28 April 2010

Cina Hulu Selangor tolak BN, bagaimana dengan Sibu?

Nampaknya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor menyaksikan BN kehilangan sokongan dari pengundi Cina. Sehingga kini sebab musabab kaum Cina di Kuala Kubu Baru, Rasa, Batang Berjuntai, Ulu Yam Lama dan beberapa kawasan lain memberikan undi mereka kepada Zaid Ibrahim, calon Melayu dari PKR belum diketahui.

Ada yang menelaah bahawa puncanya ialah krisis kepimpinan MCA yang menyebabkan orang Cina hilang keyakinan terhadap parti komponen BN tersebut. Tapi pihak MCA dan Gerakan pula menyalahkan Perkasa, NGO  "totok" Melayu  yang diketuai oleh wakil rakyat Bebas yang turut sama berkempen bagai nak rak di Hulu Selangor.

Namun ada juga yang menyatakan Zaid adalah calon "proksi" DAP dan parti itu telah memainkan sentimen agar memilih Zaid walaupun dia seorang Melayu. Ada juga pihak yang menyalahkan pembangkang yang mengheret sama isu kematian Teoh Beng Hock sehinggakan wujud "kebencian" di kalangan pengundi terhadap kerajaan BN.

Apa pun alasan dan puncanya, nyata orang-orang Cina di Hulu Selangor - yang cukup dikenali sebagai kawasan hitam ketika zaman komunis dan darurat dahulu - telah menolak BN dan calonnya sehinggakan PKR berjaya mengekalkan jumlah undian walaupun secara majoritinya kemenangan kepada BN.

Dan 16 Mei ini (nasib baik tak buat 13 Mei) penduduk Sibu pula bakal memilih Ahli Parlimen yang baru selepas penyandangnya Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia akibat barah.

Persoalannya apakah para pengundi Sibu yang majoritinya penduduk Cina akan membuat keputusan yang sama dengan orang Cina di Hulu Selangor? Persoalan ini sukar dijawab memandangkan Parlimen Sibu sendiri acap kali bertukar tangan antara BN dan pembangkang terutama DAP.

Aku percaya DAP akan berusaha semaksimum mungkin bagi memastikan Sibu akan jatuh ke tangan DAP selepas usaha di Hulu Selangor melalui calon proksinya gagal. Jadi tidak hairanlah parti itu meletakkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sebagai calon bagi menentang calon BN, Robert Lau Jr. Sedangkan semua tahu bahawa Ho Leng juga adalah ADUN Bukit Assek.

Jadi, kalau sesiapa yang tanya kenapa DAP letak Ho Leng, sudah pastilah jawapannya ialah DAP mahu memastikan mereka menang di Sibu, bukan sahaja untuk merampas kembali Parlimen itu dari tangan BN tetapi juga untuk menambah kerusi ahli Parlimennya memandangkan jumlah kerusi pembangkang semakin berkurangan lantaran tindakan wakil rakyat PKR, sekutu DAP yang meletakkan jawatan serta menebus kekecewaan DAP di Hulu Selangor.

Apa pun benarlah pandangan banyak pihak bahawa Sibu bakal menjadi medan kesetiaan orang Cina terhadap kerajaan BN yang telah membawa kemakmuran di negara ini termasuk di Sarawak sehinggakan orang-orang Cina bebas berniaga dan begitu ramai yang sudah menjadi jutawan.

27 April 2010

Kes remaja mati ditembak... salah polis, budak atau mak bapak?

Takziah buat keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam. Mengikut laporan media, polis bertindak sedemikian selepas remaja terbabit cuba merempuh sekatan polis. Kejadian berlaku sekitar 2 pagi.

Kejadian itu menyebabkan ramai orang yang menyalahkan pihak polis kerana menembak remaja terbabit, sedangkan menurut ibunya, Aminulsyah seorang remaja "surau" dan baik, bukannya penjenayah atau penyamun.

Baik... Sebelum tu aku nak tanya juga macam mana remaja berusia 15 tahun dibenarkan memandu pada awal pagi. Kereta siapakah yang dipandunya dan soalan yang lebih penting bagaimana ibu-bapa remaja terbabit membenarkannya memandu kereta sedangkan usia 15 tahun tidak layak memohon lesen memandu kereta.

Di pihak polis pula, tindakan anggota terbabit mungkin tindakan spontan bagi mempertahankan diri selepas pemandu kereta (tentunya anggota terbabit tidak mengetahui yang memandunya remaja 15 tahun) cuba merempuh mereka. Tapi yang aku nak tanya polis, apakah setiap kali ada cubaan pemandu sedemikian dibalas dengan tembakan?

Aku teringat satu kejadian seorang doktor HUKM ditembak mati oleh seorang anggota polis ketika doktor terbabit sedang berdua-duaan dengan teman wanitanya di dalam kereta dekat stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Doktor terbabit cuba melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran polis (bermotosikal). Akibatnya doktor terbabit ditembak kerana menyangka mangsa cuba merempuh polis.

Kali ini aku percaya kejadian hampir serupa berlaku. Seorang remaja yang memandu tanpa lesen sudah pasti terkejut dan ketakutan apabila menyedari ada polis menahannya. Kerana takut, remaja terbabit tentunya akan memecut keretanya bukan niat untuk merempuh polis tetapi cuba melarikan diri. Difahamkan kejadian tidak jauh dari rumahnya. Jadi mungkin remaja terbabit mahu segera pulang ke rumah bagi mengelak ditahan polis kerana tiada lesen memandu. Jadi kenapa pihak polis begitu pantas bertindak menembaknya?

Namun begitu, aku percaya punca utama anggota terbabit bertindak sedemikian kerana mereka sendiri trauma dengan kejadian begitu ramai rakan2 yang cedera dan tidak kurang yang meninggal dunia akibat dirempuh baik oleh penjenayah mahupun mat rempit. Jadi, tindakan anggota terbabit juga tidak boleh disalahkan 100 peratus.

Sekarang KDN sudah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes ini. Bagus juga. Selepas ini mungkin pihak polis yang meronda tidak dibekalkan dengan senjata api sebaliknya hanya membawa cota atau rotan saja. Boleh ke???

26 April 2010

Di sebalik keputusan PRK Hulu Selangor

Tahniah P. Kamalanathan sebab menang dengan majoriti 1725 undi (RBF kata nombor ong sebab penamaan calon 17 hb, buang undi 25... cantekkk!). Di sebalik keputusan PRK P094 itu ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku:

1) Nampaknya doa Nik Aziz dan puak2 yang minta kemenangan kepada Zaid Ibrahim tak dimakbulkan. Mungkin sebab mulut Nik Aziz dah makin busuk dengan pembohongan atau mulut Zaid yang berbau alkohol

2) Sebaliknya Allah telah selamatkan Hulu Selangor daripada mendapat seorang pemimpin seperti Zaid. Lebih baik Hulu Selangor dipimpin oleh seorang bukan Islam seperti Kamalanathan daripada dipimpin seorang Islam yang dah tak rupa Islam.

3) Samy Vellu perlu letak jawatan sebelum pemilihan akan datang sebab itulah janji beliau kepada pucuk pimpinan BN ketika mahukan wakil MIC diletakkan di Hulu Selangor. Permintaan itu sudah ditunaikan dan MIC kembali ke Hulu Selangor tetapi Samy Vellu kenalah tunaikan janjinya pula.

4) MCA perlu bekerja lebih gigih untuk meyakinkan  pengundi2 Cina jika mahu melihat BN kembali memerintah Selangor. Keputusan di Hulu Selangor membuktikan kaum Cina masih belum memaafkan BN. Mungkin kerana masalah dalaman MCA sebelum ini menyebabkan pengundi Cina banyak menyokong pembangkang.

5) MIC juga tidak boleh mendabik dada sebab walaupun jumlah sokongan kaum India bertambah kali ini tetapi jelas masih banyak yang tidak menyokong BN. Mungkin persaraan Samy Vellu akan mengembalikan keyakinan kaum India kepada BN.

6) Sungai Buaya menjadi penyumbang utama kemenangan BN. Ada yang kaitkan dengan pemberian pampasan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya berjumlah RM50,000 seorang yang diumumkan PM menjadi penyebab sebahagian besar memangkah calon BN.

7) Pengundi di Bukit Sentosa yang bumbung rumah mereka sudah diperbaiki oleh kerajaan BN hasil lawatan PM ketika pelancaran Juara Rakyat sebelum ini nyata masih marahkan BN sehingga undi dari Bukit Sentosa tidak menyebelahi BN.

8) Pengundi Taman Bunga Raya banyak memberikan undi kepada calon BN. Mungkin hasil kehadiran PM, TPM dan Tun Mahathir malam tadi menyuntik jiwa mereka sehingga memilih calon BN. Jumlah yang hadiri majlis Bersama Pemimpin di taman itu malam tadi mencecah 10,000 orang sehingga berlaku kesesakan yang teruk.

9) Tindakan pihak pembangkang yang menggunakan kematian Teoh Beng Hock untuk meraih undi perlu dipersoalkan memandangkan kes kematian TBH masih dibicarakan di mahkamah koroner.

10) 13 pilihan raya kecil yang dikendalikan SPR sejak PRU-12 dua tahun lalu memberi pengalaman yang bermakna kepada suruhanjaya itu sehinggakan berjaya menguruskan PRK Hulu Selangor dengan baik.

Dan yang pasti Zaid dan pembangkang akan terus menyalahkan BN dan SPR atas kekalahan mereka di Hulu Selangor. Ketika mereka menang di 11 PRK lain tak pulak mereka salahkan BN atau SPR.

24 April 2010

Ngoknya Nik Aziz....

TERBARU:
Nik Aziz nafi persoal titah Sultan Selangor perihal berceramah politik dalam masjid sebaliknya beliau menyalahkan wartawan yang salah petik.... Dussshhhh!! Dah agak dah. Nik Aziz pasti akan salahkan wartawan tetapi Nik Aziz lupa setahu aku wartawan selalu bawak "tape recorder"... hehehe..!

POS ASAL:
Aku malas nak komen panjang2 pasal Nik Aziz yang pertikai titah Sultan Selangor yang larang guna masjid sebagai tempat kempen politik. Nik Aziz kata Rasulullah dulu pun berpolitik dalam masjid dan anggap titah sultan sebagai saki-baki penjajah.

Aku cuma nak kata:

"Hoi Nik Aziz...!! Rasulullah berpolitik di masjid untuk menyatu-padukan umat Islam tapi demo dan puak2 Pas lain berpolitik di masjid untuk memecah-belahkan umat Islam.. Tu pasal sultan tak berkenan.... Ngok!!!!"

23 April 2010

BN bakal menang dengan lebih 2,000 majoriti?

Inilah maklumat yang aku peroleh dari sumber-sumber bahawa BN dijangka akan memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih 2,000 undi. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kemenangan Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) ke atas Palanivel pada PRU-12 lalu.

Menurut sumber itu majoriti yang bakal diperoleh BN itu berdasarkan kajian yang dibuat sebelum hari penamaan calon dan dijangkakan jumlah majoriti lebih besar akan dikutip oleh calon BN, Kamalanathan selepas PKR meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon memandangkan "rekod" Zaid tidaklah begitu baik di mata rakyat Hulu Selangor.

Zaid dikatakan akan ditolak oleh para pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan anak tempatan malah bukan anak negeri Selangor pun. Lebih parah lagi Zaid merupakan anak Kelantan iaitu sebuah negeri yang mempunyai sentimen kenegerian yang begitu kuat. Tambahan pula keperibadian Zaid sudah dikenali sejak dahulu bahawa beliau merupakan seorang pemimpin berfikiran sangat terbuka termasuk menentang keras hukum Hudud, menyokong tindakan wanita murtad dan menentang penggunaan ISA.

Kemenangan lebih kukuh BN diperkuatkan lagi apabila dua calon Bebas yang disebut-sebut boleh menjadi "pengacau daun" telah menarik diri di saat-saat akhir membolehkan BN berdepan dengan PKR satu lawan satu, sekaligus membuka peluang pengundi atas pagar untuk menetapkan keputusannya. Dan berdasarkan sumber tersebut, pengundi atas pagar dijangka akan memilih  Kamalanathan berbanding Zaid.

Malah rekod pentadbiran kerajaan negeri selama dua tahun di bawah pembangkang juga sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan pengundi kepada Zaid. Ini terutamanya pengundi-pengundi di sekitar Bukit Beruntung, Serendah dan Batang Kali.

Untuk rekod, kita lihat jumlah majoriti yang dimenangi BN pada PRU sejak 1990 hingga 2004 (termasuk majoriti kekalahan BN pada PRU-12 lepas) di bawah:


Kalau dilihat rekod pencapaian BN lalu, aku percaya BN bukan sekadar memperoleh majoriti lebih 2,000 undi malah melebih 10,000 jika jumlah mereka yang keluar mengundi melebih 75 peratus dan jumlah undi rosak yang tidak begitu tinggi.

22 April 2010

Strategi baru kempen BN di Hulu Selangor berjaya!

Aku nampak PRK Hulu Selangor, cara kempen BN sangat berbeza berbanding PRK atau PRU sebelum ini. Tiada lagi taburan janji-janji pembangunan yang melampau manakala kaedah kempen pula telah selari dengan kaedah pembangkang termasuk membuat serangan peribadi terhadap calon. Hal ini pernah aku suarakan ketika PRK Bagan Pinang tempoh hari. Baca di sini...

Walaupun pembangkang tidak gemar dengan cara BN menerusi blogger-blogger jalanan yang pro-BN menyerang Zaid melalui "serangan peribadi calon" tetapi mereka perlu terimanya memandangkan kaedah inilah yang sering dimainkan oleh puak2 pembangkang dalam kempen mereka. Anwar sering menyerang peribadi pemimpin BN khususnya Najib sehinggakan beliau sanggup mengada-adakan cerita jika tiada isu yang mahu dijadikan senjata.

Nyata BN tidak lagi bersikap difensif terhadap kempen2 pembangkang sebaliknya turut membuat serangan balas. Malah segala tuduhan, tohmahan dan cercaan yang dilemparkan oleh pembangkang termasuk isu Apco telah dijawab oleh pihak BN melalui ceramah-ceramah para pemimpin dan para blogger. Inilah yang rakyat mahukan selama ini iaitu mahu mengetahui apakah benar segala tohmahan yang dibuat pembangkang dalam kempen mereka yang selama ini sering diabaikan oleh jurukempen BN kerana lebih terfokus kepada usaha memberikan "rasuah" pembangunan.

Apa yang pasti tiada lagi projek-projek mee segera, janji-janji muluk kepada pengundi yang dibawa BN di Hulu Selangor. Sebaliknya mereka menggunakan pendekatan offensif yang  membuatkan puak2 pembangkang tidak mampu lagi menepis. Zaid sendiri terpaksa mengaku salah setiap pendedahan yang dibuat oleh blogger berhubung isu arak dan lumba kuda.

Tahniah Muhyiddin, Noh Omar, Ahmad Maslan dan barisan pemimpin BN yang sama-sama menggerakkan kempen cara baru ini sehingga membuatkan pembangkang terpaksa menggunakan segala senjata untuk menepis dan mempertahankan diri - keadaan yang dialami oleh BN sebelum ini.

Aku percaya jika strategi ini dikekalkan oleh BN  di Sibu, aku percaya pembangkang di Sarawak juga tidak mampu menahan arus perubahan dalam BN menerusi gerak kempen yang bersifat "menyerang" seperti ini.

Cuma gerak kempen Pemuda dan Puteri UMNO tidak begitu dirasakan di Hulu Selangor. Kenapa ye?

20 April 2010

Kenyataan "bunuh diri" Mustafa Ali

Baca keratan website MalaysiaKini yang aku petik hari ini. Pergh... Mustafa Ali benar-benar menempah maut atau boleh dikatakan "membunuh diri" apabila menuduh semua mantan PM minum arak kecuali Pak Lah Badawi. (Tersengeh Pak Lah dibalik ketiak jin). Kalau semua PM maksudnya Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn dan Dr. Mahathir-lah. Najib tidak dikira sebab dia PM sekarang.

Memang cukup  maut, semaut libasan samurai. Tapi aku nasihatkan Mustafa Ali sediakanlah duit sebanyak-banyaknya sebab kalau setiap ahli keluarga atau mantan PM terbabit mengemukakan saman - tak banyak RM100 juta seorang sudah! - aku rasa Mustafa gadai bulu punai dia pun tak cukup nak cover. Tapi pemimpin Pas selalu macam tulah. Cukup mudah buat kenyataan yang akhirnya menjerat tengkok sendiri.

Aku taulah mood kempen PRK Hulu Selangor kian rancak tapi Mustafa tak sepatutnya membuat tuduhan sebegitu maut hanya kerana "usikan" blogger-blogger jalanan perihal sikap Zaid Ibrahim gemar minum arak yang diakui sendiri oleh empunya diri. Kok ye pun nak pertahankan Zaid yang pernah saman Pas sebab Hudud tu, janganlah buat kenyataan bunuh diri seperti itu.

Bayangkan kalau ada orang kata Mustafa Ali pernah langgan pelacur dan orang yang kata itu mengaku pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri, apa agaknya respon beliau terhadap yang menuduh itu? Aku percaya Mustafa melenting marah sampai ke pucuk kelapa. Sebabnya orang menuduh dia main dengan pelacur. Tapi dia tak rasa apa2 bila tuduh semua mantan PM minum arak.

Nasihat kepada Mustafa, kumpullah saudara mara, sahabat handai atau mulakanlah kempen mengutip derma di masjid2 atau di setiap ceramah Pas sebagai persiapan menghadapi saman malu dari keluarga mantan PM Malaysia.

Bila syaitan nasihatkan manusia jangan buat jahat!

Kah.. kah.. kah... Apa? Lim Guan Eng kata jangan serang peribadi Zaid? Hah? Serangan peribadi tak baik? Kah.. kah.. kah... Apa? Puak2 Pas pun marahkan UMNO sebab buat fitnah kat Zaid? Kah.. kah... kah...

Apa dia orang ni dah buat tabiat ke? Orang tua-tua kata kalau dah buang tabiat tu maknanya dah tak lama lagi dah nak hidup tu. Biasalah buang tabiat selalu dikaitkan dengan perangai orang yang dah nak masuk kubur. Kah.. kah.. kah...!!

Oik... Guan Eng, puak2 kapir DAP dan puak2 Pas, korang lupakan siapa RAJA FITNAH kat Malaysia ni kalau bukan CIFU korang si Nuar Berhim tu? Bukankah dia kaki tabur fitnah kata Najib bunuh Altantunya. pasal Apco, pasal rasuah, bla.. bla.. bla...  Bukan ke puak2 DAP yang tabur fitnah  konon amoi China kena ketok ketampi bogel walhal dia minah Melayu. Waaa kakakakaa...

Bukan korang ke yang duk serang peribadi calon BN masa PRK Permatang Pasir dulu? Sampai mamat tu dah bercerai-berai sebab korang duk jaja dia berbini dua. Kah.. kah... kah....

Wah bukan main lagi bila korang duk tabur fitnah kat puak2 UMNO/BN, korang bukan  main seronok dok main isu Altantunya, pasal Beng Hock, pasal Apco walhal korang pun tak ada bukti pun. Kalau ada pun tu semua hasil sentuhan "Adobe Photoshop" . Kah... kah... kah...

Sudahlah. Kalau dah syaitan tu syaitan jugak. Tak boleh jadi malaikat punya. Mana ada syaitan nasihatkan manusia jangan buat jahat. Kah kah kah...

18 April 2010

Bukti pembangkang guna kanak-kanak untuk berkempen!


Sebab dah tak ada pengikut dan penyokong yang nak tolong kempen, puak2 pembangkang terpaksa menggunakan kanak-kanak yang tak kenal apa-apa soal politik untuk berkempen bagi calon mereka di Hulu Selangor.

Aku tidak pasti sama ada tindakan pembangkang ini direstui oleh SPR tetapi setahu aku di negara mana sekalipun dalam dunia kanak-kanak adalah dilarang sama sekali dilibatkan dalam kempen politik. Ini boleh menyalahi akta kanak-kanak.

Kalau betul ia menyalahi peraturan SPR dan undang-undang negara, pihak-pihak yang menggunakan kanak-kanak ini untuk membantu kempen mereka perlu dikenakan tindakan.

p/s: Foto ihsan seorang rakan... Terima kasih bro!

Zaid mengaku dia kaki botol.. Dush! Azmin kena


Zaid Ibrahim buat pengakuan bahawa dia memang kaki botol tapi katanya "itu cerita lama". (Baca di sini...) Dush... Kenyataan yang membuatkan Azmin Ali terduduk dan senak perut. Mana tidaknya semalam dia cabar BN dan puak2 bloggers tunjuk bukti bahawa calon PKR di Hulu Selangor tu kaki botol alih-alih hari ini tuan punya badan buat pengakuan.

Tak kisahlah Zaid cerita lama ke cerita baru ke tapi dakwaan bloggers tu betullah. Tapi nak tanya juga, kalau lama tu berapa lama agaknya ya? Mungkin sejak keluar UMNO dan masuk PKR kut? Kalau begitu Alhamdulillah, bersyukur kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya "menginsafkan" seorang insan kerdil macam Zaid ya? Alim Anwar ni... Tinggi imannya.

Patutlah selama ini dia memang pantang sebut hudud-hudud ni sampai sanggup nak saman kerajaan Pas sebab nak bentang undang-undang Hudud. Tapi peliknya Tok Guru dan puak2 alim ulama Pas boleh pula "menyokong penuh" kaki botol tegar ni untuk jadi wakil rakyat di Hulu Selangor ya.

Apa komen Hassan Ali ya kalau dah dapat tau si Zaid ni kaki botol? Jangan tanya komen Ronnie Liulah. Dia mesti naik syok punya kalau dapat Ahli Parlimen kaki togak macam Zaid. Boleh jual arak banyak-banyak kat Kuala Kubu Baru, Serendah, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa... Heee... Oik Hassan Ali tak boleh marah, nanti kena jual!

Anyway para pengundi Hulu Selangor, tepuk dada tanyalah selera masing-masing. Pilihan di tangan anda. Cuma jangan salah pilih sudah. Kelak nanti menyesal tak sudah. Belajarlah dari pengalaman sepanjang 2 tahun ini....

17 April 2010

Soalan cepu mas wartawan: Gagap Khalid menjadi-jadi

Aku berjaya menyelinap masuk ke Kompleks Sukan Hulu Selangor di mana pusat penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor diadakan pagi ini. Terima kasih kawan-kawan yang membantu. Maklum, bukan senang nak melepasi kawalan kawad berduri, barisan FRU, polis bantuan, PDRM dan para petugas SPRM.

Malah khabarnya Shafii Apdal sampai berdarah-darah sebab terkena kawat berduri yang dipasang anggota keselamatan ketika berlaku tolak menolak di tempat penyokong BN berhimpun. Naib baik insiden itu berlaku di pihak BN. Kalaulah pemimpin pembangkang yang kena kawat berduri itu, mahu mereka gesa Najib tubuh suruhanjaya siasatan, atau hantar memo suruh pecat IGP.

Paling-paling pun mereka panggil media asing yang tak faham cakap Melayu itu dan tunjukkan kecederaan mereka (kalau perlu toreh baju dan taruk cat merah supaya nampak macam kena libas dengan pedang samurai. Barulah sadis.) Maka CNN, BBC atau media asing lain akan paparkan "kekejaman" pasukan keselamatan kita ketika menghalang penyokong Anwar menghampiri pusat penamaan calon.  Mesti dramatik gila..

Apabila berjaya masuk ke kawasan pusat pengiraan undi, mulalah aku merayap di khemah puak2 pembangkang. Paling setia aku nampak ialah Hadi Awang. Duk atas sofa sepanjang masa. Sesekali melayan sembang Wan Azizah di belakangnya. Anwar.... Aku perasan sekejap ada, sekejap menghilang. Tak taulah kemana... Biasalah diakan suka main belakang-belakang.

Sempat juga aku mencuri dengar ketika Khalid gagap memberi kenyataan kepada media dan soalan cepu emas yang ditanya wartawan (difahamkan dari Agenda Daily) yang membuat gagap Khalid tambah parah bila wartawan tu tanya "macam mana PKR boleh letakkan Zaid Ibrahim sedangkan dalam blog kata Zaid ni peminum arak tegar!"

Nah kau... Soalan wartawan tu... Tergagap2 laa si Khalid nak jawab. Katanya dia tak mampu nak semak keperibadian semua pemimpin PKR. Tapi katanya keperibadian calon itu tak penting, yang penting apa yang akan diberikan kepada rakyat.... Dushh!! Kenyataan "boomerang" dari Khalid. Kalaulah soalan ni ditanyakan kepada Anwar, mahu Anwar sergah wartawan tu dan kemudian tanya siapa yang suruh tanya soalan macam tu, atau berapa mereka bayar kat wartawan tu untuk tanya soalan maut tu.... hehe...

Tapi aku setuju dengan Khalid. PKR mana peduli keperibadian pemimpin atau calon mereka dari Penasihatnya sampailah ADUN-ADUNnya. Tak heran kalau Zaid pun boleh mereka angkat jadi calon sedangkang kata si wartawan tadi dia tu "kaki botol" kalau penasihatnya juga kaki liwat, ADUNnya pula kaki bogel. Opss.. sebut bab bogel, aku intai2 juga kelibat Eli Wong. Tak ada...

Sahlah sudah PRK Hulu Selangor akan berlaku pertandingan empat penjuru antara Johan Mat Diah (Bebas), VS Chandran (Bebas), P. Kamalanathan (BN) dan Zaid Ibrahim (PKR). Apa yang pasti Johan bakal menerima tindakan dari pihak Pemuda UMNO sebab beliau adalah AJK Pemuda Shah Alam manakala Chandran pula bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor. Selamatlah korang berdua... Selamat tinggal.

Tak apalah.. Lepas pengiraan undi 25 April nanti adalah pihak-pihak tertentu yang sorongkan borang keahlian parti berlogo mata lebam tu. Tapi kalau berangan dapat duk kat barisan Ahli Parlimen Bebas kat Dewan Rakyat nanti... eee... minta maaflah. Memang tak ada harapan langsung.

Jadi marilah kita pakat sambut slogan pembangkang iaitu "Selamatkan Malaysia".... Ya... selamatkan Malaysia dari peliwat dan pemimpin tajaan Barat seperti Anwar. Bebaskan Parlimen daripada ahli-ahlinya yang kaki botol, kaki bogel dan kaki lelaki jambu (ops..!).

Usik mengusik di Hulu Selangor


Inilah antara gelagat Menteri Amaran ketika bertemu dengan apek Lim Kick Siang dan andartu Teresa Cock pada hari penamaan calon PRK Hulu Selangor di Kompleks Sukan Hulu Selangor yang sempat aku rakam pagi ini.

Kedua-dua pemimpin DAP yang "Chinese first, Malaysian Second" ini sering kali membuat kenyataan dan tuduhan yang benar-benar mencabar kewibaan Kementerian Dalam Negeri terutama terhadap pasukan polis. Malah sering kali juga kenyataan mereka baik di Parlimen mahupun di luar Parlimen mengguris hati kaum Melayu dan Islam. Tetapi melihat gelagat mereka ini seolah-olah kesalahan mereka sudah dimaafkan...

Apa pun nyatalah Malaysia begitu harmoni. Walau berbeza fahaman politik dan kadang-kadang saling menyalahkan antara satu sama lain, tetapi sesekali mereka bertemu di luar Parlimen seperti ini, gurau senda antara mereka cukup menarik perhatian.

Benar-benar 1Malaysia...!

16 April 2010

Seruan kepada puak-puak Pas...

Oi lu olang Pas misti latang lamai2 Hulu Selangor besok pagi aaa.. kita mahu daftar kita punya calon lawan itu BN. Kita mahu tengok olang kita misti lebih lamai dali penyokong BN tau. Lu olang misti pakai itu baju hijau, itu kalau mulih itu bulan kasi busat-busat atas kapala, sama lu olang punya baju. Nanti itu kamela aaa mahu tangkap itu gambar. Kasi masuk MalaysiaKini, CNN, BBC...

Kalau mau lu olang keluar sama itu paper aaa... Lu olang kasi bising-bising sikit, kasi bawa itu bendela kasi tido depan itu Muhyiddin punya keleta. Lu olang kasi malah-malah itu olang BN kuat-kuat. Kasi hantam saja. Lu olang jangan lisau kalau itu polis ada tangkap, wa kasi tau sama itu peguam siam sana bawa datang sini, kasi cakap sama hakim... Lu olang jangan risau kawan...

Oi Hasan Ali aa... Lu dingar itu Zorro ada cakap kaa. Lu misti paksa Pas punya olang datang Hulu Selangor esok. Kita punya calon Zaid Ibrahim kita misti sokong sebab kalau dia menang DAP manyak sinang, PKR sinang, Pas tarak susah. Hasan, lu baca ini blog aa...

Haiya... DAP punya olang aaa... Lu olang duduk lumah kasi diam-diam tengok itu Astro Oriental laa.. Tengok wayang kungfu sama lu punya family. Kasi olang Pas pegi sana. Dia olang lagi bagus, Mulih tido itu atas yalan, bulih malah2 sama dia olang punya raja. Haiya... Kita taukeh talak usah bikin itu kerja laa... kasi kuli saja. Taukeh kila duit saja haha. Nanti kalau polis ada tangkap lu olang nanti susah ooo...

Apa macam BN? Lu ada berani?

MTB: Teringat filem "Bukit Kepong"

15 April 2010

Dilema Muhyiddin... Antara Samy dan pengundi Hulu Selangor

TERKINI..!
Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN pada PRK Hulu Selangor. Pengumuman dibuat oleh Muhyiddin di Bukit Sentosa sebentar tadi. Tahniah... Lepas ni nak tengok siapa pecat siapa!

Kepada Mugilan, jangan kecewa sebab anda masih muda. Peluang masih terbuka pada pilihan raya akan datang. Kepada Palanivel, jangan pula terjun lombong kat Bukit Sentosa pula atau pelahap samsu haram. Kang tak pasal2 wartawan kena kerja extra. Samy Vellu, just one word.... PIIIRAAAHHH....!!

POS ASAL:
Memang kurang ajar kalau betul Samy Vellu nak pecat mana-mana calon MIC lain selain Palanivel jika mereka bertanding di Hulu Selangor. Itu yang dimaklumkan hasil mesyuarat tergempar pengurusan MIC malam tadi.  Sedangkan Muhyiddin dijangka akan umumkan nama calon BN itu petang ini.

Pergh... Ternyata dalam beberapa jam menjelang pengumuman tersebut Samy Vellu, Presiden seumur hidup MIC (walaupun MIC dah nak mati) terus memberi tekanan kepada Muhyiddin dan Najib. Walaupun nama calon belum diumumkan tetapi Samy dah mengugut mana2 calon lain selain yang ditentukan oleh beliau iaitu Palanivel. Mreka yang terpilih akan dipecat.

Inilah Samy Vellu sebenarnya. Kalau nak tahu kenapa politik kaum India di Malaysia ini berpecah belah, inilah "syaitannya". Samy tak pernah insaf dan tak pernah sedar diri. Walaupun MIC dah ditolak oleh rakyat, termasuk dirinya sendiri yang selama ini berkubu kuat di Sungai Siput, beliau tetap berdegil dan keras kepala.

Bukankah beliau sendiri yang mahukan calon MIC diletakkan di Hulu Selangor dan permintaan itu sudah dipersetujui oleh Najib walaupun Najib tahu beliau sudah melukakan hati orang Melayu di sana yang mahukan calon UMNO. Tetapi demi semangat "BN" Najib ketepi suara rakyat dan bersetuju calon MIC diletakkan di situ.

Kini Samy bertindak angkuh dengan mengugut calon favourite pengundi dan orang Melayu - V. Mugilan. Sebabnya Mugilan bukan pilihan Samy tetapi sebaliknya beliau mahu meletakkan Palanivel, yang sudah menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor selama 3 penggal sehinggalah ditolak pengundi pada PRU-12 lalu.

Aku percaya menjelang pengumuman calon BN kira-kira pukul 3 petang ini, Muhyiddin kini berada dalam dilema sama ada mahu mengikut kehendak pengundi dan orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di sana atau akur dengan "politik peribadi" Samy Vellu.

Tapi kalau aku jadi Muhyiddin, aku memilih untuk mencalonkan Mugilan - calon pilihan pengundi Hulu Selangor daripada memilih Palanivel yang sudah ditolak oleh pengundi di sana. Kemenangan BN di Hulu Selangor jauh lebih penting daripada survivor politik Samy dan Palanivel.

Biar Samy pecat Mugilan sebab Najib dan Muhyiddin boleh memecat keanggotaan MIC dalam BN, jika mereka mahu. Lagipun Samy bukan "sami" apa lagi "tuhan".... Piirah!!!

13 April 2010

Pencalonan Zaid Ibrahim bakal besarkan majoriti kemenangan BN!

Zaid Ibrahim disahkan akan jadi calon PKR di Hulu Selangor. Keputusan dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di rumah CIFU Anwar pagi ini. Itu kata blogger totok sibontot Anwar, Hishamuddin Rais-lah. Wah, semalam aku baca Zaid hanya dicalonkan jika BN letak Palanivel tapi belum sempat BN umumkan calonnya, alih-alih nama Zaid dah disahkan. Tapi eloklah Zaid jadi calon, makin besarlah majoriti kemenangan BN nanti.
Anwar dan puak2 PKR mungkin melihat Zaid boleh mempertahankan kerusi Hulu Selangor berdasarkan rekod beliau sebagai bekas menteri jaga undang-udang ketika zaman Pak Lah dahulu. Tapi mereka agaknya lupa bahawa pelantikan Zaid sebagai menteri bukan kerana dia memenangi kerusi Parlimen mana-mana kawasan pun. Malah dia tidak dicalonkan pun dan pernah pula terlibat dengan politik wang sehingga digantung keahlian UMNO. Zaid jadi menteri sebab dilantik oleh Pak Lah kelabu asap, itu sahaja.

Dari segi rekod pencapaian sepanjang jadi menteri, Zaid tidaklah elok sangat apa lagi kalau nak ambil kira apa yang beliau telah lakukan untuk rakyat sepanjang jadi menteri memang tak ada langsung. Beliau lebih banyak terpekik terlolong perihal isu Lingam dan kisah lama tentang pemecatan hakim yang akhirnya Pak Lah sambut dan hakim2 itu diberikan graduiti dalam jumlah yang cukup besar.

Malah ramai orang Melayu yang marahkan Zaid apabila dia mempersoalkan tentang ISA dan hak istimewa Melayu. Dan aku percaya orang Melayu di Hulu Selangor masih tidak lupa kenyataan-kenyataan bekas menteri BN ini ketika dalam kerajaan. Apakah pemimpin seperti ini mahu diangkat lagi oleh pengundi di Hulu Selangor?

Bagi orang UMNO pula, Zaid mempunyai rekod "tidak molek" apabila pernah digantung keahlian kerana didapati bersalah terlibat rasuah ketika bertanding merebut kerusi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu suatu ketika dahulu. Akibatnya, dia bukan sahaja digantung keahlian sekaligus jawatannya tidak sah.

Seingat aku puak2 pembangkang bukan main lagi membuat serangan ke atas Ali Rustam yang dikatakan terlibat politik wang. Bertalu-talu serangan dibuat oleh mereka yang diketuai oleh Anwar. Modalnya ialah pemimpin UMNO semua rasuah. Dan sekarang PKR sendiri mahu meletakkan calon yang pernah terlibat dalam rasuah untuk mewakili Parlimen Hulu Selangor? Cantekkkk.....

Aku percaya pemilihan Zaid dibuat kerana PKR sudah kekontangan calon untuk diletakkan di Hulu Selangor dan pada masa yang sama mereka cuba "mengangkat" Zaid untuk membolehkan beliau berada dalam barisan kepimpinan PKR  bagi menggantikan pejuang2 reformasi dan kawan2 baik Anwar yang telah meninggalkan parti dan Anwar satu persatu.

Tapi aku percaya lebih elok anak Kelantan itu bertanding di Hulu Selangor kerana aku percaya beliau akan ditolak oleh pengundi-pengundi di sana terutama orang Melayu dan harapan untuk calon BN (MIC) memenangi dengan majoriti yang lebih besar lebih cerah.

Selamat date ko Ulu Selango diucapkan kpd Zaid Ibrahim. Tapi lepah pengiraan undi, silo balek semula ke Kelate sebab orang Hulu Selangor tidak perlukan khidmat perasuah mace Zaid jadi wakil mereka.

12 April 2010

Kickdefella serang Tok Guru, kenapa blogger Pas membisu?

Blogger Kickdefella terus "menyerang" Nik Aziz bertalu-talu dan bertali arus sejak dia dipecat dan bersengketa dengan menantu Nik Aziz beberapa bulan lalu. Lepas satu, satu serangan dibuat ke atas Nik Aziz oleh blogger ini. Dari isu pembahagian balak, isu penguasaan anak-menantu Nik Aziz dalam pentadbiran Kelantan sehinggalah perjanjian syaitan (Pas-DAP).

Tapi yang peliknya tiada satupun blogger Pas yang mempertahankan Nik Aziz yang mereka anggap seorang yang mulia, warak dan alim dan sudah semestinya suci murni. Malah tiada secuit perkataan dalam Harakah Daily mempertahankan Nik Aziz atau melawan balik tuduhan Kickdefella.  Walhal semua tahu pendedahan Kickdefella yang juga seorang blogger totok Pas mampu menterlanjangkan Nik Aziz.

Apakah blogger Pas dan Harakah Daily tidak mampu menangkis serangan Kickdefella yang lengkap berpelurukan fakta dan dokumen? Maklum dia sendiri begitu lama berada dalam pentadbiran Pas, malah pernah menjadi blogger ayam tambatan untuk membuat serangan ke atas UMNO/BN.

Nampak sangat selama ini blogger-blogger Pas dan para wartawan Harakah Daily lebih gemar mencari kelemahan UMNO/BN waima sekecil zarah sekali pun dan kemudian dibesar-besarkan manakala isu-isu berkaitan Mursyidul Am Pas yang didedahkan sendiri oleh "orang kuat Husam" itu tidak pula dibuat serangan balas sepertimana mereka membuat serangan balas terhadap apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN.

Kesimpulannya, agakanya  inilah sosok tubuh para blogger Pas dan wartawan2 Harakah Daily yang berserban sebesar tempayan tetapi bertelanjang di bawahnya!


Beginilah agaknya rupa para blogger upahan Pas....



10 April 2010

Ringgit mata wang paling kukuh di Asia? Wow.....

TAMBAHAN:
Ops... Ternyata kenyataan asal aku menyatakan tiada secuit berita tentang prestasi matawang ringgit ini tak tepat sebab aku dah baca laporan Utusan Malaysia hari ini. Baca di sini... Cuma cara penyampaiannya berbeza. Media tempatan patut highlight-kan laporan ini agar rakyat sedar...

POSTING ASAL:
Aku terkejut baca posting terbaru blogger yg juga wartawan Singapura yang menyatakan matawang Malaysia iaitu RINGGIT sebagai matawang paling kukuh di Asia sepanjang Q1 tahun ini. Baca di sini... Dan persoalan yang bermain difikirannya dan juga kepala hotak aku, kenapa perkara ini tidak dilaporkan oleh media tempatan?

Wah, kenapalah Menteri Kewangan baik pertama mahupun kedua, atau Gabenor Bank Negara atau mana-mana bijak pandai ekonomi tak memaklumkan perkara ini kepada media tempatan? Atau apakah mereka sendiri tidak mengetahuinya? Kenapa ia mendapat perhatian media di negeri Temasek tetapi secuit berita pun tak ada dalam surat khabar Malaysia?

Inilah jadinya kalau surat khabar di Malaysia ini lebih seronok bercerita tentang politik, soal artis kahwin cerai atau perihal aktiviti isteri-isteri menteri sehinggakan isu yang besar dan sudah pasti menaikkan nama negara itu terlepas pandang (atau tidak dipandang?).

Aku percaya kalau media tempatan memainkan isu ini, ia sekaligus menjadi modal kempen bagi BN di Hulu Selangor dan Sibu. Sebabnya, laporan tersebut akan menafikan dakwaan Anwar dan puak2 pembangkang konon ekonomi negara merosot teruk. Tapi sayang ia tidak dilaporkan di sini, seperti kata wartawan Singapura ini. Terima kasih sedara!

Aku pun tumpang baca laporan The Straits Times dan aku poskan semula artikel tersebut:

SHOWING MORE MUSCLE
Ringgit leads against S$

By Robin Chan
ASIAN holidays have been looking markedly less attractive in recent weeks as the Malaysian ringgit leads an extended rally of regional currencies against the Singapore dollar.
Since the beginning of the year, the local currency has seen its value shrink 6 per cent against the ringgit, and 3 per cent against the Indonesian rupiah and the Thai baht.
Regional currencies were further boosted yesterday after a New York Times report that Beijing was very close to announcing a 'small but immediate' revaluation of the yuan and would then let it fluctuate more widely.
A stronger yuan would make exports from the region less expensive than those from China, and would give central banks the leeway to let their currencies climb without fear of losing out to China.
According to analysts, the ringgit has been the best-performing Asian currency so far this year. It reached a high of 2.294 against the local currency yesterday - the strongest the ringgit has been since March 2008.
The rupiah has also been gaining since November 2008, hitting a 19-month high of 6,473 against the Singdollar on Tuesday, before a slight retreat yesterday to 6,510.

Ops... Tolong ya. Ini bukan laporan Utusan Meloya atau Berita Hairan ya. Ini adalah laporan akhbar Singapura yang kerajaan Malaysia atau UMNO atau BN tak ada share pun dalam syarikat mereka.

Anwar bengang Najib jumpa Obama?

Aku percaya Anwar akan bengang bila dapat tahu Najib akan mengadakan pertemuan dengan Barack Obama kat Washinton DC esok. Maklum sejak Obama angkat sumpah jadi Presiden US, Anwar tak berpeluang nak jumpa Obama dan nak bagi tau dia kena fitnah liwat kepada Obama, nak cerita macam mana hubungan Najib dengan Altantunya atau nak maklumkan bahawa dia sepatutnya jadi PM Malaysia, bukan Najib.

Tapi sayang sehingga kini Anwar tidak dapat bertemu Obama. Sudahlah dulu si Musa Aman tu dah pecah tembelang pasal Anwar kat Setiausaha Negara US, Hillary Clinton, ini Najib pula adakan pertemuan dengan Obama. Mesti si Obama tu tanya pasal Anwar sebab namanya meniti di bibir kalangan kongres US yang puratanya puak2 Yahudi tu dan sudah pasti Najib cakap siapa Anwar tu.

Tambah pula Najib dah siap bawak dua orang saksi utama iaitu bekas orang kanan Anwar lagi, si Zaharin dan Zul Noordin. Mesti Obama tanya kedua2 orang kuat Anwar tu darjah penipuan bekas bos mereka tu dan maka akan ketahuilah si Obama siapa sebenarnya CIFU Anwar Ibrahim. Pergh... maka merudumlah saham Anwar di mata Barack Obama.

Dan bagi menunjukkan bahawa dia lebih hebat dari Najib, maka akan keluarlah esok berita Anwar adakan pertemuan dengan si polan-si polan yang kat US tu, kalau tak lebih hebat dari Obama, setara dengan Presiden US berkulit hitam itulah. Biasalah Anwar, mana boleh kalah... Apa lagi kalau kalah dengan Najib!

Atau dia akan keluarkan lagi cerita-cerita bohong selepas berjaya membohongi pengikutnya dengan kisah dongeng Apco. Tambah pula PRK Hulu Selangor yang sudah membayangkan akan terlepas ditangan BN, maka Anwar mahu tidak mahu perlu "mencipta isu" dan isu-isu itu menjurus kepada kelemahan dan keburukan Najib, agar cerita ini sampai ke telingan Obama lebih dahulu sebelum kedua-duanya bertemu.

Apa yang pasti dia kini tersenyum bangga sebab isu Apco nyata telah berjaya membuatkan puak2 pengikut totok PKR dan penyokong2 Pas yang tarak hotak percaya dan sekaligus berjaya menutup pembohongan beliau yang didedahkan oleh Zahrain dan Zul Noordin.

Nyata pertemuan Najib-Obama bukan sahaja membuatkan Anwar jadi bengang malah turut menyebabkan dia jadi bangang... Kesian!

08 April 2010

Hidung Palanival dah kembang kuncup!

Tetiba hidung Palanival yang mancung tak mancung itu kembang kuncup. Apa tidaknya... Najib dah umumkan calon untuk PRK Hulu Selangor milik MIC. UMNO ke MCA ke takde chance. Dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN itu, Palanival yang juga orang no. 2 MIC dan bakal pengganti Presiden Seumur Hidupnya, Samy Vellu itu ada harapan untuk bertanding lagi di Hulu Selangor.

Dia begitu yakin akan dipilih oleh Najib untuk bertanding semula di Hulu Selangor selepas tewas di tangan Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) pada PRU-12 lalu. Dia yakin benar sebab sudah tiga penggal di menang di Hulu Selangor sebelum dirampas Datuk Zainal. Jadi tak hairan kalau hidungnya kembang kuncup sehari dua ini.

Keyakinan tinggi bahawa dia akan dicalonkan semula amat ketara ketika menghadiri satu majlis di sekitar Bukit Beruntung baru-baru ini. Dengan nada suara penuh berbunga-bunga dia berjanji (kepada satu pertubuhan NGO) untuk memberikan lebih banyak bantuan jika dia menang pada PRK Hulu Selangor.
"Puan-puan jangan risau. Hari ini saya bagi sedikit sumbangan. Kalau saya menang nanti, lagi banyak saya kasi..."

Itulah lebih kurang janji Palanival di hadapan kira-kira 30 orang di dewan sebuah resort di Bukit Beruntung baru-baru ini, seperti diberitahu seorang rakan baik aku. Rakan aku itu turut sama pada majlis tersebut.

Bahkan rakan aku memaklumkan pada hari itu sahaja sebanyak 17 majlis dihadiri Palanival. Wah begitu sibuk sekali nama yang dicalonkan oleh Samy untuk bertanding di Hulu Selangor melobikan diri kepada pengundi, walaupun nama calon BN hanya diumumkan  oleh Muhyiddin 15 April ini, dua hari sebelum hari penamaan calon.

Kepada Datuk G. Palanival, sudah-sudahlah melobi dan berkempen kelak nanti ketika Muhyiddin mengumumkan nama calon BN, saudara akan terjun lombong atau togak samsu haram kerana kecewa tidak dipilih lagi.

Yang pasti Hulu Selangor sudah menolak G. Palanival sejak PRU-12 lalu...!

05 April 2010

Pandangan pengundi Hulu Selangor

Berikut pandangan dua pengundi di Hulu Selangor berhubung calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April ini (penamaan calon 17 April) ketika aku menghadiri satu majlis di Bukit Beruntung, semalam. Aku anggap pandangan yang aku terima ketika berbual dengan mereka (secara berasingan) adalah satu pandangan ikhlas.

PANDANGAN I: 
(Seorang lelaki. Mengaku sebagai pencen askar. Berusia sekitar 50-an)

Beliau berkata, para pengundi Melayu di Hulu Selangor mahukan seorang wakil rakyat (Parlimen) dari kaum Melayu selepas sekian lama diwakili oleh bukan Melayu. Katanya, ini kerana kawasan itu majoriti penduduknya adalah Melayu. Kekalahan Datuk G. Palanival pada PRU-12 lalu di tangan Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad kerana pengundi telah menolak wakil Parlimen bukan Melayu.

Bukti jelas, katanya, apabila semua kerusi DUN dimenangi oleh calon BN tetapi di peringkat Parlimen kemenangan diberikan kepada pembangkang (PKR) iaitu Datuk Zainal Abidin, bekas Timbalan MB ketika berada dalam UMNO sebelum itu.

Katanya, ugutan jika calon MIC dipilih kemungkinan orang UMNO di Hulu Selangor akan memboikot PRK itu telah kedengaran. Perkara ini perlu  mendapat perhatian pucuk pimpinan. Apatah lagi jika Palanival dipilih semula memandangkan "rekod" beliau di kawasan itu tidaklah memuaskan hati pengundi sepanjang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ditewaskan pada PRU-12 lalu.

PANDANGAN II:
(Seorang wanita. Berusia awal 40-an. Bekerjaya dan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Perkasa.)

Katanya, memang secara majoritinya Melayu paling ramai di Parlimen Hulu Selangor iaitu sekitar 59 peratus tetapi harus diingat Melayu di kawasan tersebut berpecah kepada tiga kumpulan iaitu penyokong UMNO, Pas dan PKR. Undi bergantung kepada bukan Melayu - Cina dan India. Jadi, pucuk pimpinan perlu juga memikirkan perkara tersebut.

Meletakkan calon Melayu belum menjamin kemenangan kerana ia banyak bergantung kepada calon itu sendiri. Dan meletakkan calon bukan Melayu (MIC) pun belum tentu menjanjikan kekalahan. Jadi, baginya siapa sahaja yang diletakkan perlu mendapat sokongan dan restu peringkat akar umbi. Kalau MIC sekalipun biarlah dia orang baru yang masih "bersih" dan tidak mempunyai rekod buruk dan diterima oleh semua pengundi di Hulu Selangor.

Itu pandangan  dua pengundi berhubung calon yang bakal diletakkan oleh BN di Hulu Selangor. Berapa ramai yang setuju dengan pangangan mereka tidaklah diketahui. Yang jelas, senarai calon baik dari MIC mahupun UMNO (atau mungkin dari MCA jugak?) sudah diterima oleh pucuk pimpinan. Muhyiddin memaklumkan nama calon hanya akan diumumkan pada 15 April ini, dua hari sebelum penamaan calon.

Jadi, sebaiknya kita tunggu sajalah!

03 April 2010

Hulu Selangor... Tarok batang pisang pun boleh menang!!!

Kecoh di kalangan puak UMN/BN perihal calun BN di Hulu Selangor. Sesetengah mereka nakkan calun dari UMNO (Melayu) dengan alasan pengundi Hulu Selangor nakkan wakil rakyat Melayu. Sebab itu PRU-12 Datuk Zainal Abidin menang sebab dia Melayu walaupun semua ADUN disapu bersih calon BN.

Setengahnya pula mempertahankan tradisi amalan BN iaitu Hulu Selangor memang khas untuk wakil dari parti komponen baik MCA mahupun MIC walaupun sedar kawasan tersebut majoritinya pengundi Melayu.

Bagi aku taruk siapa sahaja BN akan memperoleh kemenangan. Ini keyakinan aku. Dalam situasi pembangkang terutama PKR yang menghadapi masalah dalaman parti di tambah dengan prestasi pemerintahan pembangkang di Selangor manakala cara kepimpinan Najib, aku yakin pengundi di Hulu Selangor memberi sokongan padu kepada BN. Pendek kata kalau BN taruk batang pisang dan tampang dacing pun, orang Hulu Selangor akan pangkah BN.

Ini disandarkan kepada PRU-12 lalu. Kemenangan PKR di Parlimen Hulu Selangor adalah kerana kekuatan calonnya iaitu Allahyarham Datuk Zainal Abidin dan bukannya kerana kekuatan PKR atau pembangkang. Kalau benar PKR menerima sokongan kuat di Hulu Selangor, masakan ketiga-tiga ADUN dikuasai BN. Jadi pada PRK kali ini sudah pasti keadaan PRU-12 tidak berlaku lagi dan pengundi Hulu Selangor akan memberi undian majoriti kepada siapa sahaja calon BN, baik Melayu, India mahupun Cina.

Sejarah pilihan raya lalu membuktikan bahawa orang Hulu Selangor tidak kisah siapa yang mewakili mereka, asalkan BN dan wakil rakyatnya ikhlas berbakti kepada rakyat. Apakah jaminan kalau calon UMNO, wakil rakyat tersebut benar-benar berbakti kepada rakyat dan apakah ada petanda kalau bukan Melayu dicalonkan, mereka tidak menjalankan tugas mereka kepada rakyat? Tiada bukti!

Tetapi fakta jelas bahawa kerusi itu pernah diwakili UMNO, MCA dan terakhir MIC. Palaneval sendiri telah memenangi kerusi itu selama 3 penggal. Jadi kekalahan beliau pada PRU-12 tidak boleh dijadikan kesimpulan bahawa orang Hulu Selangor mahukan wakil Melayu (UMNO) sedangkan pada PRU sebelum ini Hulu Selangor terus catat kemenangan kepada BN.

Kekalahan BN di Parlimen Hulu Selangor (ketika ketiga2 DUN dikuasai BN) jelas disebabkan oleh tsunami politik pada masa itu di samping (sekali lagi) kekuatan calon PKR iaitu arwah Datuk Zainal Abidin yang pernah memegang jawatan Exco kanan dan juga Timbalan Menteri Besar ketika berada di dalam UMNO.

Jadi, hentikanlah perdebatan mengenai calon BN. Apa yang pasti semua pihak perlu bekerja keras memastikan calon yang diletakkan nanti memperoleh kemenangan sekaligus merampas kerusi tersebut, waima batang pisang sekali pun.

02 April 2010

Antara bahan kempen di Hulu Selangor... Satu pandangan!

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ditetapkan Ahad 25 April dan penamaan calon 17 April. Maknanya ada lebih kurang seminggu untuk tempoh berkempen di Hulu Selangor.

Muhyiddin yang mengetuai jentera pilihan raya Hulu Selangor berkata ada banyak bahan yang boleh digunakan di Hulu Selangor manakala puak2 pembangkang juga begitu optimis mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi oleh Allahyarham Dr. Zainal Abidin Ahmad.

Berikut antara bahan2 yang akan dijadikan modal kempen bagi kedua-dua pihak:

BARISAN NASIONAL
1. Isu utama: Tanah milik YBK yang dicadang dijadikan tapak kampus UiTM tetapi dirampas oleh kerajaan Selangor (alasan tak bayar cukai tanah). Ia merupakan isu setempat dan amat penting bagi menunjukkan "ketidakadilan" kerajaan pembangkang di Selangor. Isu ini menjadi kemarahan penduduk setempat terutama di Serendah.

2. Isu ramai orang kuat Anwar termasuk beberapa wakil rakyat PKR yang hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan mereka keluar dari parti menjadi wakil rakyat Bebas. Kalau pemimpin mereka sendiri hilang kepercayaan kepada parti, bagaimana rakyat boleh memberi kepercayaan kepada parti berkenaan untuk mewakili mereka dan membela nasib mereka?

3. Isu kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pembangkang yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. BN boleh menonjolkan beberapa kelemahan kepimpinan kerajaan Selangor kepada pengundi sama ada isu tanah, isu pembinaan ladang babi di Sepang dll.

4. Isu penjualan arak dan pembinaan kuil di Shah Alam. Isu ini boleh dimainkan bagi menunjukkan kepada pengundi Hulu Selangor tentang adanya "tangan-tangan" yang lebih berkuasa dalam membuat keputusan di negeri itu.

5. Isu kalimah Allah - Isu nasional tetapi boleh dimainkan terutama di kawasan majoriti pengundi Melayu.

6. Sikap biadap wakil-wakil rakyat pembangkang baik dalam DUN mahupun Parlimen. Mereka bukannya membawa masalah rakyat kawasan masing-masing untuk dibincang dan dibahaskan tetapi lebih kepada usaha "menyerang" kerajaan dan mempertahankan ketua pemimpin mereka. Jadi bayangkan kalau Ahli Parlimen Hulu Selangor dari kalangan mereka, maka banyak masalah di Parlimen itu terabai, sepertimana di Permatang Pauh.

7. Isu kes liwat Anwar TIDAK akan disentuh oleh BN kerana ia merupakan isu peribadi dan masih dalam perbicaraan. Bagaimanapun ia boleh disentuh dalam bentuk implisit (berkias).

8. Dan lain-lain.....


PEMBANGKANG:
1. Isu Apco. Ini adalah modal terbaru puak2 pembangkang untuk dijaja di Hulu Selangor bagi menggambarkan bahawa kerajaan BN bersekongkol dengan puak2 Yahudi.

2. Isu liwat Anwar. Mereka akan gunakan isu ini untuk menunjukkan sikap BN yang suka memfitnah untuk menjatuhkan musuh politik mereka terutama Anwar Ibrahim.

3. Isu rasuah akan terus dimainkan pembangkang bagi menunjukkan kerajaan BN begitu korup dan tidak boleh dipercayai.

4. Isu peribadi. Mereka akan cari kelemahan calon BN yang akan bertanding untuk dijadikan modal untuk membuat serangan peribadi.

5. Emmm... apa lagi ye? Dah tak ada kot!

01 April 2010

Tindakan KDN selepas Nizar maki MB Perak....


Gelagat Nizar dan Hisham ketika mereka bertemu di Parlimen hari ini, sehari selepas Nizar melemparkan kata2 kesat kepada MB Perak dan tindakan salah seorang ADUN pembangkang negeri itu yang hampir memukul MB Perak. Tahniah Hisham...!!

Inilah tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap Nizar Jamaluddin selepas ADUN Pasir Panjang itu memaki hamun Menteri Besar Perak, Zambry Kadir masa sidang DUN Perak semalam dan mengetuai ADUN pembangkang Perak "menyerang" Dr. Zambry.

Aksi Nizar dan babun-babunnya baca di sini atau di sini...!

Ketika banyak pihak mengharapkan ADUN2 pembangkang Perak diambil tindakan, ternyata Menteri KDN ini begitu pantas bertindak dan memenuhi KPI.

Pergh... cukup serius!

Najib nak majukan Sg. Buloh? Waaa seronoklah Anwar

Semalam Najib umum nak majukan kawasan seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang dengan pelaburan lebih RM5 bilion di bawah Model Ekonomi Baru. Wow... seronoklah orang Sg. Buloh bila tahu kampung mereka bakal jadi bandar raya gah macam KL.

Tapi yang bestnya CIFU Anwar pun duk tumpang seronok sekali. Dia tak lekang sengih bila Najib umum hal tersebut. Agaknya dia tahu tak lama lagi dia akan jadi penghuni tetap Sungai Buloh. Jadi bolehlah dia bertanding di Parlimen Sungai Buloh. Kalau menang (mesti menang punya) dia bolehlah offer diri untuk jadi Perdana Menteri Sungai Buloh.

Wow...!! Kalau apa yang dirancang oleh Najib itu berjaya, maka harapan CIFU Anwar nak jadi PM bakal tertunai juga. Walaupun tak dapat duduk Putrajaya tetapi sekurang-kurang tinggal dan jadi PM di Sungai Buloh sudah cukup bangga. Maklum pada masa itu Sungai Buloh dah jadi bandar besar, malah lebih besar dari Putrajaya.

Aku percaya tak ada orang yang akan menentang CIFU Anwar jika dia berhasrat bertanding di Sungai Buloh dan menjadi PM di sana. Malah Najib pun akan senang hati dengan keputusan CIFU. Lagipun bolehlah Anwar tolong lebi memakmurkan ekonomi Sungai Buloh. Bukankah dia hebat bercakap soal ekonomi, soal kewangan walaupun belajar Sastera Melayu sahaja.

Lepas ini bolehlah CIFU Anwar ajak kawan-kawannya dari IMF atau Bank Dunia untuk ikut sama tinggal di Sungai Buloh. Dan bolehlah mereka menjalankan pelbagai urus niaga mata wang. Wah... pastinya ia akan mendapat liputan penuh media2 asing terutama CNN dan BBC. Maklum CIFU Anwar sudah jadi PM... Prime Minister of Bamboo River.

Jadi kalaulah rancangan ini berjaya, aku percaya CIFU Anwar akan cukup bangga kerana usaha beliau selama ini untuk menjadi PM akhirnya berjaya. Malah kejayaannya itu adalah hasil pelbagai usaha dari dalam dan luar negara. Aku percaya penghuni Sungai Buloh juga berbangga sebab CIFU bakal menjadi PM mereka.

Dan Anwar sendiri bakal ucapkan terima kasih kepada Najib kerana memajukan Sungai Buloh tepat pada masanya. Terima kasih Najib dan selamat datang di Sungai Buloh untuk CIFU....

Huhu... April Fool!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...