lah itu betullah. Kepimpinan Guan Eng memang lemah sebab itulah orang Melaka tidak pernah mahu beliau. Kalau dia hebat sangat, dah lama Guan Eng jadi wakil rakyat di Melaka. Tapi orang Melaka dah tau, sebab itu dia tak pernah diterima di Melaka. Cuma orang Penang saja nampak dia hebat. Sekarang, nah kau! Baru kau rasa getarnya (pinjam lagu Zamani Slam).

Dan Pak Lah pun ikut sama menghentam Guan Eng. Maklum Pak Lah orang Penang. Dah kalau satu Penang dah marahkan Guan Eng, dia kenalah tunjukkan "rasa kecewanya" juga. Lagipun Pak Lah jugalah menjadi sebab Penang jatuh ke tangan DAP. Tapi peliknya, dia tidak pula merasakan bahawa mereka berdua ini dua kali lima?

Yelah, lima tahun Pak Lah jadi PM bukan sahaja kemajuan ekonomi dan pembangunan negara merosot, malahan pembangkang boleh kuasai 5 negeri masa PRU-12. Agaknya Pak Lah pun lupa kalau dia "turun" dari jawatan PM dan Presiden UMNO selepas desakan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri di samping pemimpin parti komponen BN lain. Rakyat pula menyuarakan protes terhadap kelemahan Pak Lah melalui peti undi pilihan raya lepas. Dua kali limalah dengan Guan Eng tu, Dollah oooi...

Tak palah Pak Lah. Kalau Guan Eng lemah mentadbir Penang, hang sebagai bekas Presiden UMNO tolonglah perkuatkan UMNO Penang. Dah UMNO Penang bagi cadangan supaya kepimpinan BN negeri diserah kepada UMNO, hang kenalah support dan buat sesuatu supaya lembut hati Najib nak bagi BN Penang kat Melayu balik.

Sebabnya selagi Gerakan pegang BN Penang, alamat selamatlah DAP & Guan Eng dalam PRU-13 nanti. Gerakan apa nak sibuk2 sebab dia tahu BN ke pembangkang (DAP) ke yang kuasai Penang, yang penting Ketua Menterinya kaum mereka juga. Kepentingan kaum mereka tetap "terpelihara" kat sana.

Cuma orang Melayu je yang duk kecoh2 nak "rampas" negeri yang diperintah Melayu dari parti lain dari mereka. Aku tengok Kedah duk elok dibawah pentadbiran Azizan, eloklah tu jangan duk kacau!

Heheh... Pak Lah. Pak Lah!!

03 February 2010

Reformasi yang hambar dan kosong....

Dah lebih 10 tahun aku tak dengar teriakan reformasi sejak Anwar dipecat dari kerajaan dan UMNO sebab salah laku dan kes liwat. Hari ini teriakan reformasi bergema lagi di Mahkamah Tinggi KL ketika Anwar sedang dibicarakan berhubung kes liwat kedua.

Kalau laungan reformasi 10 tahun dulu, aku fahamlah untuk jatuhkan Dr. Mahathir yang dikatakan bertanggungjawab memecat Anwar sebagai TPM. Dan gerakan reformasi pada masa itu cukup hebat dan mendapat sambutan luar biasa. Penyokong dan mereka yang simpati dengan Anwar turun ke jalan2 raya berdemonstrasi.

Malah ramai kalangan ilmuan, bijak pandai, ahli politik, wartawan dan pegawai kerajaan sehingga ke pemandu teksi dan tukang sapu turut sama melaungkan laungan reformasi - menghapuskan KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme). Ia serentak dengan gerakan reformasi di negara jiran.

Hari ini.... aku tidak faham, tujuan apakah laungan reformasi oleh segelintir penyokong setia Anwar di mahkamah yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR dan sudah tentu tidak ketinggalan raja demo, Tian Chua. Apakah reformasi untuk membebaskan Anwar yang kini sedang berhadapan dengan saksi-saksi dan bukti berlakunya pemerkosaan luar tabiinya dengan Saiful.

Nampak sangat reformasi kali ini adalah reformasi yang hambar dan kosong. Tiada membawa apa2 tujuan dan matlamat melainkan hanya untuk menghalang mahkamah membicarakan kes lilwat Anwar dan juga membuat kecoh agar mendapat perhatian media asing dari Barat. Sebab itulah perbicaraan kes Anwar kali ini tidak diiringi perhimpunan besar-besaran sepertimana 10 tahun lalu.

Aku diberitahu jumlah penyokong Anwar yang berhimpun di luar mahkamah tidak sampai 30 orang. Manakala yang dapat masuk ke dalam ruang perbicaraan sekitar 40 orang termasuk kalangan pemimpin pembangkang lain.

Aku percaya ini puncanya gerakan reformasi Anwar kali ini tidak menjadi:

1. Rakyat sudah tahu siapa Anwar. Kalau sekali mungkin benarlah beliau difitnah dan jadi mangsa konspirasi tapi kalau dua kali, siapa nak percaya lagi. Tambahan pula mangsa sendiri yang buat aduan.

2. Rakyat sudah muak dengan sikap Anwar yang sering berdolak dalih dan berusaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Kalau benar dia tidak bersalah, mengapa beliau tidak berani berhadapan dengan hakimi lebih awal?

3. Keengganan Anwar untuk bersumpah sepertimana dilakukan Saiful membuatkan sebahagian besar rakyat hilang keyakinan terhadap Anwar. Kalau benar kenapa takut untuk bermubahalah?

4. Semakin ramai rakyat yang menolak Anwar tambahan pula dengan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam yang menampakkan  jelas bahawa Anwar lebih mementingkan politik peribadi berbanding bangsa dan agama.

5. Anwar kehilangan sokongan baik dari rakyat mahupun rakan2 sendiri. Tiada lagi kelibat penyokong2 setianya ketika 10 tahun lalu. Tiada Zul Noordin, tiada Zahrain, tiada Azan, tiada Marina Yusof, tiada Chandra Muzaffar, tiada RPK (sbb masih menyorok)....

02 February 2010

Nasir Safar diarah letak jawatan?

Pegawai Khas PM, Datuk Nasir Safar jarang-jarang diberi peluang untuk bercakap dan sekali diberi peluang digunakan habis-habisan. Tapi akibatnya, bukan sahaja habis kaum lain membedalnya malahan jawatannya di pejabat PM turut "habis".

Ini gara-gara ucapan beliau yang didakwa berbau perkauman lantaran mengatakan kaum India dan Cina di negara ini sebagai pendatang dan membuat ugutan terhadap mana2 yang tidak setuju dengan pengehadan 12 mata pelajaran. Ia berlaku ketika berucap pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.

Lantaran laporan tersebut, aku difahamkan Nasir "dinasihatkan" oleh Najib supaya meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Khas beliau. Yalah, kalau dah namanya orang kanan Najib apabila buat kenyataan seperti itu tentulah ia memberi impak buruk kepada PM sendiri. Nanti orang kata Najib yang suruh cakap macam tu. Nak mampos.

Sehingga kini aku masih lagi cuba mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan di Melaka terutama untuk mendapatkan teks penuh atau video ucapan Nasir itu. Aku diberitahu Nasir mengata India sebagai pelampau dan Cina pula kaki jual body!

Walau apapun aku salut kat Nasir sebab beliau berani memberikan kenyataan berbentuk fakta. Betullah, kaum India dan Cina adalah pendatang yang dibawa oleh penjajah dahulu. Orang India dibawa masuk untuk menjadi buruh ladang dan orang Cina untuk melombong bijih. Itu fakta sejarah tu. Jadi kenapa pula puak2 mereka melenting?

Dan fakta lagi sebenarnya orang Melayu juga adalah pendatang kerana mengikut fakta sejarah, mereka merupakan kumpulan yang berhijrah dari selatan Yunan (China) ke semenanjung hujung benua Asia. Bahkan istilah Melayu juga bermaksud "lari" dalam bahasa Jawa. Itu fakta! Dan pendatang dari Arab, Pakistan, tanah Jawa, Sumatera, Sulawesi juga kini sudah membaur menjadi Melayu. Siapa penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu? Tu... orang Semang, Senoi dan lain-lain suku Orang Asli.

Cuma Nasir lupa kalau dia berucap atas kapasiti Pegawai Khas PM yang sudah pasti boleh menimbulkan salah faham di kalangan hadirin terutama mereka yang semakin naik junjung sejak semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang begitu bersimpati terhadap mereka. Betullah kata Tun Mahathir, gara-gara nak jaga hati kaum lain, hati kaum Melayu diguris luka...!

Jadi, Nasir lepas ni aku cadangkan kau buatlah road-show ke seluruh negara dan sebarkan kenyataan tersebut. Lagipun kau sudah tidak terikat lagi dengan mana-mana pemimpin negara. Macam mana?

01 February 2010

Dah 20 kali tertangguh... Esok tangguh lagi!

TERKINI:
Akhirnya seluruh rakyat dan masyarakat dunia bakal mengetahui sama ada Saiful Bukhari benar-benar diliwat Anwar atau sekadar fitnah akan terjawab tidak lama lagi selepas mahkamah menolak permohonan OKT agar menangguhkan perbicaraan yang sudah pun tertangguh hampir 2 tahun. Ini bermakna mulai esok, perbicaraan kes tersebut akan bermula. Dijangkakan perbicaraannya akan memakan masa berminggu-minggu dan bahkan sehingga berbulan-bulan.
Pun begitu, kita tidak sabar untuk melihat apakah kali ini ada lagi tilam bertumpuk mani dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti seperti mana 10 tahun lalu? Dan seperti diketahui umum, Anwar tetap mendakwa beliau menjadi  mangsa konspirasi dan kali ini beliau cuba mengheret Najib dan Rosmah pula. 

POS TERDAHULU:
Mengikut congakan mangsa perkosaan luar tabii oleh Anwar Ibrahim, sejak dakwaan dikemukakan lebih setahun lalu sehingga kini sudah 20 kali perbicaraan kes tersebut tertangguh ekoran pelbagai usaha dan alasan yang dikemukakan oleh OKT (orang kena tuduh). Dan selepas satu persatu tuntutan OKT ditolak, esok dikatakan bermulanya perbicaraan kes liwat berprofail tinggi itu.

Tapi aku percaya peguam Anwar akan menggunakan pelbagai alasan lain termasuk mengemukakan tuntutan penangguhan perbicaraan bagi mengelak anak guamnya dibicarakan esok. Ini kerana jika perbicaraan bermula maka akan terbongkar satu persatu perangai buruk Anwar terutama terhadap mangsa. Dan yang paling ditakuti beliau apabila isterinya, Wan Azizah turut dinamakan sebagai saksi utama perbicaraan. Ramai tertunggu-tunggu apakah jawapan Wan Azizah jika pendakwaraya tanya soalan-soalan dalam kain dan apakah isterinya itu sanggup berbohong di mahkamah semata-mata nak selamatkan maruah suaminya?

Kini Anwar dikatakan menggunakan pelbagai cara untuk menghalang perbicaraan tersebut termasuk menggunakan rakan2 yang berkuasa di luar negara untuk menekan kerajaan Malaysia bagi menghalang perbicaraan dilangsungkan. Tidak mustahil Anwar juga akan menggunakan "rakyat" Malaysia yang bersimpati kepada beliau untuk membuat huru-hara baik dengan alasan beliau menjadi mangsa konspirasi UMNO/Najib untuk menjatuhkan karier politiknya.

Walaupun kempen sedang digerakkan untuk mengumpul seberapa ramai "rakyat" agar berhimpun secara haram di perkarangan Mahkamah Tinggi KL esok, tapi aku percaya sambutannya tidaklah seberapa memandangkan sekarang ini jumlah mereka yang bersimpati terhadap Anwar semakin sedikit malah kalangan pemimpin parti yang selama ini konon orang kuat Anwar sendiri pun sudah mempertikaikan Anwar.

Sesiapa yang berada di perkarangan Mahkamah Tinggi KL esok tolong intai2 apakah Zahrain akan hadir sama mengangkat sepanduk memberi sokongan kepada si-funya, atau kelibat Zul Noordin yang sudah mula menghidu tahi di bontot Anwar yang selama ini diekorinya. Atau si Azan sanggup turun dari Kuantan untuk mendengar fakta-fakta kes yang bakal didedahkan satu persatu di hadapan hakim.

Sama-samalah tunggu esok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...