30 September 2010

Doa orang Pas bernilai RM400 ribu??? Mak aih...............

Seorang rakan memanjangkan e-mel yang diterimanya daripada seorang penyokong Pas (ana.mohd@islamforall.com.my) yang memohon sumbangan derma bagi mengutip RM400 ribu bagi membolehkan Pas menghantar rombongan ilmuwan agama mereka ke Mekah untuk berdoa.

Aku paparkan emel yang dipanjangkan itu di sini tanpa sebarang pindaan. Mari kita pakat fikir sama-sama apa maksud e-mel ini:
Assalamualaikum saudara-saudari,
Selepas isu 4 bilion; timbul pulak isu 400 ribu. Bahaya juga angka 4 ni. Bawa masalah nampaknya kepada parti.
Ana mohon semua untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ilmuwan agama; yang dijadualkan ke Mekah bagi memanjatkan doa demi kesejahteraan ummat kita seluruhnya. Bukan doa pasal royalti sahaja. Kita doa untuk semua. Doa supaya Najib diberikan kesihatan. Doa supaya Kak Ros diberikan hidayah memakai tudung. Doa supaya Muhyiddin tidak rasis. Kita doa untuk semua.
Ada yang tanya ana, orang UMNO la ni - apakah doa orang PAS dah tak laku; sampai kena 'outsource' doa kepada kumpulan lain. Ana pandang sahaja wajah orang tersebut. Tak patut kata begitu. Ini bukan soal doa orang PAS laku atau tidak. Kita memang tidak pernah berhenti berdoa. Alhamdulillah, dimakbulkan juga dengan memberi kemenangan Kelantan dan Kedah. Perak pun kita menang; siap jadi Menteri besar - tapi game, mamak zambry dah hancurkan kerjasama kita.
Ana setuju dengan tindakan kita nak menghantar kalangan ilmuwan agama ke Mekah. Usaha kita nak perolehi royalti; dan perjuangan politik kita memerlukandoa, ikhtiyar yang berkekalan. Tak boleh berhenti. Apalah sangat 400 ribu bagi memberikan kita keberkatan dalam memimpin dan berpolitik. Tak salah rasanya.
ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang 'broker'dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.
Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan... bersambung di http://penyokongpas.wordpress.com


Wasalam
Ana


To unsubscribe, mailto:unsubscribe@passforall.com.my

Tahniah Pas sebab menganjurkan kempen mengutip derma bagi membantu kumpulan pembaca doa ke Mekah. Kalau nak ke Mekah, pergi sajalah. Kalau tak mampu jangan pergi. Bukannya menganjurkan program seperti ini dan kemudian pakat kutip derma dari orang ramai.

Kos nak ke Mekah hanya lebih kurang RM9,000 seorang. Kalau nak buat umrah lagi la murah, tak sampai RM5,000 seorang. Tapi kalau nak sampai RM400,000 tu maknanya boleh hantar 40 jemaah haji ke Mekah. Mahal rupanya doa orang Pas ni ya!

Dahsyat puak-puak Pas, doa pun diorang nak komersialkan!

Galas... Ku Li jadi penentu?

DUN Galas berada dalam Parlimen Gua Musang. Pada PRU-12 lalu hanya Galas sahaja dimenangi Pas. Itupun dengan majoriti 600 lebih. Manakala dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN. Ramai yang menganggap kekuatan BN di Gua Musang sejak sekian lama adalah kerana Tengku Razaleigh Hamzah.

Itulah penangan Ku Li. Tidak hairan apabila kerusi DUN Galas kosong akibat kematian penyandangnya Che Hashim, Pas sudah membayangkan kekalahan. Sebab itu ada suara-suara yang menyeru kerusi Galas 'diserahkan' kepada Pas tanpa UMNO perlu bertanding atas alasan demi perpaduan Melayu dan Islam.

Malahan tidak kurang juga yang mengharapkan agar Ku Li memberikan sokongan kepada Pas di Galas memandangkan selama ini Ku Li banyak membantu kerajaan Pas Kelantan terutama dalam menuntut royalti minyak dari Petronas. Beberapa bloggers Pas mahukan Ku Li menyertai Pas atau mana-mana parti pembangkang.

Di sebalik harapan Pas itu, alih-alih UMNO mengumumkan bahawa Ku Li akan mengetuai jentera pilihan raya UMNO/BN di Galas. Musnahlah harapan Pas untuk melihat Ku Li menyertai mereka dan membantu Pas mempertahankan kerusi Galas. Tapi Pas tak boleh nak marahkan UMNO sebab memang Ku Li orang UMNO.

Ramai yang melihat bahawa Ku Li adalah penentu kemenangan di Galas. Kalau Ku Li menyokong Pas seperti yang diharapkan aku percaya mereka boleh memenangi kerusi Galas, walaupun aku tahu ia adalah tindakan yang mustahil dilakukan oleh pemimpin veteran seperti Ku Li. Tapi kini dengan peranan yang diberikan oleh UMNO Pusat kepadanya, aku percaya Ku Li akan mampu membawa kemenangan kepada BN di Galas.

Bayangan kemenangan BN di Galas sebenarnya sudah diramalkan oleh pemimpin Pas sendiri baik Taqiyuddin mahupun Nasiruddin Mat Isa. Mereka sedar kekuatan UMNO di ketiga-tiga DUN di Gua Musang ini yang notabenenya berpunca daripada keberadaan Ku Li di Parlimen Gua Musang. Malah Nik Aziz juga tidak berani untuk mendabik dada.

Pun begitu UMNO Kelantan dan Gua Musang tidak boleh goyang kaki atau begitu yakin dengan kemenangan di Galas kerana jika silap langkah, ia mampu menghasilkan keputusan yang tidak diingini. Biarpun bayangan kemenangan sudah kelihatan walaupun hari pengundiannya masih belum diketahui, tetapi UMNO dan semua jentera BN perlu bekerja keras bagi memastikan Galas benar-benar jatuh ke tangan BN dan sekaligus "membersihkan" Parlimen Gua Musang daripada mana-mana wakil pihak pembangkang.

29 September 2010

Kecoh pasal Lotus F1... Apa dah jadi yeop?

Kecoh pasal team F1 1Malaysia, Lotus Racing Team apabila prinsipalnya Tony Fernandez mengumumkan bahawa nama pasukan itu ditukar kepada Team Lotus mulai musim depan. Ekoran pengumuman itu Proton selaku pemilik Lotus Group tersedak kerana pemilik AirAsia itu menggunakan Team Lotus yang katanya dimiliki oleh orang lain.

Entah aku pun tak faham. Nama saja Lotus... tak kisahlah Lotus Racing Team ke Team Lotus ke tapi mereka bukan guna enjin atau teknologi Lotus pun. Kalau Proton tarik diri dari menaja team ini elok jugak sebab nyata sekali mereka mempergunakan jenama Lotus yang cukup famous dalam sukan permotoran F1 sebagai daya penarik.

Dulupun aku cukup bangga dengan pasukan Lotus ini kerana ia adalah pasukan membawa nama Malaysia, guna teknologi Lotus milik Malaysia dan dipandu oleh orang Malaysia (Fairuz Fauzi) tetapi hari ini aku rasa macam kena kencing pulak, terutama melibatkan nama Lotus tu.

Apa tidaknya musim ini mereka guna enjin Costworth. Okeylah aku faham Lotus tak sempat nak bina enjin sendiri tapi dah dekat habis semusim, alih-alih mereka umum nak guna enjin Renault pula mulai musim depan, tapi masih kekal dengan nama Lotus. Agaknya sebab merasa tertipu maka Proton naik angin dan halang pasukan itu guna nama "Lotus" yang jadi hak milik mereka.

Aku harap perebutan nama Lotus oleh Proton dan Tony Fernandez ini tidak sampai menjejaskan pasukan itu terutama ketika nama Malaysia mula menjadi bualan di kalangan peminat sukan permotoran dunia melalui penglibatan pasukan dari negara ini dalam F1, sekali gus menjadi negara ketiga Asia yang mempunyai pasukan F1 sendiri selepas Jepun dan India.

Masa nak tubuh team F1 ini bukan main lagi berdegang-degang. Kecut satu dunia dengar... Tapi belum pun habis semusim dalam perlumbaan dah timbul macam-macam hal. Jangan sampai lepas ni pasukan F1 Malaysia ini terkubur di hujung litar sudahlah!

28 September 2010

Dan tiba-tiba....

1. Karpal Singh jadi pejuang bahasa Melayu?
Tiba-tiba mamat benggali ini jadi pejuang bahasa Melayu apabila mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan mahkamah itu yang membatalkan saman malunya terhadap Tun Dr. Mahathir. Tiba-tiba Karpal mempersoalkan kehakiman mahkamah itu kerana menggunakan bahasa Inggeris yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hai... Karpal, kerana nak menang kes, sanggup jadi pejuang bahasa Melayu sedangkan dalam Perlembagaan juga termaktub mengenai hak-hak istimewa orang Melayu yang lain termasuk Islam sebagai agama rasmi. Tapi kenapa bab-bab ini si benggali ini dan puak2 Hindraf dalam Bar Council duk sibuk nak kacau dan hapuskan. Mereka bermati-matian persoalkan Perkara 153 dan mahu hapuskannya.

Nampak sangat kerana nak memenangkan Anwar, Karpal sanggup menjilat ludah sendiri dan sanggup menjadi pejuang bahasa Melayu. Memang layak betul si benggali jadi peguam sebab pandai membelit lidah dan kata-kata. Cisss....!

2. Pemimpin Pas ambil berat tentang perpaduan Melayu?
Sejak bila pula ada pemimpin Pas yang begitu mengambil berat soal perpaduan Melayu dan Islam? Jawapannya sejak ADUN Galas meninggal. Pas mahu BN berkompromi dan memberi laluan kepada Pas memenangi kerusi DUN Galas yang ditinggalkan arwah Chek Hashim yang meninggal dunia semalam akibat barah usus.

"Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu..." baca di sini!

Tidakkah Takiyuddin tidak melihat bahawa selama ini pun Melayu dan Islam di Malaysia ini berpecah kerana kedegilan Pas untuk berdamai dengan UMNO. Pas terus-terusan menolak perpaduan dengan UMNO hanya kerana ingin berkuasa sehingga sanggup pula bersekongkol dengan puak2 kafir DAP.

Jadi alangkah molek jika seruan supaya berkompromi ini diajukan kepada Nik Aziz agar Pas dan UMNO boleh duduk semeja dan tidur sebantal yang bertujuan membawa mimpi yang sama. Perpecahan Melayu dan Islam bukan hanya berlaku di DUN Galas tetapi di seluruh negara.

Nampak sangat seruan ini kerana Pas tidak yakin untuk menang di Galas!

Pemilihan PKR kecoh... UMNO punya pasallah ni!

Pemilihan PKR kecoh sana-sini. Dari utara Semenanjung sampai ke Sabah, kecoh belaka. Ada yang baling kerusi meja, ada yang curi peti undi, ada yang ditangguh dan ada yang dibatalkan. Tapi bang Nuar rileks je. Sebab dia tahu modal apa nak digunakan kalau pihak media tanya perihal perkara ini.

Hehe.. tentulah bang Nuar akan kata: "Ini semua kerana UMNO yang sanggup lakukan apa sahaja demi meraih sokongan rakyat." Lepas tu para bloggers balacinya pun mencarilah siapa-siapa yang boleh dijadikan kambing-hitam. Hah! Tudia... rupanya mamat-mamat ni orang UMNO yang menyelusup masuk dalam dewan mesyuarat PKR dan mulakan kekecohan.

Dush.. dush... mereka pakat hentam UMNO sebab menjadi punca kekecohan dalam pemilihan PKR kali ini. Kalau tidak kerana UMNO sudah pasti sokongan cabang2 PKR akan 100% pergi kepada Azmin. Tapi kerana UMNO nampaknya ahli-ahli peringkat cabang sudah menolak Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Dan gara-gara itu juga pemilihan menjadi kecoh... kecoh... kecoh... !!!

Ahahahaa.... ops!! Korang semua beri perhatian...!! Attention please!!! Sila lupakan dulu pasal kekecohan pemilihan PKR tu sebab sekarang ini ada jutawan Inggeris sudah memberi sokongan kepada bang Nuar pasal kes liwat tu. Ya... hidup bang Nuar... hidup bang Nuar...!!

Maka rakyat pun berpaling dari isu kekecohan pemilihan PKR kepada itu Branson "brengset" yang membela bang Nuar dalam kes liwat. Berjaya ke... berjaya ke...??? Berjaya ke bang Nuar alihkan perhatian rakyat dan ahli-ahli PKR dari kes kekalutan dalam mesyuarat parti kepada isu kes liwatnya?

Inilah parti politik di Malaysia yang satu-satunya mempunyai "puppet" Presiden dan diketuai oleh "invisible-man" yang tak ada jawatan dalam parti.

27 September 2010

Nazri perlu lepaskan jawatan dan tinggalkan UMNO

Nazri Aziz perlu lepaskan jawatan sebagai menteri kabinet dan sila tinggalkan UMNO. Bagi aku pemimpin parasit macam Nazri memang tak layak duduk dalam kabinet Najib. Selain boleh merosakkan reputasi Najib, Nazri juga boleh menjejaskan usaha UMNO dan BN untuk mengembalikan kemenangan majoriti 2/3 dalam PRU-13 nanti.

Kenyataan demi kenyataan yang bercanggah dengan perjuangan UMNO yang dinaunginya jelas menunjukkan Nazri semakin terpesong. Selain terus menerus menghentam Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu orang yang bertanggungjawab mengangkatnya dari entah siapa-siapa kepada seorang pemimpin yang "hebat". Dia turut menghentam siapa sahaja yang pernah menaikkan namanya selama ini, termasuk akhbar Utusan.

Inilah manusia yang tak kenal budi dan jasa iaitu Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Dalam hal ini, aku lebih respek dan kagum dengan Zaid Ibrahim yang sanggup melepaskan jawatan sebagai menteri kabinet dan membuat keputusan meninggalkan UMNO selepas menyedari perjuangannya tidak seiring dengan parti dan kerajaan.

Tetapi manusia bernama Nazri hanyalah seorang pengecut yang kerjanya hanya mengampu Perdana Menteri. Kalau dahulu masa zaman Tun Mahathir, dialah paling hebat membodek dan mengipas Tun Mahathir. Tetapi ketika zaman Pak Lah, dia begitu hebat mempertahankan Pak Lah daripada kritikan Tun Mahathir dan kini dia juga mahu menunjukkan kehebatannya "mempertahankan" Najib.

Tidak hairanlah namanya tidak pernah tercicir untuk dicalonkan dalam PRU serta berada dalam barisan kabinet baik zaman Tun Dr. Mahathir, Pak Lah Badawi hinggalah Najib. Hebatkan?

Jelas sekali pemimpin seperti ini tidak layak untuk mempimpin rakyat, apa lagi untuk berada dalam barisan kabinet. Kalau sudah tidak seiring dengan perjuangan parti dan kerajaan, Nazri sepatutnya lepaskan jawatan dan sila tinggalkan UMNO.

Mahukah Nazri?

p/s: Keputusan membuka kuota 10% kepada bukan Bumiputera untuk memasuki MRSM dibuat oleh Nazri ketika dia menjawat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan selepas mengadakan pertemuan dengan MCA (atau pertubuhan Cina... aku lupa!)

23 September 2010

Projek RM1 triliun? Wow! Aku pun macam tak percaya


Siapa mengarut? I'Da Group tunjuk bukti bahawa mereka telah berbincang mengenai projek mega itu dengan Nik Aziz tapi mengapa MB Kelantan ni masih kata ia mengarut? Nak detail tengok kat website I'da Group http://www.idaworldgroup.com.my/
Heboh pasal sebuah syarikat (tak pernah aku dengar selama ini) I'DA World Group nak laksanakan projek mega di Kelantan dengan nilai RM1 triliun. Wow! Hebat company ni. Banyak sungguh duit sehinggakan mampu laksanak projek semahal itu. Apa ke benda  projek mega nak dibuat di Kelantan tu? Lepas tu mana nak dapat pulangan hasil pelaburan sehingga triliun tu?

Patutlah Nik Aziz kata ia mengarut. Memang kalau difikir tak masuk dik akal sebuah syarikat nak buat projek mega sehingga bertriliun ringgit. Aku ingat projek mega yang Tun Mahathir buat - Cyberjaya, Putrajaya, KLCC, KLIA - pun tak sampai triliun ringgit. Itu pun melibatkan pelbagai syarikat, bukannya syarikat tunggal.

Dah la tu, boleh bagi pulak "sumbangan" untuk kerajaan Kelantan RM4 bilion. Wow! sekali lagi... RM4 bilion. Apalah kerajaan Kelantan boleh balas dengan sumbangan sebesar itu sedangkan negeri Kelantan bukanlah kaya sangat. Tapi aku percaya, lepas ni kerajaan Kelantan tak payahlah nak tuntut royalti minyak dari Petronas lagi kalau dah ada syarikat yang boleh bagi sampai RM4 bilion kat negeri tu.

Nik Aziz boleh dakwa ia mengarut. Orang macam aku pun boleh kata tak percaya, tapi macam mana pula dengan bukti-bukti yang diberikan oleh company ini berhubung perbincangan mengenai pelaksanaan projek tersebut seperti disiarkan dalam laman web I'Da Group di sini?

Kalau benarlah,  aku kagum dengan kebolehan syarikat sendirian berhad ini yang dalam diam-diam boleh muncul sebagai sebuah syarikat "gergasi" melalui projek-projek bertriliun ringgit yang aku rasa tak pernah terfikir oleh syarikat-syarikat seperti Berjaya Group, IOI Group, Genting Group, Yayasan Al-Bukhari dan lain-lain syarikat konglomerat.

Syabas I'Da.... Syabas anak Melayu!!!

[Ops... Berbincang bukan bererti meluluskan. Bukti terima surat permohonan bukan bererti bukti permohohan sudah diluluskan...! Hemm... Nik Aziz mungkin betul.]

22 September 2010

Bila UMNO, Pas nak bermaaf-maafan (II)

Seorang sahabat aku memaklumkan bahawa beliau terpaksa membatalkan cadangan untuk menghadiri satu program di sebuah negeri dikuasai pembangkang atas arahan bosnya. Alasan yang diberikan, program itu akan dirasmikan oleh MB negeri terbabit. Lalu aku bertanya sahabat aku itu, apa hubungannya kehadiran MB tersebut dengan pembatalan beliau dan beberapa lagi rakannya menghadiri program itu?

Jawabnya mudah, sebab dia adalah pegawai kerajaan (Pusat)! Lalu aku bertanya, kenapa pula pegawai kerajaan Pusat (BN) tidak boleh menghadiri program yang turut dihadiri pemimpin pembangkang? Sahabat aku hanya mengangkat kedua bahunya tanda tidak faham.

Lalu teringat aku nasib yang menimpa Tengku Razaleigh Hamzah apabila dia dicop sebagai pengkhianat apabila menghadiri program anjuran pembangkang berhubung isu royalti minyak di Kelantan. Malah ada suara-suara yang menyatakan itu adalah tanda-tanda bahawa Ku Li akan melompat parti dan menyertai pembangkang.

Zulkifli Noordin juga pernah mengaku dilemparkan tuduhan berpaling tadah atau akan menyertai UMNO hanya kerana gara-gara beliau sering menghadiri program anjuran kerajaan dan UMNO. Tetapi apabila dia menghadiri program anjuran Pas, tidak pula diwar-warkan dia akan sertai Pas.

Begitu juga nasib beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Mawi, Amy Search, Wardinah dan Siti Nurhaliza juga pernah dicop sebagai pro-pembangkang gara-gara mereka mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz atau menerima kontrak membuat persembahan anjuran pihak pembangkang.

Inilah politik di Malaysia, politik orang Melayu terutamanya. Apabila ada orang kerajaan hadiri program yang turut dihadiri pemimpin pembangkang, mereka akan dicop sebagai "pro-pembangkang" dan begitu juga apabila puak2 pembangkang hadiri program kerajaan, mereka akan dicop sebagai pro-kerajaan.

Nampaknya antara kerajaan dan pembangkang rupanya umpama air dengan minyak, masing-masing tidak boleh bercampur. Sebab itulah gamaknya apa yang dibuat, disuarakan atau diperjuangkan oleh satu pihak, ia akan dicemuh, dihentam dan dibantah habis-habisan oleh pihak yang satu lagi.

Apa salahnya kalau sahabat aku itu dibenarkan hadiri program tersebut, sekurang-kurangnya dia dapatlah dengar sendiri apa yang akan disampaikan oleh pemimpin kerajaan pembangkang tersebut. Kalau baik, apa salahnya dijadikan tauladan. Lagipun takkan sekali dengar ucapan pemimpin pembangkang, mereka berduyun-duyun menyokong pembangkang.

Sebab itulah gamaknya dalam Dewan Parlimen macam sarkas sebab masing-masing saling tidak mahu mendengar pendapat pihak lawan, dan apa sahaja yang disuarakan oleh lawan akan ditentang habis-habisan walaupun yang disuarakan itu sebenarnya membawa maksud yang baik.

Inilah politik mereka sahaja betul, orang lain semua salah! Sama saja UMNO ke, Pas ke, PKR lagilah...!

17 September 2010

UMNO, Pas... Bila nak bermaaf-maafan

Di bulan Syawal yang mulia ini, Islam menuntut umatnya untuk saling bermaaf-maafan dan melupakan segala sengketa, pertelingkahan, perselisihan dan pergeseran sesama umat. Malah Syawal juga adalah bulan bagi umat merapatkan barisan dan tali persaudaraan. Sebab itulah bulan Syawal digalak untuk kita saling kunjung mengunjung, bertujuan merapatkan silaturrahim sesama umat di samping menghulurkan tangan bermaafan.

Bercerita bab maaf-bermaafan ini, aku teringin benar melihat para pemimpin UMNO dan Pas saling bermaafan sempena bulan Syawal ini. Bilakah agaknya UMNO dan Pas untuk saling melupakan sengketa, perselisihan, perbalahan, pergeseran atau perbezaan pandangan dan seterusnya merapatkan hubungan sesama umat Islam berlainan fahaman politik ini.

Amatlah malang dalam kita menyambut Syawal ini masing-masing masih menyimpan kebencian dan enggan untuk saling mengenepikan sengketa semata-mata kerana politik kepartian masing-masing. Dan andai hal ini masih terbuku di hati masing-masing, percayalah kita adalah umat Islam yang paling rugi di muka bumi ini sebaliknya memberikan keuntungan kepada orang lain.

Justeru, sempena Syawal yang mulia ini kenapa UMNO dan Pas tidak saling bermaafan, saling kunjung mengunjung. Alangkah baiknya juga UMNO mengadakan rumah terbuka dan mengundang semua pemimpin Pas menyerikannya dan begitu juga sebaliknya, Pas mengadakan majlis halal-bihalal yang turut disertai oleh semua pemimpin UMNO. Bukankah itu molek di mata rakyat.

Tapi aku rasa aku hanya bermimpi....

Hari Satu Malaysia, Hari Tipu Malaysia...

Semalam 16 September, seluruh negara bercuti buat kali pertama dalam sejarah sempena cuti umum pembentukan Malaysia. Ramai yang kata ia sebagai sambutan Hari Satu Malaysia. Baguslah sebab selain 31 Ogos sebagai peringatan Hari Kemerdekaan, 16 September juga diingati sebagai hari pembentukan Malaysia - Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Tapi seluruh negara juga tak lupa bahawa 16 September juga merupakan hari peringatan pembohongan oleh Anwar Ibrahim yang konon 30 ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang manakala Panglima Angkatan Tentera menyokong beliau untuk "merampas kuasa" dari BN dan Yang Dipertuan Agong pula sudah bersedia untuk memperkenankannya. Konon rampasan kuasa itu akan berlaku pada 16 September 2008.

Namun realitinya bukan sahaja usaha tersebut menjadi angan-angan Mat Jenin, malahan ia turut menjadi bahan lawak. Nasib baiklah Anwar jenis muka tebal macam kulit badak, kalau tidak sudah nyata dia tak boleh taruk mukanya kat mana-mana akibat kemaluan yang melampau. Tapi yang lebih malu ialah puak2 yang percayakan pembohongan tersebut termasuk Tian Chua, Elizabeth Wong dan beberapa pemimpin PKR lain yang sanggup ke Taiwan konon untuk memujuk ahli-ahli Parlimen BN.

Sebab itulah selain memperingati Hari (Satu) Malaysia, 16 September juga disambut sebagai Hari Tipu Malaysia...

Tapi bila kena perli-perli macam ni termasuk oleh Najib semalam, Anwar akan spin kata 16 September tu bukannya 2008, tapi 16 September akan datang... Mungkin 16 September 2011 ke, 2012 ke, 2013 ke... bila-bilalah. Atau dia boleh kata, itu dua tahun dulu, tapi dalam keadaan sekarang pakatan pembangkang akan mengambil alih Putrajaya "pada bila-bila masa"... Wow!!!

Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Tipu Malaysia!!

14 September 2010

Kes Sosilawati sudah jadi isu perkauman! Wow... Bahaya!!

Seorang kawan aku marah benar dengan orang Melayu yang katanya masih lagi berdiam diri sedangkan sudah terbukti empat orang Melayu tak berdosa dibunuh kejam oleh orang India. Katanya kalau dibiarkan, puak-puak Hindraf semakin naik tocang dan tak hormati Melayu. Melayu kena bertindak dan India patut diajar!! Wow!! Panas berapi!!!

Nampaknya kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain kini telah menjadi isu perkauman yang cukup membimbangkan dan silap hari bulan boleh mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Tambahan pula ramai yang tukang mengapi-apikan keadaan, menyimbah minyak ke dalam api, lagilah menyala.

Wow! Bahaya... amat bahaya!!!

Nampaknya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang baru kena pantau keadaan ini kerana kalau tidak dibendung ia akan mencetuskan krisis perkauman yang membahayakan.

Blog Just Read (Jailani Harun) pun tulis hal sama... Baca di sini!

Perkara ini aku sudah nampak. Sebab itulah awal-awal lagi aku minta semua pihak supaya tidak mempolitikkan kes ini sehingga menjadi satu sentimen perkauman. Tapi bila aku cakap macam tu, kawan aku melompat marahkan aku. "Inilah Melayu!!!" Itulah herdiknya kepada aku.

Aku tanya dia, apakah kalau kita merusuh dengan India akan hidupkan semula Sosilawati, Kamarudin, Noorhisyam dan Ahmad Kamil? Apakah ia menyelesaikan masalah melibatkan jenayah di kalangan orang India? Jawapannya cukup mudah... TIDAK!

Sebaliknya ia hanya mencetuskan krisis negara yang silap hari bulan menumpahkan darah orang-orang yang tidak berdosa dan memusnahkan masa depan negara. Buat apa? Bukankah lebih baik kes ini diserahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah. Kalau semua perkara mahu dilihat dari sudut perkauman, wah susah kita nak hidup di Malaysia ni. Ingatlah kita hidup kat bumi bertuah ni tak lama dah. Tapi anak cucu kita akan datang yang kita kena fikirkan.

Dalam kes ini yang bersalah ialah pelakunya dan bukannya kaumnya. Fikirlah secara waras!!

13 September 2010

Janganlah politikkan kematian Sosilawati.... (Update)

UPDATE:
Komen blog Air Mata Darah Keringat mengenai pandangan aku, di sini...

POS ASAL:
Sosilawati dan tiga rakannya telah disahkan meninggal dunia selepas dipukul sehingga mati, dibakar dan abunya dibuang ke sungai. Suspek pembunuhnya sudah ditangkap dan menanti untuk didakwa. Tetapi perlukah kita mempolitikkan kematiannya dengan membangkitkan isu kaum?

Benar yang menjadi mangsa ialah 4 Melayu - Sosilawati, Kamarudin, Norhisham dan Ahmad Kamil  manakala suspek pelakunya pula ialah lapan India termasuk seorang peguam terkenal bergelar Datuk yang pernah menjadi peguam bela beberapa kes melibatkan Hindraf dan tuntutan-tuntutan lain berkaitan kaumnya.

Terus terang aku katakan, aku juga tidak pernah bersetuju apabila ada pihak-pihak tertentu mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock atau K. Kugan tetapi tidak bermakna kita perlu terikut-ikut dengan cara mereka. Adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa, Peguam Negara dan mahkamah untuk menghukum mereka yang terlibat.

Kasihanilah roh keempat-empat mangsa kerana sudahlah kematiannya begitu tragis dan menyiksakan ditambah pula kita-kita yang mengungkit-ungkitkan kematian mereka dengan kematian orang lain yang tiada kaitan langsung dengan mereka. Dan aku percaya kaum keluarga mereka juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan sehingga melepasi garisan yang tidak sepatutnya.

Malahan aku percaya, seluruh rakyat Malaysia baik Melayu, Cina mahupun India juga bersedih dengan kematian tragis mereka dan sudah semestinya mereka juga amat marah dengan semua pelaku tetapi kita perlu rasional dan tidak terikut-ikut dengan emosi.

Kepada rakan-rakan blogger, berhati-hatilah kerana tulisan kalian boleh menyebabkan percikan api perkauman yang kini sudah kelihatan akibat pelbagai isu, menjadi api yang marak. Silap hari bulan kalian semua diangkut masuk black-maria kerana dituduh menghasut. Ingatlah negara kita ada undang-undang.

Bukankah lebih baik kita bersedekah al-Fatihah atau surah Yasin kepada kesemua mangsa agar roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT manakala mereka yang terbabit menerima hukuman setimpal dengan kekejaman mereka.

Al-Fatihah!

12 September 2010

1Malaysia... Antara pandangan aku dan Tun Dr. Mahathir

Bekas PM, Tun Dr. Mahathir kata rakyat Malaysia masih keliru dengan gagasan 1Malaysia. Kenyataan beliau dibuat pada 2 September lalu. Laporan beritanya disiarkan 3 Sept. Baca laporannya di bawah:
ALOR SETAR 3 Sept. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.
Beliau berkata, keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.
"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas,” katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.
Dr. Mahathir berkata, ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.
"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.
"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun tak adalah... habislah,” katanya. - Bernama
Tetapi lebih setahun dahulu, aku dah nyatakan pandangan aku bahawa 1Malaysia merupakan satu gagasan yang silap dan boleh menyebabkan setiap orang memberikan intepretasi berbeza mengikut kepentingan kaum masing-masing. Baca di sini!

Antara petikan tulisan aku tentang 1Malaysia tersebut:
Aku percaya jika ditanya apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia, nescaya masih terlalu ramai yang kabur dan tidak kurang juga yang tidak memahami apa-apa pun. Malah kalau ditanya di kalangan menteri dan pemimpin UMNO sekalipun, aku percaya hanya sekerat dua yang faham.
Jadi kalau ramai yang menggunakan 1Malaysia untuk meminta yang bukan-bukan sepertimana yang dikatakan Najib sendiri, aku tidak salahkan mereka. Sebabnya mereka tidak faham, tidak jelas dan tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 1Malaysia. Jadi jangan salahkan mereka. Dan sudah pastilah ada pihak2 yang mengambil kesempatan dari "kelemahan" ini untuk kepentingan mereka atau kaum mereka sahaja.
Apakah Tun beri kenyataan sedemikian selepas baca blog aku atau kerana aku dan Tun mempunyai pandangan yang sama... huhu!!

Sosilawati dibunuh? Masya-Allah......

TERKINI 3.30pm 12.9.2010:
Polis mengesahkan Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh, mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Innalillah.. Al-Fatihah buat semua mangsa!

POS ASAL:
Niteline TV3 (12 am) sebentar tadi melaporkan Sosilawati dan tiga yang lain dipercayai dibunuh kejam. Mayat mereka dibakar. Masya-Allah, jika benarlah laporan ini sudah pasti ia amat mendukacitakan bukan sahaja kepada keluarga yang terbabit tetapi juga seluruh rakyat di negara ini.

Malang sungguh kerana ia berlaku ketika umat Islam sedang merayakan Aidilfitri, iaitu hari kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Aku boleh bayangkan perasaan anak-anak dan isteri dan keluarga mangsa terbabit.

Aku harap mereka yang bertindak kejam ini dikenakan hukuman yang seberat-beratnya. Kepada IGP yang baru, aku harapkan pihak polis terus bertugas dengan gigih bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini yang kini aku rasakan semakin menakutkan.

Kepada KDN, tolong jangan ganggu tugas polis! (berdasarkan dakwaan Musa Hassan)

p/s: Baca juga: Ayuh sama-sama doakan keselamatan Sosilawati

11 September 2010

UMNO...!! Pedulikan Perkasa... teruskan tugas anda

Aku hairan kenapa UMNO beriya-iya sangat terhadap Perkasa. Kenapa mereka perlu membuat kenyataan menolak Perkasa? Kenapa mereka mahu peduli sangat terhadap Perkasa? Bukankah Perkasa itu hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam, bukannya sebuah pertubuhan parti politik. Kalau Perkasa mahu jadi sebuah parti politik pun kenapa UMNO peduli?

Aku nak tanya kenapa suara Perkasa sekarang begitu lantang dan pertubuhan itu semakin mendapat sokongan ramai orang Melayu termasuk kalangan ahli UMNO? Sebabnya kerana UMNO kini telah kehilangan taring dan kuku untuk bercakap dan berjuang untuk orang Melayu. Ke mana perginya para pemimpin UMNO termasuk dari Pemuda UMNO ketika hak-hak Melayu dan agama Islam diperlekeh dan diperlecehkan oleh kaum lain?

Malahan orang Melayu juga melihat perjuangan Perkasa lebih ikhlas berbanding UMNO yang kebanyakannya berjuang untuk poket sendiri dan rakan-rakan setiakawan mereka sahaja berbanding rakyat dan bangsa Melayu. UMNO juga kini seolah-olah telah dikunci mulut dan dirantai oleh rakan-rakan dari parti komponen lain malahan kelihatan sekali mereka "takut" kepada parti-parti pembangkang.

Kalau benar UMNO tidak boleh lantang bercakap dan berjuang untuk kepentingan Melayu dan agama Islam kerana terlalu menjaga hati rakan-rakan dari parti lain dalam BN, maka sebaiknya UMNO bersikap berkecuali dan mendiamkan diri terhadap perjuangan Perkasa. Perkasa bukan UMNO dan UMNO juga bukan Perkasa. UMNO tidak boleh menghalang jika ada ahlinya menyertai Perkasa kerana Perkasa hanya sebuah pertubuhan NGO.

Biarkanlah Perkasa terus lantang bercakap dan berjuang untuk Melayu dan Islam dan UMNO tidak harus campur tangan atau mempersoalkannya. UMNO perlu mencontohi MIC yang tidak pernah mempersoalkan Hindraf yang lantang memperjuangkan hak kaum India atau MCA yang tidak pernah mencemburui perjuangan Suqui.  Malah mereka sebaliknya secara diam-diam menyokong kedua-dua pertubuhan tersebut.

Justeru UMNO tidak seharusnya mempedulikan Perkasa, apa yang dilakukan atau siapa yang menjadi ahlinya sebaliknya UMNO perlu terus melaksanakan perubahan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat dan ahlinya. UMNO tidak harus merasa selesa sebaliknya bekerja lebih keras dan berterusan bagi memastikan kemenangan mutlak untuk BN pada PRU-13.

06 September 2010

Ayuh, sama-sama doakan keselamatan Sosilawati

TERKINI (01.10 am 8/9/2010)
Polis dapat petunjuk bahawa Sosilawati masih hidup dan usaha mengesan beliau serta tiga lagi yang lain sedang dilakukan!

TERKINI (02.30 am 7/9/2010):
Kereta BMW yang dinaiki Sosilawati sebelum beliau hilang dikatakan ditemui di sebuah pangsapuri di USJ 1 manakala kereta peguamnya ditemui di sebuah hotel di Subang Jaya. Usaha mencari jutawan kosmetik itu sedang giat dilakukan oleh pasukan polis. Penemuan kenderaan tersebut menyebabkan keadaan semakin mendebarkan, terutama bagi keluarga mereka yang terbabit.

POS ASAL:
Aku tak kenal sangat Datuk Sosilawati Lawiya. Aku kenal dia apabila kecoh dulu dia berkahwin dengan rockers Nash, yang kemudian kes perceraian mereka juga menjadi kecoh. Aku juga tahu kalau dia merupakan seorang jutawan hasil perniagaan kosmetik. Anak-anaknya ada 6 orang dan semuanya masih di peringkat awal belia dan remaja.

Tetapi semalam aku terkejut mendengar laporan Buletin Utama berhubung "kehilangan" beliau bersama peguam peribadi, seorang pegawai bank dan pemandu. Khabarnya mahu ke Banting untuk urusan membeli tanah di Pulau Pinang sejak 30 Ogos lalu. Hari ini dah masuk 6 September. Bermakna sudah lebih seminggu Susilawati dan ketiga2 lelaki yang menemaninya itu "hilang" tanpa khabar berita.

Dalam suasana umat Islam bakal menyambut Syawal beberapa hari lagi, aku amat simpati mengenangkan anak-anak beliau apatah lagi mereka tidak dapat mengetahui kedudukan ibunya itu, hidupkah atau matikah. Hilang tanpa khabar berita. Cukup misteri. Sudah pasti anak-anak beliau yang masih dahagakan kasih sayang ibu begitu bimbang dengan keselamatan ibu mereka, apatah lagi menjelang Syawal ini.

Maklum sekarang ini macam-macam kejadian boleh berlaku. Ustazah dan anaknya mati selepas disamun, warga emas di Sungai Petani yang tak ada harta pun kena samun. Orang biasa yang berjalan kaki ke hulu ke hilir pun kena ragut, inikan pula seorang jutawan yang begitu dikenali ramai. Sudah pasti aku dan ramai lagi di luar sana membayangkan perkara yang buruk-buruk berlaku ke atas mereka.

Justeru, di sini aku mahu mengajak semua umat Islam tak kira fahaman politik dan bangsa agar kita sama-sama mendoakan keselamatan Sosilawati dan ketiga-tiga rakan beliau yang kini masih lagi tidak diketahui di mana. Mudah-mudahan berkat doa kita bersama sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini, Sosilawati dan ketiga-tiga yang lain selamat dan kembali ke pangkuan keluarga mereka secepat mungkin.

Amin....!

04 September 2010

Iklan raya... rindu sentuhan arwah Yasmin Ahmad

Heboh pasal iklan raya TV3 yang katanya ada unsur-unsur yang boleh menyesatkan akidah umat Islam terutama kanak-kanak. Aku sendiri belum melihat iklan tu kat TV3 tetapi sempat lihat di blog kawan-kawan yang letakkan iklan tersebut.

Hemm... memang wajar iklan tu kena hentam dik bloggers dan orang ramai. Memang sebijik macam iklan raya Krismas. Kalau Krismas Santa Klaus yang bawak kereta kuda terbang, tapi dalam iklan ni Pak Aji yang naik beca terbang. Siapalah pengarah iklan ni ya? Aku harap bukan Namewee...

Bila bercerita pasal iklan raya ni teringat aku pada arwah Yasmin Ahmad. Dia memang seorang pengarah yang kreatif dan iklan-iklan raya hasil sentuhannya bukan sahaja menyentuh perasaan, tetapi juga sering diiringi nilai-nilai estetika dan nilai murni yang tinggi. Kalau tak percaya tengoklah iklan-iklan raya Petronas yang dihasilkan Yasmin dahulu.

Sekarang ini aku rasakan iklan-iklan raya baik Aidilfitri, iklan merdeka, dan lain-lain perayaan tidak "umph!" seperti dahulu, seperti zaman Yasmin Ahmad. Aku tidak pasti apakah pengarah-pengarah iklan sekarang sudah ketandusan idea, terlalu pegun, atau mungkin terlalu kreatif sehinggakan wujudlah iklan macam iklan raya TV3 tu.

Teringat dulu ada satu iklan merdeka menunjukkan seseorang sedang menyanyi lagi Tamil sambil memotong pokok. Pada awalnya tidak kelihatan orangnya mula-mula aku ingat yang nyanyi tu orang India tetapi rupa-rupanya seorang lelaki Cina yang asyik menyanyi lagu Tamil tersebut. Cukup simple tetapi jelas menggambarkan rukunnya rakyat Malaysia pelbagai kaum... Inilah iklan 1Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi iklan-iklan sebelum ini yang menyentuh jiwa dan perasaan serta menjadi bualan atau ajukan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tetapi sekarang ini tidak banyak lagi iklan-iklan perayaan sedemikian sehinggakan ada sesetengah syarikat menayangkan iklan2 lama mereka.

Sekarang ini baru aku terasa kehilangan Yasmin Ahmad...



Salah satu iklan sentuhan Yasmin Ahmad!

03 September 2010

Kerana Hudud UMNO dicop kafir... tapi sekarang?

Kerana tidak melaksanakan hukum Hudud, UMNO telah dicop oleh puak2 Pas sebagai parti kafir, sekular dan macam-macam caci maki dan cercaan lagi. Malah kerana tidak melaksanakan hukum Hudud juga darah orang UMNO pernah dihalalkan oleh pemimpin Pas.

Tetapi apabila Zulkifli Noordin mendedahkan perjanjian pakatan antara Pas-DAP-PKR bahawa mereka tidak akan melaksanakan hukum Hudud atau membentuk negara Islam jika mereka memerintah Malaysia, nada puak2 Pas kini sudah berbeza dan berpusing 360 darjah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan jika pakatan memerintah negara ini. 


Jadi apa yang diperjuangkan oleh Pas selama berabad lamanya dan berpatah arang dengan UMNO selama ini. Bukankah kerana mahu menubuhkan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud? Jadi kalau ini akhirnya, bukahkah jelas-jelas menunjukkan bahawa Pas tidak pernah ikhlas memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

Lalu buat apa mereka selama ini berjuang bermati-matian menentang UMNO yang dituduh kafir, sekuler, toghut dan pelbagai gelaran lain semata-mata kerana UMNO tidak melaksanakan hukum Hudud? Jika inilah akhirnya perjuangan Pas maka buat apa Nik Aziz sekian lama mempertahankan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, malah mengistiharkan perang ke atas UMNO kerana Hudud tetapi akhirnya Hudud sendiri dibuang oleh Pas hanya kerana tunduk kepada DAP.

Paling aku simpati ialah kepada para penceramah dan pemidato Pas serta para imam mereka yang sekian lama ditipu oleh pemimpin mereka konon Pas berjuang untuk menegakkan kerajaan Islam dan melaksanakan hukum Hudud tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Maka sia-sialah segala jerit perih mereka memberi ceramah kepada orang kampung tentang perjuangan palsu mereka.

Simpati juga kepada para pengikut dan blogger totok Pas yang siang-siang dikencing oleh pemimpin mereka sendiri yang kononnya mahu menegakkan Islam tetapi mereka sebenarnya tunduk kepada kehendak DAP yang tidak akan sama sekali membenarkan Pas membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

p/s: Aku percaya lepas ni ada blogger pro-Pas akan dakwa laporan media itu salah dan sengaja membuat fitnah kerana UMNO semakin terdesak, atau memberikan penjelasan panjang lebar konon kita-kita yang baca kenyataan itu tak faham apa yang sebenarnya tersirat di balik tersurat. Dah tau taktik puak2 mereka...!

02 September 2010

Musa Hassan bersara, ramai yang bergumbira?

TERKINI 6/9/2010:
Luahan rasa Musa Hassan termasuk pengakuan beliau tentang wujudnya campur tangan KDN ketika beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara, sekali gus mengesahkan tulisan aku sebelum ini. Baca luahan beliau di sini...!

POS ASAL:
Bila Musa Hassan disahkan akan bersara sebagai Ketua Polis Negara mulai 12 September ini (sehari selepas raya), ramailah yang beraya sakan, bergumbira atau silap-silap buat doa selamat dan potong pulut kuning. Maklum, siapa yang tak kenal Musa Hassan, IGP yang dianggap paling bersih dari sebarang sogokan. Anak ustazlah katakan.
Publish Post

Tiadanya Musa Hassan di pejabat IGP di Bukit Aman bukan sahaja menggembirakan kebanyakan para pegawai polis kerana selepas ini mereka tidak lagi bimbang atau takut-takut kalau ada pihak-pihak yang murah hati nak bagi hamper sempena raya, nak tolong tukar tayar kereta, tolong modified kereta kasi sporty, atau pergi enjoy kat kelab-kelab dangdut. Sebabnya Musa Hassan dah bersara.

Malahan bersaranya Musa Hassan juga dikaitkan dengan orang-orang besar di Kementerian Dalam Negeri. Khabarnya selama ini keberadaan Musa sebagai IGP tidak disenangi oleh orang-orang penting di kementerian lantaran kerana imej bersih Musa. Justeru, mereka juga tidak berani untuk bermacam-macam kerana adanya Musa.

Di pihak pembangkang jangan ceritalah. Anwar Ibrahim selama ini amat bencikan Musa Hassan yang konon dikaitkan dengan kes ketika dia ditangkap atas kes salah laku beliau pada 1999 dulu bersama-sama Ghani Patail. Sampai sekarang Anwar masih berdendam dengan Musa. Dan bila Musa dah bersara, tentulah Anwar tersengih-sengih macam kerang busuk.

Dan yang tidak kurang gembiranya ialah puak2 DAP. Aku tak tahu kenapa Lim Kit Siang nak sangat Musa Hassan berhenti. Aku tak berani tuduh tetapi kalau tak ada sebab-sebab yang merugikan mereka, puak2 DAP tak akan bersuara lantang sehinggakan memaksa Musa Hassan berhenti. Agaknya selepas ini pasukan D7 Bukit Aman tak adalah aktif sangat serbu rumah-rumah urut, disko dan pub lagi kut.

Kini tugas IGP diserahkan kepada Ismail Omar. Cadangan nama Ismail dikemukakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Lepas ini kita tengok apakah Ismail juga akan dibenci oleh puak2 yang berkepentingan baik dalam kerajaan mahupun kepada puak2 pembangkang...

Apa pun aku nak ucapkan selamat bersara kepada TS Musa Hassan. Terima kasih atas jasa-jasa Tan Sri menjaga keselamatan negara sepanjang tempoh menjadi IGP. Terima kasih Tan Sri!!

01 September 2010

Ganyang Malaysia... Indonesia akan diganyang 5 negara? Wow!!!

Baca tajuk di atas. Itu bukan aku yang kata tetapi seorang pensyarah Universiti Indonesia yang katakan sedemikian. Baca artikel yang aku petik dari satu laman web. Artikel ini menggunakan bahasa Indonesia pekat dan aku cuba terjemahkannya dalam bahasa Malaysia:

JAKARTA - Ada analisis menarik dari pengamat militer Universitas Indonesia, Andy Wijayanto, mengenai kemungkinan terjadinya perang terbuka antara Indonesia dan Malaysia di daerah konflik perairan Blok Ambalat. Bila Jakarta mengumumkan perang terbuka dengan negara tetangga kita itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono harus memperhitungkan aliansi negara yang akan mendukung negeri jiran tersebut dalam konfrontasi.

Andy mengungkapkan, Malaysia memiliki sistem aliansi pertahanan dengan Inggris, Australia, Singapura, serta Selandia Baru. Aliansi itu disebut sebagai Five Power Defense Agreement (FPDA). Salah satu kesepakatan negara-negara FPDA adalah klausul bahwa serangan terhadap salah satu negara anggota merupakan serangan pula terhadap negara anggota lainnya.

"Malaysia tinggal meminta klausul itu diaktifkan. Bila disepakati, berarti negara kita harus siap berperang juga dengan Inggris, Australia, Singapura, serta Selandia Baru yang mempunyai kekuatan tempur jauh lebih kuat dan canggih," jelasnya setelah diskusi tentang RUU Pertahanan dan Keamanan di Hotel Sahid, Jakarta, kemarin.

Dari situs resmi British High Commission, Kuala Lumpur, diketahui bahwa FPDA berdiri pada 1971 sebagai lembaga konsultasi dan antisipasi serangan terhadap Singapura serta Malaysia. Saat peringatan 30 tahun FPDA pada November 2001, kelima negara anggotanya sepakat membentuk suatu kerja sama jangka panjang. Salah satunya, perjanjian saling dukung bila ada negara anggotanya yang diserang negara lain. Tahun ini, FPDA memfokuskan tinjauannya pada maritime security. Dengan fokus tersebut, kemungkinan empat negara lainnya untuk mendukung Malaysia dalam konfrontasi dengan Indonesia menjadi lebih besar.

Tidak itu saja. Bila dalam konfrontasi nanti negara kita berhadapan dengan Inggris, negara tersebut sangat mungkin meminta artikel lima NATO (Pakta Pertahanan Atlantik Utara) diaktifkan. Artikel lima NATO serupa dengan klausul perjanjian FPDA yang intinya menyatakan, serangan yang dialami salah satu negara anggota dianggap sebagai serangan terhadap negara-negara anggota lainnya dan harus dihadapi bersama. Sehingga, konfrontasi dengan Malaysia bisa melebar serta membuat Indonesia harus berhadapan dengan negara-negara anggota NATO.

"Jadi, efeknya akan beruntun. Itulah yang harus diperhitungkan masak-masak oleh Presiden SBY sebelum mendeklarasikan konfrontasi dengan Malaysia. Rakyat pun harus memahami hal ini supaya tidak gelap mata mendesak perang dengan Malaysia," tegas Andy.


Terjemahannya:

JAKARTA: Terdapat satu analisis menarik oleh pemerhati tentera dari Universiti Indonesia, Andy Wijayanto mengenai kemungkinan berlaku perang terbuka antara Indonesia dan Malaysia di kawasan perairan yang menjari pertikaian kedua-dua negara iaitu Blok Ambalat.

Apabila Jakarta mengumumkan perang terbuka dengan negara jiran itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono perlu mengambil kira  tentang pakatan ketenteraan yang dibentuk antara beberapa negara dengan Malaysia.

Andy berkata, Malaysia mempunyai sistem pakatan pertahanan dengan Britain, Australia, Singapura dan New Zealand. Pakatan itu disebut Five Power Defense Agreement (FPDA). Salah satu fasal kesepakatan negara-negara FPDA ialah apabila berlaku serangan terhadap salah satu negara anggota, ia juga merupakan serangan terhadap negara anggota lain.

“Malaysia hanya perlu meminta fasal ini diaktifkan. Bila dipersetujui maka negara kita (Indonesia) perlu bersiap sedia untuk turut berperang dengan Britain, Australia, Singapura dan New Zealand yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang jauh lebih kuat dan canggih,” jelasnya selepas diskusi tentang Rang Undang-undang Pertahanan dan Keamanan di Hotel Sahid, Jakarta semalam.

Dari laman web rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, dicatatkan bahawa FPDA terbentuk pada 1971 sebagai lembaga perundingan dan pertahanan terhadap Singapura dan Malaysia.

Ketika ulang tahun ke-30 FPDA pada November 2001, kelima-lima negara anggotanya bersetuju untuk membentuk kerjasama jangka panjang. Salah satunya, perjanjian saling bantu membantu apabila terdapat negara anggota yang diserang oleh negara lain.

Pada tahun ini, FPDA memfokuskan kepada keselamatan maritim. Dengan fokus tersebut, kemungkinan empat negara lain akan memberi bantuan kepada Malaysia jika berlaku konfrontasi besar-besaran dengan Indonesia.

Bukan itu sahaja. Andai konfrontasi itu berlaku, negara Indonesia juga bakal berhadapan dengan Britain yang berkemungkinan besar akan memintak artikel lima NATO diaktifkan. Artikel lima NATO adalah fasal perjanjian FPDA yang intinya menyatakan serangan yang dihadapi oleh salah satu negara anggota dianggap sebagai serangan terhadap negara anggota lain dan mesti dihadapi bersama.

Ia menyebabkan konfrontasi antara Indonesia dengan Malaysia boleh berkembang sehingga menyebabkan Indonesia perlu berhadapan pula dengan tentera negara anggota NATO.

“Jadi, kesannya akan berlarutan. Itulah yang harus difikirkan semasak-masaknya oleh Presiden SBY sebelum melancarkan konfrontasi dengan Malaysia. Rakyat juga perlu memahami hal ini supaya tidak mendesak perang dengan Malaysia membuta-tuli,” kata Andy.


Aku tidak pasti sumber asal laporan ini tetapi berkemungkinan ia diterbitkan di dalam media di Indonesia yang kemudian dipos di forum tersebut. Artikel ini memperkukuhkan lagi pandangan aku dalam tulisan aku sebelum ini, 7 sebab mengapa Indonesia tidak akan ganyang Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...