31 August 2010

Maaf! Aku bukan blogger upahan...

Ada orang tanya aku berapa ribu sebulan UMNO bagi sebab buat blog Mesin Taip Buruk aku ni? Bila aku kata aku tak dibiayai mana-mana pihak, orang yang bertanya itu tidak percaya. Mati-mati dia ingat aku diupah oleh puak2 UMNO atau pihak kerajaan supaya bantai pembangkang dalam blog aku.

Aku nak beritahu kepada orang itu dan sesiapa yang berfikir MTB adalah blogger upahan, sebenarnya aku tak dibiayai oleh sesiapa dan aku adalah blogger bebas. Bebas dari sebarang "upah" oleh mana-mana pihak atau oleh mana-mana tangan ghaib.

Dan sebab aku blogger bebas maka aku boleh tulis apa sahaja yang aku fikir perlu diperbetulkan. Kalau aku diupah UMNO aku tak akan bantai orang UMNO atau pemimpin UMNO. Itu tidak adil... Tapi sebaliknya di sini aku juga bantai pihak2 UMNO yang aku rasa tidak betul dan perlu diperbetulkan.

Benar, kebanyakan tulisan aku lebih banyak "menghentam" puak pembangkang, sebab aku merasakan banyak yang tidak betul di pihak sana. Kalau banyak yang betul dah lama aku sokong Pas! Tapi nyata mereka pun dua kali lima atau kadang-kadang lebih teruk dari UMNO. Teruk tak teruk, mereka tuduh UMNO amal kronisme, tapi kat Kelantan anak menantu MB kuasai syarikat atau saham syarikat milik kerajaan negeri... Kronisme juga!

Ya, aku akan sokong Pas jika Pas boleh buktikan bahawa pemerintahan mereka lebih baik dari UMNO/BN dengan menjadikan Kelantan dan Kedah sebagai contoh. Malang di Kelantan selepas 20 tahun memerintah, Pas bukan sahaja gagal membawa pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat mereka, malah mereka juga gagal menunjukkan contoh sebagai sebuah negeri berteraskan undang-undang Islam.

Buktinya kes jenayah termasuk rogol, bunuh di kalangan orang Islam begitu banyak di Kelantan, begitu jugak kadar kemiskinan tegar di kalangan umat Islam, jumlah pesakit HIV/AIDS tertinggi, kadar pesakit kencing manis tertinggi... semuanya di Kelantan. Tapi kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengakui kelemahan mereka sebaliknya lebih galak "mengungkitkan kelemahan" orang lain.

Buktikanlah wahai pemimpin Pas bahawa pentadbiran kerajaan di Kelantan jauh lebih baik dari Melaka, Pahang atau Johor yang kalian anggap pentadbiran sekular tidak berteraskan Islam. Jangan hanya pandai bercakap....!! Buktikan dan jika berjaya, sekarang juga akan aku sokong perjuangan Pas.

30 August 2010

Isu bukan Islam masuk masjid... satu pandangan!

Kecoh dan kepoh beberapa hari ini apabila Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk sampai sumbangan. Isu itu seingat aku digembar-gemburkan oleh para blogger pro-kerajaan yang kemudian dimainkan pula oleh Utusan Malaysia sehingga ia menjadi gegak gempita.

Dalam hal ini, persoalan yang timbul ialah kenapa Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke surau sehingga ke ruang solat utama (tempat imam) sedangkan kita tidak tahu "status" wakil rakyat DAP wanita ini sama ada dalam keadaan bersih atau sebalik. Bersih di sini maksudnya tidak berhadas besar (mandi wajib) dan berkeadaan haid. Kedua-dua keadaan yang tidak dibolehkan ketika memasuki ruang solat di masjid atau surau demi menjadi kesucian tempat ibadah umat Islam.

Dan aku percaya para blogger dan kemudian dimainkan Utusan Malaysia itu tidak mempersoalkan andai wakil rakyat bukan Islam hadir di masjid atau surau untuk menyampaikan sumbangan, beramah mesra dengan umat Islam dan sebagainya sebab itu memang dibolehkan dan digalakkan asalkan mereka menjaga tata-terbit ketika berada di masjid/surau.

Antaranya, perlu menutup aurat dan hanya dibenarkan di kawasan luar kawasan solat utama. Jadi selagi tata-tertib ini dijaga, aku berpandangan ia masih dalam keadaan wajar. Ia sama seperti pelancong bukan Islam yang melawat masjid.  Tetapi puak2 propembangkang memberikan gambaran yang konon bukan Islam DILARANG sama sekali oleh UMNO untuk datang ke masjid/surau.

Sedangkan sebelum ini sudah ada wakil-wakil rakyat pembangkang bukan Islam termasuk LGE yang hadiri program di masjid/surau. Tetapi ia tidaklah menimbulkan kontroversi.

Bila menyentuh soal ini, aku tertarik dengan laporan Utusan di sini...
ROM 30 Ogos - Pemimpin Libya, Moammar Gadhafi memberikan ceramah agama dan salinan naskhah al-Quran kepada beberapa ratus gadis Itali semalam ketika tiba di Rom untuk lawatan keempatnya dalam setahun.

Kira-kira 200 hingga 500 wanita yang dibawa oleh sebuah agensi model dan dibayar dengan jumlah yang tidak diketahui untuk hadir, tiba dengan menaiki bas di kediaman rasmi duta Libya sebaik sahaja kapal terbang presiden itu mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatannya selama dua hari. - Utusan Online, 30 Ogos 2010.
A woman holds a copy of the Koran after a meeting with Libyan leader Moammar Gadhafi, at the Libyan Academy near the Libyan ambassador's residence in Rome, Sunday, Aug. 29, 2010 where Gadhafi will be staying. Gadhafi has given a lesson on Islam and copies of the Quran to a few hundred Italian women as he arrived in Rome for his fourth visit in a year, participants in the encounter said. Between 200 and 500 women, recruited by a modeling agency and paid an undisclosed sum to attend, arrived by bus at the Libyan ambassador's residence just as Gadhafi's plane was landing at Rome's Ciampino airport at the start of a two-day visit. - AP Photo
Dan apabila Malaysia Kini melaporkan Nie Ching terus menghadiri program berbuka puasa di surau (baca di sini!), aku yakin ia tidak akan menjadi isu memandangkan Nie Ching kini sudah tahu yang mana boleh dan yang mana tidak. Bagi aku, kalau Nie Ching nak datang selalu ke masjid/surau, aku alu-alukan. Siapa tahu tiba-tiba hatinya terbuka untuk menerima Islam.

Itulah yang Nik Aziz maksudkan dan mahukan, bukan?

Siapa tahu andai Nie Ching atau Karpal Singh atau LGE atau Lim Kit Siang atau lain-lain menerima hidayah seperti Daniel Streich, seorang ahli politik Switzerland yang begitu bencikan Islam, menggerakkan gerakan anti-Islam yang kemudiannya menjadi seorang muslim. Baca di sini!
Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan. - Daniel Streich

29 August 2010

Komunis letak senjata, bukan serah diri...

Aku beberapa kali tengok rancangan Darurat Malaya dalam History Channel Astro sejak beberapa hari lalu. Ia disiarkan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-53. Bagus sangat dokumentari itu sebab banyak perkara yang selama ini aku tak berapa tahu, kini sudah tahu. Antaranya termasuk kekejaman Parti Komunis Malaysia (PKM) di bawah Chin Peng.

Dokumentari ini aku anggap sebagai satu dokumentari yang paling tepat kerana mereka menemubual secara langsung mereka yang terlibat, baik di pihak tentera Melayu, tentera British malahan bekas pejuang PKM. Cukup menarik dan antara pandangan bekas-bekas tentera Melayu dan British tentang PKM ialah... "Mereka hanya meletakkan senjata tetapi mereka tidak pernah menyerah diri atau meninggalkan ideologi komunis mereka."

Seorang bekas tentera berketurunan India yang ditemu bual berkata dia tidak maafkan apa yang telah dilakukan oleh Chin Peng dan puak2 PKM walaupun apapun terjadi. Dianggarkan lebih 1,100 orang terbunuh di tangan komunis Malaya sejak sebelum merdeka dahulu.

Aku rasa puak2 yang selama ini berjuang untuk membawa pulang Chin Peng ke Malaysia dari buangannya, elok sangat menonton dokumentari ini. Banyak perkara yang boleh mereka pelajari tertutama kekejaman Chin Peng dan PKM terhadap orang Cina dan tidak kurang menjadi mangsa orang Melayu. Bayangkanlah sehingga kini Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekejaman yang dilakukannya selama ini, Jadi buat apa kita perlu memaafkannya hanya kerana dia "semakin tua?"

Dalam semangat kemerdekaan yang kita bakal sambut buat kali ke-53 beberapa hari lagi, aku percaya dokumen tentang zaman darurat yang disiarkan di History Channel mengembalikan 1,001 kenangan pahit sepanjang beberapa minggu pemerintahan PKM selepas Jepun menyerah diri dan sementara menanti kedatangan semula British ke Tanah Melayu.

Sekali merdeka tetap merdeka!

27 August 2010

7 sebab kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia!

Tergelak besar aku baca kisah puak2 pendemo di Jakarta baik Bendera atau apa lancau nama NGO lain yang berdemo depan Kedutaan Malaysia di sana konon memberi amaran akan bertindak "keras" jika tidak selesaikan isu persempadanan antara kedua negara dengan segera.

Kepala bapak dia. Ingat senang nak selesai masalah ni. Ingat garis sempadan ni boleh garis atas kertas dengan pen ke. Tambah pulak kalau libatkan kawasan maritim. Walaupun memang dah terang-terang dalam peta, mesti terbabas punya. Itu yang berlaku sehingga tercetus insiden 3 pegawai merin mereka yang kena tahan dik merin Malaysia yang menyebabkan mereka marah sangat kat Malaysia tu.


Berbalik kepada pendemo tadi, ada di kalangan mereka begitu lantang nak "ganyang Malaysia" istilah yang paling popular masa zaman Soekarno nak takluk Malaysia ketika zaman konfrontasi tahun 1963-66 dulu yang hasilnya Indonesia kalah dan Soekarno malu sendiri.

Jadi kat sini aku senaraikan 7 sebab kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia, melainkan suara2 sumbang budak-budak bodoh yang nak serang Malaysia pakai buluh runcing tu...:

1) Mereka takut dengan kekuatan tentera Malaysia yang pastinya akan dibantu oleh para tentera sekutu Komanwel terutama dari Australia, sepertimana ketika konfrontasi dulu. Malaysia adalah anggota Komanwel sedangkan Indonesia tidak menyertai mana-mana pakatan negara (bersendirian).

2) Walaupun jumlah tentera Indonesia lebih ramai, tetapi difahamkan dari segi kelengkapan persenjataan dan infranteri, Malaysia jauh lebih baik dan moden. Tentera kita lebih banyak pengalaman menghadapi perang sebenar kerana banyak menyertai misi keamanan PBB atau latihan bersama negara lebih maju seperti Australia dan (akan datang) AS.

3) Rakyat Indonesia begitu ramai di Malaysia. Ibarat kalau tentera Indonesia menggugurkan sebiji bom di tengah bandar Kuala Lumpur, ada kemungkinan 50 peratus yang menjadi mangsa adalah rakyat mereka sendiri yang sedang bekerja membuat bangunan, berniaga di pasar, mencuci bangunan dan jalan, menjaga tiket parking, sebagai bibik, dll.

4) Malaysia mempunyai ramai pakar membuat bom. Buktinya dua pakar bom yang dihantar ke Indonesia - Nordin Mat Top & Azhari - sudah cukup membuatkan negara yang mempunyai 150 juta penduduk itu huru-hara. Apa lagi kalau mereka datang ke Malaysia, sudah pasti masih ada beratus-ratus "Nordin Mat Top" di sini.

5) Indonesia akan mengalami kebangkrapan kerana mereka tidak lagi menerima sumber kewangan dari Malaysia sebab Malaysia akan menghalang rakyat mereka yang bekerja di sini mengirimkan wang mereka ke Indonesia. Khidmat Western Union dan lain-lain dihentikan. Ini menyebabkan ekonomi Indonesia jatuh merudum akibat ramai rakyat Indonesia kehilangan sumber kewangan utama mereka - saudara mara atau anak isteri mereka di Malaysia.

6) Usaha mereka akan mendapat bantahan rakyat mereka sendiri terutama dari orang Aceh yang paling banyak menerima bantuan dari Malaysia ketika tsunami, Sumatera, Riau dan Kalimantan Barat dan Timur.

7) Indonesia tidak mahu "kehilangan" Malaysia kerana tanpa Malaysia sudah pasti kehidupan Indonesia lebih sengsara. Siapa yang nak bantu mangsa gempa mereka, nak padamkan hutan mereka yang terbakar...

Setakat ini sajalah sebab dan alasan kenapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia walaupun ada rakyat mereka cakap besar nak berbuat sedemikian dengan buluh runcing. Kita kat Malaysia jangan risaulah dengan negara jiran yang satu ini.

Apa yang kita perlu risaukan ialah pemimpin yang begitu kepingin sangat nak jadi PM sehingga sanggup ganyang bangsa sendiri, parti yang kepingin sangat nak laksanakan hukum hudud sehinggakan sanggup ganyang agama Islam sendiri dan kaum yang kepingin sangat nak memerintah Malaysia sehingga sanggup ganyang apa sahaja yang dikaitkan dengan Melayu...!!

26 August 2010

Hudud... Pas cuma mimpi di siang hari?

Laaa... rupa-rupanya Pas hanya bermimpi di siang hari apabila berjuang untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah Malaysia. Sebabnya Pas tidak akan mungkin dapat menggubah perlembagaan dan membentuk undang-undang hudud selagi mereka tidak memperolehi kerusi terbanyak dalam dewan berbanding rakan pakatan lain.

Itu bukan aku kata, tapi Zaid Ibrahim yang kata. Katanya, secara praktikal undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah parti semata-mata (Pas-lah tu) dan ia memerlukan sokongan besar dalam dewan. Masalahnya Pas tidak boleh dapat banyak kerusi dalam Parlimen sebab mereka hanya bertanding di beberapa kerusi sahaja. Itu pun kalau menang.

Maknanya kalau Pas nak juga tubuhkan undang-undang hudud, parti itu perlu berperanan macam UMNO dalam BN. Pas tak boleh bergantung kepada PKR dan DAP. PKR walaupun banyak di kalangan mereka adalah beragama Islam termasuk Anwar Ibrahim tetapi mereka belum tentu akan menyokong undang-undang hudud. Tambahlah si Anwar tu. DAP pula jelas-jelas menentang.

Lalu apa akan jadi perjuangan undang-undang hudud Pas? Ia sebenarnya cuma gula-gula untuk memancing sokongan rakyat terhadap parti yang konon berjuang untuk Islam tetapi melacurkan Islam dan masjid surau semata-mata nak ambil hati orang kafir.

Jadi, puak Pas janganlah mengharapkan undang-undang hudud dapat dilaksanakan jika pun pakatan memerintah  kerana itu semua hanyalah mimpi di siang hari.

Adalah lebih baik memperkemaskan undang-undang syariah yang sudah ada. Walaupun tidak dinamakan hudud tetapi ia tetap berlandaskan Islam.

25 August 2010

Inilah hero Pemuda UMNO

Dahsyat!!! Hero-hero Pemuda UMNO Malaysia menghantar nota bantahan terhadap tindakan rakyat Indonesia di Jakarta yang membakar dan memijak bendera Jalur Gemilang serta melempar najis ke kedutaan kita di sana. Geram dengan tindakan tersebut, Pemuda UMNO menyerahkan memo kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia!!

Tengoklah wajah-wajah hero para setiakawan tu....

Inilah hero-hero Pemuda UMNO... Sedih!
Zaki serah memo ikut celah pagar.
Erk... Alahai... Ini saja ke hero-hero yang Pemuda UMNO tu? Mak aih... sedih benar aku tengok. Mana perginya para setiakawan semua oooiihh..!! Tak kanlah takat 8 orang jeh. Lepas tu memo pun serah kat celah pagar. Kenapa Zaki ni tak masuk jumpa Bpk Duta terus? Sedih... Ini ke pemimpin pelapis kalian pilih untuk memimpin masa depan negara?

Dah la tu, sepanduk yang dibawak pun bukan main berbudi pekerti sungguh.. "Mana pergi budi bahasa budaya yang sama." Macam tajuk soalan karangan periksa UPSR je bunyinya.

Seingat aku kawasan kedutaan Indonesia di KL (mereka panggil KBRI - Kedutaan Besar Rep. Indonesia) tu bukanlah ketat sangat macam Kedutaan AS. Setakat nak jumpa Bapak Duta atau para pegawai mereka aku ingat anytime. Aku sendiri dah berapa kali keluar masuk KBRI ni. Tapi kenapa Zaki yang pernah menjadi salah seorang perancang kepada pelbagai dasar kerajaan ketika zaman Pak Lah ini hanya "mampu" menyerahkan memo bantaran melalui celahan pintu pagar saja?

Satu lagi aku nak tegur ialah kenyataan Rais Yatim, ada ke patut bandingkan tindakan rakyat Indonesia memijak bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebagai tidak menghormati bulan Ramadan. (Baca Utusan hari ini) Alahai Datuk... kalau dah pijak bendera kita tu mereka bukan lagi tidak hormat bulan Ramadan, tapi tidak menghormati kita sebagai negara dan bangsa merdeka dan berdaulat. Bendera itu lambang negara. Kalau lambang negara dipijak apa maknanya tu? Bukankah ia bermaksud maruah dan harga diri kita dipijak-pijak.

Selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar termasuk memanggil rakan sejawatan beliau dari Indonesia dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian. Buatlah apa yang patut asalkan ia bersifat lebih tegas dan bukan sekadar melontarkan pandangan retorik yang aku ingat kalau pendemo kat Jakarta tu baca diorang pun boleh tergelak tergolek-golek...

24 August 2010

Datuk, hentilah beri amaran, guna saja ISA!

Surau disimbah cat merah dan dilempar botol arak oleh anasir yang cuba mahu mencetuskan huru-hara dan perselisihan agama. Tetapi Menteri Dalam Negeri hanya melontarkan amaran yang "sangat keras". Persoalannya, sampai bila amaran demi amaran mahu diberikan, Datuk?

Datuk, inilah masanya kerajaan boleh gunakan kuasa ISA kerana teramat jelas mereka yang terlibat dalam anasir ini cuba memperok-perandakan negara berbilang bangsa, kaum dan agama ini. Apa motif mereka selain mahu mencetuskan kemarahan umat Islam yang akhirnya timbul perbalahan antara agama. Jangan hanya melihat ISA perlu digunakan apabila ia libatkan kumpulan anasir luar seperti JI & Al-Qaeda semata-mata, walhal anasir-anasir bilis seperti ini juga amat berbahaya.

Apabila ada masjid disimbah cat merah dan dilempar botol arak atau kepala babi, sudah pasti penduduk Islam menuding jari ke arah rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Hasilnya, mereka pula bertindak membakar gereja, merosakkan kuil. Kesudahannya, orang Islam berparang dengan bukan Islam. 

Datuk, perkara ini bukan main-main. Ia hal yang amat sensitif dan serius. Jangan hanya sekadar melontarkan amaran sebaliknya heret mereka yang terlibat ke Kem Kemunting sebagai ganjarannya. Apakah Datuk takut untuk menggunakan ISA? Apakah Datuk takut kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh atau pendemo-pendemo anti-ISA?

Datuk, ingat Malaysia pernah mengalami Zaman Darurat. Jangan sampai keadaan serupa berulang lagi hanya kerana ketidak-tegasan Datuk. Kelak nanti bukan sahaja Datuk, tetapi anak cucu Datuk juga akan menyesal kerana Datuk gagal bertindak menangani masalah melibatkan kaum dan agama.

Jika benar Datuk merasa takut untuk menggunakan ISA terhadap mereka, lebih baik Datuk memaklumkan kepada PM supaya Datuk ditukarkan ke kementerian yang lebih ringan dan bukannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang amat berat untuk ditanggung dan diurus oleh Datuk. Biarlah PM membuat perubahan dalam kabinet dengan segera agak ia tidak sampai terlambat.

Datuk, masa depan anak cucu saya, Datuk dan seluruh rakyat Malaysia tak kira Melayu, India, Cina, Serani, baik orang Pas, BN, DAP, UMNO, Gerakan, dll, kini di tangan Datuk. Andai Datuk gagal menangani masalah konflik libatkan kaum dan agama ini dan andai ia sampai mencetuskan pertumpahan darah sehingga mengorbankan banyak nyawa, dan andai Peristiwa 13 Mei berulang, Datuk yang akan dipersalahkan.

Jadi Datuk, bertindaklah segera. Hentikanlah memberi amaran....!

p/s: Datuk, seruan ini bukan hanya untuk kes surau disimbah cat sahaja tetapi apa sahaja perlakuan, anasir atau seruan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, tanpa mengira bangsa dan parti.

Apa dah jadi dengan wang ehsan Terengganu?

Seseorang mengadu kepada aku bahawa rakyat di Terengganu terutama mereka yang layak menerima wang ehsan tidak berpuas hati dengan kerajaan di bawah DS Ahmad Said sebab membuat saringan yang terlalu ketat untuk pembahagian wang ehsan.

Akibatnya ramai yang tahun-tahun sebelumnya menerima wang ehsan, tetapi tahun ini nama mereka telah dicantas kerana sebab-sebab tak masuk akal. Antara alasan tak masuk akal ialah mereka yang tidak balik mengundi di Terengganu dan beberapa alasan lain.

Lebih membuatkan kebanyakan mereka naik angin terutama kepada MB Terengganu apabila nama-nama mereka sudah diambil dan disahkan di peringkat DUN tetapi apabila dihantar ke Wisma Negeri, ramai yang dicantas atau dicicirkan.

Apa lagi, ramailah yang melenting. Itu belum kira pembahagian untuk beberapa kategori penerima seperti warga emas yang dipotong daripada RM300 kepada RM200 seorang.

"Tak taulah apa nak jadi dengan Terengganu dalam PRU-13 nanti. Dah nampak bayang-bayang kalah macam ada. Kalau dulu Terengganu kalah kerana nak jatuhkan Wan Mokhtar, aku percaya kali ini Terengganu kalah lagi sebab rakyat tolak MB sekarang." Itulah keluhan si pengadu kepada aku.

Aku fikir-fikir betul juga sebab setahu aku UMNO kat Terengganu bergolak antara puak-puak pro Idris Jusoh dengan puak-puak Ahmad Said tak kunjung selesai walaupun dah masuk tahun kedua selepas PRU-12. Tambahan pula Hishammuddin yang diletakkan sebagai Ketua Perhubungan Terengganu pula gagal memainkan peranan menyatukan kedua-dua puak berkenaan.

Ini ditambah pula dengan sikap MB yang terlalu "berkira" untuk beri wang ehsan walhal semua tahu setiap pemberian wang itu adalah undi bagi BN. Jadi mana-mana yang sepatutnya dapat wang ehsan, tiba-tiba tak dapat maknanya hilanglah undi dari mereka. Ish...! Parah tu.

Ahmad Said kena buat sesuatu kalau nak pastikan Terengganu terus kekal di bawah BN pada PRU-13 nanti terutama hal-hal melibatkan wang ehsan. Lagipun takkan dia nak jadi MB sepenggal sahaja. Sudah pastilah mahu lagi dan lagi dan lagi... Jadi kalau nak jadi MB lagi, kenalah jaga hati rakyat. Rakyat seluruh negeri tau, bukan rakyat kawasan beliau sahaja!

Sebelum ini ada jugak aku dengar yang rakyat dmarahkan Ahmad Said sebab tidak benarkan sebuah hypermarket terkenal beroperasi di Mesra Mall. Entah apa silap, hypermarkte yang tinggal bukak pintu gril itu tiba-tiba tidak dibenarkan beroperasi. Ehh.. alih-alih hypermarket yang sama kini sedang dalam pembinaan di Kijal (kawasan beliaulah!) Apa maknanya tu?
Jadi kalau si pengadu tadi kata bayang-bayang Terengganu akan terlepas dan jatuh kembali kepada pembangkang pada PRU-13 kemungkinan besar tu ada. Tambahan pula dengan senario politik seluruh negara masa kini, lagilah...

23 August 2010

Umat Islam di Malaysia dah makin nazak!

Apa nak jadi umat Islam di Malaysia? Pemimpin kafir harbi didoakan kesejahteraan, pemimpin Islam didoakan pecah perut. Itulah nazaknya perpecahan umat Islam di Malaysia sekarang hanya kerana politik.

Di Pulau Pinang, khatib doakan kesejahteraan kepada LGE yang jelas-jelas kafir harbi dalam khutbah Jumaat sejak setahun lalu (ikut pengakuannya sendiri) dan Nik Aziz pula pernah doakan PM, Najib agar pecah perut! Masya-Allah. Apa nak jadi dengan umat Islam di Malaysia ini?

Sekarang ini hanya kerana politik mereka permainkan Islam. Konon nak tengakkan hukum Hudud dan perjuangan ke arah negara Islam, tapi kalau macam ni rupanya aku tak tahulah apa akan jadi Malaysia kalau parti yang mengaku menegakkan Islam ini memerintah negara. Hancur lebur.

Pasal tulah gamaknya Karpal Singh tak mahu mereka laksanakan hukum Hudud sebab tahu mesti caca-marba, tak konsistan dan tak tentu hala. Silap-silap kalau bicara seorang pencuri tu mereka akan tanya dari parti mana. Kalau pencuri tu orang UMNO, hukumannya potong tangan, kalau dari pakatan, oh dimaafkan!

Dah lah tu, mereka sekarang begitu kuat berbohong, dari tahap imam masjid sampailah pemimpin tertinggi, semata-mata nak tutup kesalahan atau menghalalkan sahaja apa yang mereka lakukan supaya menampakkan kepada rakyat apa yang mereka buat itu benar. Rakyat yang bodoh, duduk bawah tempurung dan penyokong totok akan mengangguk dan mengiyakan saja apa yang mereka buat. Tak kurang juga yang bersubahat.

Apakah pemimpin dan parti seperti ini yang diharapkan untuk menerajui negara dan membawa negara ke arah kemakmuran dan kejayaan dalam segala hal masa depan?

Fikirlah sendiri! Kalau aku.. selisih malaikat 44!!

21 August 2010

Siapa yang berpuasa tetapi berbohong?

Pergh... Isu doa untutk LGE dalam khutbah Jumaat makin panas apabila kedua-dua pihak terus pertahan kenyataan masing-masing. Bagi UMNO Pulau Pinang mereka pertahankan adanya doa tersebut, tapi kerajaan negeri dikepalai Exco Pas menafikannya.

Soalan aku, siapakah yang berpuasa di bulan Ramadan tetapi sanggup berbohong mengenai doa untuk LGE ini? Mari kita tengok satu-satu:

1. Kariah/jemaah masjid jamek Padang Menora dan Masjid Jamek Jelutong kerana BERBOHONG kepada UMNO Pulau Pinang & Zahid Hamidi tentang doa untuk LGE. Cop, syarat sah sembahyang Jumaat, makmun mesti ada sekurang-kurang 40 orang. Jadi sahlah saksinya ada lebih 40 orang setiap masjid.

2. Zahid Hamidi kerana BERBOHONG menyatakan ada beberapa masjid doakan LGE ganti Agong dalam khutbah Jumaat. Zahid reka cerita untuk memancing undi di Pulau Pinang?

3. Imam masjid jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang BERBOHONG menyatakan isu doa untuk LGE hanya salah faham (bererti memang ada doa untuk LGE tapi supaya dibuka hati supaya peluk Islam. Jemaah tak faham bahasa Arab)?

4. Pengerusi kariah Masjid Jamek Padang Menora & ahli kariah Masjid Jamek Jelutong BERBOHONG yang mengaku ada doa untuk LGE semasa khutbah Jumaat? Mungkin semua jemaah kedua-dua masjid itu pun BERBOHONG dan tidur ketika khatib baca khutbah?

5. Exco Agama, Malik Kassim BERBOHONG kerana mendakwa tidak wujud kejadian baca doa untuk LGE.

6, Blogger-blogger pro Pas yang BERBOHONG dengan tuduh UMNO reka cerita

Hai... sia-sialah puasa mereka yang sah berbohong pada bulan puasa ini, maka dapatlah lapar dan dahaga sahaja hendaknya puasa mereka...

20 August 2010

Woohoho!! Adakah LGE akan saman Zahid dan Utusan?

WOOHOHOH..!! Panas membara sekarang ini apabila Zahid Hamidi mendedahkan ada beberapa masjid di Pulau Pinang mendoakan kepada Lim Guan Eng menggantikan doa kepada Agong dalam khutbah Jumaat. Laporannya disiarkan muka depan Utusan, akhbar digeruni pembangkang manakala beberapa akhbar lain turut menyiarkannya di muka dalam.

Tersentak dengan laporan tersebut LGE bingkas menafikan dakwaan dan berkata beliau tidak tahu menahu perkara tersebut. Hehe.. LGE mana tahu  sebab dia tak pergi sembahyang Jumaat. Lagilah doa dibaca dalam bahasa Arab, haram LGE tak tahu walaupun mengaku mentadbir Pulau Pinang ala Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bertempik melolonglah puak2 pembangkang terutama bapak LGE yang cepat-cepat menghentam Zahid dan Utusan kerana siarkan berita yang konon fitnah terbesar oleh UMNO dan Utusan.  Anwar pun bertempik sama. Cuma Nik Aziz, Hadi Awang atau Mahfuz saja belum kedengaran suaranya berhubung perkara ini. Agaknya dah terkancing gigi kot!

Aku tak mahu ulas isu ini tapi  kalau tak ada angin pokok tak goyang. Aku harap UMNO Pulau Pinang siap-siaplah mengumpul buktinya baik video dan audio serta mengumpulkan saksi-saksi sebab aku percaya Zahid, UMNO Pulau Pinang dan Utusan bakal disaman oleh LGE dan puak2 pembangkang  jutaan ringgit selepas ini.

ps/: Ada imam masjid di Selangor selalu salah sebut nama Sultan Selangor setiap kali membaca doa untuk baginda dalam khutbah Jumaat. Itulah masalahnya apabila imam diimport dari luar. Nama sultan dengan raja muda pun tak boleh beza. Ini sahih sebab aku dengar sendiri...

19 August 2010

Gempar! Guan Eng diserang lagi

Seorang lelaki dipercayai penyokong Pas menahan kereta Guan Eng -Foto ihsan Pisau.net
Gempar...! Seorang rakan aku nun di utara Semenanjung memberitahu kalau di Pulau Mutiara duk kecoh kisah Lim Guan Eng hampir kena belasah oleh seorang lelaki (dikatakan penyokong Pas). Kejadian berlaku ketika Guan Eng mahu hadiri majlis buka puasa di Masjid Kg Rawa semalam.

Rakan aku bercerita, kereta Guan Eng diserang lelaki tersebut ketika memasuki perkarangan masjid. Lelaki itu menuntut kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah untuk kubur Islam di Lot 21 & 22 di sebelah Masjid Jamek Jelutong. Masa kejadian hanya ada SB paling dekat dengan kejadian itu.

Nasib Guan Eng selamat apabila lelaki tersebut yang sudah berada di atas bonet kereta Guan Eng berjaya ditarik oleh  SB yang ada di situ. Kalau tidak nahaslah Guan Eng, kata rakan aku itu. Walaupun diserang, Guan Eng tetap juga hadiri majlis buka puasa tersebut tetapi telah dinasihatkan oleh SB supaya pulang awal memandangkan ada beberapa mata yang asyik memerhati Guan Eng dengan pandangan penuh amarah dan dendam.

Kerana bimbang keselamatannya, Guan Eng mengikut saja cadangan SB tersebut dan meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Begitulah cerita rakan aku tu.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada insiden itu dirakam oleh mana-mana pihak atau individu tetapi katanya ramai yang menyaksikan kejadian tersebut, terutama pada penduduk Kg. Rawa.

Wow! Baru-baru ini Guan Eng dah pekena buku lima Pak Ali, kali ni hampir-hampir pula kena penangan mamat ini. Lepas ni Guan Eng kalau nak keluar ke mana-mana kena pakai topeng ala-ala Michael Jackson supaya tak ada yang kenal atau kena pasang bodyguard ramai-ramai macam PM Kemboja yang ada 400 bodyguard.

Wow.. wow... Ezam didakwa kerana tuduh Anuar meliwat

Wow.. wow.. Ezam Mohd Nor akan diseret ke JAWI sebab membuat tuduhan CIFU Anwar meliwat dalam twitternya. Wow.. wow... Shamsul pendek kata Ezam boleh dikenakan hukuman kerana menuduh orang lain berzina (liwat pun kira zina tau!) tanpa bawa 4 orang saksi. 
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Baca di sini!
Aku pun nak tanya si pendek Shamsul, tak nak seret Raja Pantat Kamarudin (RPK) ke JAWI sekali ke sebab dakwa Saiful Bukhari ada "hubungan intim" (tak berani nak sebut berzina yeop!) dengan pembantu pendakwaraya dan dakwaan affair Ghani Patail dengan seorang pegawai kanan kerajaan. Yeop Shamsul, ko tak nak tanya ke RPK ada ke dia bawak 4 orang saksi untuk tuduhan-tuduhan tu yeop?

Gitulah gaya peguam cabok macam Shamsul... kesian mak bapak dia!

Politik Malaysia... politik hitam-putih!

Kalau kita tengok filem-filem lama atau baca novel-novel lama, watak-watak pelakon dan pelaku dalam karya tersebut biasanya digambarkan sebagai watak hitam-putih. Maksudnya kalau watak antagonis, mereka digambarkan seburuk-buruk alam manakala watak protagonis digambarkan sebaik-baik dan sesuci alam.

Begitu juga amalan politik di Malaysia sekarang ini. Aku katakan politik hitam-putih. Pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim menggambarkan kerajaan BN diketuai Najib adalah parti dan pemimpin seburuk-buruk alam. Tiada yang baik melainkan buruk belaka. Semua yang buruk-buruk datangnya dari pihak BN/UMNO dan Najib. Malah perkara yang baik pun akan dipandang buruk.

Manakala parti pakatan mereka digambarkan sebagai parti dan pemimpin yang sebaik-baik alam, tiada yang buruk melainkan baik belaka. Kalau mereka berperangai buruk atau buat perkara buruk sekali pun ia bukanlah dari pihaknya melainkan pihak yang satu lagi.

Tidak hairanlah wakil-wakil Pas dan PKR (sesekali disertai DAP) tidak pernah berhenti mengadakan road-show memberi "penerangan" kepada rakyat tentang apa sahaja yang dilakukan oleh BN/UMNO dan Najib. Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN jahat dan mereka adalah hero.

Aku tak tahu bila gamaknya Anwar balik Permatang Pauh menjenguk pengundi-pengundinya di sana, entah makan entahkan tidak. Begitu juga wakil-wakil rakyat lain, bila agaknya mereka meluangkan masa untuk mendengar keluhan pengundi mereka kalau asyik mengelilingi negara untuk berceramah sana-sini.

Bagi kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah mereka juga mengalami nasib serupa. BN/UMNO selaku pembangkang di negeri-negeri terbabit asyik menggali kekurangan pemerintahan pakatan. Pokoknya tidak ada yang baik melainkan yang buruk belaka.

Dah Kelantan nak guna dinar dan dirham, biarkanlah mereka guna. Tak usah bantah dan kita tengok sejauh mana kejayaan Kelantan menggunakan matawang tersebut. Biarkanlah Kelantan menjadi tikus makmal untuk mempraktikkan penggunaan matawang berasaskan emas dan perak itu. Lagipun dulu Tun Mahathir pernah cadangkan negara-negara rantau Asia guna dinar sebagai pengganti matawang untuk elak dimanipulasi oleh penyangak matawang macam George Soros atau mengelak kebergantungan kepada nilai dolar AS.

Kalau berjaya, elok juga Malaysia mempraktikkan apa yang Pas buat di Kelantan dan kalau tak berjaya, tengok apa pula langkah yang diambil oleh Nik Aziz. Tak perlu nak bangkang, kondem atau kutuk dulu.

Betul kata blogger Singapork, si Remgold di sini. Pembangkang kat Malaysia ini asyik nak bangkang saja. Bagi mereka orang lain buat semuanya tak betul, yang betul mereka sahaja. Aku memang bersetuju benar dengan part ni:
"Harapan besar saya ialah apabila pembangkang menilai angka-angka ekonomi Malaysia ini, mereka tidak akan terus mengecam dan memaki hamun.

Sekali-kali, jadilah pembangkang yang memberi harapan kepada rakyat: ekonomi Malaysia ni baik. Memang ada banyak lagi boleh diperbaiki, tapi kita bersyukur bersama bahawa kita terus sihat di masa ekonomi negara Eropah seperti Greece, Portugal, Spain dan Italy lemah. Dan ekonomi US pun mungkin terus lemah.
Penat rasanya jika apa yang akan kita dengar ialah maki hamun saja.

Jika tak mahu, tak payah puji kerajaan Najib pun. Sebab tidak semua yang berlaku - seperti eksport terus kukuh, atau orang lebih kerap makan di KFC, atau tourist masuk hotel - kerja kerajaan secara langsung pun.

Tapi jika sekali-sekala semua bersatu padu, dapat sejukkan hati rakyat akan masa depan negara. Dan memberi kebanggaan kepada semua." - remgold.blogspot.com
Rakyat dah muak, mual dan penat memikirkan soal wayang-wayang hitam-putih ini. Kenapa kita baik kerajaan atau pembangkang tak boleh duduk sama-sama bincang masa depan negara, fikirkan tentang rakyat bukannya tembolok sendiri. Tak kiralah mereka ini Pas ke, DAP ke, PKR ke, UMNO ke, Melayu ke, Cina ke, India ke... tak boleh ke? Kenapa perlu saling mencari kesalahan dan keburukan antara satu sama lain.

Aku ingat dulu Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng selaku cakap kepada pengundi bahawa Malaysia perlukan pembangkang dalam Parlimen supaya menjadi "check & balance" kepada kerajaan supaya dasar-dasar dan keputusan yang dibuat kerajaan tidak sampai menggadaikan kepentingan rakyat.

Tapi sekarang ini pembangkang termasuk kedua-dua beranak itu sudah tidak lagi menjadikan pembangkang sebagai "check & balance" kepada kerajaan tetapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat gerakan "check-mate".

Dan aku percaya, andai politik hitam-putih ini berterusan tanpa ada sebarang usaha sedikitpun untuk memberikan warna kepadanya, sampai bila pun keadaan politik dalam negara akan bergolak kerana masing-masing berusaha untuk memenangi persaingan.

17 August 2010

Awas babi berbulu biri-biri...

Inilah rupa babi berbulu... boleh tahan hensem!
Terkejut berok aku bila ada seorang sahabat mengirimkan email berhubung sejenis spesis babi berbulu ala kambing biri-biri. Maklum setahu aku babi yang ada cuma babi tunggal atau babi hutan. Tak tahu pula ada babi berbulu macam biri-biri atau namanya "mangalitsa pigs" atau juga dikenali "wooly pigs". Mungkin puak2 yang gemar makan babi tahu spesis babi ini kut!

Menurut Wikipedia, babi mangalitsa ini berasal dari Austria dan Hungary tetapi tidak mustahil ia juga sudah diternak di negara-negara lain di seluruh dunia. Di Malaysia aku sendiri tidak pasti apakah babi spesis ini sudah diternak di Paya Mengkuang atau ladang babi mega di Sepang.

Bagaimanapun sahabat aku begitu bimbang jika bulu dari babi ini dijadikan pakaian dan ini sudah pasti akan mengelirukan kerana ia seperti bulu biri-biri. Sahabat aku kata lebih parah lagi kalau bulu babi ini dijadikan permaidani, sejadah sembahyang, kopiah dan lain-lain untuk kegunaan umat Islam. Maklum sekarang ini musuh Islam menggunakan pelbagai cara untuk mempersendakan kesucian agama Islam.

Dalam hal ini aku juga bersetuju dengan sahabat aku itu dan aku harapkan agar pihak-pihak berkenaan termasuk Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain dapat membuat pemantauan yang jitu bagi mengelak adanya produk atau babi mangalitsa ini masuk ke negara ini baik dalam bentuk barangan pengguna atau ternakan.

p/s: Siapa agaknya pemimpin politik kat Malaysia ini yang boleh diibarat babi mangalitsa? Siapa tahu?

Tahap pertama pakatan DAP-MCA-Gerakan

Bila aku munculkan isu pakatan DAP-MCA-Gerakan untuk memerintah negara, ramai yang menghemburkan nada sinis dan ada yang anggap ia tidak akan mungkin berlaku sedangkan semua tahu dalam politik apa sahaja berlaku. Puak2 pembangkang terutama pro-Pas pula anggap ia sebagai usaha UMNO nak menakut-nakutkan orang Melayu sebab menilai UMNO sudah semakin tersepit kerana semakin kehilangan sokongan rakyat.

Dan kenyataan Chua Soi Lek yang juga Presiden MCA ini jelas bahawa wujud keserasian antara DAP dan MCA yang bolah aku katakan sebagai tahap pertama ke arah pembentukan pakatan ketiga-tiga parti terbesar kaum Cina ini. Baca ini...
KUALA LUMPUR 16 Ogos – MCA menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.
“MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.
“Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.  - Utusan Malaysia, 16 Ogos 2010
Pertanyaan aku, apa pendirian pemimpin UMNO dan Pas ketika kepentingan dan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam diperlekehkan oleh puak2 ini? Apakah pendirian kedua-dua parti terbesar Melayu ini senada atau masing-masing dengan kesombongan dan keangkuhan masing-masing?

Jangan tanyalah soalan ni pada orang Melayu dalam PKR, DAP, Gerakan, PPP dan lain-lain parti sebab aku tahu suara mereka telah direndam sedalam-dalamnya.

Pesan aku, kepada semua parti gabungan dalam Barisan Nasional terutama UMNO, bersiap sedialah kemungkinan bahawa MCA tidak lagi menjadi sebahagian BN menjelang PRU-13 nanti, atau selepas itu. Dan tindakan sedemikian akan disusuli pula oleh Gerakan dan lain-lain parti mewakilai kaum Cina di Sabah dan Sarawak.

15 August 2010

Apa mereka mau.... kasi!

Bagus-bagus, sekarang ini apa sahaja yang mereka mahu, mereka minta kita kasi...
Mereka mahu lebih banyak sekolah jenis kebangsaan.... kasi!
Mereka mahu peruntukan tambahan untuk SJKC/SJKT... kasi!
Mereka mahu bahasa Mandarin/Tamil sebagai subjek wajib sekolah kebangsaan... kasi!
Mereka mahu guna kalimah Allah dalam injil/kitab mereka... kasi!
Mereka mahu hapuskan kuota bumiputera dalam pembelian hartanah... kasi!
Mereka mahu hak sama rata dengan kaum bumiputera... kasi!
Mereka mahu bina lebih banyak rumah ibadah... kasi!
Mereka mahu hapus 30% kuota bumiputera dalam syarikat... kasi!
Mereka mahu masuk MRSM... kasi!
Mereka mahu masuk UiTM... kasi!
Mereka mahu amalan meritokrasi di universiti... kasi!
Mereka mahu lebih banyak tanah kubur... kasi!
Mereka mahu hanya orang mereka sahaja bekerja di syarikat mereka... kasi!
Mereka mahu kontrak kerajaan kasi sama mereka... kasi!
Mereka mahu buka rumah urut... kasi!
Mereka mahu buka kandang babi mega... kasi!
Mereka mahu jual arak kawasan Islam... kasi!
Mereka mahu pijak kepala orang kita... kasi!
Mereka mahu apa sahaja... kasi!
Tapi kalau kita minta undi mereka... mereka kata....
JANGAN KASI!!!

13 August 2010

Petua nak mengendap

Aku nak beri petua kepada pihak yang bertanggungjawab memasang perakam kat pejabat MB Selangor baru-baru ini. Lain kali kalau nak pasang kamera pengendap, gunalah kamera yang kecil macam ini bukannya perakam gedabak macam tu.

Kan tak pasal-pasal dah terkantoi dik Khalid sendiri. Satu lagi, kalau nak pasang kamera ke perakam ke, pasanglah di lokasi yang boleh menampakkan imej bukannya di balik langsir pintu. Kalau balik langsir bukankah yang dirakam cuma warna langsir tu saja atau kadang-kala hembusan langsir kerana ditiup angin air-con.

Tan Sri, macam mana? Ada logo UMNO tak kat gajet tu?
Kalau nak kamera pengendap yang kecik-kecik macam aku paparkan kat sini melambak kat Jalan Pasar Pudu. Pergilah cari kat sana dan bukannya perakam gedabak macam tu.

Satu lagi aku pun agak musykhil betul ke gajet yang dijumpai Khalid tu perakam? Nampak macam skrin video dalam kereta saja.

Siapa pun yang pasang perakam tu dan apa juga niatnya pesan aku, gunalah kamera kecil seperti ini dan bukannya gedabak seperti itu.

Pssstt...!! Lain kali belajar dari pengedap Chua Soi Lek atau pengendap Nasha Aziz!

12 August 2010

Pesan untuk UMNO Johor, Ghani Othman

Datuk Ghani Othman, aku nak pesan kat Datuk lain kali kalau nak buat banner PKR tolonglah buat besar-besar sikit supaya seluruh rakyat Johor nampak. Bukannya kecik-kecik taraf parti tak berduit macam tu. Sebagai anak Johor aku malu tengok UMNO duk buat banner taraf banner orang kahwin.

Datuk, satu lagi kalau nak pasang banner dan taruk gambar Tuanku Sultan, tolonglah gambar tuanku tu besar sikit, lebih besar dari muka bakal PM CIFU Anwar dan bakal MB Jimmy Chua tu. Dan banner tu sepatutnya dipasang di sepanjang pantai Lido dan Taman Pelangi supaya senang tuanku menatap wajah baginda di banner tersebut.

Datuk, kalau Datuk nak buat banyak lagi banner untuk promo Jimmy Chua sebagai MB Johor macam Datuk buat tempoh hari, aku ada kawan tukang cetak banner dan dia sudah memberi jaminan akan memberikan harga yang sangat murah sebagai kekagumannya atas kebaikan UMNO Johor nak promosi Jimmy Chua sebagai MB Johor.

Maklum kawan aku tu tak tahu pun kalau UMNO Johor menyokong penuh apek tua macam Jimmy Chua jadi MB Johor sebab setahunya MB Johor misti orang Melayu macam di Perak jugak. Jadi kalau UMNO Johor dan Datuk Ghani baik hati nak "berikan" Johor kepada Jimmy Chua, dia amat mengkaguminya.

Datuk, lepas Datuk buat banner untuk Jimmy Chua, Datuk buatlah sekali banner untuk CIFU Anwar, Kit Siang, Hadi Awang, Zaid Ibrahim dan lain-lain bakal-bakal PM, TPM, menteri-menteri dan para pembesar negeri lain. Kesian mereka sebab Datuk hanya pentingkan Jimmy berbanding lain-lain. Mereka juga mengharapkan sumbangan banner dari Datuk dan UMNO Johor.

Itu saja pesan aku kali ini, Datuk. Aku harap Datuk diberikan rezeki yang lebih murah sempena bulan Ramadan ini atas jasa baik Datuk menaja banner untuk kempen politik Jimmy Chua. Terima kasih Datuk!

Selamat berpuasa!

10 August 2010

Tu dia bakal MB Johor....!!!

Tu dia bakal MB Johor! Jimmy Chua nampaknya duk pasang angan-angan nak duduki pejabat Bukit Timbalan. Sama juga macam CIFU-nya yang duk berangan nak duduki Putrajaya. Begitu yakinnya Jimmy Chua, dia sanggup pajang gambar Tuanku Sultan Johor sekali kat kain rentang tu.

Pergh! Apek ni lupa agaknya siapa yang tarik balik gelaran Datuk kat dia kalau bukan Sultan Johor yang dia pampang gambar tu. Sekarang ada hati pula nak jadi MB Johor. Aku ingat Sultan Johor senang-senang nak merestui Jimmy Chua jadi MB?

Oik... Itu Johorlah. Johor... negeri di mana lahirnya UMNO. Di kaki istana Johorlah UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang bersemangat waja menentang Malayan Union dan kemerdekaan Tanah Melayu. Johor selama ini terkenal sebagai kubu kuat orang Melayu. Takkan mungkin negeri Johor dapat ber-MB-kan seorang apek tua macam Jimmy Chua.

Wahahaha... Oik. Lebih baik pergi sujud minta ampun dengan Sultan Johor sebab tuanku sudah murka bila gambarnya digunakan dalam kempen politik kau Jimmy. Aku bukan apa, bukan takat gelaran Datuk ditarik, lepas ini kerakyatan negeri Johor pula ditariknya. Tak pasal-pasal lepas ni tak boleh jejak negeri Johor pula.

Jimmy... Jimmy... Kau memang cari pasallah!

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Syukur kerana sekali lagi kita semua dapat menunaikan ibadah puasa, berterawikh dan bersujud di  bulan yang mulia ini. Dan sepanjang bulan mulia ini elok benar kita semua menjaga tutur kata, elakkan dari pembohongan, fitnah memfitnah, hasad dengki dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Sempena bulan yang mulia ini juga elok benar kita semua merapatkan saf, saling bahu membahu antara umat. Hentikanlah sengketa, salah faham, perselisihan pandangan, pendapat dan perjuangan. Isikanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara-perkara yang diberkati Allah. 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

08 August 2010

Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu?

Ada orang tanya aku apa akan jadi kepada orang Melayu jika pada PRU-13 nanti semua parti Cina iaitu DAP, MCA dan Gerakan di Semenanjung serta beberapa parti Cina di Sabah dan Sarawak bersatu membentuk satu pakatan ala Pakatan Rakyat?

Aku kata masa itu, orang Melayu bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya dan beberapa negeri terutama di Pantai Barat dan Sabah dan perkara itu tidaklah mustahil sebenarnya jika dilihat trend sokongan kaum Cina terhadap parti-parti berteraskan kaum mereka terutama DAP pada PRU-12 dan beberapa pilihan raya kecil lalu.

Sekarang ini bayangan bahawa orang Cina boleh memerintah Malaysia sudah semakin jelas kelihatan sejak PRU-12 lalu apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak dengan bantuan PKR dan Pas yang diterajui orang Melayu. Jika mereka benar-benar mahu memerintah negara ini, mereka tidak perlu mengharapkan Anwar Ibrahim kerana dengan penyatuan DAP, MCA dan Gerakan, sudah cukup bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Aku percaya dengan membawa sentimen Malaysia akan diperintah oleh orang Cina melalui pakatan DAP-MCA-Geraka, maka sudah pasti para pengundi dari kaum tersebut akan memberi undi habis-habisan kepada ketiga-tiga parti terbesar mewakili kaum tersebut. Jika sentimen ini dibawa di dalam kempen ketiga-tiga parti terbabit, aku percaya pakatan tiga parti Cina ini boleh "memerintah" Malaysia, kalau tidak pada PRU-13, mungkin selepas itu.

Ditambah pula sokongan oleh orang-orang Melayu yang begitu benci terhadap UMNO baik dari Pas, PKR atau orang UMNO sendiri, maka lebih mudahlah untuk pakatan DAP-MCA-Gerakan menguasai Putrajaya, mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang, merampas kembali Perak, mengetuai pemerintahan di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah serta mengurangkan sebahagian besar majoriti kerusi DUN di Johor, Melaka dan Sarawak.

Itu belum lagi dihitung sokongan oleh kaum India serta lain-lain bangsa dari Sabah dan Sarawak.  Harus diingat walaupun komposisi kaum di Malaysia, Melayu masih bertahan sebagai kaum majoriti dengan 60 peratus manakala bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) 40 peratus, tetapi dengan Melayu sudah terbahagi kepada pelbagai puak mengikut parti, maka sudah pasti peratus Melayu berkurangan berbanding kaum lain.

Jika ini berlaku, orang Melayu terutama UMNO dan Pas yang sehingga kini begitu liat untuk bersatu walaupun untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam, hanya akan menggigit jari dan ketika itu tidak berguna untuk semua menangisinya lagi kerana semuanya sudah menjadi bubur!

Fikir-fikirkanlah...!

04 August 2010

Remaja dibenar berkahwin... Jom ke Melaka!

Kalau nafsu dah membuak-buat, ubat paling mujarab ialah berkahwin....
"Aku nak pergi Melaka... nak cari budak-budak sekolah yang gatal nak berlaki. Boleh aku pasang jadi nombor 2, 3 atau 4..." Kata kawan aku bersemangat selepas dapat tahu kerajaan Melaka benarkan remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah berkahwin. Aku cuma gelak dengar cerita kawan aku yang bukan  main berkobar-kobar itu walaupun aku tahu dia seorang yang takutkan bini.

Bila dia tanya macam mana pandangan aku pasal Majlis Agama Islam Melaka yang benarkan budak-budak sekolah (bawah umurlah tu) berkahwin, aku kata apa masalahnya. Mak aku dulu kahwin masa dia umur 16 tahun. Beranak sampai nak sedozen, okey saja. Bahagia sampai akhir hayat. Anak-anaknya ramai yang berjaya, termasuk aku. Cuma bezanya bapak aku masa itu umur dah lebih 30 tahun, dah matang.

Tapi aku kata itu zaman dululah. Zaman di mana ramai kalangan orang kita tak pedulikan perihal pelajaran. Sekarang ini lain. Bayangkan ada pasangan remaja di Melaka yang memohon nak berkahwin. Si lelaki berumur 16 tahun dan masih sekolah Tingkatan 4 dan si perempuan pulak berumur 14 tahun dan masih di sekolah di Tingkatan 2. Aku bayangkan kalau mereka diizinkan berkahwin, apa akan jadi dengan masa depan mereka?

Bukankah apabila berkahwin timbul pula penyakit kena buatan orang. Dah si isteri mengandung, lepas tu bersalin. Okey... Melaka pun ada sekolah untuk wanita hamil. Jadi dia boleh teruskan persekolahan di sekolah ini. Tapi bila si isteri selesai bersalin, dia kena pula jaga dan membesarkan anak-anaknya. Apakah Melaka juga sediakan sekolah khas untuk remaja yang mempunyai anak?

Itu belum lagi sentuh pasal sara hidup. Sapa nak biayai kehidupan harian mereka? Tak kan nak harapkan mak bapak. Okeylah kalau mak bapak berduit. Yang tak berduit macam mana? Alih-alih mak bapak juga yang kena jaga cucu mereka. Anak-anak boleh berseronok saja.

Kalau si suami nak bekerja. Pertama dia kena berhenti sekolah. Keduanya apa pekerjaan yang sesuai untuk remaja umur 16 tahun yang hanya lepasan PMR? Jual burger kat McD? Berapa sen sehari dapat? Mampu ke beli susu anak yang kini semakin mahal. Belum lagi kira lampin. Nak kerja kilang, umur 16 tahun tak layak bekerja. Mereka kena tunggu umur 18 tahun.

Moral cerita, aku sebetulnya tak bersetuju langsung usaha yang dibuat oleh Melaka itu walaupun niatnya murni kerana aku percaya menyediakan sekolah khas remaja hamil dan membenarkan remaja bawah umur berkahwin tidak akan menyelesaikan masalah penzinaan di kalangan remaja, hamil luar nikah dan pembuangan anak.

Nak mengatasi masalah itu kita kena cari pokok-pangkalnya, punca masalah. Bukan senang-senang ada masalah saja langsung cantas. Tapi akarnya tetap juga tumbuh dan akhirnya menghidupkan masalah baru kepada orang lain.

02 August 2010

Amaran terbaru dari Menteri Amaran!

Awas...!! Menteri Dalam Negeri naik angin lagi dan seperti biasa setiap kali amarahnya memuncak dia akan keluarkan amaran. Macam sotong, kalau dia sudah marah atau rasa tercabar sotong akan semburkan cecair hitam... bushhh...!! Hitam legam. Sotong pun tak nampak.

Menteri ini hari ini menyemburkan AMARAN kepada KSU KDN dan KP Imigresen apabila 20 pendatang haram dapat melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen KLIA semalam. Wah! Bukan main lagi si pak menteri marah sehingga beri amaran yang amat keras... Eeee takut!!!! (Baca di sini)

Aku tak taulah ini perkataan amaran yang keberapa yang dikeluarkan oleh pak menteri ini sejak pegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Macam-macam amaran dah aku dengar yang keluar dari mulutnya tetapi akhirnya ia senyap dan lenyap macam tu saja.

Isu PATI lari depoh tahanan. Dah tau dah banyak kali berlaku, kalau tak puas hati dengan KSU dan KP Imigresen, pecat atau tukar jelah mereka berdua tu. Tak usah beri amaran-amaran dah. Dah berapa kali amaran aku tak tau.

Kegagalan dua pegawai tu bukan sahaja menyebabkan pendatang haram terlepas dari depoh tapi dua individu yang dikehendaki polis - RPK dan (James) Bala pun boleh terlepas keluar dari negara ini dengan mudah. Tak kisahlah mereka ikut laluan mana, tapi yang jelas dua-dua pegawai tu gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Dan aku rasa, bukan setakat KSU, KP Imigresen ini je yang patut ditukar, tetapi menteri terbabit juga patut ditukar dengan orang lain yang lebih tegas dan berani. Bukan setakat beri amaran demi amaran.... Aku ingat sebab menteri yang lembik itulah gamaknya kadar jenayah semakin meningkat kat Malaysia ni (ops! KPI kata kadar jenayah turunlah beb!).

Ya.. ya.. itu kata KPI tapi rakyat boleh tengok dan boleh baca bahawa hari-hari ada kes bunuh, curi, rompak, samun, rogol, dera, buang anak, ragut dan macam-macam kes jenayah lagi. Rakyat kini makin takut tapi penjenayah makin berani!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...