28 June 2010

Khalid vs Azmin... yang merana rakyat Selangor

PKR kat Selangor ni sejak menang PRU-12 sampai hari ini tak habis-habis dengan cerita "perang" politik termasuklah sesama sendiri. Selama itu aku tak pernah baca laporan termasuk dalam Malaysia Kini ke Malaysian Insider ke Harakah Daily ke Suara Keadilan ke yang menyebut tentang kerajaan Selangor dan pembangunan. Tak kiralah ada pelaburan baru ke, nak bina pelbagai projek untuk rakyat ke, tak ada langsung. Yang ada cuma cerita-cerita politik yang tak habis-habis sejak dua tahun lalu. Lepas satu satu....

Yang terbaru pasal perebutan kerusi MB Selangor oleh Azmin Ali. Tak kisahlah Khalid nak nafi macam mana pun yang jelas hari ini Azmin dan "rampas kuasa" sebagai Pengerusi PKR Selangor daripada Khalid. Alaa... Khalid tak payahlah bagi alasan sibuk dengan urusan kerajaan negeri sebabnya apa yang disibukkan pun. Bukan awak buat kerja pun. Pasal kegiatan curi pasir pun awak tak tau menahu, nampak sangat awak memang tak buat kerja pun. Jadi apa nak sibuk sangat sampai terpaksa lepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

Weih, budak sekolah tadika pun tahulah, tak payah bagi alasan klise macam tu. Kalau Khalid nak tahu inilah kaedah paling halus yang dijalankan oleh Azmin menerusi CIFU-nya Anwar untuk menurunkan kamu dari kerusi MB tu. Mula-mula lantik Azmin jadi Pengerusi PKR, lepas itu nanti lantik pula jadi MB. Alaaa... satu percaturan politik cukup mudah untuk dibaca.

Lepas ni apa lagi yang akan berlaku kat Selangor aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu rakyat Selangorlah yang terus merana kerana kerajaan mereka tak habis-habis duk berpolitik dan tiada usaha untuk meningkatkan kemajuan Selangor. Semuanya berharap kepada kemajuan yang sedia ada hasil usaha kerajaan BN sebelum ini. Apalah yang dinasihatkan oleh Penasihat Ekonominya sehinggakan Selangor yang selama ini sihat walwafiat semakin tidak sihat. Mana tidaknya, tiada suntikan baru diberikan.

Sudah-sudahlah Khalid, mengaku sajalah... Kau ada maruah bro! Jangan sampai maruah kau dihempas dan dipijat oleh kumpulan bateri 3A dalam PKR ni.

27 June 2010

Jambatan Johor: Najib jeling Pak Lah...

Apabila Sultan Johor mengusulkan kerajaan meneruskan semula projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor, Najib "tidak berani" untuk bersuara lebih melainkan memberikan kenyataan umum... "Kita akan kaji." Dan aku percaya ramai yang tidak puas hati dengan jawapan "selamat" Najib itu terutama rakyat Johor.

Tapi aku faham kedudukan Najib dalam soal ini. Membina semula jambatan di Selat Johor itu bukan perkara mudah setelah ia telah diputuskan pembatalannya oleh Pak Lah Badawi. Sudah batal nak mulakan balik amatlah sukar berbanding belum ada apa-apa. Mahu tidak mahu Najib hanya berupaya "menjeling" kepada Pak Lah sebabnya Pak Lah yang membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok dahulu, bukannya dari kerajaan Singapura.

Dan apabila soalan ini diajukan kepada Pak Lah, seperti biasa dia cukup pandai menyembunyikan diri seolah-olah tidak terlibat langsung dengan pembinaan jambatan bagi menggantikan tambak tersebut walhal dialah yang putuskan membatalkan projek tersebut yang sudah berjalan.

"Serah kepada kerajaan untuk kaji. Ini projek besar dan kerajaan sendiri tahu apa nak buat,” - Tu dia jawapan Pak Lah.

Kalau itu jawapan Pak Lah bermakna dia (ketika membuat keputusan membatalkan projek jambatan bengkok) sebenarnya tahu apa nak dilakukan. Jadi kalau dah tahu kenapa Pak Lah tidak pertahankan keputusannya itu dan kenapa pula serah balik kepada kerajaan sekarang untuk mengkaji dan membuat keputusan?

Jadi kalau tanya aku apa reaksi Pak Lah selepas dijeling oleh Najib.... jawapannya Pak Lah hanya buat bodoh!

Berikut petikan berita Utusan ketika Najib melawat projek Gerbang Selatan Bersepadu di JB pada 17 Mac 2006 sejurus kerajaan pimpinan Pak Lah putuskan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor diteruskan semula, beberapa bulan sebelum Pak Lah membuat keputusan membatalkannya balik.
JOHOR BAHRU 17 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mahukan Singapura menjadikan pembinaan jambatan indah yang akan menggantikan Tambak Johor sebagai lambang hubungan dua negara yang erat. 
Justeru, tegas beliau, sudah tiba masanya negara jiran itu bermuafakat dengan Malaysia atas dasar semangat kejiranan dan bukannya lebih mementingkan mana-mana pihak atau individu.
"Kalau Singapura boleh bertolak ansur atas semangat kejiranan, itulah jalan terbaik untuk dua negara jiran dan jambatan ini akan menjadi lambang hubungan berjiran kedua-dua negara.
"Kita (Malaysia) tetap meneruskan pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu ada sekatan daripada mana-mana pihak kerana ia merupakan hak Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatan beliau ke projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) yang dimajukan oleh Gerbang Perdana Sdn. Bhd (GPSB) di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi GPSB, Tan Sri Razali Ismail; Pengarah Urusan GPSB Datuk Yahya A. Jalil; Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad dan barisan Exco kerajaan negeri.
Idea pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 5 Julai 1996 tetapi ia kemudiannya mendapat bantahan berterusan oleh Singapura.
Walaupun upacara pecah tanah projek itu telah diadakan pada 14 Februari 2004, tetapi projek pembinaannya kemudiannya dihentikan sementara bagi membolehkan kedua-dua negara mengadakan perbincangan.
Bagaimanapun, pada 10 Februari lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pendirian Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan itu sama ada dengan persetujuan Singapura atau tidak.
Menurut Najib, pembinaan jambatan indah itu adalah hak Malaysia kerana ia dibangunkan di kawasan negara ini dan tiada siapa yang boleh menafikan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
"Bersesuaian dengan hakikat tersebut, maka kerajaan memutuskan untuk menyambung dan meneruskan semula pembinaan jambatan baru yang tertangguh selama dua tahun kerana proses perbincangan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan indah itu bukan sahaja amat penting bagi pembangunan ekonomi negeri Johor khususnya dan negara amnya, tetapi ia bakal mengubah wajah Selat Tebrau dan kawasan sekitarnya.
Pembinaan jambatan baru itu juga bakal mengubah wajah Selat Tebrau daripada kawasan yang comot dan kotor menjadi lebih indah dan bakal menjadi tarikan pelancong di pintu masuk selatan negara.
"Dengan adanya jambatan baru, Selat Tebrau akan menjadi pusat pelancongan utama. Perairan hodoh dan comot (sekarang) akan menjadi terindah. Inilah imej yang nak dijuangkan oleh kita," katanya. - Sumber: Utusan Malaysia, 18 Mac 2006

26 June 2010

Lesen judi Piala Dunia tak dikeluarkan!

Laporan dari PWTC menyatakan kerajaan telah membatalkan cadangan mengeluarkan lesen pertaruhan Piala Dunia atas kepentingan agama dan politik. Najib mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO malam ini.

24 June 2010

Ulama masuk UMNO... Apa masalah?

TERKINI:
Seramai 40 ulama mengotakan janji mereka untuk menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, DS Najib Razak sebelum mesyuarat MT UMNO, di PWTC malam ini. Antara yang serah borang ialah anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahaya.- [8.45pm 26.06.2010]

POS ASAL:
Kecoh sekecohnya apabila Setiausaha Kerja UMNO membuat pendedahan bahawa puluhan malahan ratusan ulama termasuk berpendidikan Ph.D akan menyertai UMNO secara beramai-ramai. Khabarnya mereka akan menghantar borang keahlian esok. Kenapa esok jangan tanya aku, aku tak tahu. Mungkin ambil berkat hari Jumaat.

Bila isu ulama berduyun-duyun nak masuk UMNO, orang yang paling panas punggung dan panas hati ialah para pemimpin Pas-lah. Sebabnya selama ini mereka telah meletakkan piawaian bahawa seorang ulama itu haruslah mempunyai perjuangan sama macam Pas. Kalau bertentangan dengan mereka, itu bukan ulama.

Tentu ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa sebenarnya dalam UMNO sendiri sudah ramai yang bertaraf ulama tetapi sengaja mereka tidak menonjolkan diri. Mereka bukan ulama jenis gila kuasa nak jadi pemimpin politik apatah lagi jadi MB atau waima PM sekalipun. Cukuplah mereka berada di barisan belakang dan memberikan nasihat dan panduan kepada UMNO serta kerajaan.

Kalau aku nak senaraikan cukup banyak sebetulnya dari yang bertaraf mufti, imam-imam masjid besar dan terkenal sehinggalah kalangan akademik. Memandangkan mereka adalah golongan yang arif dan berpengetahuan dalam bidang agama Islam maka mereka dikategorikan juga sebagai ulama. (Kamus Istilah DBP: Ulama - orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam.)

Sama ada mereka menjadi ahli UMNO atau tidak itu bukan persoalan sebab yang pasti mereka adalah pendukung perjuangan UMNO. Tetapi ulama-ulama UMNO sering dinafikan terutama oleh puak2 Pas kerana alasan tadilah. Ulama yang tak sealiran dengan mereka akan dicerca dan dinista habis-habisan. Lihatlah apa yang berlaku kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria. Malah Dr. Maza pun pernah dinista oleh Pas gara-gara pandangan beliau yang kelihatan pro-UMNO/kerajaan tetapi kemudian dipuji melangit apabila Dr. Maza hadir di majlis-majlis Pas.

Jadi bila isu ulama nak sertai UMNO secara beramai-ramai, aku percaya ia adalah satu perang saraf yang dilontarkan oleh UMNO untuk membuatkan Pas kecut perut dan aku percaya jika itu alasannya, UMNO sememangnya sudah berjaya membuatkan Pas senak perut apatah lagi jika ulama-ulama berkenaan menyerahkan borang keahlian UMNO mereka esok.

Dan apabila ini berlaku bermakna amat jelas Pas kini semakin kehilangan sokongan golongan berpendidikan agama. Tapi Pas apa nak takut sebab selepas ini mereka akan menerima pula keahlian bukan Islam di dalamnya. Lagi pun Pas bukannya parti Islam lagi, Pas kini ialah "Parti Asalan Se-Malaysia".

Ayam oh ayam...

Pagi tadi aku ke pasar berhampiran rumah aku. Hasrat hati nak beli seekor ayam untuk dijadikan kari untuk makan malam nanti tapi bila peniaga ayam itu kata harga ayam hari ini RM7 sekilo aku batalkan hasrat nak membelinya. Aku rasa RM7 sekilo ayam agak tinggi yang kebiasaannya aku beli sebelum ini di bawah RM6.50.

Agaknya peniaga itu sedar akan harga ayamnya yang agak tinggi, cepat-cepat dia bagitahu harga ayam sekarang sudah tidak dikawal kerajaan. Jadi harganya mengikut pasaran. Kebetulan sekarang harganya agak mahal. Aku diam dengan penjelasan peniaga ayam itu sebab memang perkara ini aku sudah ketahui selepas diumumkan oleh menteri berkenaan beberapa hari lalu.

Alih-alih sebentar tadi aku ditanya beberapa rakan sepejabat tentang harga ayam yang kini mencecah RM10 sekilo. Aku kata tak pasti sebab tadi di pasar (dekat rumah aku) masih lagi RM7. Kawan-kawan aku mengeluh sebab katanya kalau macam tu susahlah sebab tak bolehlah mereka makan ayam.

Aku cakap mudah saja. Kalau rasa mahal dan tak mampu beli ayam, tak payahlah makan ayam. Beli daging, ikan atau sayuran. Lagipun kalau tak makan ayam bukannya boleh mati atau sakit jantung. Cubalah ubah menu walaupun selama ini ayam sudah jadi lauk ruji masing-masing.

Tak apa kalau hari ini hilang selera makan sebab tak ada ayam, lama kelamaan perkara itu menjadi kebiasaan (tiada lauk ayam) dan akhirnya kita tidak lagi bergantung kepada ayam untuk makan nasi. Kalau libatkan selera makan anak-anak, tak apa. Ajar mereka agar tidak bergantung kepada ayam. Tak susah sebenarnya.

Nah, kalau dah ayam berlambak-lambak kat pasar sebab tak laku aku percaya harganya akan turun jugak. Tak kiralah musim panas ke musim hujan ke. Harga makanan naik ke turun ke, nak tak nak harga ayam terpaksa diturunkan sebab ayam bukannya boleh simpan lama.

Jadi langkah kerajaan tidak lagi mengawal harga ayam sebetulnya baik untuk kita para pengguna sebab kita selaku pengguna yang kawal harga ayam. Kalau ayam mahal, jangan beli ayam. Bila ayam dah tak laku, pasti peniaga akan turunkan harganya. Begitu juga dengan barangan lain.

Apa pun semuanya di tangan kita sebagai pengguna cuma selama ini kita tidak gunakan kuasa yang kita ada.

22 June 2010

Pudu Jail... Satu sentimental value....

Malam tadi sebahagian tembok Pudu Jail telah dirobohkan bagi membolehkan pelebaran Jalan Pudu yang sering sesak terutama pada waktu puncak dapat dilaksanakan. Pudu Jail dibina pada tahun 1895 dan kemudian ditutup pada 1996. Sejak itu kawasan Pudu Jail menjadi rebutan kerana ia mempunyai nilai komersial yang tinggi tetapi akhirnya kerajaan menyerahkan kawasan itu kepada UDA Holdings untuk dimajukan.

UDA walaupun sudah merancang untuk menjadikan kawasan penjara itu sebuah kawasan komersial dan penempatan urban tetapi sehingga hari ini tiada tanda-tanda ia dimajukan. Aku percaya kalaulah ia jatuh ke tangan Berjaya Group misalnya (yang majukan Time Square di seberang Jalan Pudu), dah lama Pudu Jail dirobohkan dan diganti dengan kondominium mewah atau hotel bertingkat2 tingginya. Sebabnya lokasi Pudu Jail sangat strategik iaitu di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.

Pun begitu sehingga hari ini, Pudu Jail masih kekal sebagai kawasan  bangunan usang tempat di mana beribu-ribu penjenayah ditempatkan dan dipenjarakan. Malah tidak kurang juga yang kehilangan nyawa di tali gantung di penjara tersebut. Sehinggalah malam tadi apabila tembok yang terdapat mural terbesar hasil seni penghuni Pudu Jail dirobohkan. Ramai yang berduka sebab menilai ia mempunyai nilai2 sejarah dan warisan.

Tapi ada pemimpin menganggap penjara tidak sesuai dijadikan warisan sebab ia "tempat tidak elok". Dalam hal ini aku tidak setuju. Biarpun ia sebuah penjara tetapi ia merupakan satu tapak tinggalan lama yang kalau dimusnahkan akan hilangkan sejarahnya. Benar, Pudu Jail tidak sewajarnya dikekalkan tetapi sekurang-kurangnya "simpanlah" beberapa bahagian daripadanya terutama pintu masuk utamanya.

Ini kerana setahu aku banyak penjara lama di dunia telah diubah-suai dan dikekalkan sebahagiannya sebagai kenang-kenangan. Di Singapura setahu aku tapak penjara lama dijadikan kawasan bar dan restoran yang menjadi tumpuan ramai. Pulau Jerjak di Pulau Pinang dijadikan pulau peranginan. Begitu juga penjara Alcatraz (Edited!) di US juga dijadikan kawasan pelancongan.

Kalau bangunan lama lain di sepanjang Jalan Pudu dikekalkan sebahagian senibinanya (terutama di bahagian depan) kenapa Pudu Jail tidak boleh dikekalkan sebahagiannya? Takut sangatkah nak tengok penjara?

Wow! DAP cari kuda baru....

Wow! Zul Nordin bekas orang kuat Anwar dan PKR dedahkan DAP kini sedang mencari kuda baru untuk ditunggangi selepas dapat menjangkakan Anwar tidak lama lagi akan dihantar semula ke Sungai Buluh berhubung kes pemerkosaan luar tabii keduanya.

Dalam hal ini aku percaya cakap Zul sebab dia merupakan orang kuat Anwar dan PKR dan pernah menjadi "tali beruk" DAP sebelum bertindak keluar parti dan jadi Ahli Parlimen Bebas sekarang kerana dipecat dari PKR.

Mengikut jangkaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu, orang yang disebut-sebut bakal menjadi kuda tunggangan baru DAP ialah Zaid Ibrahim. Tapi sayang, Melayu Mat Saleh dari Kelantan ini masih belum menjadi Ahli Parlimen selepas kalah di PRK Hulu Selangor tempoh hari. Oh...! Patutlah Karpal Singh beriya-iya mintak Tian Chua kosongkan kerusi Parlimen Batu. Rupanya mereka nak suruh kuda barunya itu bertanding di sana. Kalau menang bolehlah angkat Zaid jadi Ketua Pembangkang yang baru menggantikan kuda tua yang suka sontot belakang tu.

Maklum semua rahsia kuda tu ada dalam tangan si Karpal. Dan dia juga tahu kalau kes pemerkosaan luar tabii si kuda tua tu boleh kantoi atau tidak. Jadi kalau betullah DAP sedang cari kuda baru untuk gantikan kuda tua yang bakal endropose tu, maka benarlah jangkaan umum bahawa Anwar tidak akan berjaya menyelamatkan diri daripada kes pemerkosaan tersebut. Wow!

Walaupun DAP nafi kata mereka sedang cari kuda baru dan masih yakin dengan kuda tua tu, tapi jelas-jelaslah melihat kenyataan2 Karpal sekarang menjurus kepada usaha untuk mencari kuda pelapis bagi ditunggangi menggantikan kuda tua tersebut. Sama ada cepat atau lambat kuda tua itu bakal ke Sungai Buloh dan ketika itulah kuda pelapis itu akan mengambil alih kedudukan kuda tua.

Itulah DAP, parti China totok. Mereka cukup  bijak mengatur strategi. Buktinya mereka tidak pernah mahukan kerusi Ketua Pembangkang walaupun tahu ahli Parlimen mereka lebih ramai berbanding PKR dan Pas tetapi kerusi itu tetap diberikan kepada Anwar. Sebabnya... Rahsia Anwar dalam genggaman mereka dan dengan itu mudahlah mereka nak tunggangi Anwar untuk menjadi balaci bagi menguasai kerajaan selepas ini.

Hebat penangan Kit Siang anak beranak dan Singh anak beranak tu....

19 June 2010

Tak usah haraplah kat Anwar tu...

Kepada Zaharin ke KJ ke, tak payahlah nak harapkan Anwar Ibrahim nak kemukakan bukti pasal Ahli Parlimen mereka yang keluar PKR tu dapat habuan RM2 juta. Tak akan ditunjuknya. Semua tu auta je. Tiap kali ceramah itulah yang dijaja. Akan kemuka bukti. Bila wartawan tanya, mulalah dia marah-marah.

Sudah-sudahlah Anwar, aku tak akan harapkan pun sebab 10 tahun dulu masa kau kena pecat dari jawatan TPM dan kau jaja seluruh negara bahkan seluruh dunia bahawa kau ada bukti rasuah oleh kerajaan BN/UMNO. Bukan sikit-sikit anak malahan bertong-tong. Sampaikan si Ezam pun duk jaja sekali konon bukti penyelewangan kerajaan tapi sampai sekarang, bukan setakat setong, sehelai dokumen pun tak nampak batang hidung.

Si Ezam sejurus keluar PKR (sebab berbalah dengan Azmin) bila aju soalan, mana kata bertong-tong bukti penyelewengan kerajaan itu, Ezam cuma kata itu Anwar kata bukan dia kata. Dia tolong cakap kat orang lain bahawa Anwar ada bukti tu.

Sekarang ni nak jaja pulak konon dia ada bukti wakil2 rakyat mereka diberikan RM2 juta seorang untuk keluar dari PKR. Aku percaya Anwar tak ada bukti apa-apa pun. Dia cuma kelentong jeh, terutama kalau berceramah kat kampung2. Orang kampung hangguk2 jeh la terutama pak2 hangguk yang berserban tu, tapi diorang tak tau kalau Anwar tu pembohong besar.

Dia kata dia ada tengok video Eli Wong. Bukti kalau Eli berbuat tak senonoh. Tapi tak pulak pecat Eli tapi pecat Zul Nordin yang pertahan agama Islam. Agaknya sebab Zul Nordin tak bagi "Mokhtar" sebab tulah dia kena pecat berbanding dengan Eli...

Sudah-sudahlah. KJ pun tak payahlah nak bagi tempoh sampai 48 jam nak suruh Anwar dedah bukti. Tak akan  dia dedah punya sebab dia memang tak ada bukti pun. Dia main cakap jeh.

Tapi yang pasti pihak pendakwaraya mempunyai cukup bukti nak heret dia masuk Sungai Buloh balik sebab meliwat Saiful.

18 June 2010

Sejurus Norza dibebaskan...

[ Gambar muka depan Berita Harian, 18 jun 2010 ]

Siapa agaknya yang dihubungi oleh Datuk Norza Zakaria sejurus dibebaskan oleh mahkamah atas dakwaan rasuah ye? Apakah keluarga beliau, Najib atau .... Ops! Sekadar gurauan. Jangan ambil hati, Sdr Norza!

15 June 2010

Hek eh... ADUN mereka yang melompat rupanya!!!

Pergh... Dua tiga hari lepas macam nak pecah panggung kat Perak. Heboh kaw-kaw kata ada ADUN UMNO nak lompat masuk parti pembangkang. Heboh bukan setakat heboh kedai kopi atau kat pasar pagi je tapi siap buat sidang media oleh puak pembangkang mengesahkan perkara tu.

Walaupun Zambry nampak "cool" nafikan dakwaan tu tapi aku percaya dalam hati mau juga dengan risau. Manalah tau kut-kut perkara tu betul dan laporan yang diterima dari SB-SB politik di Perak tidak tepat.

Tut-tut hari ini ADUN Malim Nawar dari DAP yang rupanya keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas pro-BN.

HAHAHAHAHAHAHAAAHAHAHAAAAAAAAAAAA....... MMMMUUUUA UAAAAHHHHHA HAHAHAHAHAHAHAH ... HOHOHOOOO... sakit perut aku tahan ketawa.

Patutlah puak2 pembangkang kat Perak menaburkan berita palsu sedemikian. Rupanya mereka dapat tahu ada ADUN mereka yang nak cabut lari. HAHAHAHAAAA...AHAHAHAHAHA HAHAHAAAA....

Tapi aku percaya mereka akan kata  Keshvinder Singh  tu dah kena beli dik BN. Alaaa alasan lapok puak2 pakatan kalau ada wakil rakyat mereka lompat parti. Tapi mereka buat-buat lupa pula dengan Gerakan 16 September di mana mereka berusaha untuk membeli Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang.

Jadi satu kesimpulan yang aku boleh buat, kalau ada gegak gempita pasal wakil rakyat BN nak lompat parti tu maknanya adalah mana-mana wakil rakyat mereka yang nak berbuat demikian.

P/S: Teringat aku masa lawan bola kat kampung dulu-dulu. Bila kalah saja beri alasan pasukan lawan pakai bomoh. Nak score tak boleh sebab tak nampak tiang gol. Atau ada "bomoh" tunggu belakang gol sampai boleh asyik melencong jeh!!

13 June 2010

Bukan sekadar tarik gelaran "Datuk"

Kecoh bila gelaran Datuk yang diberikan oleh Sultan Johor telah ditarik balik. Mereka yang terlibat antara lain ialah Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan ketika bersama MCA yang kini telah melompat masuk PKR dan seorang lagi ialah Sharifah Mazlina, wanita pertama Asia yang merentasi Kutub Utara dan Selatan. Mereka adalah antara empat individu yang ditarik gelaran Datuk dan Datin Paduka.

Minta maaf, aku bukan nak komen pasal penarikan balik gelaran ini oleh Sultan Johor yang baru, Tengku Ibrahim sebab itu kuasa baginda sebagai sultan negeri berkenaan. Cuma aku dengar suara-suara dari selatan menyatakan akan berlaku banyak perubahan dalam pentadbiran kerajaan dan agensi kerajaan negeri itu  susulan peralihan kuasa pemerintahan kesultanan Johor.

Antara yang disebut-sebut bakal berganti ialah Menteri Besar. Perubahan itu sekurang-kurangnya apabila tiba PRU-13 nanti. Ini kerana semua maklum bahawa pelantikan Ghani Othman sebagai MB adalah atas perkenan Almarhum Sultan Iskandar walaupun beberapa kali kerusi MB cuba diganti, sejak zaman Dr. Mahathir lagi.

Pada PRU-11 (2004), PM pada masa itu Pak Lah Badawi sudah menjanjikan kerusi MB Johor kepada Khaled Nordin dengan meletakkan Ghani di Parlimen Ledang tetapi ia tidak diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar sehingga pada saat-saat akhir nama Ghani dicalonkan semula untuk pertahan kerusi DUN Serom manakala Khaled kekal di kerusi Parlimen Pasir Gudang. Puncanya kerana  Almarhum Sultan tidak perkenan dengan alasan "tidak kenal siapa Nordin (bapa Khaled)" maka perubahan itu tidak berlaku.

Kini peluang untuk BN merombak struktur pentadbiran Johor dengan menarik Ghani ke Parlimen dan menggantikannya dengan calon lain (jika Najib mahu) lebih berpeluang cerah di bawah pemerintahan Tengku Ibrahim. Ini kerana corak pemerintahan antara Tengku Ibrahim dan ayahnda baginda sangat berbeza. Cuma menjadi persoalan ialah apakah Khaled yang sekian lama menunggu untuk menjadi MB mendapat perkenan Tengku Ibrahim atau tuanku sendiri sudah ada calon pilihan hatinya sendiri?

Satu lagi kerusi panas yang disebut-sebut bakal berubah tangan ialah peneraju Johor Corporation (JCorp) iaitu agensi perniagaan terbesar milik kerajaan negeri Johor. Pada masa ini ia diterajui oleh Tan Sri Ali Hashim yang memegang jawatan itu sejak sekian lama. Kedudukan Ali Hashim yang "bertahan lama" juga dikatakan kerana perkenan Almarhum Sultan Iskandar.

Khabarnya kini beberapa nama sudah disebut-sebut untuk menggantikan Ali Hashim - tokoh perniagaan yang banyak memberikan hasil masyur kepada negeri Johor dan menerajui  beberapa francais terulung termasuk KFC, Ayamas dan Pizza Hut. Juga rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare di seluruh negara dan juga pentadbiran dan pengurusan pelabuhan Pasir Gudang. Semuanya di bawah JCorp. Tidak hairan ramai yang melihat bahawa JCorp adalah "lubuk emas" bagi siapa sahaja yang menerajuinya.

Jadi, amat menarik untuk melihat perkembangan di negeri Johor selepas ini, terutama selepas Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ditabalkan secara rasmi sebagai sultan bagi negeri Johor Darul Ta'zim.

09 June 2010

Ahli Parlimen BN "diserang" di Parlimen...???

Aku dapat berita Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Haron diserang dengan kata-kata caci maki dan hina dina oleh segerombolan NGO pro-pembangkang yang mewakili kaum India di bilik rehat wakil rakyat di Parlimen hari ini. Berita mengenainya ada dicatatkan oleh Putra Merdeka di sini...!!

Aku belum peroleh cerita sebenar kejadian tetapi apa yang aku difahamkan dari catatan Putra Merdeka dan SMS rakan-rakan dari Parlimen menyatakan Idris telah diherdik, dimaki hamun ketika cuba menegur sebuah pertubuhan terbabit yang mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang yang menjadikan pertemuan itu sebagai medan menghentam kerajaan. Lebih parah mereka membangkitkan isu perkauman.

Tapi paling sedih apabila tiada Ahli Parlimen BN yang berada di belakang Idris ketika kejadian menyebabkan beliau keseorangan berhadapan dengan belasan ahli pertubuhan itu dan wakil2 rakyat pembangkang.

Wah nampaknya pertubuhan yang wakili kaum India kini semakin berani. Sebelum ini mereka hanya berani berdemo dijalanan tetapi kini sudah berani masuk kat lobi Parlimen dan membantai kerajaan (terutama UMNO) terang-terangan di depan batang hidung Ahli Parlimen BN. Ayoyo... Apa sudah jadi?

Mereka datang sebagai tetamu di Parlimen tetapi berani menghalau keluar seorang Ahli Parlimen di dalam Parlimen....!!!

Aku harap Speaker membuat siasatan berhubung kejadian ini dan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terutama yang membawa masuk pertubuhan "haram jadah" ini masuk Parlimen untuk serang kerajaan.

08 June 2010

SPRM patut siasat kerugian Kohilal... UMNO kena buat roadshow dedah penyelewengan!

Koperasi Al-Hilal (Kohilal) yang ahli-ahlinya terdiri daripada puak2 Pas alami kerugian sebanyak RM45 juta. Alasan yang tak masuk akal diberikan - salah kira. Kalau kira duit sebanyak tu pun salah, macam mana boleh dilantik sebagai pentadbir koperasi ini?

Nampak macam ada yang tidak kena dengan Kohilal tetapi pemimpin Pas tak berani buka mulut. Kesihan kat mereka yang sanggup bergadai tanah dan lembu semata-mata nak melabur dalam koperasi Kohilal. Bila rugi macam ni mereka buat diam. Kalau Sime Darby  atau Pos Malaysia rugi, satu negara mereka canang kata rasuah lah, apalah.... Ops... Lupa! Orang Pas tak apa, orang lain tak boleh!

Jadi aku ingat SPRM patut juga siasat apa yang berlaku dalam Kohilal. Manalah tau kalau-kalau ada lembaga pengarah mereka yang tidak amanah atau tidak pandai menguruskan perniagaan sehinggakan koperasi berkenaan mengalami kerugian. Aku dapat tau Suruhanjaya Koperasi Malaysia sedang siasat tapi elok juga kalau SPRM siasat sekali.

Lagi satu aku geram benar dengan puak2 mereka terutama CIFU Anwar yang bukan main lagi sanggup keliling negara konon nak dedahkan kelemahan kerajaan urus Petronas, Sime Darby atau lain-lain tetapi bila kena batang hidung sendiri buat-buat lupa ingatan.

Jadi, elok sangatlah puak2 UMNO terutama Pemuda UMNO buat roadshow kat kampung-kampung terutama di Kelantan, Kedah dan Terengganu, dedahkan bagaimana lemahnya mereka nak uruskan Kohilal sehingga rugi. Lagipun Ketua Pemuda pun tak ada kerja apa-apa eloklah jadi penceramah bebas macam CIFU Anwar tu. Untung2 orang bagi derma, bolehlah lepas isi minyak CLK tu.

Bagitau mereka macam mana puak2 mereka nak uruskan kewangan negeri atau negara sedangkan urus koperasi yang seciput itupun boleh silap kira. Patutlah Kelantan tak maju-maju sampai la ni sebabnya orang Pas memang tak tau nak urus kewangan rupanya.

Tulah. Orang lain duk kira wang pakai Ringgit Malaysia tapi puak2 depa pakai "pitis".... Tu yang salah kira tu!

07 June 2010

Subkhiddin tukang pegang papan tukar player... OK-lah tu!

Subkhiddin, pengadil pertama Malaysia yang terpilih untuk menjadi pengadil Piala Dunia sudah cukup membanggakan negara walaupun sekadar menjadi pengadil keempat pertandingan pembukaan kejohanan bola sepak teragung di dunia itu pada 11 Jun ini.

Beliau terpilih untuk menjadi pengadil keempat bagi perlawanan pembukaan antara tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico. Pengadil keempat bermakna Subkhiddin bertugas memegang papan tukar pemain di luar padang setiap kali ada pertukaran pemain dibuat. Beliau juga bertugas memberitahu jumlah masa tambahan pada perlawanan tersebut.

Maknanya kalau kita nonton bola kat TV nanti, kalau ada pemain Afrika Selatan atau Mexico nak buat pertukaran, mereka akan memaklumkan kepada Subkhiddin dan beliau akan memasang dan memegang papan tanda nombor pemain yang nak ditukarkan. Hemm... Oklah tu.

Maklum nak tunggu pemain bola sepak negara kita masuk Piala Dunia sudah tak ada harapan langsung. Jadi kalau seorang pengadil wakili Malaysia ke Piala Dunia kira boleh banggalah. Anak Melayu pulak tu. Apa pun tahniah buat Subkhiddin dan semoga anda menjalankan amanah dengan baik.

p/s: Nak ucap selamat kembali ke tanah air para wira negara yang menjadi sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

04 June 2010

Hakim bahlol....???

"Hakim bahlol..." Ops... Jangan marah aku. Bukan aku yang cakap tapi CIFU Anwar Ibrahim yang cakap. Tapi fikir-fikir betul jugak kata berok sekor ni. Kalau tak bahlol kenapa sampai sekarang kes liwat berok ni dengan Saiful tak settle-settle lagi. Asyik tangguh saja. Semua tuntutan si Kapal tu ditunaikan.  (Hari ini kes ini ditangguh lagi sehingga 14 Julai dgn alasan Kapal nak dapatkan dokumen ... eh, bukan dulu dah mintak?)

Sedangkan pakcik makcik kat kampung pun tau kalau mereka sengaja cari jalan nak tangguh kalau boleh sampai PRU-13. (Dengan harapan pembangkang menang, si berok jadi PM dan kemudian guna kuasa untuk gugurkan dakwaan... Ish... senang beno nak baca!)

Bahlol tak bahlol mana ada OKT kes jenayah seperti ini boleh bebas ke hulu ke hilir, naik kapal terbang pergi luar negara sana sini walhal kalau ikut kes yang sama terhadap orang lain, OKT kena duduk dalam lokap dulu sehingga perbicaraan selesai. Ini tidak, berok sekor ni boleh pula bebas sebebas-bebasnya. Apa kelebihan berok ini berbanding OKT kes liwat lain aku tak taulah.

Aku tak fahamlah dengan sistem kehakiman negara sekarang. Betul kata berok sekor ni dan anak-anak berok yang berada di belakang punggungnya, sistem kehakiman negara dah tak betul. Macam mana si berok yang dituduh melibat bebas berkeliaran sedangkan si mangsa (pengadu) pula yang terpaksa "dipenjarakan". Bukankah ini bahlol namanya...?

Tertanya2 juga aku kenapalah pak-pak menteri kita, hakim-hakim kita, polis-polis kita takut sangat dengan berok sekor ni. Bukannya hebat sangat pun dia. Nak angkat kening pun sekarang ni dah tak larat apa lagi nak angkat ekor (Opss... tapi main ponggok larat lagi... Viagra kan ada!). Makin dibiarkan, makin menggila si berok ni.

Patotnya berok ni ditarik pasport antarabangsanya, disimpan dalam kandang lokap atau kalau nak duduk luar kasi ikat jamin juta-juta. Ini sudahlah tidak ada ikat jamin, boleh pula bebas keluar masuk negara. Macam Malaysia ni bapak dia punya.

Bahlol... bahlol.... memang bahlol.........!!

01 June 2010

Rombakan kabinet... kecewakah KJ?

Najib umum rombakan kecil kabinet hari ini yang kebanyakannya melibatkan parti-parti komponen BN terutama MCA. Ini berikutan perubahan dalam pucuk pimpinan parti Cina itu. Selain itu, ia melibatkan beberapa pelantikan baru terutama dari Sabah dan Sarawak, bagi menggantikan beberapa pemimpin kedua-dua negeri itu yang meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Malang seribu kali malang kerana nama Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sekali lagi tiada dalam senarai kabinet yang diumumkan Najib hari ini. Isu pelantikan KJ sebenarnya sudah kecoh sejak beberapa minggu lalu. Ramai kalangan blogger yang mahukan KJ tidak dilantik sebagai menteri. Khabarnya ada ahli UMNO yang mengugut untuk keluar parti jika KJ terpilih. Tapi nyata Najib tidak (belum?) menamakan KJ dalam senarai kabinetnya.

Bagi aku KJ tak perlu kecewa atas ketiadaan namanya dalam senarai kabinet. Dan aku percaya dalam hati KJ berdetik kalaulah bapa mentuanya masih jadi PM sudah pasti dia sudah menjadi menteri penuh. Tapi apakan daya, Pak Lah terpaksa juga melepaskan kerusi PM selepas menerima desakan rakyat termasuk menerusi PRU-12 lepas, walaupun Pak Lah tahu dia tak sempat nak "angkat" menantu kesayangannya itu lebih tinggi.

Baik. Aku katakan KJ tidak perlu kecewa apabila namanya terus tercicir sebabnya pelakon "blue" Dr. Chua Soi Lek pun tak dilantik dalam kabinet Najib walaupun dia sudah memenangi kerusi Presiden MCA. Sebaliknya, Setiausaha Agungnya pula yang diangkat. Tapi walaupun CSL tidak menjadi menteri, sekurang-kurangnya Najib mengangkat anaknya Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) sebagai timbalan menteri.

Tak apalah KJ. Menjadi menteri bukan penting sangat bagi seorang pemuda bersemangat waja setanding askar Wataniah dan mempunyai semangat "setiakawan" seperti KJ. Berilah tumpuan kepada Pemuda UMNO yang sekarangnya ini semakin tidak bertaring, sunyi sepi dan seolah-olah "hilang". Gunakan otak lulusan Oxford itu untuk membina semula keyakinan anak muda terhadap UMNO sebab masa depan UMNO sebenarnya bergantung 100 peratus kepada pemuda masa kini dan akan datang.

Apapun aku nak ucap tahniah kepada mereka yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dan kepada mereka yang digugurkan atau tidak dipilih, janganlah kecewa. Jadi wakil rakyat dah kira bersyukur sebab rakyat melantik kita. Lagipun kalian perlu sedar bahawa bukan semua wakil rakyat boleh jadi menteri.

SENARAI TERBARU KABINET NAJIB (Bermula 4 Jun 2010):

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
5. Senator Datuk Seri Idris Jala
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Datuk Ahmad Maslan
5. Datuk T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hamzah Zainudin
2. Senator Datuk G. Palanivel   

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hasan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr. James Dawos

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Chua Tee Yong

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Gan Ping Sieu

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Richard Riot Jaem

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN & KESEJAHTERAAN BANDAR:

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...