31 March 2010

Apa beza salah laku Anwar dan Chua Soi Lek?

Ada seorang mamat bengap ni tanya apa beza tuduhan salah laku Anwar dan Chua Soi Lek (CSL)?  Kenapa tiada dakwaan ke atas Presiden MCA yang baru dilantik itu sedangkan sah-sah dia terlibat skandal seks dengan seorang wanita melalui video yang tersebar tidak lama dulu. Kenapa Anwar sahaja didakwa kerana dikatakan meliwat Saiful Bukhari?

Keh... keh... keh... Tergelak terguling-guling aku bila soalan ini ditanyakan kepada Peguam Negara sedangkan yang bertanya itu ialah seorang peguam jugak.  Baca di sini...

Aku ingat orang kampung yang tak sekolah undang-undang dan tak skolah tinggi pun boleh jawab bagi pihak Peguam Negara-lah. Soalan mamat ini nampak sangat ketidakcerdikannya atau sengaja mengemukakan soalan bodoh semata-mata mengharapkan tuduhan ke atas Anwar digugurkan.

Berikut jawapan orang kampung tak sekolah pasal soalan ini:

1) Anwar didakwa sebab pasangannya (mangsa) Saiful Bukhari membuat laporan polis, dan polis kena buka kertas siasatan dan apabila siasatan selesai maka diserahkan kepada Peguam Negara dan pejabat Peguam Negara mendapati ada kes maka Anwar didakwa (tapi tak ditangkap masuk lokap, kena tahanan reman macam orang lain).

Sedangkan pasangan CSL ialah seorang wanita dewasa dan dia atau si isteri CSL tidak membuat sebarang laporan polis. Yang buat laporan ialah pihak ketiga yang tidak ada kena mengena dan Peguam Negara menganggap ia bukan satu kes jenayah melainkan hubungan "suka sama suka".

2) Salah laku Anwar sebab dia liwat Saiful Bukhari, seorang lelaki dan perlakuan meliwat salah di sisi undang-undang negara. Liwat bini sendiri pun boleh didakwa (kalau ada aduan) inikan pula liwat seorang budak lelaki pembancuh kopi.

Sedangkan CSL tidak melakukan seks anal (liwat) ke atas pasangannya tetapi dikatakan melakukan seks oral yang menurut peguam tu kesalahannya macam liwat jugak. Pergh... Akta mana tak taulah mamat ni ambil. Lagipun macam laa mamat ni tak pernah beroral seks dengan pasangannya. Aku yakinlah mamat peguam ni pun selalu juga amal "oral seks" dengan pasangannya.

3) Anwar adalah seorang lelaki beragama Islam sedangkan CSL bukan beragama Islam.

Jadi, aku ingat mamat peguam ini sambung balik sekolah mulai sekolah rendah sebab dah jadi peguam pun masih lagi tak pandai-pandai. Mau kencing pun tengok tempatla tambi....

Piiiiraaaahhh............!!!

30 March 2010

Tamatkan jelah khidmat Apco tu....

Kalau betul firma perundingan komunikasi (PR) Apco tu ada kaitan dengan Israel, elok benarlah kalau kontraknya ditamatkan. Bukan kerana aku percaya cakap Anwar sebab aku tahu Anwar dua kali lima saja. Malah dia lagi teruk. Maklum kawan-kawannya kat IMF, Bank Dunia dan pelbagai pertubuhan ekonomi di Barat hampir semuanya puak2 Yahudi belaka.

Tapi bukan kerana Anwar aku minta kontrak Apco ditamatkan tetapi kerana aku fikir adalah lebih baik jika Malaysia tidak menggunakan Apco yang boleh menimbulkan kontroversi. Aku pun tidak pasti siapalah yang bawa nama Apco kepada Najib sehingga beliau bersetuju guna khidmat firma tersebut. Walhal berlambak2 lagi firma PR antarabangsa kat Malaysia ni yang boleh dilantik kalau tak yakin dengan firma tempatan sekali pun.

Sepatutnya kerajaan selidiklah dulu latar belakang Apco. Ini main terima saja. Sekarang teknologi maklumat begitu maju. Semuanya dihujung jari dan dalam poket. Telekom Malaysia pun dah lancar jalur lebar berkelajuan tinggi tapi kenapa tak semak dulu siapa Apco ni?

Jadi aku fikir adalah lebih baik kerajaan hentikan guna khidmat Apco dan carilah firma PR antarabangsa lain yang tiada kaitan dengan Israel atau Yahudi (walaupun agak sukar). Tapi tidaklah sampai perlu tubuh suruhanjaya diraja untuk hal ini sepertimana Anwar nak. Buang masa saja.

Soal 1Malaysia ceduk OneIsrael tak timbul tapi kalau dah jelas firma ini terlibat dalam projek di negara Yahudi sana, susah sikit rakyat nak terima. Walaupun rakyat tahu Anwar kaki "labon" dan banyak yang tak boleh pakai, tapi nak tak nak rakyat celik mata juga kalau dikaitkan dengan Israel ni.

Kita patut boikot (tolak) guna/beli barangan yang ada kaitan dengan Israel termasuk Coca Cola dan pelbagai produk lain dan kita juga patut tolak firma-firma yang ada kaitan dengan Israel manakala pemimpin Melayu yang berbaik-baik dengan puak2 Yahudi & Israel pun patut kita tolak.

Sidang DUN Perak... Nampak kecoh tapi sebenarnya takde pun

Puak-puak pembangkang di Perak termasuk para blogger mereka di luar negeri itu cuba menggambarkan bahawa sidang DUN Perak yang berlangsung hari ini kecoh dan menunjukkan pihak kerajaan BN bertindak kejam ke atas mereka.

Bagi menggambarkan kekecohan itu, puak-puak pembangkang diketuai oleh bekas MB badut, Nizar Jamaluddin dan bekas speaker gila kuasa, Sivakumar sengaja membangkitkan hal-hal kecil konon berlaku ketidakadilan di pihak BN yang kini menjadi kerajaan yang sah di Perak.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pihak wartawan tidak dibenarkan berada di dalam galeri persidangan dan "dikurung" di dalam bilik khas yang berkaca gelap. Eh... sejak bila pula pembangkang begitu simpati dengan wartawan sedangkan selama ini mereka sering cap wartawan sebagai anjing kerajaan terutama wartawan media arus perdana.

Setahu  aku mana-mana sidang DUN pun termasuk di Parlimen, wartawan diberikan bilik khas supaya mereka tidak mengganggu perjalanan persidangan. Sebabnya tahulah, wartawan bukan jenis boleh duduk diam. Mundar-mandir dan berbual-bual, sudah pasti timbulkan gangguan. Lagipun pengalaman sidang DUN Perak sebelum ini, tindakan jurugambar dan wartawan yang menyerbu ADUN-ADUN (terutama puak pembangkang) benar-benar mengganggu perjalanan sidang DUN. Mereka seronoklah sebab boleh masuk paper/TV. Itulah yang mereka mahu supaya rakyat Perak nampak "drama lakonan" mereka dalam dewan tu.

Mereka juga mempersoalkan kehadiran pihak polis yang mengawal di luar bangunan Darul Ridzwan dan kawalan ketat di pintu masuk dewan.  Tapi tertanya juga kalau tak ada polis, apakah mereka boleh beri jaminan bahawa tiada sebarang "gangguan" berlaku terhadap perjalanan dewan? Lagipun polis tak ganggu pun mereka, kenapa mereka bersikap prejudis kepada pihak polis? Lagi satu, kalau apa2 berlaku ke atas mereka, nanti polis juga disalahkan sebab tak kawal mereka. Ish... memang cari pasal.

Walau apapun perjalanan sidang DUN Perak hari ini berjalan lancar dan boleh dikatakan aman tenteram. Cuma puak2 pembangkang dan bloggersnya cuba menggambarkan keadaan sebaliknya terutama selepas sidang tersebut ditangguhkan.

Ini semua "tuduhan" bagi menggambarkan kekejaman kerajaan BN Perak dibawah pimpin Dr. Zambry. Apa lagi, mahu menagih simpati rakyatlah tu.

29 March 2010

Nik Aziz... Mau tapi malu!

Huuu... Aritu Nik Aziz berharap dia tak dilantik lagi jadi Mursyidul Am Pas. Katanya kesihatan tak menentulah, beri peluang kepada orang lain lah. Tapi hari ini bila Majlis Syura Ulama Pas lantik semula dia jadi Mursyidul, eh malah bersyukur.

OOoo... Tok guru ni sebenarnya mau tapi malu. Yelah gamaknya takut dikatakan nak jadi Mursyidul Am sepanjang hayat, bagi taulah semua orang "Kawe tok seh doh...". Tapi bila dilantik lagi... "Alhamdulillah....".

Patut kalau dah tak nak tu, cakap terang-terang. "Kawe tok seh doh. Jange lantik lagi laa kawe..." Barulah nampak keikhlasannya.

Patutnya Nik Aziz contohi Pak Lah Badawi yang terang-terang bagitau dia tak mau bertanding jawatan Presiden lagi. Jadi tak payahlah nak calonkan dia. Macam tu baru nampak gantleman. Ini tidak, kata tak nak tapi bila dilantik lagi eh tambah bersyukur.

Dah la Tok Guru, patutnya tok guru tak payahlah nak berpolitik lagi. Dah sedar kesihatan makin tok molek, mana tok guru larat. Lagi pun bukan takat kesihatan je, otak dan fikiran tok guru pun dah tak molek. Makin melalut tak tentu pasal. Agaknya dah sampai fasal nyanyuk kut. La ni nak tadbir negeri Kelantan pun dah tak daya. Kena minta tolong anak menantu.

Kan elok tok guru lepas semua jawatan dalam politik dan fokus kepada amal ibadah dan mengajar orang kat pondok tok guru. Lagipun rekod tok guru dalam politik taklah cemerlang mana. Bagilah peluang orang muda urus parti dan kerajaan Kelantan. Mereka lebih banyak kudrat dan idea.

Siapa tau kalau tok guru dah pencen dan bersara, Pas makin berkembang maju. Tak adalah masih berfikiran jumud macam sekarang.

Macam mana?

28 March 2010

Persamaan antara orang Arab dan Melayu....

Orang Arab merupakan bangsa paling jahat dalam dunia... Tak percaya? Mana ada bangsa lain yang tanam anak perempuan mereka hidup-hidup kalau bukan orang Arab? Mana ada bangsa lain yang suka berkelahi sesama sendiri kalau bukan Arab? Sebab itulah Nabi dan Rasul diturunkan di kalangan orang Arab.

Dan orang Arab sampai sekarang pun masih berperangai sebegitu walaupun budaya tanam anak perempuan hidup-hidup dah tak ada. Tengoklah kat Palestin antara mereka tak habis-habis berkelahi, bergaduh, dengki mendengki antara satu sama lain. Sebab itulah orang Yahudi mudah takluk bumi Arab, sebab mereka tak habis-habis berkelahi.

Orang Melayu pun lebih kurang macam orang Arab juga. Mereka pakat buang anak yg baru nak celik mata kat longkang, dalam tong sampah, dalam semak, dalam lubang jamban. Tak kiralah orang kata ini kerja pendatang asing, tapi mereka rumpun Melayu juga. Orang bukan Melayu jarang buang anak yang dibuat dan dilahirkan secara haram ni. Sebab mereka tahu jaga diri. Pakai kondom maaa....!

Orang Melayu juga suka benar berkelahi. Dari sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka sampailah sekarang Melayu tak habis-habis berkelahi. Pas dengan UMNO dah lebih 50 tahun berkelahi, sebab yang satu kata merekalah paling Islam daripada orang Islam lain dan yang satu lagi kata merekalah paling Melayu antara orang Melayu. Walhasil sampai laa ni tak jumpa titik temu.

Ditambah pula ada Melayu yang duk gila talak dan beriya-iya sangat nak bermustautin kat Putrajaya. Dulu masa Tun Mahathir buat Putrajaya semua pakat marah. Membazirlah, apalah. Sampai ada yang cadang nak lelong laa Seri Perdana kalau mereka dapat rampas kerajaan. Sampai tahap tu sekali. Sekarang ni bila nampak macam ada jalan nak pergi sana, pergh... semua pakat tala dengan harapan suatu hari nanti dapat duduk kat mahligai Seri Perdana.

Terutama mamat yang sekor tu. Sejak muda sampai dah bercucu tak habis-habis lagi perjuangan dia nak duk Putrajaya. Habis satu negara dikelentongnya supaya angkat dia jadi PM sebab dah tak sabar nak duduk kat Seri Perdana. Tak cukup kelentong orang sendiri, habis semua orang Putih pun dikelentongnya. Tak tahulah siapa kelentong siapa.

Dulu masa aku kecik-kecik aku memang kagum dengan orang Putih ni. Hebat-hebat belaka. Tapi sekarang baru aku tau rupanya ramai orang Putih bodoh termasuk yang dah jadi pemimpin pun. Sebabnya dengan mamat Melayu yang belajar pun Sastera Melayu sekor ni pun diorang percaya. Kih kih kih ... kesian!!

Tapi ada pepatah orang tua2 kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh kedebuk ke tanah jua. Tunggulah masanya nanti....

Balik cerita antara orang Arab dengan Melayu ini, begitulah adanya. Aku rasa sampai kiamatlah perangai mereka tak berubah-ubah. Baik orang Arab atau orang Melayu sama saja. Tak akan insaf, tak akan berubah apatah lagi mahu bersatu sesama mereka.

Bayangkan kalau semua negara Arab dari Iraq sampai ke Syria ni bersatu, aku rasa bukan takat Israel, Amerika pun kecut perut nak usik negara Arab. Kalau mereka bersatu takan berani AS dan sekutu masuk kampung di Iraq sebab nak cari arwah Sadam Hussin dulu. Tak adanya. Tapi nak buat macam mana. Tengoklah sekarang ni tak ada negara Arab yang backing Iran  pasal nuklear. Masa Iraq kena serang pun, puak2 Arab lain bertepuk tangan.

Melayu begitu juga. Kalau Pas & UMNO bersatu, kalau Perkasa dan Pekida bersama-sama, kalau mamat sekor ni dah masuk Sungai Buloh, tak berkutik punya puak2 Hindraf & pejuang "Malaysian Malaysia" ni. Mereka semua pakat menyorok dalam kuil punyalah. Puak2 cauvanis DAP pun sama gak. Takkan berani mereka nak tuntut macam-macam.

Aku ingat kalau betullah semua Melayu bersatu, Berahim Ali berdehem sikit jeh dalam Dewan mau Kit Siang terkencing, Gobi pun terkancing gigi, Guan Eng hilang darah. Tapi itu semua tak akan berlaku sebab mereka semua Melayu. Melayu yang penuh dengan iri dan hasad dengki. Nasib kaulah Melayu.....!!

27 March 2010

Komunis DAP, keling Hindraf kecut perut lihat Melayu berarak....

Percaya atau tidak kalau aku katakan perhimpunan Melayu di PWTC hari ini di bawah panji Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) telah membuatkan komunis DAP dan puak2 keling Hindraf kecut perut. Sebabnya inilah kali pertama puluhan ribu orang Melayu bergabung atas nama "Melayu" dan tidak ada kaitan dengan politik diadakan sejak kali terakhir berlaku pada tahun 1946.

Inilah yang mereka bimbangkan selama ini. Sebab itulah baik puak2 komunis DAP mahupun keling Hindraf bila sebut orang Melayu nak "berarak" mereka jadi gusar, bincang dan tidak kurang yang terkencing. Ingat peristiwa pada tahun 1946, apabila orang Melayu berkumpul di Muar dan kemudiannya di Kelab Sultan Sultan Sulaiman, Kg. Baru, masa itulah tercetusnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO yang kemudiannya menjadi parti dominan dalam pemerintahan Malaysia sejak lebih 50 tahun lalu.

Hari ini Melayu "berarak" lagi, walaupun hanya sebatas di dalam dewan tetapi jelas bahawa perarakan Melayu kali ini diadakan dalam saat-saat kaum Melayu dicabar, ditekan,  perlekeh, difitnah dan diusir secara halus oleh puak2 bukan Melayu yang selama ini hidup di bumi Tanah Melayu atas ihsan orang Melayu. Ini ditambah pula oleh puak2 Melayu yang lupa diri dan sanggup menggadaikan bangsa dan agama sendiri demi tujuan politik peribadi. Hasilnya orang Melayu merasa diri mereka dicabar dan cabaran itu dituangkan dalam bentuk perarakan atas nama Perkasa.

Sayang perarakan Melayu kali ini diadakan sebatas di dalam dewan. Tetapi itu lebih baik daripada perhimpunan puak Hindraf yang menggunakan jalanan sebagai medan untuk mereka meluahkan tuntutan dan tuduhan melampau ke atas kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh orang Melayu. Hindraf dengan rasisnya mendakwa kaum mereka  ditindas dan berlaku perbersihan etnik.

Malah perhimpunan Melayu Perkasa juga jauh lebih mulia kerana ia tidak menggunakan ruang masjid atau jalanan untuk berhimpun seperti mana perhimpunan Bersih, anti-ISA atau mansuh PPSMI yang didalangi oleh puak2 yang propembangkang dan pemimpin yang menghalalkan perhimpunan jalanan yang tujuannya hanya satu  - menunjukkan kepada dunia bahawa negara dalam keadaan kacau-bilau konon atas kehendak rakyat.

Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.......

Ayuh Melayu, Bangkitlah!
Bumi ini milik kita dan kita mempunyai hak ke atasnya...
Bangkitlah... berdirilah... bangunlah...!!!

Apakah Malaysia halalkan perkahwinan sejenis jika.....

DI ZIMBABWE....
Zimbabwe’s president says gay rights will not be protected in a constitution being drawn up under a power-sharing deal.  State radio on Friday quoted President Robert Mugabe saying that Western rights groups have called for constitutional reforms to include gay rights. He calls that “insanity.”

Same-sex acts are illegal in Zimbabwe. Mugabe once described homosexuals as “lower than pigs and dogs.”

Condemnation of gays is common in Africa. Ugandan lawmakers have proposed imposing the death penalty on some gays. A gay couple is on trial in Malawi, charged with unnatural acts and gross indecency.  - AP 26/03/2010

DI MEXICO...
Four same-sex couples celebrate after getting married at the town hall in Mexico City March 11, 2010. The first same-sex couples tied the knot in Mexico City on Thursday under the first law in Latin America to broadly legalize gay marriage. The new law goes beyond previous legislation allowing same-sex couples the same marriage rights as straight couples. - Reuters

DI MALAYSIA?
Apakah fenomena dalam gambar di atas akan menjari lumrah di Malaysia jika "si mamat" itu menjadi Perdana Menteri kelak? Apakah undang-undang Malaysia akan membenarkan perkahwinan sejenis jika "si mamat" itu menjadi PM? Apakah ini yang menyebabkan dia terus mendapat sokongan dari pemimpin Australia, Britain dan AS yang mempunyai dorongan seks yang sama dengan "mamat" ini? Dan apakah Nik Aziz akan terus menyokong dan bersembahyang hajat agar "mamat" itu menjadi PM kita?

Ish... selisih malaikat 44!

26 March 2010

Samy Vellu dah start dah....

Belum apa2 Samy Vellu dah "chop" kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kepada MIC pada pilihan raya kecil nanti. Pergh... Samy... Samy.... Allahyarham Datuk Zainal baru saja dikebumikan. Kok ye pun nak mintak kerusi, sabarlah dulu. Lagipun Najib selaku Pengerusi BN & Ketua Perhubungan UMNO Selangor pun tak kata apa-apa lagi.

Aku faham kalau Samy ghairah sangat nak letak (balik) Palanivel kat Hulu Selangor sebab dia memang nak tunjukkan bahawa MIC masih diterima rakyat. Lagipun Palanivel ni kawan "sebulu" Samy. Tak macam Subramaniam ke siapa ke yang pernah cabar kedudukan Samy sebagai Presiden sepanjang hayat MIC.

Walhal Hulu Selangor majoritinya Melayu dan kalau ada bukan Melayu pun, jumlah pengundi Cina mengatasi India. Jadi kenapalah Samy sibuk2 sangat. Lagipun pengundi dah tolak Palanivel pada PRU-12 lepas. Kalau tak, takan Parlimen je kalah sedangkan semua 3 DUN bawah Parlimen Hulu Selangor dimenangi BN.

Pada masa yang sama UMNO Hulu Selangor pun sibuk mahukan kerusi P94 diserahkan kepada UMNO. Dengan alasan pengundi di sana mahukan pemimpin Melayu mewakili mereka. Sebab itulah, katanya, keputusan PRU-12 lalu agak pelik apabila PKR menang di Parlimen sedangkan DUN semua kalah.

Itu alasan UMNO di sanalah. Mungkin ada kebenarannya juga. Tetapi aku lihat kemenangan PKR di P94 lalu sebab Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad. Beliau cukup disegani oleh rakyat negeri Selangor. Selain seorang ahli politik veteran, beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Besar (kalau tak salah) sejak Mohd. Taib, Abu Hassan Omar hinggalah Khir Toyo.

Itu sewaktu beliau masih bersama UMNO. Tetapi 2005 dia lompat masuk PKR ~ orang lihat ada hubungan dengan kekecewaan dia tidak dipilih bertanding pada PRU tahun 2004. Seingat aku dia lama jadi ADUN Dusun Tua (sejak 1990), Hulu Langat sebelum meninggalkan UMNO.

Apa pun aku harap semua pihak menerima secara terbuka siapa sahaja yang dipilih oleh Najib untuk bertanding di Hulu Selangor, baik wakil MIC, UMNO atau MCA sekalipun. Apa yang penting BN merampas kembali kerusi P94 yang aku nampak tidak menghadapi banyak masalah apabila dilihat situasi dalam PKR, rekod pentadbiran kerajaan pembangkang di Selangor sepanjang 2 tahun ini dan kes mahkamah Anwar.

Apa yang penting semua pihak jangan gelojoh!

Hulu Selangor ujian sebenar kekuatan pembangkang

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bakal diadakan tidak lama lagi. Ini berikutan wakilnya dari PKR Datuk Zainal Abidin Ahmad telah kembali ke rahmatullah semalam. Takziah buat keluarga Allahyarham walaupun ia sudah aku duga memandangkan khabar bahawa Allahyarham semakin nazak akibat kanser otak sudah kedengaran lebih seminggu lalu.

Walaupun jenazah baru sahaja dikebumikan tetapi seperti biasa cakap-cakap mengenai pilihan raya kecil sudah mula dibualkan baik di kedai-kedai kopi sekitar Rawang dan Batang Kali hinggalah di lobi-lobi hotel Concorde di tengah-tengah ibu kota.

Kalau tanya aku peluang PKR di Hulu Selangor sama ada boleh mempertahankan kerusi yang dimenangi Datuk Zainal pada PRU-12 lalu atau tidak, aku jawab TIDAK!

Sebabnya sangat jelas bahawa kejayaan PKR memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah atas kekuatan Datuk Zainal yang mempunyai rekod yang baik di hati pengundi di Selangor, apatah lagi beliau adalah bekas Timbalan Menteri Besar ketika beliau masih berada dalam UMNO sehinggalah melompat ke PKR pada 2005.

Malah pada PRU-12 lalu, kesemua kerusi DUN di kawasan Parlimen Kuala Selangor di menangi oleh BN baik di Ulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan juga Batang Kali dan hanya kerusi Parlimen dimenangi oleh PKR yang diwakili oleh Datuk Zainal. Ini jelas kemenangan pembangkang di Parlimen Hulu Selangor adalah atas kekuatan calon, iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Pada masa yang sama pilihan raya kecil kali ini diadakan ketika PKR dalam kemelut yang tidak berkesudahan ekoran pendedahan demi pendedahan terhadap Anwar oleh rakan-rakan beliau sendiri yang sudah melompat parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Malah PKR sudah tidak mampu lagi menutup kenyataan bahawa parti mereka kini sedang karam menanti tenggelam.

Tambahan pula CIFU Anwar sendiri sedang berhadapan dengan perbicaraan kes liwat. Mahu tidak mahu, ia akan menjejaskan peluang PKR untuk mempertahankan kerusi P94. Manakala isu-isu "kegagalan" pembangkang terutama cara pentadbiran Khalid Ibrahim serta kerenah wakil-wakil rakyat DAP dalam menguruskan kerajaan Selangor juga bakal menjadi modal kepada BN untuk merampas kerusi Hulu Selangor.

Mungkin pengundi di DUN Kuala Kubu Baru boleh memberi lebih undi kepada pembangkang jika sentimen perkauman dimainkan memandangkan kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah bukan Melayu. Tetapi jika MCA, Gerakan dan MIC memainkan peranan lebih baik untuk menarik mereka memilih calon BN, aku pasti keadaan PRU-12 tidak berulang.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya PKR amat sukar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor kerana keadaan hari ini bukan seperti Mac 2008. Ini adalah 2010 dan sejarah di sembilan PRK lalu tidak akan berulang kepada BN di Hulu Selangor.

KEPUTUSAN PRU-12: P94 PARLIMEN HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Penyandang: Datuk G. Palanivel (BN)
(Majoriti: 14,483 undi)


[ Keputusan penuh PRU-12 lihat di sini....!! ]

24 March 2010

Anwar dah tinggal cawat kote....

Anwar sudah ditelanjangkan satu persatu. Selepas Zahrain londehkan Anwar pasal gerakan "16/9" iaitu usaha nak gulingkan kerajaan BN dengan "membeli" wakil-wakil rakyat BN serta menggunakan nama Agong dan ATM.

Hari ini Zul Noordin pula telanjangkan Anwar mengenai gerakan untuk memburuk-burukkan nama Najib dan Rosmah yang cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya. Zul mendedahkannya dalam Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau diumpan dengan "bayaran lumayan yang boleh menggoncang iman" supaya memfitnah Najib dengan Altantunya.

Ish.. ish.. ish... Mana agaknya sumber Anwar nak juluk wakil2 rakyat BN dan orang sendiri supaya menjalankan gerakan menjatuhkan kerajaan dan Najib ini ye? Pakai duit apa agaknya mereka nak suap wakil2 rakyat BN, Zul Noordin dan juga penulis2 blog upahan macam Hishamuddin Rais dan RPK tu ye? Ringgit Malaysia ke? or US dolar atau wang Dinar.... ?

Patutlah penulis2 upahan Anwar bermati-matian mempertahankan bosnya walaupun terpaksa berbohong, menipu, memfitnah atau apa sahaja yang boleh dilakukan asalkan nampak Anwar seorang pemimpin yang maksum, baik dan bijak dalam segala hal. Rupanya mereka dibayar sehingga "menggoncang iman" mereka.

Tapi sekarang ini Anwar sudah ditelanjangkan satu persatu bermula oleh Saiful Bukhari dalam mahkamah berhubung "Mokhtar" dan CIFU, kemudian Zahrain dengan isu gerakan 16 September dan kini Zul Noordin pula pasal fitnah ke atas Najib yang dikaitkan dengan Altantunya.

Kalau semua sudah ditelanjangkan, aku percaya yang tinggal pada Anwar sekarang ialah cawat kecil yang hanya menutup kotelnya sahaja. Itupun sebab perbicaraan kes perkosaan luar tabiinya terhadap Saiful terhenti. Lepas ni apabila perbicaraan kes itu disambung semula akan tertogellah Anwar dan tak ada apa lagilah yang boleh menutupnya.

Kepada puak2 UMNO, mari kita tengok sahajalah senario yang berlaku sekarang ini. Tak usah masuk campur atau jadi nasi tambah. Biarkan puak2 Bebas nak dedahkan pasal kawan baik mereka si CIFU tu dan baik Pemuda UMNO mahupun pemimpin UMNO lain, lebih baik jadi penonton sahaja. Kalau ada bab yang menarik, mari kita pakat tepuk tangan.

Jangan sesekali menyampuk adegan yang sedang berlangsung. Kelak nanti UMNO juga yang disalahkan...

23 March 2010

Pilihan raya di Perlis?

TERKINI:
24/3/2010 - Najib sahkan Yap Sun Onn membatalkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi sebaliknya mahu terus berbakti sebagai ADUN serta kekal bersama BN.

POS TERDAHULU:
Apakah pilihan raya kecil bakal diadakan di Perlis ekoran tindakan ADUN Titi Tinggi, Yap Sun Onn yang menghantar notis peletakan jawatan kepada Speaker DUN semalam? Di atas kertas, kemungkinan itu ada jika Speaker menerima peletakan jawatan itu.

Namun dari sumber rakan-rakan di Perlis dimaklumkan Speaker telah menolak permohonan peletakan jawatan Sun Onn yang khabarnya ada kaitan dengan "rasa tidak puas hati kepada seseorang" sehingga menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

MB Perlis, Isa Sabu juga khabarnya menggelabah dengan perkembangan di negeri itu yang tidak semena-mena menjadi panas. Isa akan memujuk Sun Onn agar OFF cadangan berhenti jadi wakil rakyat dan khabarnya para pemimpin MCA Pusat juga akan cuba merayu kepada Onn agar tidak meneruskan hasratnya meletakkan jawatan, walaupun mereka juga sibuk berkempen nak bertanding pada pemilihan MCA 28 Mac ini.

Apakah isu peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi ini mengesahkan lagi bahawa suasana politik di Perlis tidaklah setenang seperti yang disangka sejak PRU-12 lalu yang berlarutan sehingga kini, seperti mana yang berlaku di Terengganu. Riak ketika selepas PRU-12 yang berkocak dan boleh menjadi gelombang, dan silap-silap menjadi tsunami.... Wow!!

Sebabnya Perlis & Terengganu ada persamaan terutama berhubung pemilihan MB mereka. MB Perlis yang asalnya kekal milik Shahidan Kassim tetapi telah dicantas oleh Pak Lah dan digantikan dengan Isa Sabu. Di Terengganu, Idris Jusoh yang dinamakan oleh Pak Lah untuk kekal menjadi MB Terengganu, tetapi dicantas oleh pihak istana untuk digantikan dengan Mat Said. Ada persamaan bukan?

Pergh... Apa pun alasannya adalah menjadi tanggungjawab Isa Sabu untuk memastikan tidak berlaku pilihan raya kecil di Perlis dan beliau perlu berbuat sesuatu bagi memastikan kekerohan yang berlaku di negeri itu, dapat dijernihkan dengan kadar segera.

Yalah... Dalam orang duk tunggu kut-kut ada mana-mana wakil rakyat PKR di negeri Selangor yang bakal mengosongkan kerusi, alih-alih semua mata terpancar ke negeri Perlis pula. Bukankah ia mengejutkan.

21 March 2010

Anwar kaki kencing, Wan Azizah macam mana?

Dah lama orang tahu Anwar ni memang kaki kencing. Kalau tak kerana dia kencing kata ada orang mati kebuluran kat Baling dulu takan beribu2 mahasiswa turun berdemonstrasi kat Kuala Lumpur masa dia jadi mahasiswa UM dulu. Itulah antara permulaan kekencingan Anwar yang orang yang celik hati dapat lihat.

Bagi puak2 Pas dan PKR sendiri, sebahagian besarnya baru sedar selama ini Anwar duk kencing mereka bila Zahrain dedahkan "Dongeng 16/9". Ramailah yang terjun sungai duk basuh kencing Anwar. Tapi ramai jugak lagi yang masih berdegil dan tak percaya dengan kisah2 benar yang dibawa berkaitan Anwar. Salah sorangnya Nik Azizlah!

Oklah. Sebahagian besar rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar ni memang kaki kencing. Tapi yang aku nak tanya ni Wan Azizah macam mana? Aku percaya Wan Azizah sebagai isteri sudah pasti tahu aku kekencingan suaminya. Malah sebagai isteri yang hidup bersama selama berpuluh tahun sehingga beranak-pinak dengan lelaki ini sudah pasti mempunyai naluri yang tinggi.

Aku percaya Wan Azizah tahu segalanya tentang Anwar sama ada sikap beliau yang suka kencing sehinggakan beliau menjadi TPM sehinggalah dalam bab-bab perilaku seksnya, sudah pasti Wan Azizah tahu dan sedar. Tetapi kenapa sehingga kini beliau masih sanggup untuk sama-sama berbohong dan kencing bersama suaminya? Apakah kerana anak-anak atau kerana begitu sayangkan Anwar, lelaki yang melarikannya ke Siam untuk dikahwini dahulu?

Sampai bila Wan Azizah sanggup "menyimpan rahsia" tentang siapa Anwar sebenar? Apakah sampai beliau menghembus nafas terakhir? Apakah Wan Azizah juga sanggup melihat agama, bangsa dan negara hancur hanya kerana menyokong usaha si suami yang mahu menjadi Perdana Menteri?

Wan Azizah perlu ingat bahawa beliau mempunyai anak-anak dan cucu. Bayangkan apa yang sedang ditanggung oleh anak-anak beliau hanya kerana sikap bapanya yang suka kencing semata-mata nak jadi PM dan nak selamatkan diri atas perilaku tak senonoh yang sedang dihadapi.

Wan Azizah, sampai bila kamu mahu terus berbohong kepada rakyat semata-mata nak selamatkan Anwar? Tiba masanya kebenaran akan terserlah juga dan ketika itu kamu dan anak-anak serta cucu tiada tempat untuk menyorokkan muka kalian dari menanggung aib.

Bertaubatlah!!

14 March 2010

Kemalangan pun dipolitikkan? Ish ish ish...

Pelik sungguh dengan politik negara ini. Sebabnya semua perkara mahu dipolitikkan. Sudahlah selama ini agama dipolitikkan sekarang ini musibah dan kematian orang pun mahu dipolitikkan. Tak kiralah mereka ini puak2 UMNO ke, Pas ke, PKR ke, DAP ke, semua perkara dipolitikkan semata-mata nak menampakkan lawan mereka itu buruk rupa dan perangai.

Terbaru kes Tian Chua yang berlanggar dengan sebuah motosikal ditunggang seorang askar yang menyebabkan mangsa meninggal dunia. Kejadian berlaku di Kota Tinggi ketika Tian Chua dalam perjalanan pulang dari menghadiri ceramah politik di Mersing. Yang bawa keretanya ialah pemandu beliau sementara Tian Chua berada di tempat duduk belakang.

Tapi yang peliknya Tian Chua telah diserang habis-habisan oleh puak2 UMNO kerana menganggap dia tidak bertanggungjawab dan ada yang menuduh sebagai satu musibah yang diturunkan ke atasnya kerana suka mengutuk dan menyalahkan kerajaan.

Sebelum ini ada kes seorang lagi wakil rakyat pembangkang yang telah melanggar seorang pelajar UiTM di Shah Alam dan malam ini (kejadian terbaru) pula seorang lagi wakil rakyat DAP terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kesimpulan yang mereka buat - wakil rakyat pembangkang memang cuai!

Eee... tolonglah berfikiran matang. Selama ini kita sebagai penyokong UMNO sering menuduh puak2 pembangkang bercakap tak pakai otak apabila mereka menyerang UMNO dan kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Sekarang ini nampaknya orang UMNO juga tidak kurang hebatnya. Menuduh wakil2 rakyat pembangkang (bukan Islam) yang terlibat kemalangan dengan pelbagai tuduhan sungguh tidak molek dan bertentangan dengan Islam. Apakah kita sudah lupa jodoh pertemuan, ajal maut di tangan tuhan?

Kalau betul Tuhan nak turunkan musibah kepada Tian Chua, kenapa dia hanya berlanggar dengan sebuah motor kapcai dan bukannya lori kontena atau steam-roll. Bukankah itu lebih berbaloi? Sebabnya kita tidak tahu Allah mahu menurunkan musibah itu kepada siapa. Mungkin juga kepada si mati dan kereta Tian Chua hanya penyebabnya.

Kalau nak kira cuai hampir semua pemandu di negara kita cuai dan tidak bertanggungjawab ketika memandu, termasuk anda-anda sekalian di luar sana. Kalau tidak masakan negara kita mencatatkan kadar kemalangan antara tertinggi di dunia. Kita semua juga mungkin seperti itu, cuma Allah masih mahu menyelamatkan kita dari musibah sedemikian.

Tolonglah. Aku harap "serangan-serangan" bersifat bodoh, tidak matang dan entah apa-apa ini dihentikan. Sebab ia bukan sahaja tidak berkesan malah boleh menjadi boomerang kepada kita sendiri dan juga akan menjadi bahan gelak puak2 di sebelah sana.

Nak menentang puak2 ini kenalah menggunakan ilmu serta akal fikiran yang matang dan bernas bukannya menuduh mereka membabi buta tanpa asas dan fakta yang jelas. Siapa salah tidak penting sebab ia adalah "kemalangan" dan kemalangan itu tidak berbau.

Tolonglah! Jangan sampai mengata dulang paku serpih...

13 March 2010

Kebanggaan negara....

Ketika ada sesetengah pemimpin di negara kita sendiri sibuk memburuk-burukkan nama baik negara di mata asing terutama di negara Barat, kita patut berbangga sebab pada masa yang sama masih ramai rakyat kita yang berusaha membuktikan kehebatan kita di mata orang Barat.

Ini adalah antara bukti kehebatan Malaysia yang boleh dibanggakan dalam bidang sukan permotoran Formula One - sukan paling berprestij, berteknologi tinggi dan paling mahal di dunia - melalui pasukan Mercedes F1 Petronas dan Lotus F1 Malaysia.

Pasukan Mercedes F1 mendapat tajaan utama Petronas manakala Lotus F1 merupakan pasukan milik Malaysia dengan pemandu ujinya seorang anak Melayu, Mohd Fairuz Fauzi.

Lihatlah logo Petronas yang pada suit yang dipakai Michael Schumacher, legenda F1 yang kembali berlumba selepas bersara selama 3 tahun, kini tampil mewakili pasukan Mercedes F1 team.


Kereta  Mercedes F1 Team yang terpampang perkataan "Petronas Malaysia"... Ah alangkah bangganya kerana kini Malaysia & Petronas sudah mula menakluki dunia melalui F1.

Anak Melayu pertama yang menceburi dalam perlumbaan F1, Fairuz Fauzi ketika sesi ujian bebas Grand Prix Bahrain, iaitu perlumbaan pertama F1 bagi tahun 2010. Fauzi mewakili pasukan Malaysia Lotus F1 team.
 
Tahniah Malaysia, sesungguhnya Malaysia Boleh!!

11 March 2010

PKR makin kuat... tak percaya?

PKR semakin kuat sekarang ini. Walaupun 4 ahli Parlimennya dah cabut dan jadil wakil rakyat bebas tetapi mereka tidak menggugat pun kekuatan PKR dan pembangkang. Bukankah mereka itu semua najis dan apabila mereka meninggalkan parti, maka bersihlah parti itu dari najis-najis ini. Tak tau pula jenis najisnya sama ada berat atau ringan. Lagipun mereka yang dari PKR masuk jadi wakil rakyat Bebas itu semua kena beli oleh BN. Entah berapa juta Najib belanja untuk beli mereka ini, aku tak tahu.

Bahkan PKR yakin akan dapat memerintah negara dan CIFU Anwar selaku penasihat parti dan Ketua Pembangkang akan jadi PM pada PRU-13 nanti. Tak caya? Tengoklah rakyat semakin kuat memberi sokongan kepada pembangkang dan Anwar walaupun Anwar dituduh meliwat Saiful Bukhari sebab rakyat tahu itu semua fitnah Najib dan Rosmah untuk jatuh politiknya. Tak caya? Tanyalah Yusoff Qardawi yang telah keluarkan fatwa (fatwa???) bahawa Anwar takl bersalah dan dia hanya menjadi mangsa fitnah.

Dan kalau gerakan 16 September dilakukan sekali lagi, aku percaya semua ahli Parlimen BN akan melompat parti dan masuk PKR. Sebabnya sokongan terhadap Najib makin lemah selepas dia gagal meningkatkan ekonomi negara dan gerakan 1Malaysianya juga tidak ke mana. Tak caya?

Sekarang ini bukan setakat PKR kuat, Pas pun makin kuat menerima sokongan dari rakyat terutama rakyat Kelantan selepas mereka berjuang tuntut wang royalti. Tambah pula Ku Li pun sokong perjuangan Pas perihal royalti ini. Ah... UMNO boleh beli pengundi Kelantan dengan wang ihsan tetapi percayalah pada PRU-13 nanti mereka tetap memilih Pas.

DAP jangan ceritalah terutama di Pulau Pinang. Jangan ingat bila UMNO "serang" DAP dengan isu-isu perkauman boleh meruntuhkan sokongan rakyat terhadap DAP. Tidak.... Malah mereka sokongn DAP buat apa sahaja kat Pulau Pinang. Tak apa, nak tindas Melayu ke, nak kurangkan pengaruh Melayu ke, tak nak buat sambutan Maulidur Rasul ke, DAP tetap kuat kat sana. Bukan saja orang Cina, orang Melayu pun semua pakat sokong DAP sekarang.

Lagipun kerja-kerja menghasut untuk raih sokongan Melayu agar pertahankan kerajaan DAP di Pulau Pinang (DAP pun pakatan juga) diserahkan kepada puak2 Pas dan PKR. Kalau Pas nak ada jawatan dalam Exco walaupun cuma portfolio paling koro pun mereka kenalah berusaha raih sokongan Melayu di Pulau Pinang. Samalah juga PKR khususnya pemimpin PKR Melayu. Kalau tak, tak adalah....

Silap2 apabila PRU-13 nanti tiba, Anwar masa itu dah masuk dalam. Jadi mudahlah pembangkang nak kempen raih pengundi. Lim Guan Eng pun bebas nak letak calon kat Pulau Pinang sebab Anwar dah tak boleh kacau dah. Silap2 juga orang Melayu tak ada peluang nak bertanding kat Pulau Pinang. Kalau ada pun setakat Permatang Pauh je la. Itupun kena berebut dengan PKR.

Yang Cina jangan risau. DAP main isu nak bawa balik Chin Peng pun boleh raih undi buta-buta dari pengundi Cina terutama yang duduk di pulau. Lagipun kalau Chin Peng boleh dibawa balik, bolehlah suku-sakat mereka yang bermustautin di Vietnam dan selatan China di bawa sama. Makin ramailah pengundi Cina kat Malaysia nanti, makin ramai kuatlah sokongan rakyat kepada DAP (DAP pun sebahagian Pas dan PKR juga kan?).

Jadi kepada UMNO, jangan beranganlah nak tengok PKR berbelah-belah sebab semakin retak dan belah, makin kuat PKR. Terima kasih kepada Pas sebab beri sokongan padu kepada PKR, kepada Anwar walaupun orang2 kuat & kepercayaan Anwar sendiri dah cabut meninggalkannya.

Hehehe....

08 March 2010

Zul Noordin! Hentilah bersubahat dengan peliwat

Zul Noordin, kalau kau benar-benar seorang pemimpin yang mahu mempertahankan agama Islam dan kedudukan Melayu di bumi sendiri kau sepatutnya memaklumkan kepada rakyat perkara sebenar tentang Anwar, Wan Azizah dan Azmin. Kau Zaharin, Salehuddin dan lain-lain kawan kau dalam PKR sahaja yang boleh hentikan ketaksuban rakyat terhadap pembohong seperti CIFU kau tu.

Kau sendiri tahu siapa Anwar dan siapa Wan Azizah dan kau pun tahu selama ini Anwar banyak membohongi rakyat, merosakkan hubungan di kalangan Melayu dan membakul-sampahkan Islam demi perjuangan peribadinya nak jadi Perdana Menteri. Dan aku tahu kau begitu tahu fiil dan perangai Anwar termasuk perihal kelakuan peliknya. Zul, apakah kau masih sanggup untuk bersubahat dengan puak2 firaun kecil yang kau sendiri kata sebagai pihak yang menghancur-leburkan perjuangan sebenar PKR.

Kalau kau benar-benar tidak mahu bersubahat menjadi salah seorang penyumbang kemusnahan bangsa Melayu yang beragama Islam, kau sepatutnya memberi penjelasan kepada seluruh rakyat bahawa perjuangan yang dibawa PKR boleh merosakkan agama, bangsa dan negara. Kau tak perlu masuk Pas, tak perlu masuk UMNO. Rakyat kini mahu mendengar penjelasan sebenar tentang hal2 di belakang tabir PKR. Beranikah kau wahai Zul Noordin?

Aku salut dengan kau Zul sebab begitu hebat mempertahankan kalimah Allah sehingga kau sanggup dipecat dari parti tetapi apakah kau sanggup juga untuk terus mempertahankan CIFU kamu yang aku percaya kau sangat kenal dirinya luar dan dalam. Pendedahan kau bukan untuk menjatuhkan maruah CIFU mu tetapi demi perpaduan Melayu dan keutuhan Islam.

Kau pun tahu bahawa orang-orang kafir yang bernaung di bawah DAP dan PKR sendiri mempergunakan dan memperkudakan CIFU kamu untuk kepentingan mereka untuk menyingkirkan Melayu dan Islam sedikit demi sedikit dari bumi ini tetapi kenapa kamu mahu lagi berdiam diri. Nah, kau sendiri sudah berjaya disingkirkan. Aku percaya firaun2 kecil dan firaun besar dalam PKR, DAP dan Pas sedang bersorak riang kerana kau sudah tiada.

Ayuhlah Zul, kalau kamu benar-benar orang beriman dan begitu kuat mempertahankan agama kamu, kamu turunlah ke bawah, bertemu rakyat jelata seluruh negara dan beritahulah mereka siapa Anwar, siapa firaun2 kecil itu agar rakyat tahu dan sedar bahawa bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia kini kian tergugat dik kerana pertelingkahan sesama sendiri sejak sekian lama dengan kaum lain menjadi dalangnya.

Zul, aku cabar kau Zul!

05 March 2010

Proton Emas... Wow!



Kereta prototaip Proton Emas yang dipamerkan di World Auto Show kat Geneva. Wow...!! Bilalah agaknya kereta hybrid pertama Proton ini dapat dipasarkan agaknya ya? Kalau jual kat Malaysia berapa harganya agaknya ya?

Aku harap tingkap Proton Emas tiada masalah ditutup kalau dah lama sikit, bumper pun lebih kuat supaya tidaklah langgar lalat pun boleh kemek dan pintunya juga lebih kedap supaya kalau tutup tu tidaklah bunyi macam tutup pintu jamban...

Ops! Itu aku bandingkan dengan Proton Iswara aku laa.... Aku percaya Emas tak macam tu, kalau tidak mana boleh pamer kat Auto Show... Takkanlah...

Apapun aku nak ucap tahniah pada Proton atas keberhasilan mencipta kereta yang begitu menarik khas untuk pasaran antarabangsa. Tahniah bro!

Cerita pasal harga minyak petrol

Dialog I: 
"Akak gembira sangat hari ini sebab harga minyak tak jadi naik. Kalau naik hari tu matilah akak. Anak akak lima semuanya sekolah. Kalau minyak naik tambang bas sekolah pun naik. Bayangkan kalau lima2 anak akak naik bas....."  - Seorang pemanggil wanita yang membuat panggilan ke radio Sinar FM yang aku dengar masa nak ke pasar pagi tadi.

Dialog II:
Lokasi di sebuah kedai eksesori kereta di Nilai 3. Percakapan pekerja kedai wanita berusia awal 20-an dengan seorang pelanggan (mungkin regular customer sebab nampak ramah).

Pekerja : Eh, harga minyak tak jadi naiklah. (Dengan nada ceria)
Pelanggan : Naik siapa kata tak naik
Pekerja : Aku baca dalam surat khabar kata minyak tak naik
Pelanggan : Naik tapi bulan lima.
Pekerja : Mana ada. Kerajaan kata dia dah batalkan kenaikan. Nak beli minyak pakai MyKad pun tak jadi....
(Aku tak sempat habis dengar sebab aku dah keluar dari kedai itu. Barang nak cari tak ditemui. Lagipun dah dekat nak sembahyang Jumaat!)

Itulah dua kejadian di mana aku dengar sendiri pandangan orang ramai berhubung pembatalan kerajaan untuk menstrukturkan semula harga minyak seperti diumumkan semalam. Aku percaya nada hampir serupa diluahkan oleh rakyat berhubung pembatalan tersebut dan tidak kurang juga yang bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

Bagi aku keputusan kerajaan itu amat tepat memandangkan dalam keadaan ekonomi rakyat yang masih belum pulih, menaikkan harga minyak (walau apa pun alasannya) adalah suatu tindakan yang sangat tidak kena pada masanya. Ia juga akan menimbulkan kemarahan kepada rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam pada itu aku tertanya-tanya, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung warga asing dari Singapura dan Thailand yang berduyun-duyun datang ke Malaysia untuk mengisi minyak sepenuh-penuhnya di dalam kenderaan mereka. Dengan kata lain, mereka menikmati subsidi minyak yang kerajaan berikan untuk rakyatnya.

Sebelum ini macam-macam cadangan diberikan termasuk menyediakan pam yang berbeza dari segi harganya tetapi tidak dilaksanakan. Sebelum ini pun ada juga cadangan untuk mengehadkan pembelian petrol oleh warga asing, pun tidak ke mana. Jadi nak tanya Ismail Sabri apa langkah yang beliau mahu lakukan bagi memastikan subsidi petrol yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi telah "dicuri" oleh warga asing ini?

Nak mintak pengusaha stesen minyak menghalang mereka isi minyak tak mungkin sebab mereka lebih pentingkan perniagaan. Lagipun warga asing biasanya isi minyak sampai penuh melimpah tangki. Untung besar beb. Takan nak halang? Jadi aku harap kerajaan menetapkan satu mekanisme bagi mengatasi masalah ini.

Psssttt.... Kok yea pun nak naikkan harga petrol, tunggulah selepas PRU-13... Hehehe!

04 March 2010

Zul Noordin nak umum keluar PKR ke?

Jeng jeng jeng... Zulkifli Noordin nak panggil media dan nak umum sesuatu sebelum dia masuk ke bilik mesyuarat Lembaga Disiplin parti bagi "perbicaraan" salah laku beliau menyaman Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas petang ini. Apakah beliau nak umum untuk keluar PKR dan jadi (seorang lagi) wakil rakyat Bebas?

TERKINI:
Zulkifli Noordin masih enggan membuka mulut tentang hala tuju politiknya selepas ini, sama ada mahu terus bergelumang di dalam parti yang penuh dengan tahi atau keluar dan menyucikan diri sepertimana yang dilakukan Zahrain, Tee Beng dan Ustaz Mohsin.

Sebaliknya petang ini beliau tak berpuas hati malah rasa malu, sedih dan tersinggung disebabkan beliau diadili oleh anggota lembaga disiplin PKR yang majoritinya mereka yang beragama Kristian sedangkan kes yang dihadapi ialah tindakan beliau "melawan" Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Jadi oleh sebab beliau merasakan dirinya diadili secara tidak adil dan tidak wajar maka beliau mengambil keputusan meninggalkan anggota lembaga disiplin terbabit ternganga dan melopong begitu sahaja.

Walaupun begitu, ramai percaya Zulkifli sememangnya sudah menanam hasrat untuk meninggalkan PKR dan menyertai wakil rakyat Bebas di Parlimen. Kes diadili oleh bukan Islam hari ini yang dianggap sangat tidak wajar  dan bakal mempercepatkan lagi keputusan Zulkifli untuk meninggalkan PKR.

Baca kenyataan Zulkifli di sini!

03 March 2010

PKR hilang "kuasa" di Parlimen

Walaupun para pemimpin PKR dan juak2 pembangkang cuba menutup kemaluan mereka berhubung pemergian beberapa Ahli Parlimen mereka yang meninggalkan parti itu dengan menyatakan parti itu masih kuat manakala mereka yang meninggalkan parti semuanya sampah, najis atau anai-anai bagi parti.

Tetapi realitinya tindakan Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan terbaru Ustaz Mohsin  (Bagan Serai) bukan sahaja menunjukkan parti itu sedang menghadapi krisis besar -- hilang kepercayaan di kalangan pemimpin mereka sendiri -- lebih dari itu mereka juga kehilangan kuasa di Parlimen. Dan pada masa yang sama ia memberi momentum yang baik kepada UMNO/BN untuk merampas kembali 4 negeri pada PRU-13 nanti.

Aku percaya dalam duk senyum dengan tindakan wakil rakyat mereka satu persatu meninggalkan parti, Anwar sebenarnya dalam ketakutan. Bukan sahaja takut dengan perbicaraan yang sedang dihadapi sekarang ini tetapi juga takut kehilangan kuasanya di Parlimen. Maklum selama ini beliau boleh mendabik dada sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi selepas itu jaket itu perlu dilepaskannya.

Ini berikutan jumlah kerusi PKR di Parlimen semakin berkurangan dan sehingga kini mereka telah kehilangan tiga kerusi menjadi 27 berbanding DAP yang masih kekal dengan 28 kerusi dan Pas 23. Jika dakwaan Salehuddin (bekas Setiausaha Agung PKR) yang menyatakan 10 ahli Parlimen PKR akan keluar parti, maka sudah pasti ia terus mengurangkan kuasa PKR di Parlimen.

Pengurangan kerusi PKR di Parlimen bukan sahaja bakal menyaksikan Ketua Pembangkang bakal digantikan tetapi pada masa yang sama telah menguatkan kuasa BN kerana bekas-bekas Ahli Parlimen PKR tersebut, walau pun tidak menyertai UMNO atau mana-mana parti BN, tetapi menyatakan komitmen mereka untuk memberi sokongan kepada BN.

Jadi, kepada Anwar, selepas ini mereka bolehlah bersiap2 untuk melepaskan baju Ketua Pembangkang yang dipakai sekarang memandangkan DAP pun sudah bersedia untuk menamakan Lim Guan Eng sebagai penggantinya.

01 March 2010

Kenapa PKR terus menyalak salahkan orang lain bila rumah tangga mereka berantakan?

Aku tak faham betul dengan pucuk pimpinan PKR ini yang terus menyalahkan orang lain apabila seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar parti. Tiada sekelumit pun kenyataan mereka menafikan segala tuduhan dan alasan wakil2 rakyat mereka kenapa mereka keluar parti, apatah lagi mahu mengakui.

Sudah jelas mereka keluar dari parti itu dengan membawa pelbagai alasan berhubung kait kelemahan pucuk pimpinan parti mereka tetapi sekelumit pun tiada usaha untuk mereka bermuhasabah dan merenung sejenak untuk melihat sebab-sebab mereka keluar parti.

Apa salahnya mereka merenung apa yang dikatakan oleh wakil-wakil rakyat terbabit dan duduk berbincang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka dan bukannya menyalak menyalahkan orang lain yang tidak ada kena mengena pun. Tak kiralah Anwar ke, Syed Husin ke, Tian Chua ke siapa-siapalah termasuk balaci-balaci dan Firaun kecil yang Zul Nordin sebutkan, tidak pernah mengaku parti mereka bermasalah. Sebaliknya mereka dengan kencang melancarkan serangan terhadap UMNO, Najib waima Rosmah sekali pun.

Pelik sungguh parti ni. Tak macam Pas yang cepat-cepat mengadakan mesyuarat atau berbincang untuk menyelesaikan apa sahaj masalah atau perselisihan pendapat di kalangan pemimpin mereka. Hasilnya, masalah dalam parti Pas sukar dihidu oleh media. Sebab itu sehingga kini tidak ada pun wakil rakyat Pas yang keluar parti atau lompat ke parti lain.

Tapi sebaliknya PKR lebih gemar menyalahkan orang lain daripada memperbaiki diri mereka. Orang kata, puak2 seperti ini adalah golongan bodoh sombong. Sudah bodoh, sombong pula. Nyatalah mereka adalah jenis pemimpin dan parti yang lebih gemar menyapu sampah di bawah karpet daripada menyelesaikan masalah itu.

Sudah-sudahlah wahai pemimpin PKR. Lebih baik kalian duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti kalian daripada menyalak menyalahkan orang lain. Dan tak payahlah menunggu "wahyu" dari Penasihat kalian itu untuk menyelesaikan masalah parti sebab beliau sendiripun penuh dengan masalah peribadi yang tak selesai-selesai. Lagipun semua masalah dalam PKR selama ini pun kerana Penasihat kalian.

Sampai bila PKR nak dibayangi oleh Anwar Ibrahim. Kalau PKR mahu terus bertanding pada PRU-13 nanti, tinggalkanlah Penasihat kalian. Tukarlah Presiden kalian. Pilihlah pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. PKR tidak kurang pemimpin yang berwibawa tetapi kerana terlalu mengikut telunjuk Penasihat kalian maka beginilah jadinya dengan PKR.

Dan kalau usaha tersebut gagal, lebih baik kalian tinggalkan saja parti anak beranak itu dan carilah parti lain yang benar2 ikhlas dalam perjuangan mereka. Ketahuilah hayat PKR sudah semakin sampai di penghujung...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...