29 November 2010

PRU-13... Ahmad Said, Idris Jusoh bakal "dipancung"?

Kemelut politik (UMNO) di Terengganu rupanya masih belum lagi padam. Ia macam api dalam sekam walaupun apinya tidak kelihatan tetapi rupanya baranya masih memanas. Nampaknya Hishammuddin gagal menguruskan masalah kemelut kepimpinan di Terengganu sejak PRU-12 lalu.

Dalam hal ini aku rasakan hanya satu cara untuk menyelesaikan sengketa antara MB sekarang, Ahmad Said dan bekas MB, Idris Jusoh serta konco-konconya dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri dan juga parti iaitu dengan menggugurkan kedua-duanya daripada dicalonkan pada PRU-13 nanti. Aku percaya hanya dengan cara itu kedua-dua mamat ini duduk diam.

Aku teringat cara Dr. Mahathir menyelesaikan "kemelut" antara Wan Mokhtar dan arwah Abu Bakar Daud. Walaupun "sengketa" mereka tidaklah sehebat Ahmad Said-Idris Jusoh, tapi ia boleh mengganggu gugat kekuatan UMNO/BN di negeri itu dengan cara memisahkan kedua-duanya. Wan Mokhtar di DUN manakala Bakar Daud di Parlimen.

Apabila Terengganu tumbang di tangan pembangkang pada 1999, Wan Mokhtar telah dihantar ke Arab Saudi sebagai Duta Malaysia di sana manakala Bakar Daud sebagai Duta Malaysia di Mesir. Sejak itu, lenyaplah perihal kisah kedua-dua pemimpin ini sehinggalah Bakar menghembus nafasnya di Mesir. Sementara itu Wan Mokhtar pula kali terakhir kelibatnya aku lihat di IJN ditemani Datin Seri beberapa minggu lalu. Agaknya untuk buat pemeriksaan jantung!

Jadi cadangan aku, elok sangat kalau Najib tidak mencalonkan Ahmad Said dan Idris Jusoh pada PRU-13 nanti (tahun depan????) supaya kedua-duanya berhenti bersengketa merebut kerusi MB dan pada masa yang sama Najib kenalah mengkaji senarai nama bakal-bakal calon yang telah diterima bukan sahaja untuk menjadi calon pilihan raya, tetapi juga calon MB Terengganu!

Aku bimbang andai salah satu atau kedua-duanya dikekalkan juga, ia akan menyebabkan Terengganu sekali lagi jatuh ke tangan pembangkang sepertimana yang berlaku pada 1999 apabila Wan Mokhtar masih dipertahankan dan dibenarkan bertanding pada pilihan raya tersebut.

Anwar guna bini untuk puji dirinya... keh keh keh! Terdesak sangat ke?

Naik geli geleman mendengar ucapan dasar Presiden PKR. Ingatkan bila PKR dalam keadaan kalut sekarang ini, Wan Azizah bolehlah lontarkan idea dan gagasan untuk menyatukan semula ahli dan memantapkan lagi perjuangan parti, tetapi sebaliknya ia penuh dengan puji-pujian terhadap Anwar Ibrahim, suaminya sendiri.

Tapi aku tahu, yang suruh buat ucapan semacam itu pun Anwar jugak bukannya orang lain. Yelah selama ini Wan Azizah hanya boneka kepada Anwar dalam mengatur urus parti jadi aku percaya teks ucapan dasar Wan Azizah itu pun atas kehendak dan kemahuan Anwar selaku penasihat dan ketua umum parti.

Heee... Nampak sangat Anwar yang kini semakin tidak dipedulikan oleh media asing, apatah lagi media tempatan - kena serang habis-habisan, Anwar terpaksa menggunakan bini sendiri untuk memuji dirinya bagi menyakinkan pengikut-pengkut totoknya. Apa Wan Azizah cakap? Anwar anugerah Tuhan? Huuuuwwweeeeekkkkk..... Nak muntah!!!

Yelah kalau bukan bini yang puji siapa lagi. Dah namanya bini. Kalau Wan Azizah anggap Anwar tu anugerah Tuhan, misti Anwar anggap mereka yang pernah setilam dan sebantal dengannya tak kira laki ke pompuan, sebagai anugerah Tuhan oleh Anwar. Erk.. Apakah Anwar juga anggap Wan Azizah sebagai anugerah Tuhan kerana melindunginya selama ini walaupun dia tahu "jalang" Anwar?

Tahniahlah Wan Azizah! Lepas ini makin ramailah pembancuh kopi yang jambu-jambu kat pejabat PKR dan pejabat penasihat ekonomi Selangor. Itu semua anugerah Tuhan. Wan Azizah tak boleh marah...!!

24 November 2010

Kerajaan Kelantan tak buat apa-apa nak majukan negeri

Itulah realiti kerajaan Pas Kelantan yang memerintah negeri itu sejak lebih 20 tahun lepas. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan hanyalah berceramah dan berpolitik. Dalam ceramah tak ada kerjaan lain melainkan hentam kerajaan BN, hentam UMNO. Kalau tak direct, indirect atau kias-kias. Balik-balik duk cerita pasal nak tubuh kerajaan Islam tapi dah perintah Kelantan berpuluh tahun tak nampak macam negeri Islam.

Kebajikan rakyat terabai dan tak ada usaha pun nak tarik pelabur baru datang Kelantan, bina kilang, laksanakan pelbagai projek waima projek kecil-kecilan sekalipun melainkan bergantung penuh kepada ekonomi tradisional. Tanam padi, tanam tembakau, nelayan atau tebang balak. Sebab itulah orang muda Kelantan tak boleh duduk Kelantan sebab tak ada kerja. Terpaksa berhijrah ke negeri-negeri di bawah kerajaan BN yang banyak sediakan peluang pekerjaan.

Pergilah ceruk mana dari Johor sampai ke Sabah dan Sarawak di mana-mana sahaja ada orang Kelantan. Paling-paling koman bukak warung tom yam atau masakan panas ala Siam. Orang Kelantan nak berniaga tom yam pun kena keluar dari Kelantan sebab kuasa membeli orang Kelantan rendah. Ish.. tak kan orang Kelantan tak mampu nak beli tom yam semangkuk kot?

Perbahasa dalam Dewan Undangan Negeri pun duk asyik bantai kerajaan Pusat, UMNO. Tak ada isu lain. Tak ada fikir macam mana nak tambah pendapatan ekonomi negeri. Macam mana nak bantu nelayan di Bachok, petani di Machang dan nak pelbagaikan sumber ekonomi Kelantan. Tak ada!!

Nik Aziz boleh dakwa Kelantan makin maju sebab makin banyak shopping complex yang dibuka di Kota Bharu. Hebat MB Kelantan gunakan statistik pusat membeli belah sebagai indikator kemajuan negeri. Baik! itu di Kota Bharu... Macam mana kat Machang, Pasir Puteh, Bachok, Gua Musang dan lain-lain tempat? Mungkin Nik Aziz kata itu tugas kerajaan Pusat nak majukan Kelantan. Kalau majukan Kelantan pun serah kepada Pusat, apa tugas kerajaan negeri yang kutip hasil rakyat... cukai tanah, cukai pintu, bayaran letak kereta (khabarnya paling tinggi di Pantai Timur) atau hasil balak. Mana pergi semua tu?

Korang boleh bantai aku kata aku tak pernah pergi Kelantan mana aku tahu? Macam mana aku boleh judge kerajaan Kelantan macam tu? Siapa kata aku tak pernah pergi Kelantan? Tapi kalau tak pernah pergi pun orang boleh nampak. Kenapa ramai anak muda Kelantan berhijrah ke luar Kelantan? Dan kenapa kadar pengangguran di Kelantan meningkat sehingga lebih 25,000 orang?

Ok! Dah jabatan tenaga rakyat dah dedahkan begitu ramai penganggur di Kelantan, apa tindakan kerajaan Pas Kelantan untuk tangani masalah ini? Aku percaya para Exco Kelantan yang bijak pandai terutama yang urus hal ehwal ekonomi negeri dan juga MB-nya hanya baca laporan itu dengan tersengih tanpa berbuat apa-apa. Paling-paling mereka akan salahkan kerajaan Pusat sebab tak beri royalti minyak kepada Kelantan. Macam mana kerajaan negeri nak majukan Kelantan?

Halooo...Melaka negeri kecik yang tak ada hasil mahsyur macam Kelantan pun boleh maju, boleh sediakan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyatnya. Orang Kelantan pun berhijrah ke Melaka untuk cari kerja. Kiralah berapa banyak kilang multinasional di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak jumlah pelancong ke Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas kawasan balak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa luas jelapang padi dan ladang tembakau di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan. Kira berapa banyak telaga minyak di Melaka dan bandingkan dengan Kelantan.

Korang kiralah sendiri. Aku malas nak kira... Penat!

23 November 2010

Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan Kelantan

KOTA BAHARU, 22 Nov (Bernama) -- Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan, Mohamad Yaacob, memberitahu Bernama antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu.
Inilah hasil kebijaksanaan kerajaan Pas yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun apabila tahun demi tahun berjaya meningkatkan jumlah penganggur di negeri itu. Tahniah Nik Aziz! Tahniah kerajaan Pas Kelantan!  Inilah yang diinginkan oleh rakyat Kelantan sehinggakan mereka tetap mempertahankan kekuasaan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Kalau dicongak dari jumlah penganggur di Kelantan melebih 25,000 orang itu, tidak hairanlah kalau kadar jenayah di negeri itu juga saban hari semakin meningkat. Sebabnya ramai yang kelaparan akibat tiada pekerjaan untuk dikerjakan dan akhirnya memilih jalan singkat iaitu merompak, menyamun dan tidak kurang yang kurang siuman sehingga sanggup menyembelih anak dan isteri.

Ini bukan aku kata tetapi berdasarkan kajian kalangan bijak pandai di universiti, peningkatan kadar jenayah sebenarnya adalah selari dengan peningkatan pengangguran. Menganggur kerana tiada pekerjaan. Parah...!

Sebagai contoh, ketika zaman pemerintahan Pak Lah, beliau dengan bijaknya telah menghentikan projek-projek mega yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir sebelum itu termasuk pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor. Akibatnya, ramai kalangan kuli kontrak yang terdiri warganegara asing terutama Indonesia kehilangan pekerjaan.

Jadi untuk memastikan bekalan wang terus dihantar ke kampung halaman mereka bagi memastikan isteri dan anak-anak mereka terus dapat makan, maka mereka terpaksa menggunakan jalan lebih ganas iaitu merompak dan menyampun semata-mata untuk mengisi perut diri sendiri serta anak isteri. Ini sekali gus membantu meningkatkan kadar jenayah di Malaysia.

Persoalan, sampai bila rakyat Kelantan perlu bergantung kepada negeri lain untuk menyediakan pekerjaan kepada mereka? Sampai bila orang Kelantan terpaksa berhijrah ke Lembah Klang dan bandar-bandar besar di bawah kerajaan BN untuk mencari sesuap nasi dan mengisi perut anak isteri? Sedangkan negeri sendiri, tempat mereka dilahirkan dan tempat tumpah darah mereka gagal menyediakan pekerjaan untuk mereka.

Hanya orang Kelantan sahaja yang boleh mengubah nasib orang Kelantan!

21 November 2010

Jawapan kepada tulisan Awang Selamat!

Tertarik benar aku dengan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini yang memaparkan wajah-wajah mereka yang keluar dari PKR dan menampilkan satu pertanyaan, "Siapa yang benar Anwar atau mereka?"

Meh aku tolong jawab soalan Awang Selamat. Yang benar ialah Anwar. Ya, Anwar yang yang maha benar lagi maha betul. Kalau tak percaya, tanyalah puak2 Pas dan puak2 yang totok berjuang mempertahankan bontot Anwar. Anwar manusia paling benar dan paling betul dalam Malaysia ini. Semua yang keluar dari mulut Anwar adalah benar dan betul.

Manakala apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO, Najib dan kerajaan tidak betul dan benar walaupun ia betul dan benar. Yup, muka-muka yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia itu semuanya pembohong dan penjilat bontot UMNO. Mereka semua sudah dibeli oleh Najib dan UMNO berjuta-juta ringgit.

Begitu juga dengan muka depan Berita Minggu hari ini yang konon ahli-ahli PKR Hulu Selangor bercakaran. Yang sebenarnya gambar itu sudah disalah tafsir oleh wartawan penjilat bontot UMNO. Mereka bukannya bercakaran sebaliknya sedang bercengkerama. Begitulah mesranya hubungan  antara ahli PKR.

Kepada puak2 Pas dan puak2 PKR totok, jangan percaya fitnah media arus perdana yang juga anjing suruhan kerajaan dan UMNO itu.

Hehe...!

16 November 2010

Mana jersi baru bola sepak Malaysia?

Gambar kiri, Aidil dan Zaquan bergaya dengan jersi baru skuad bola negara pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur sebelum Sukan Asia berlangsung tetapi ketika beraksi di Guangzhou, (gambar kanan) skuad bola negara masih memakai baju lama (biru) berlogo FAM dan bukannya bendera Jalur Gemilang. Di mana silap?
Aku nak ucap tahniah kepada skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang akhirnya meninggalkan Guangzhou selepas kecundang di tangan Iran pada pusingan kedua Sukan Asia XVI. Tahniah sebab anak-anak buah Rajagobal nyata begitu tinggi semangat mereka berjuang untuk negara, biarpun berada dalam keadaan tempang tanpa kelibat pemain tonggak serta kehilangan beberapa pemain lagi angkara pengadil peliwat dari Australia.

Tapi kat sini bukan soal kegagalan anak-anak buah Rajagobal di Guangzhou aku nak perkatakan sebab sebelum berlepas ke China lagi bayangan skuad muda kita bakal menghadapi laluan sukar sudah kelihatan kerana berada satu kumpulan dengan Jepun dan China. Tetapi kat sini aku nak sentuh tentang jersi skuad bola sepak kita.

Aku nak tanya kepada FAM mana jersi baru Nike berwarna kuning yang dilancarkan sebelum skuad bola kita bertolak ke Guangzhou? Jersi baru dengan garis-garis kecil di bahagian depan menggantikan jersi kuning berlajur hitam tebal sebelum ini. Kenapa skuad bola kita memakai jersi biru (jersi lama)?

Betul bukan kerana kita pakai jersi lama maka skuad kita kalah tetapi kalau dah tak nak pakai jersi baru, kenapa beriya-iya benar FAM lancarkan jersi baru tersebut menjelang Sukan Asia baru-baru ini?

Sekadar bertanya!

15 November 2010

Pembebasan Suu Kyi bakal jadi modal kempen Anwar bebaskan dirinya

Aku percaya pembebasan pemimpin pro-demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi disambut dengan senyuman meleret Anwar Ibrahim. Bukan kerana Suu Kyi ini wanita simpanan Anwar atau ada hubungan persaudaraan tetapi selama ini Anwar meletakkan nasib dirinya sama dengan Suu Kyi iaitu seorang ahli politik pembangkang yang dianiaya oleh kerajaan.

Inilah modal Anwar ketika menagih simpati di kalangan pemimpin Barat dan Yahudi, iaitu beliau menjadi mangsa konspirasi politik kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan karier politiknya melalui tuduhan meliwat dan  meletakkan dirinya sama seperti Suu Kyi yang dikenakan penjara rumah oleh junta tentera Myanmar sekian lama.

Jadi pembebasan Suu Kyi ini akan menjadi modal bagi Anwar untuk memujuk para pemimpin barat agar mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwatnya sepertimana mereka mendesak junta tentera Myanmar supaya membebaskan Suu Kyi walaupun jelas sama sekali kes Suu Kyi sangat berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar.

Suu Kyi telah dikenakan tahanan rumah sejak sekian lama kerana memimpin gerakan rakyat untuk menentang kerajaan junta tentera Myanmar. Beliau dihalang daripada menjadi calon dan menyertai kempen pilihan raya. Malah kemenangan beliau dalam pilihan raya pernah dibatalkan. Malah beliau juga dikenakan pelbagai tekanan bagi memastikan kerajaan Myanmar yang dikuasai tentera terus berkuasa di negara tersebut.

Sedangkan Anwar masih boleh bertanding dalam pilihan raya dan menang seterusnya dapat menjadi Ahli Parlimen ketika kes liwat keduanya memuncak. Malah Anwar juga masih bebas ke luar negara di mana-mana negara beliau suka walaupun beliau sedang hadapi kes liwat di mahkamah yang biasanya OKT seperti beliau untuk kes sedemikian terpaksa menanti hari-hari perbicaraan dengan disumbat ke dalam lokap.

Anwar juga sehingga kini bebas untuk bercakap tanpa sekatan dan halangan walaupun dalam setiap ucapannya tidak pernah lekang memburuk dan membusukkan negara sendiri, malah penuh dengan pembohongan, tipu muslihat dan fitnah.

Tapi itu semua tidak penting bagi Anwar. Apa yang penting pembebasan Suu Kyi akan dijadikan modal baru bagi beliau untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan terhadap kes liwatnya.

13 November 2010

Arghhh... Tu orang UMNO tu!

Korang tengok betul-betul muka-muka mereka yang berdemo depan ibu pejabat PKR hari ini dan pegang sepanduk kutuk Anwar tu. Korang tengok betul-betul. Sebenarnya mereka bukan ahli PKR, mereka semua tu orang UMNO dan ada juga sebahagiannya wartawan Utusan.

Kalau tak percaya baca apa Anwar cakap pasal usaha UMNO dan Utusan nak hancurkan PKR kat sini, atau kenyataan pemimpin PKR kat sini! Betulkan mereka semua orang UMNO yang sekapal dengan Azeez Rahim!

Har har har... Sofi Wahab! Ko mimpi ke?

Har har har... aduhai senak perut aku tahan ketawa bila baca tulisan Ketua Penerangan Pas Melaka si Sofi Wahab kat sini....  Har har har... Ko mimpi ke apa? Nampak sangat mamat ni tak sekolah. Oih... Elok ko masuk sekolah harapan yang  Ali Rustam buat tu. Boleh belajar dengan remaja-remaja bergelar "ibu".

Apakah dasar, kriteria atau statistik yang kau pakai yang menyatakan Fuckatan Rakyat dah bersedia hadapi PRU sehinggakan ko boleh cabar supaya kerajaan bubar Parlimen sekarang supaya puak-puak ko boleh rampas Putrajaya? Kat mana kau kata kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan adalah kerajaan yang berjaya tu? Berjaya tipu rakyat dan susahkan hidup rakyat adalah!

Har har har... Oik ko tau tak si Nuar Berahim nak handle partinya sendiri pun tak mampu. Apa ke hal nak PM. Si Guan Eng pulak tak habis-habis nak halau Melayu dari Pulau Pinang dan kerajaan Selangor pula berjoli sakan dengan hasil mahsyur yang dibina kerajaan BN sebelum ini. Kerajaan Kedah pulak, kena banjir besar sekali dah menggelabah dan tak tentu hala. Tak tau nak handle macam mana. Kerajaan Kelantan pulak dah 20 tahun lebih perintah Kelantan, apa yang dah mereka bagi kepada rakyat Kelantan selain suluh rohani?

Itu ko kata kejayaan?

Har har har.... macam mana kau boleh jadi Ketua Penerangan ni Sofi oih. Malu sedara mara ko kalau diorang baca "kajian politik" kau tu.

Masjid di Selangor bayar penceramah sampai RM60,000 setahun?

Ada masjid di Selangor mengeluarkan perbelanjaan lebih RM60,000 setahun untuk membayar para penceramah yang datang memberi ceramah dan syarahan agama di masjid  berkenaan! Wow... Dahsyat! Maknanya lebih 90 peratus hasil sumbangan orang ramai (jemaah dan kariah) masjid berkenaan disumbang untuk para penceramah agama semata-matanya.

Apakah ceramah agama diadakan setiap waktu sembahyang dan setiap hari di masjid berkenaan sehinggakan kos bayar penceramah sahaja sampai lebih RM5,000 sebulan? Wow! Kenapa elaun para penceramah ini dibayar oleh masjid menggunakan duit sumbangan orang ramai dan bukannya JAIS? Apakah mereka bukan pegawai agama di bawah JAIS? Jadi dari mana datangnya para penceramah ini?

Dokumen laporan kewangan masjid berkenaan akan aku paparkan di sini tidak lama lagi. Tungguuuu.....!!

09 November 2010

Puak UMNO duk diam-diam, tak usah ulas pergolakan dalam PKR

Puak-puak UMNO terutama para pemimpinnya tak usahlah nak bagi komen-komen pasal pergolakan dalam PKR. Biarlah Zaid nak letak jawatan ke, Anwar nak pilih Azmin jadi second-man dia ke. Hishamuddin, Zahid, Shafie atau waima Muhyiddin sekalipun tak usahlah nak jadi nasi tambah, nak kondem PKR itu. Lagipun itu perihal rumahtangga PKR. UMNO tak usah "masuk campur".

Samalah juga kalau ada pergeseran dalam UMNO, sudah pasti puak2 UMNO pun tak suka kalau Anwar, Lim Kit Siang, Karpal, Hadi Awang atau Nik Aziz nak bagi komen dan jadi nasi tambah perihal UMNO. Sudah pasti orang UMNO kata itu masalah rumah tangga mereka, biarlah mereka selesaikan.

Ini aku nampak ramai pemimpin UMNO yang mencari peluang nak popularkan diri dengan memberi komen-komen perihal apa yang berlaku dalam PKR. Kalau mereka tak bagi komen atau tak jadi nasi tambah pun rakyat memang tahu itulah PKR, parti kacau-bilau rakyat.

Media pun satu, dah tahu itu masalah dalam PKR kenapa pula nak tanya pendapat pemimpin-pemimpin UMNO dah sah-sahlah mereka akan bantai Anwar, Azmin dan PKR habis-habisan. Dah bagi bola tanggung apa lagi smash lah! Kalau nak tanya sangat pandangan orang lain, tanyalah orang PKR sendiri atau bekas-bekas pemimpin PKR. Barulah adil!

Pemimpin UMNO jagalah parti mereka agar UMNO kembali di hati rakyat. Jagalah akar umbi dan jagalah bahagian serta cawangan masing-masing. Yang penting jaga hati rakyat dan pengundi. Tak usah sibuk-sibuk nak ulas atau komen masalah dalam parti orang. Rakyat boleh nampak, boleh baca dan boleh dengar. Tak usahlah pemimpin UMNO ni nak jadi radio rakyat pulak.

Itulah pesan aku. Sebab aku memang menyampah kalau baca komen-komen Hisham, Zahid, Syed Ali Habshee, Shafie Apdal dan lain-lain sebab komen-komen yang diberikan tak membina langsung. Nada pun sama. Lagi menyampah ada. Mana tidak, mereka tak pernah berada dalam PKR dan tak tahu masalah sebenar dalam parti itu, sebaliknya mereka hanya baca surat khabar atau tengok TV saja, alih-alih nak bagi komen. Tak betullah tu.

Biarlah PKR dengan masalahnya dan orang UMNO perkuatkan diri untuk hadapi PRU-13 nanti. UMNO tak boleh harapkan kelemahan dalam parti lawan untuk menang PRU nanti sebaliknya UMNO dan BN perlu perkuatkan diri. Itulah sebaik-baik jalan untuk pastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 nanti.

Zaid si Lebai Malang!

Setahun lepas aku dah tulis pasal nasib yang bakal menimpa Zaid Ibrahim dalam PKR Dalam tulisan aku pasal PKR sebagai parti anak-beranak antara perkara yang aku tulis...
Zaid... Zaid...! Kesihan kat kau. Itulah masa dalam UMNO dulu kamu sombong, bongkak, cakap orang tak nak dengar konon engkaulah paling pandai dalam UMNO, lebih pandai dari Presiden UMNO (pada masa tu). Kau tak tau ke yang PKR tu parti anak beranak? Kamu-kamu semua hanyalah jadi balaci yang diberi tugas untuk membolehkan cita-cita peribadinya tercapai... cita-cita nak jadi PM.
 Selanjutnya baca di sini!

Dan kini apa yang aku katakan sudah jadi kenyataan. Hasrat Zaid nak menjadi orang no. 2 dalam PKR dihalang dengan pelbagai cara bagi memastikan kegagalannya. Sebabnya PKR adalah milik "Anwar Ibrahim & Family". Tak mungkin orang luar ada chance nak dapat tempat.

Kalaulah Zaid baca blog aku tu atau dengar pandangan aku (serta ramai lagi yang lain) sudah pasti nasib Zaid tidak seperti Lebai Malang. Tak apalah Zaid, keluarlah dari parti anak beranak tu dan tak payahlah nak berpolitik lagi. Kalau nak berpolitik juga, kau buatlah parti sendiri. Kau boleh buat jadi presiden dan buat perlembagaan sesuka hati kau.

08 November 2010

Exco Pemuda UMNO bakal didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran

TERKINI:
Individu yang disiasat JAIS berhubung kes berpoligami tanpa kebenaran dan menggunakan sindiket jurunikah palsu disahkan BUKAN Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Khairun Aseh sebaliknya adalah bekas penolong beliau di biro tersebut. Individu berkenaan juga bukan seorang Exco Pemuda UMNO serta bergelar Datuk. Terima kasih kepada sahabat yang memberikan maklumat terbaru ini!

POS ASAL:
Panas berapi! Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia bergelar Datuk bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai berpoligami tanpa kebenaran dari isteri pertama serta menggunakan khidmat jurunikah tidak sah. Itulah sumber yang aku peroleh dari JAIS.

Walaupun sumber JAIS itu tidak menyebutkan namanya tetapi dia kata aku boleh agak siapa kerana  pemuda ini cukup terkenal dan sering keluar paper dan TV sebab sering membantu membawa pulang gadis-gadis yang dibawa lari ke Lombok. Wow!! Siapa tu... Datuk dot dot dot ke?

Aku diberitahu Exco Pemuda UMNO ini telah berkahwin (lagi seorang)dengan seorang wartawan TV swasta berbangsa Cina dan pernikahan mereka dilangsungkan pada 10.10.2010 lalu.

Wow...!! Aku tunggu kenyataan rasmi JAIS. Agaknya esok keluar paperlah kot cerita ini!

05 November 2010

Video Mat Nor Deris hentam Nik Aziz depan orang ramai

Panas berapi!! Mat Nor Deris, bekas pensyarah UM hentam Nik Aziz depan orang ramai ketika kedua-dua menziarahi keluarga bekas ADUN Galas,  Omar Mohamad ketika kempen PRK Galas tempoh hari. Pertemuan tidak diduga itu telah mencetuskan perdebatan terbuka. Mat Nor macam lepas geram kat Nik Aziz sebab berkawan rapat dengan DAP.

Korang tengoklah video perdebatan dua ulamak ni:



Oh... Rupanya Nik Aziz berkawan dengan DAP sebab tengok UMNO berkawan dengan MCA. Hahaha... Nik Aziz ooii.. UMNO bukan saja berkawan dengan MCA tapi juga Gerakan, MIC, PPP dan macam-macam parti lagi. Apa masalahnya?

Tapi Nik Aziz lupa, walaupun UMNO berkawan dengan MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tapi UMNO parti dominan dalam BN dan UMNO boleh kawal rakan-rakan dari parti lain. Tapi Pas dengan DAP, Pas ikut telunjuk DAP dan sanggup menggadaikan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanya kerana ikut kemahuan DAP.

Hahaha... Baru bertemu buku dengan ruas! Tahniah Mat Nor!

[Video ni diambil konon nak tunjukkan kurang ajar Mat Nor Deris terhadap Nik Aziz tapi rupa-rupa telah dedahkan kekalutan Nik Aziz nak jawab soalan-soalan mudah Mat Nor. Nampak sangat Nik Aziz tak cukup ilmu berdebat. Agaknya sebelum ini tak ada siapa nak lawan cakapnya, semua pakat angguk apa saja fatwa yang dia buat... Haha!]

04 November 2010

Dah tiba masanya Nik Aziz bersara

Keputusan PRK Galas menunjukkan pengaruh Nik Aziz di negeri Kelantan semakin menipis. Malahan tindakan Nik Aziz yang mengotorkan tangannya dengan memberi wang tunai kepada pengundi Orang Asli juga menambahkan lagi rasa tidak senang rakyat Kelantan terutama di Galas. Nyata Nik Aziz manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Aku harap keputusan di Galas memberi pengajaran kepada Pas dan lebih-lebih lagi Nik Aziz. Aku harap Nik Aziz bermuhasabah diri dan fikir-fikirkanlah untuk bersara dari arena politik. Sudah-sudahlah Nik Aziz berehatlah dan tumpukanlah kepada amal ibadah. Serahkan tugas MB dan Mursyidul Am Pas kepada orang lain yang lebih muda, lebih berfikiran waras dan tidak terlalu taksub untuk berpolitik.

Untuk apa lagi Nik Aziz nak pertahankan jawatan dalam parti dan jawatan sebagai MB. Sudah lama benar Nik Aziz terlibat dalam politik. Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah bersara. Takkan Nik Aziz nak bersaingan dengan Samy Vellu dan Taib Mahmud sebagai "pemimpin paling lama pegang jawatan".

Keputusan di Galas membuktikan Nik Aziz semakin ditolak oleh rakyat Kelantan. Bukan satu dua peti undi malahan hampir kesemuanya. Pas hanya menang satu peti undi di Sungai Terah manakala kerusi lain semuanya memberi kemenangan kepada BN. Apa maknya Tok Guru weih? Takkan Pas nak salahkan SPR atau UMNO dengan kekalahan ini.

Kalau Nik Aziz bersara sebelum PRU-13 adalah lebih baik sebab takut nanti Kelantan sudah jatuh ke tangan BN baru Nik Aziz berkira-kira nak bersara. Tak molek. Eloklah Nik Aziz bersara ketika Pas masih bertampuk di Kelantan. Sekurang-kurang persaraan Nik Aziz ketika beliau masih di puncak. Jangan sudah jatuh tergolek baru duk fikir nak bersara.

Sudah-sudahlah Nik Aziz. Eloklah ajak sekali Anwar Ibrahim untuk sama-sama bersara dan ajaklah Anwar supaya bermuhasabah diri dan menginsafi diri. Dah banyak dosa besar yang dilakukan. Umur dah lanjut. Takut nanti mati dalam kekufuran. Wanauzubillah...!

BN menang di Galas dan Batu Sapi... Tahniah!

BRAVO BN, BRAVO UMNO, BRAVO PBS!!

POS ASAL:
Keputusan tidak rasmi sudah diterima menunjukkan BN berjaya merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti lebih 1,000 undi manakala di Batu Sapi, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen dengan majoriti lebih 3,000 undi.

Walaupun keputusan rasmi belum diketahui namun laporan-laporan dari pusat pengiraan undi menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap BN sudah kembali pulih. Malah di Galas, sokongan pengundi Cina terhadap BN juga sudah pulih, sekali gus membantu Abdul Aziz Yusoff menjadi wakil rakyat Galas. Tahniah pengundi Galas yang membuat pilihan yang betul.

Apakah gambar-gambar Nik Aziz sedang memberi wang tunai kepada pengundi Orang Asli menjadi punca pengundi di Galas memilih BN berbanding Pas atau kerana mereka sudah sedar hanya BN sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Di Batu Sapi, Linda Tsen berjaya mempertahankan kerusi mendiang suaminya Edmund Chong dengan majoriti yang lebih besar. Malah Batu Sapi juga menjadi "kubur politik" buat bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee apabila rakyat Sabah telah menolak beliau. Malahan Ansari yang sebelum ini dikatakan tidak disenangi oleh PKR sendiri, mendapat sokongan yang lebih baik.

Biar pun begitu, kemenangan Linda juga menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN kembali pulih dan dasar 1Malaysia yang dilaungkan oleh DS Najib Razak nyata telah meresap ke jiwa mereka termasuk yang berada di Sabah.

Tahniah kepada semua pihak yang membantu kemenangan calon-calon BN termasuk para bloggers! Tahniah bro!

KEPUTUSAN RASMI:

[DUN GALAS]
1. Dr. Zulkefli Mohamad (Pas)  = 4,134
2. Abdul Aziz Yusoff (BN) = 5,324
Majoriti =1,190
Undi rosak =  132
Penyandang = Che Hashim Sulaima (Pas)
Majoriti = 646


[PARLIMEN BATU SAPI]
1. Linda Tsen Thau Lin (BN) = 9,773
2. Ansari Abdullah (PKR) = 3,414
3. Yong Teck Lee (SAPP) = 2,031
Majoriti = 6,359
Undi rosak =372
Penyandang = Datuk Edmund Chong Kit Wah (BN)
Majoriti = 3,708

03 November 2010

Pas bagi SEDEKAH, BN bagi RASUAH!!

Bila dah terkantoi puak2 Pas mula nak spin bagi menyelamatkan air muka Tok Gurunya. Maka jadilah wang pemberian Tok Guru Nik Aziz sebagai wang zakat. Maklum mereka telah berjaya mengislamkan 3 saudara baru... Sekali lagi 3 SAUDARA BARU (bukan 30 atau 300 yeop!). Maka 3 orang saudara baru ini layak diberi zakat.

Tapi.... Mari kita tengok gambar tu dari dekat!!

02 November 2010

Nik Aziz oi... Rasuah tu, bukan sedekah!

Gambar-gambar Nik Aziz Nik Mat sedang menghulurkan wang tunai kepada para pengundi Orang Asli di DUN Galas bertebaran di muka bumi. Tapi aku percaya mereka akan kata pemberian Nik Aziz itu adalah SEDEKAH kepada saudara baru.

Tapi sebelum ni beliau dan puak-puak Pas bukan main lantang kata kerajaan bagi RASUAH kepada pengundi apabila kerajaan nak bangun jambatan atau nak beri rumah rakyat kepada pengundi Galas.

Ya lah Tok Guru, Pas bagi SEDEKAH, BN bagi RASUAH!

PAS FOR ALL Bro!

01 November 2010

Cerah di Batu Sapi, malap di Galas?

Khabar terbaru yang aku terima dari rakan-rakan di Sandakan bahawa peluang BN untuk mempertahankan kerusi Batu Sapi cerah. Berdasarkan risikan dan sumber-sumber di kawasan terbabit mendapati sokongan pengundi terhadap BN cukup tinggi berbanding SAPP dan PKR.

BN yang mempertaruhkan balu mendiang Edmund Chong untuk mempertahankan kerusi yang disandang oleh suaminya nampaknya berhasil menarik sokongan rakyat terhadap BN. Selain kedudukan calon yang cukup dikenali di kalangan pengundi Batu Sapi kerana sebelum ini sering mengiringi mendiang suaminya turun padang menjenguk rakyat, Linda Tsen turut mempunyai ketokohan tersendiri untuk mewakili rakyat Batu Sapi ke Parlimen selepas ini.

Penyertaan dua wakil parti pembangkang - SAPP dan PKR di Batu Sapi juga memberi kelebihan kepada calon BN untuk merebut kertas undi terutama dari kalangan pengundi atas pagar. Khabarnya SAPP yang mencalonkan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee dikatakan dapat memberikan saingan kepada BN manakala calon PKR, Ansari pula bakal kehilangan wang pertaruhan.

Itulah gambaran yang diterima dari Batu Sapi setakat ini menjelang hari pembuangan undi pada 4 November ini.

Sementara itu, khabar sebaliknya pula diterima di Galas, Kelantan. Kedudukan BN untuk merampas kerusi DUN Galas dikhabarnya agak sukar walaupun jentera pilihan raya bagi BN diketuai oleh "orang istana", Tengku Razaleigh Hamzah. Pas dijangka akan terus mendapat sokongan pengundi walaupun BN berusaha membawa pelbagai pembangunan di kawasan tersebut.

Isu-isu kegagalan kerajaan Kelantan membangunkan negeri termasuk Galas serta pelbagai masalah rakyat yang gagal ditangani oleh kerajaan Pas Kelantan nyata tidak membawa sebarang kesan kepada para pengundi terhadap Pas.

Apa-apa pun semua itu adalah ramalan yang aku terima berdasarkan pelbagai sumber risikan. Namun sama ada benar atau tidak semuanya akan terjawab 4 November ini. Ini kerana dalam tempoh 3 hari ini macam-macam boleh berlaku dan segala "keputusan" masa kini boleh berubah dalam masa 24 jam.

Yang jelas bagi BN, kerusi Batu Sapi jauh lebih penting untuk dipertahankan kerana kekalahan boleh mengurangkan jumlah kerusi kerajaan di Parlimen dan menambahkan lagi kerusi pihak pembangkang yang kini sudah "hilang" beberapa kerusi lantaran beberapa Ahli Parlimen mereka keluar dari parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

Manakala kemenengan di Galas hanya untuk mempertahankan maruah BN, UMNO dan Ku Li. Kalah atau menang sudah pasti tidak menjejaskan kerajaan Pas Kelantan cuma BN boleh "menyapu bersih" kerusi-kerusi dalam Parlimen Gua Musang.

Apabila Kelantan juara Piala Malaysia...

Orang Pas di Galas kata kejayaan Kelantan merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama tempoh hari (selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1) adalah kerana berkat doa Tuan Guru Nik Aziz. Orang UMNO pula kata ia berkat kepimpinan Presiden Kafa, Annuar Musa yang banyak membawa perubahan pada pasukan The Red Warrior!

Bagi aku pernyataan kedua-dua itu betul. Dengan usaha Annuar membina semula pasukan bola sepak Kelantan ditambah dengan berkat doa Nik Aziz dan rakyat Kelantan maka negeri itu berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Cuma yang aku hairan apa kaitan Piala Malaysia dengan pilihan raya kecil DUN Galas. Sebabnya masing-masing pihak mengaku kemenangan Kelantan di Stadium Bukit Jalil telah memberi semangat kepada mereka untuk menang pada PRK Galas. Inilah orang kita. Apa sahaja mahu dipolitikkan dan dijadikan modal kempen.

Sudah tentulah dalam sukan ia tiada hubungan antara parti politik. Baik penyokong mahupun pemain, mereka tidak mempedulikan sama sekali perbezaan politik sebaliknya sama-sama berjuang untuk memastikan kemenangan pasukan mereka.Menang sama dirai.

Di Stadium Bukit Jalil kelmarin, aku nampak ada yang kibar bendera Pas di sebalik lautan manusia dan kibaran bendera negeri. Ada juga satu dua orang kibar bendera UMNO. Bagi aku tak apalah mereka nak kibar bendera parti mana pun. Yang penting mereka duduk sama-sama di bawah satu bumbung memberi sokongan kepada pasukan sama. Baguslah lagu tu! Patut semangat yang sama ditunjukkan bila libatkan perjuangan terhadap Melayu dan Islam.

Jangan pula apabila keputusan PRK Galas diumumkan, calon atau pemimpin parti yang menang akan berucap... "Kemenangan ini adalah kerana kejayaan pasukan Kelantan menang Piala Malaysia" hehehe... memang tak kena langsung. Bola adalah bola manakala politik adalah politik. Tak ada hubungan.

Jadi jangan pula diada-adakan, okey?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...