31 December 2010

Senam robik... Apa ada hal?

Puak-puak UMNO atau Melayu Perkasa tak usahlah nak bantai Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching nak bersenam robik kat masjid tu. Tak ada maknanya. Buat apa nak bising-bising. Lagipun apa salahnya bersenam robik bukankah ia baik untuk kesihatan. Lagi pun nyonya tu bersenam robik kat luar bangunan masjid bukannya kawasan solat.

Buat apalah nak tanya Nik Aziz pasal perempuan pakai sendat, tak tutup aurat bersenam dalam kawasan masjid. Tentulah ulama tersohor itu kata tak ada masalah. Lagi kan orang Pas berkhalwat diampunkan Allah selepas Nik Aziz berdoa, inikan pula Cina DAP yang tak faham pasal hukum-hakam agama.

Oii... Pedulilah orang DAP nak buat apa. Pedulilah puak-puak Pas nak buat apa sebab apa yang mereka buat semuanya tak salah, semua betul. Yang tak betulnya kalau orang UMNO buat. Ni buat sambutan Ambang Tahun Baru ni... Haram bagi orang UMNO buat tapi orang Pas buat itu harus, sebab nak sebarkan syiar Islam di kalangan bukan Islam.

Weiii... Apa hal pulak orang UMNO duk sibuk-sibuk nak jaga kesucian masjid surau kat Malaysia ni. Bukankah puak-puak UMNO ni kafir dan pernah dikafirkan oleh orang Pas? Orang UMNO mana peduli pasal agama Islam. Tentang hukum hudud. Buat maksiat sana-sini. Itu kes menteri UMNO yang khabarnya rogol bibik Indon, apa kisah?

Janganlah nak sibuk-sibuk. Bukan takat bersenam robik, kalau orang Cina nak minum arak atau bersetubuh dalam kawasan masjid pun tak apa asalkan mereka bukan orang UMNO. Kalau orang UMNO, jadi imam pun tak boleh, korang tau tak?

Dah dah lah... bawak-bawaklah sedar diri. Kita dah nak masuk tahun baru 2011. Silap-silap tahun ni ada pilihan raya umum ke-13. Biarlah puak2 Pas, DAP nak buat apa.  Biarlah Nik Aziz nak keluarkan fatwa apa pun. Nanti masa PRU-13 tahulah nasib mereka!

SELAMAT TAHUN BARU 2011!

30 December 2010

Pak menteri, sila buat laporan polis! Anda dituduh perkosa bibik...!

Jika apa yang dilaporkan oleh Migrant Care mengenai Robengah yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri seperti didedahkan oleh Wikileaks kemudian ditulis oleh Rocky Bru dan Big Dig di sini TIDAK BENAR, aku harap majikan/menteri terbabit tampil membuat penjelasan dan membuat laporan polis terhadap pihak-pihak berkaitan yang MEMFITNAH beliau.

Sebagai seorang menteri yang lama berada dalam kabinet kerajaan, petah dan pintar menyusun ayat ketika berucap sudah pastinya beliau tidak mahu namanya dicemar oleh seorang bibik, anak desa Banjarnegara, Jawa Tengah ini. Tidak mungkin!

Kalau tidak benar, sila ambil tindakan. Buat laporan polis dan samanlah Migrant Care atau Robengah sendiri. Kalau benar,  sudah pasti beliau lebih tahu apa yang perlu dilakukan demi hubungan baik Malaysia-Indonesia, demi masa depan kerajaan BN di bawah DS Najib Tun Razak dan demi nama baik semua yang ada di sekeliling beliau.

Beranikah beliau?

29 December 2010

Tahniah Malaysia... Kitalah juara!

Biar apa pun Indonesia nak kutuk. Biar apa pun Indonesia nak beri alasan dan biar apa sahaja mereka mahu lakukan termasuk pancaran laser gunung kembar Julia Perez tetapi yang nyata Malaysia menjuarai Piala Suzuki buat kali pertama. Ia sekali gus mengesahkan bahawa Malaysia adalah jaguh baru Asia Tenggara selepas tahun lalu menggondol pingat emas Sukan SEA.

Indonesia mahu kata apa lagi. Gangguan pancaran laser? Wasit (pengadil) yang berat sebelah? penjaga garisan yang tak fair? Mahu cari alasan apa lagi buat Indonesia semata-mata mahu menafikan bahawa pasukan kita adalah jaguh Asia Tenggara.

Kita sudah memegang pingat emas Sukan Asia, kita masuk pusingan kedua Sukan Asia walaupun dengan pasukan yang tempang, kita sudah singkirkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dan kini kita menjuarai Piala Suzuki.  Itulah bukti bahawa kita sememangnya layak dinobatkan sebagai jaguh Asia Tenggara.

Walaupun kita tewas malam ini di Gelora Bung Karno tetapi seperti aku ramalkan Malaysia mampu menyerap tekanan hasil serangan bertali arus Indonesia.  Dan hasilnya kita tewas 1-2 (juga seperti aku ramalkan) tetapi modal besar yang kita bawa dari Bukit Jalil sudah cukup untuk mengesahkan sejarah bola sepak negara baru tercipta.

Yang pasti kejuaraan kita adalah kejuaraan mutlak rakyat Malaysia. Pasukan kita 100 peratus buatan Malaysia baik jurulatih atau pemain. Tahniah buat Rajagobal kerana berjaya membentuk pasukan impian negara yang sekian lama kita cari selama ini.

Satu sahaja pesanan aku buat FAM, pastikan dream team ini terus kekal bersama untuk menghadapi kejohanan lain akan datang. Dan pada masa yang sama, mantapkan lagi pasukan-pasukan pelapis bawah 21 tahun, bawah 19 tahun dan juga bawah 15 tahun.

Mereka inilah yang akan mengisi dream team Malaysia selepas ini. Tahniah... tahniah...! Tiada apa yang mampu diucap selain tahniah!!

28 December 2010

Mari meramal! Malaysia tewas tapi...

UPDATE 29/12/2010
YAHUUUU... RAMALAN AKU TEPAT & JITU! SAH AKU DAPAT PAKET BERCUTI DI TENANG HAHAHA...

POS ASAL:
Aku meramalkan Malaysia akan tewas di tangan Indonesia pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki di Jakarta malam esok. Malaysia akan kalah 1-2 tetapi berjaya muncul juara Piala Suzuki kerana menang agrigat 4-2 serta kejayaan menjaringkan gol di gelanggang lawan. Itu ramalan aku!

Sesiapa yang nak meramalkan perlawanan Malaysia-Indonesia esok sila berikan melalui komen di bawah! Ada berani?

Siapa yang beri ramalan tepat, aku bagi tiket pakej percutian ke Tenang, bulan depan wakakaka...!!

Ops...! Meramal boleh, tapi berjudi itu haram!!

Awas gunung kembar Julia Perez mampu tewaskan Malaysia!

Awas! Nanti jadi Kasim Selamat!
Hoho... Pasukan bola sepak Malaysia bakal kecundang di Bung Karno. Kecundang bukan sebab kehebatan pemain import Gonzales dan rakan-rakannya merobek gawang Malaysia, tetapi kerana para pemain negara "buta mata" akibat gunung kembar Julia Perez a.k. Jupe, artis Indonesia yang terkenal yahut!

Betul memang betul. Sesiapa yang tengok gunung kembar Jupe ini pasti akan buta. Bukan saja mata yang buta, hati pun jadi buta. Pergh... Macam mana tu? Risau betul aku kalau-kalau Apek, Safee Sali bahkan Rajagobal sendiri akan buta matanya kerana melihat kelibat Jupe di stadium nanti.
“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi. - Berita Harian, 28 Dis 2010
Aku cadangkan elok kalau semua pemain Malaysia pakai spek hitam ketika beraksi pada final kedua menentang Indonesia esok. Bukan apa, aku takut semua pemain terbeliak mata tengok gunung kembar Jupe, langsung tak boleh main bola. Jangan risau, spek hitam banyak dijual di Tanah Abang, Jakarta. Harga sekitar Rp3,500 dan ke atas.  Ha ha

Tapi Julia Perez lupa kalau pemain Malaysia sebetulnya tak hairan dengan gunung kembar Jupe tu sebab artis-artis Malaysia pun tak kurang hebat dan sering kali duk tayang gunung kembarnya baik dalam majalah atau kat TV. Tapi paling kerap dapat dilihat ialah di disko-disko dan pub di sekitar KL. Jadi, apa nak hairan.... hahahaha...!!

Malaysia pasti menjuarai Piala Suzuki 2010 biarpun dilaser dengan gunung kembar Jupe! Wakakaka...

p/s: Siapa artis Malaysia tayang gunung kembar kat Anugerah Skrin 2010?

27 December 2010

Shahidan tolak jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis?

Khabarnya Shahidan Kassim angin satu badan apabila namanya diangkat semula dalam UMNO Perlis. Dia dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO Perlis menggantikan Datuk Zahidi. Tetapi bukan sebab dia jadi timbalan perhubungan yang buat Shahidan hangin tetapi apabila dia terpaksa bekerja di bawah MB Perlis, Isa Sabu, "pemimpin tua" yang menggantikannya sebagai MB dan Ketua Perhubungan Perlis.

Semua maklum kalau Shahidan dan Isa Sabu sudah menjadi seteru sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila berlaku gerakan nak jatuhkan beliau ketika Pak Lah berkuasa dahulu. Hasil pakatan Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan beberapa pemimpin UMNO Perlis termasuk Isa, Shahidan telah ditolak sebagai MB oleh Pak Lah walhal beliau mengetuai gerakan mempertahankan Perlis daripada tumbang di tangan pembangkang ketika tsunami politik 2008 lalu.

Lalu apabila Tengku Adnan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi timbalan perhubungan UMNO di bawah Isa Sabu, sudah pastilah Shahidan tidak boleh terima dan khabarnya beliau akan bertemu dengan Najib selaku Presiden parti untuk menyatakan rasa hatinya. Khabarnya sehingga dia bertemu dengan Najib, Shahidan tidak akan sesekali bekerja di bawah Isa Sabu.

Maklum Shahidan pernah jadi MB Perlis beberapa penggal dan mempengerusikan badan perhubungan Perlis sekian lama. Selepas ditendang oleh Pak Lah, akhirnya dia dilantik semula tetapi kena turun darjat, iaitu sebagai timbalan pengerusi UMNO Perlis. Takkanlah Shahidan mahu. Lebih baik tak ada jawatan apa-apa dalam UMNO negeri daripada bekerja di bawah musuhnya.

"Aku tak kisah kalau mereka nak ganti aku, tapi kalau nak ganti, gantilah dengan orang lebih muda dari aku. Bukan yang tua macam tu (merujuk Isa Sabu). Aku tak fahamlah fikiran dia orang ini (Pak Lah Badawi)." Teringat kata-kata Shahidan ketika aku bertemu dengannya semasa PAU 2009 dulu.

Keadaan Shahidan dengan Isa Sabu ini umpama Ahmad Said dan Idris Jusoh di Terengganu. Kalau Ahmad Said dilantik Pengerusi perhubungan UMNO Terengganu takkanlah Idris Jusoh yang pernah jadi MB dan Pengerusi Perhubungan nak turun darjat jadi orang nombor dua pula.

Lalu, apa motif Najib melantik Shahidan sebagai timbalan pengerusi UMNO Perlis? Mahu mencantum semula retak UMNO Perlis atau sengaja buatkan Shahidan naik angin? Entahlah....

Gerun dengan Khusrin, MB Selangor terkencing dalam seluar?

Selepas terkancing gigi gara-gara melihat logo 1Malaysia, MB Selangor khabarnya terkencing dalam seluar pula gara-gara pelantikan bekas Pengarah JAIS, Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru. Pelantikan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Ini semua kerana Khalid dan balaci-balacinya di pejabat SUK begitu gerun dengan ketegasan Khusrin yang sebelum ini begitu tegas menjalankan tanggungjawab sebagai Pengarah JAIS termasuk menghalang puak-puak tertentu menjadikan masjid dan surau di Selangor sebagai gelanggang politik, menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin kerana berceramah tanpa tauliah serta membanteras amalan Syiah di Gombak.

Ini adalah antara rentetan kejayaan JAIS di bawah Khusrin. Kerana ketegasan Khusrinlah maka Khalid dan balaci-balacinya tidak bersetuju dengan pelantikan Khusrin termasuk menganggap KSN membelakangkan MB Selangor kerana melantik Khusrin tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu (tapi Sultan dah perkenan beb!).

Aku percaya dengan adanya Khusrin yang akan bertanggungjawab menguruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, maka puak-puak politik dalam kerajaan Selangor, baik Exco atau Setiausaha Politik yang gila kuasa dan glamer itu sukar untuk mempengarui Khusrin terutama dalam memenuhi kepentingan peribadi dan politik mereka.

Dan pada masa yang sama, aku percaya Khusrin bakal menjadi seorang pegawai kanan kerajaan yang profesional biarpun bertugas di bawah kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang manakala dirinya pula dilantik oleh kerajaan pusat di bawah BN.

UMNO di tiga negeri dapat Pengerusi baru. Tahniah!

Tahniah kepada UMNO negeri di Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang yang kini telah kembali ke pangkuan anak negeri selepas sebelum ini ia diterajui oleh "orang luar". Terengganu yang sebelum ini diterajui oleh Hishammuddin pastinya dapat menarik nafas lega selepas jawatan itu telah diserahkan kepada Ahmad Said selaku MB Terengganu.

Aku percaya selepas hampir 3 tahun sejak PRU-12 lalu, UMNO Terengganu sudah kembali "sejuk" dengan isu-isu dalaman yang boleh menjejaskan parti di negeri itu terutama menjelang PRU-13 nanti. Bekas MB, Datuk Idris Jusoh dan sekutunya pun sudah tidak kacau daun lagi terhadap pentadbiran Ahmad Said. Lagipun Ideris kini sibuk dengan tugasnya sebagai Pengerusi MARA.

Di Kedah pula, UMNO negeri itu yang sebelum ini diterajui oleh orang Sabah, pun sudah diserahkan kepada anak negeri iaitu Ahmad Bashah manakala anak Tun Dr. Mahathir, Mukhriz pula dilantik sebagai timbalan. Aku rasa ia pelantikan yang wajar dan memenuhi kehendak akar umbi di Kedah terutama kepada pihak-pihak yang bimbang dengan pelantikan Mukhriz sebagai Pengerusi manakala mereka yang menyokong Mukhriz pula sudah pasti dapat menarik nafas lega apabila pemimpin mereka menjadi orang no. 2 dalam UMNO Kedah.

Di Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang baru kematian isteri tersayang dilantik sebagai pengganti Ahmad Zahid Hamidi. Zainal "panjang" sebelum ini adalah timbalan Ahmad Zahid manakala Musa Sheikh Fadhil diumumkan sebagai timbalan Zainal.

Aku percaya pelantikan anak Pulau Pinang menerajui UMNO dapat mengembalikan "penyatuan" UMNO negeri itu yang sebelum ini dikatakan berkecamuk. UMNO Pulau Pinang merupakan antara badan perhubungan parti yang penting terutama untuk mengemudi usaha BN merampas Pulau Pinang daripada penjarah tanah Melayu, DAP.

Satu yang mengejutkan berlaku di Perlis apabila bekas MB, DS Shahidan Kassim diangkat semula ke dalam badan perhubungan UMNO negeri itu sebagai timbalan kepada Isa Sabu. Dan sudah pastinya perang dingin antara Shahidan dan Isa sebelum ini dapat diredakan manakala kombinasi Isa dan Shahidan diyakini dapat memantapkan lagi UMNO negeri Perlis.

Bagaimanapun harapan untuk melihat Selangor dan Wilayah diterajui oleh anak negeri sendiri masih belum ditunaikan apabila Najib dan Muhyiddin terus kekal menerajui UMNO kedua-dua negeri tersebut. Mungkin Najib melihat UMNO Selangor belum mantap untuk diserahkan kepada Noh Omar dan begitu juga dengan Wilayah Persekutuan.

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO negeri :

KEDAH
Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Baru)
Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Baru)

PERLIS
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim (Baru)

TERENGGANU
Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said (Baru)
Timbalan Pengerusi -  Yahya Khatib Mohamad (Baru)

PULAU PINANG
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman (Baru)
Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir (Baru)

SELANGOR
Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA
Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR
Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN
Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK
Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni  Hanazlah

Yang seksi-seksi di Anugerah Skrin 2010 (Updated!)

PSSTT! Ada tambahan gambar kat bawah...!

POS ASAL:
Heboh bila Perkasa persoal pakaian artis wanita masa penyampaian Anugerah Skrin 2010 semalam. Akibatnya Rais Yatim yang turut hadir malam tu kata, kalau ada artis yang pakai pakaian tak senonoh pada majlis tu, TV3 kena bertindaklah. Rais kata dia tak perhati sangat bab pakaian artis sebabnya Maznah Rais ada kat sebelah... hahaha..!!

Maaflah aku tak tengok anugerah tu sebab aku bukan minat sangat bab-bab beri anugerah kat artis ni. Jadi aku tak tahu yang mana seksi yang mana bukan. Aku cuba dapatkan gambar-gambar sekitar malam anugerah tu dari rakan-rakan yang kerja ambik gambar dan hasilnya aku dapatlah dua tiga keping gambar "seksi" kat bawah ni. Aku juga jengok blog Minaq Jinggo kat sini...!!

Tapi aku tak tahulah yang gambar artis mana yang Perkasa kepoh sebab berpakaian seksi tu sebab aku rasa pakaian mereka sebahagian besarnya wajar-wajar saja. Adalah sorang dua pakai sendat macam nangka kena bungkus, tapi tataulah pulak kalau orang Perkasa tengok dah stim. Aku tak rasa apa-apa pun.

Atau mungkin juga kawan-kawan aku sengaja tak mahu kasik aku gambar-gambar menggiurkan kat aku sebab mereka semua nak "makan sorang-sorang". Entahlah... Korang tengoklah tang mana yang menjolok mata tu! Maaf aku tak kenal sangat artis-artis ni..!! Haha... Tolol!

Jue Aziz dikatakan paling "menonjol" malam itu.

Ini Julia Evan, anak Mat Salleh tapi Melayu!

Sorry.. Yang ini aku tak kenal...

Ini ke Syakila anak Rohana Jalil tu...? (Updated!)
Kasi tambah lagi...
Wow! Meletoopppp!!!
Pun artis paling menonjol juga!
Erk! Pelakon Bollywood ke?

26 December 2010

Tahniah! Malaysia ganyang Indonesia 3-0

Tahniah buat skuad bola sepak negara apabila berjaya menundukkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Berbekalkan tiga jaringan ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Rabu ini, aku percaya peluang Malaysia untuk membawa pulang Piala Suzuki buat kali pertama begitu cerah.

Biarpun masih ada 90 minit untuk anak-anak buah K. Rajagobal berjuang di stadium keramat Indonesia, tapi aku yakin benteng pertahanan negara yang dibarisi anak-anak muda awal 20-an akan mempertahankan gawang daripada dibolosi sepanjang perlawanan itu nanti. Manakala barisan penyerangnya pula tidak akan mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan di tempat lawan.

Tapi aku percaya koran-koran di Indonesia esok akan memainkan isu pancaran laser sebagai punca kekalahan pasukannya dan aku percaya ada pihak-pihak di Indonesia yang mengambil peluang mengadakan demonstrasi membantah perlawanan malam ini atas alasan gangguan laser tersebut.

Jangan terkejut kalau esok ada orang Indonesia di Jakarta yang bakar bendera Malaysia, lempar tahi ke pejabat kedutaan kita dan silap-silap mereka turut "serbu" pemain kita yang akan berangkat ke Indonesia pagi esok. Sebab itu, aku harapkan pasukan kita dapat diberikan kawalan rapi sepanjang berada di Jakarta. Maklum, apa sahaja boleh berlaku apabila mereka sudah naik angin.

Apa-apa pun perjuangan pasukan kita belum selesai... Selamat maju jaya anak-anak bangsaku!

24 December 2010

Anwar hanya penjual ubat kurap kat pasar malam....

Betullah apa yang Nazri Aziz cakap. Anwar ni taraf pasar malam je. Tak lebih dari itu. Sebab itulah dia hanya berani beri penjelasan tentang isu Apco kat pasar-pasar malam atau ceramah-ceramah ceruk kampung, tapi bila suruh beri penjelasan kat Parlimen, tak berani pun.

Hari tu bukan main lagi dia jaja konon Apco yang bagi idea buat konsep 1Malaysia iaitu sama dengan One Israel. Tapi bila Nazri dedahkan dua dokumen membuktikan Apco tak terlibat dalam kedua-dua gagasan itu, dia sudah pusing itu cerita daa!

Inilah gaya penjual ubat kurap kat pasar malam bila dia duk cerita bukan main mujarab lagi ubat kurapnya. Habis dikelentong orang yang pergi pasar malam. Makcik-makcik yang pergi nak beli apam balik, ayam golek atau sayur kampung pun boleh tertarik. Maka berduyun-duyun orang kampung datang nak dengar celoteh penjual ubat kurap ni. Tapi percayalah, bila dah habis celoteh adalah sorang dua yang percaya lalu membelinya.

Teringat aku cerita P. Ramlee, Do Re Mi yang terpaksa jual ubat palsu sebab terdesak nak cari duit. Gitulah rupanya Anwar sekarang ini. Sebab terdesak nak selamatkan diri dari menghadapi hukuman akibat penzinaan luar tabiinya, maka dia mencari apa sahaja isu untuk dijaja dan dijual di pasar malam.  Macam aku kata sebelum ini, dia sengaja mahukan dirinya digantung oleh Parlimen, sebabnya supaya ia ada modal baru nak dijual kepada rakyat.

Tapi percayalah, air liur Anwar sudah tidak laku. Rakyat tidak lagi berada di belakangnya sepertimana tahun 1999 ketika dia dipecat dahulu. Kalau dahulu, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya ditelan bulat-bulat tetapi hari ini sudah berbeza. Kalau tak percaya tanyalah puak-puak pro-reformasi dahulu. Di mana mereka sekarang? Tanyalah para pendemonstrasi reformasi dahulu, apakah mereka masih sanggup turun di jalan-jalan nak pertahankan Anwar (lagi?)

Tanyalah juga para blogger yang menyokong perjuangan mereka dahulu... Di mana mereka sekarang? Kalau mereka-mereka ini membaca blog aku, sila sampaikan apa yang korang dapat selepas turun di jalanan, kena sembur air dan gas pemedih mata FRU, kena belantan polis, masuk lokap atau paling tidak berhujan berpanas semata-mata nak pertahankan Anwar. Apa yang korang dapat sekarang?

Ini aku tak mahu jawab tapi koranglah jawab sendiri. Sebab bagi aku Anwar hanyalah penjual ubat kurap kat pasar malam dan kalau kalau terbeli ubatnya tetapi mendapati ia tidak mujarab atau ubat palsu, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan diri sendiri sebab percaya kepada si penjual ubat.

23 December 2010

Wakaka... Tengok logo "1Malaysia" pun dah kecut ke?

Puak-puak pakatan Selangor cakap bukan hebat, berapi-api. Malah ada yang hangus mulut sebab api keluar ketika berceramah tapi dengan logo "1Malaysia" pun diorang kecut perut. Khabarnya Khalid Berahim sampai terkencing dalam seluar tengok logo 1Malaysia kat tepi jalan. Ronnie Liu sampai pejam mata sepetnya rapat-rapat. Hassan Ali mengucap panjang macam tengok jerangkung bila melintas depan logo 1Malaysia. Begitulah hebatnya penangan 1Malaysia.

Jangan lupa mereka-mereka ini yang bercakap berdegang-dengan konon nak rampas pentadbiran Putrajaya, nak memerintah Malaysia konon lebih adil dan saksama, konon nak membela rakyat, konon nak hapuskan segala perkara jahat yang ada kat negara ini, tapi dengan logo 1Malaysi pun dah kecut perut. Apa ke hal yeop?

Kalau tak takut masakan semua logo 1Malaysia pada semua papan iklan, papan tanda disuruh tanggal dan buang. Aih... takut sangat ke dengan 1Malaysia tu? Dulu bukan main lain kondem pasal 1Malaysia tapi sekarang dah ketakutan pulak.

Mereka ini bukan apa, takut sangat tengok rakyat Malaysia bersatu padu. Mereka kalau boleh mahu tengok antara Melayu, India, Cina bergaduh. Itu pasal DAP duk jolok orang dia konon orang Melayu rasis, surat khabar Melayu rasis supaya Cina marahkan Melayu. Hindraf pulak duk jolok orang India konon mereka kena tindaslah, penghapusan etnik lah. Macam-macam lagi. Tujuannya apa supaya sesama kita berkelahi. Kalau dah berkelahi, mudahlah mereka nak rampas kuasa.

Maklum nak dapatkan kuasa melalui jalan depan (pilihan raya) mereka dah nampak bayang-bayang kesukarannya. Apatah lagi sekarang ini Melayu, Cina, India duk sebut... "Salam 1Malaysia". Mana tak hangin satu badan. Asyik-asyik 1Malaysia jeh.

Itu pasal kerajaan Selangor haramkan logo 1Malaysia di kawasan PBT mereka. Hahahahaha.... Tolol! Aku sarankan semua agensi kerajaan Persekutuan di Selangor pakat bubuh logo 1Malaysia besar-besar kat papan tanda bangunan mereka. Biar Khaled terkencing lagi banyak tengok logo 1Malaysia. Wakakakaa....! Ini macam worang pun ada!

22 December 2010

Skuad Malaysia 100% produk tempatan!

Berbanggalah ketika hampir semua negara di rantau Asia Tenggara menggunakan khidmat jurulatih luar negara bagi membimbing skuad bola sepak mereka, Malaysia kekal menggunakan produk tempatan dan biarpun hanya menerima sentuhan tempatan, skuad bola sepak kita tetap hebat.

Pada AFF Piala Suzuki, hanya Malaysia dan Myanmar menggunakan khidmat jurulatih tempatan manakala Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura malahan Laos mendapat sentuhan jurulatih import dari England, Portugis sehinggalah Serbia.

Malahan negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina mengambil jalan mudah dengan menggunakan khidmat awang import (pemain import yang bermain di liga negara masing-masing, kemudian diberikan kerakyatan untuk membolehkan mereka mewakili negara terbabit). Tahniah patut diberikan kepada negara kerana terus kekal dengan 100 peratus produk tempatan.

Jadi, menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki, Malaysia tidak perlu khuatir andai kita gagal sekalipun sebab kita berhadapan dengan pasukan yang menggunakan jurulatih dan pemain import. Kemenangan mereka tidaklah boleh dibanggakan. Sebaliknya, jika kita menang nescaya kita boleh berbangga anak-anak Malaysia tulen berjaya menjulang Piala Suzuki selepas sebelum ini menggenggam pingat emas Sukan SEA di Laos tahun lalu.

Sekadar imbasan, berikut senarai jurulatih dan pemain import yang dimiliki oleh skuad negara lain yang bersaing di Piala Suzuki 2010:

SINGAPURA:
Jurulatih - Avramovic Radojko (Serbia)
Pemain:
1. Emuejeraye Precious
2. Daniel Bennett
3. John Wilkinson
4. Aleksandar Duric

FILIPINA:*
Jurulatih - Simon McMenem (England)
Pemain:
1. Stephan Schrock
2. David Younghusband
3. James Younghusband

INDONESIA:
Jurulatih - Alfred Riedl (Austria)
Pemain:
1. Cristian Gonzales
2. Irfan Haarys Bachdim

THAILAND:
Jurulatih - Bryan Robson (England)

LAOS:
Jurulatih - David Booth (England)

VIETNAM:
Jurulatih - Henrique Calisto (Portugal)

* Tidak jelas sama ada pemain "asing" Filipina ini adalah awang import. Maklum nama mereka semua berbau mat saleh termasuk muka-muka Tagalog. Tapi berdasarkan rupa, aku rasa beberapa pemain Filipina bukan anak tempatan.

Penipu macam Anwar memang patut digantung

Sifat penipu dan pembohong Anwar Ibrahim memang ramai dah tahu. Dari tipu pasal peralihan kerajaan Malaysia 16 September 2008, banyak lagi kes-kes yang menunjukkan dia memang seorang penipu besar. Ini termasuk pasal sakit tengkok, kena suntik arsenik dan virus HIV, ugutan bunuh sehingga terpaksa lari ke Kedutaan Turki dan bertan-tan bukti penipuan lain.

Begitu juga dengan isu APCO. Memang dah sah-sah Anwar menipu bukan sahaja tipu penyokongnya, tipu pemimpin Pas, tipu rakyat malah Dewan Rakyat pun dia mahu tipu. Sebabnya satu sahaja... Pastinya matlamat peribadi untuk jadi PM dan bebaskan dirinya dari dakwaan liwat. Maknanya kalau tak menipu itu bukan Anwar,

Jadi elok sangatlah kalau dia digantung dari hadiri sidang Parlimen. Penipu besar dan peliwat tegar macam Anwar layak masuk Sungai Buluh dan bukannya Dewan Parlimen. Tapi yang pelik, masih ramai yang percayakan mamat berlidah bercabang-cabang ini termasuk pak-pak jangoet (pinjam istilah Zul Nordin).

Baca laporan penafian APCO Worldwide dan penglibatannya dengan One Israel:
KUALA LUMPUR 22 Dis. — APCO Worldwide hari ini berkata, satu afidavit yang baharu sahaja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program “One Israel” adalah benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan “One Israel” yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.
"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan ‘One Israel’ adalah palsu. Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia,” kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.
Syarikat itu berkata, ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu. - Bernama

Perginya Datin Shazarina... Takziah buat Datuk Zainal

Salam takziah buat Datuk Zainal Abidin Osman (aku gelar Datuk Zainal Panjang sebab dia tinggi melangit...) atas kembali ke rahmatullah isteri tercinta, Datin Shazarina Shamsudin awal pagi ini akibat kanser.

Aku tak kenal Datin Shazarina dan tak pernah berpeluang bertemu dengannya. Tetapi setiap tahun aku selalu terima kad ucapan Hari Raya daripada Datuk Zainal dan biasanya kad raya tersebut tercetak gambar Datuk Zainal, datin dan anak-anak mereka.

Pastinya pemergian Datin Shazarina pada usia 46 tahun merupakan satu kehilangan besar buat keluarga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
 Al-Fatihah!

20 December 2010

Ringkas... ringkas... ringkas...!!

ANWAR & GENG DIGANTUNG 6 BULAN

Tahniah Anwar sebab strategi anda kali ini berjaya (lagi) iaitu memastikan Parlimen Malaysia menggantung diri anda sebab anda mahu menjadikan isu anda digantung sebagai modal kempen meraih simpati pemimpin luar negara. Sebab itulah walaupun diberi peluang membela diri, anda tetap berdegil dan akhirnya apabila anda digantung anda bersorak girang.

Anda dan rakan-rakan anda persoal Parlimen Malaysia tidak demokratik sebab menggantung anda dan rakan-rakan anda sedangkan anda lupa kerajaan pakatan yang anda ketuai di Selangor dan Pulau Pinang juga pernah menggantung ketua pembangkang masing-masing bukan setakat 6 bulan, malah ada sampai setahun. Tapi mengapa anda tidak persoalkan?

Betul kata anda dan rakan anda dari Australia itu, Parlimen Malaysia macam Parlimen Kangaroo dan anda serta rakan-rakan pembangkang andalah sebenarnya kangaroo itu yang menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Kangaroo...! Tahniah bro!


PIALA SUZUKI: KITA LAYAK KE FINAL!

Bola sepak negara kembali berseri selepas anak-anak buah Rajagobal mencipta "kejutan lagi" mara ke final Piala Suzuki selepas berjaya menahan asakan padu Vietnam pada suku akhir kedua di Hanoi. Lawan Malaysia di final adalah Indonesia, yang mengganyang pasukan kita 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Nah, inilah peluang Safee Sali & kawan-kawan untuk membalas dendam atas kekalahan tersebut. Malu dibelasah Indonesia hanya boleh ditebus apabila kita menjulang Piala Suzuki. Tahniah!


APABILA KERUSI DUN TENANG KOSONG

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia tiga hari lalu. Walaupun kenduri arwah baru masuk malam ketiga, kalangan politik terutama puak-puak Pas sudah pukul palu untuk pilihan raya kecil DUN tersebut.

Pelik, kalau ADUN mereka yang meninggal dunia, bukan main lagi mereka marah kita sebut mengenai pilihan raya kecil sampai sanggup keluarkan ayat-ayat Quran dan Hadis supaya menghormati mereka yang baru sahaja meninggal dunia dan keluarga mereka. Tapi bila kematian itu melibatkan orang UMNO, wah belum sempat jenazah dikebumi sudah ada yang gantung poster. Tahniah!

15 December 2010

Yey... Malaysia menang!

Yey! Malaysia menang lawan Vietnam pada separuh akhir Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku pun berada dalam ribuan manusia yang sebahagian besar penyokong pasukan kebangsaan. Siapa kata orang kita dah tak minat pergi stadium tengok bola? Kalau cara pasukan kita main malam ni, tak mustahil kita boleh mara ke perlawanan akhir.

Perghhh... gegap-gempita seluruh stadium dengan dentuman mercun, bingitan vovoozela (?), kompang dan macam-macam bunyian termasuk sorak girang penyokong pasukan negara apabila Safee Sali menjaringkan gol. Bukan satu, tapi 2 gol tu... Cukuplah buat bekal ke Hanoi untuk pusingan kedua Sabtu nanti.

Tahniah kepada seluruh skuad pasukan negara + jurulatih K. Rajagobal sebab telah berjaya menaikkan kembali maruah bola sepak kebangsaan. Selepas cemerlang di Sukan SEA, Sukan Asia dan kini Piala Suzuki pula. Aku percaya episod duka bola sepak negara semakin berlalu dan martabat bola sepak negara kembali melonjak.

Tahniah juga buat Rosmah Mansor kerana diberi pingat yang bawa gelaran Datuk Seri Utama. Hidup Permata!!

MTB: Tak amal menang dipuji, kalah dikeji!!

14 December 2010

Kerana Rosmah, RTM korbankan peminat bola

Para peminat bola mesti hampa apabila menyedari tiada siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Vietnam malam esok di TV milik kerajaan, RTM. Sebabnya RTM akan memberi keutamaan kepada siaran langsung pertunjukan budak-budak tadika Permata naungan Rosmah Mansor, bini PM kita.

Pertunjukan budak tadika Permata itu diadakan malam esok, serentak dengan anak-anak buah K. Rajagobal berjuang di tengah padang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mencari kemenangan sebagai modal sebelum pertemuan separuh akhir kedua di Vietnam nanti. Tapi bagi RTM dan Rosmah, tiada yang lebih penting selain pertunjukan budak tadika Permata itu.

Betul, Astro akan siar secara langsung perlawanan tersebut menerusi Astro Arena, tetapi berapa kerat sangat peminat bola kita melanggan Astro. Bagaimana pakcik-pakcik dan abang-abang kat kampung yang tak ada Astro. Nak pergi stadium dah lah jauh, nak tengok TV pula tak ada siaran langsung. Difahamkan RTM akan tayang siaran tertunda selepas pertunjukan budak tadika tersebut.

Dah tentulah peminat bola kita kecewa sebab perlawanan penting seperti itu RTM buat siaran tertunda, maknanya perlawanan dah habis baru nak siar. Buat apa? Orang nak tengok serentak dengan games, barulah semangatnya lain.

Perlawanan menentang Vietnam malam esok adalah penentu hidup mati pasukan bola sepak negara. Menang akan memudahkan tugas kesebelasan utama negara menghadapi saingan separuh akhir kedua. Malah  menang juga akan melonjakkan semula maruah pasukan bola sepak negara yang sekian lama berada di tangga-tangga tercorot rangking FIFA.

Malahan perlawanan malam esok juga akan mencetuskan semula semangat peminat bola kat Malaysia untuk berduyung ke stadium selepas sekian lama stadium kosong dan tiada sorakan penonton setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung.

Tapi malang, dalam keadaan penting bagi pasukan bola sepak dan maruah negara, RTM terpaksa pinggirkan demi memenuhi "permintaan" Rosmah. Bukan aku nak perkecil tetapi wajarkah pertunjukan budak-budak tadika diberi ruang bersiaran langsung menerusi TV dan dipancarkan ke seluruh negara? Tetapi mahu tidak mahu RTM terpaksa menurut kata. Bukan apa, takut nanti tak pasal-pasal Rais Yatim kehilangan jawatan menteri jaga RTM dan para pegawai kanan tertinggi RTM bertukar ke kementerian lain. Jaga periuk nasi beb!

Rosmah pun satu, dah tahu 15 Disember akan berlangsung perlawanan bola sepak yang begitu penting bagi negara, nak juga mereka buat pertunjukan tadika tu pada tarikh yang sama. Carilah hari lain. Lagi pun malam-malam tengah minggu budak-budak tak tengok TV punya sebab semua dah masuk tidur. Kalau tak tidur dan tengah layan TV pun mereka semua pakat tengok channel Disney, tak pun Astro Ceria.

Jadi, siaran langsung pertunjukan tadika tu disasarkan untuk siapa sebenarnya?

Cut Tari dah mengaku... Anwar bila pulak?

Cut Tari mengaku di depan hakim bahawa dia ada mengadakan hubungan seks dengan Ariel Peterpan sebanyak tiga kali tapi lupa tarikh-tarikhnya. Dia buat pengakuan ketika memberi keterangan dalam kes Ariel yang didakwa menyebarkan video porno "lakonannya" dengan Cut dan Luna Maya. Cut sememangnya sejak awal lagi mengaku dialah wanita dalam video tersebut dan lelaki itu adalah Ariel x-boyfriend dia.

Okey... Itu cerita Cut Tari dan Ariel nun di Indonesia. Sekarang nak pula tanya Bang Nuar bila gamaknya dia mahu mengaku yang memang dia meliwat Saiful Bukhari seperti didakwa tatkala Saiful sendiri sudah mengaku termasuk bersumpah di masjid. Agaknya kalau Bang Nuar mengaku, dia bakal menjadi penjenayah pertama yang diberi diskaun hukuman di bawah konsep "plea bargaining" yang Ketua Hakim Negara cakapkan.

Plea bargaining ni macam beli baranglah. Ada tawar menawar. Kalau (contoh) Bang Nuar mengaku dia ada liwat Saiful maka hakim akan kenakan hukuman penjara 12 tahun tetapi Bang Nuar boleh tawar turunkan hukuman. Kalau hakim setuju dia boleh kurangkan hukuman kepada 6 tahun saja. Kalau 6 tahun ditambah dengan sikap berkelakuan baik ketika dalam Sungai Buluh, mungkin Bang Nuar boleh keluar penjara sebelum PRU-14. Maknanya kalau umur dia panjang, bolehlah dia bertanding pada PRU-14 nanti dan bolehlah jadi PM Malaysia. Itupun kalau menanglah.

Lagi pun dengan menggunakan plea bargaining ini perbicaraan kes Bang Nuar yang berlarutan 2 tahun lebih boleh dipercepatkan dan diselesaikan. Kalau dah selesai, mudahlah tuan hakim, para peguam dan para pendakwaraya nak proceed dengan kes-kes lain yang tertunggak disebabkan duk layan kes si Bang Nuar ni tak selesai-selesai.

Tapi manalah Bang Nuar nak mengaku dia buat salah. Wikileaks dedahkan rahsia dia dan media-media yang keluarkan cerita dari Wikileaks dia bantah sebab bersifat prejudis kerana kesnya masih dibicarakan tetapi kalau dia duk jaja cerita pasal kes tersebut seluruh negara dan dunia, dikeluarkan cerita untuk nafikan dia terlibat dalam media-media pro-pembangkang, tak pula dia kata salah. Ciss...!

Bang Nuar ... Bang Nuar ... Bertaubatlah! Umur pun dah makin sikit sisanya, pintu kubur dah makin dekat. Dengarlah cakap Ustaz Kapal Sikh tu. Kak Wan pun pujuk-pujuklah Bang Nuar tu. Kak Wan pun taubatlah sekali.

Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada umatnya.

13 December 2010

Pendedahan Wikileaks... Apa tindakan Anwar selepas ini?

Pendedahan oleh Wikileaks umpama tumbuk rusuk bagi Anwar Ibrahim. Senaknya jangan cerita. Aku percaya sekarang ini Anwar sudah tidak boleh tidur lena (dan aku percaya dah lama Anwar tak cukup tidur) sebab fikirkan nasibnya. Apakah masih lagi mahu bertahan, berundur atau melarikan diri.

Sejak kes liwat dengan Saiful Bukhari terdedah dan perbicaraannya masih lagi berlarutan walaupun selepas lebih 2 tahun, keadaan Anwar sebenarnya semakin nazak. Ibarat seorang petinju, dia diasak kiri, kanan, depan, belakang. Pokoknya dari semua sudutlah. Macam-macam isu terdedah dari kes Saiful, orang-orang kanan yang satu persatu cabut lari, orang-orang kepercayaan yang semakin tidak percaya hinggalah kes dalam partinya sendiri. (Ops... pasal masalah pengundinya di Permatang Pauh dah lama Anwar ignore. Anwar & family pun dah lama tak balik sana sejak menang PRK dulu).

Sudahlah diserang oleh media-media arus perdana hari berganti hari, kemudian diasak di Dewan Parlimen, diketawa oleh bekas-bekas pengikutnya sehinggalah diludah dan dimaki oleh bekas-bekas penyokongnya kini Lee Kuan Yew pula yang gatal mulut dedah hal sebenar tentang beliau kepada Australia yang dipanjangkan ke AS tetapi akhirnya terbongkar akibat kenakalan Wikileaks.

Arghh... Apa lagi yang boleh dibuat oleh Anwar sekarang? Usaha menagih simpati rakyat terhadapnya semakin tidak makan. Gunakan media-media alternatif dan surat khabar Cina pun tidak ke mana. Para bloggers yang dulu menjadi pejuang setianya pun dah lama hilang dan berpaling tadah. Anwar kini hanya mengharapkan isterinya, anak-anak, Azmin dan beberapa kerat pemimpin Pas yang tolol.

Nak harapkan Lim Kit Siang atau Karpal Singh memang tak boleh harap. Mereka cuma nak pergunakan Anwar untuk kepentingan mereka. Kalau Anwar kantoi di mahkamah, mereka tidak akan membantu. Karpal Singh walaupun setia menjadi peguambela Anwar tapi dia sendiri sudah "hilang akal" untuk mencari helah bagi menangguhkan kes liwat tersebut. Lalu apa lagi yang Anwar boleh lakukan untuk menyelamatkan dirinya.

Hanya satu cara sahaja Anwar boleh lakukan iaitu melarikan diri seperimana Raja Petra Kamaruddin dan dapatkan suaka politik. Dengan cara ini Anwar boleh gerakkan pengaruhnya di Malaysia dari jauh, sepertimana dilakukan oleh Taksin atau beberapa pemimpin dunia yang dalam buangan lain. Dengan harapan apabila gerakannya itu sudah kuat, dia akan kembali ke Malaysia.

Aku percaya inilah jalan yang bakal dipilih Anwar. Ops.. Wikileaks pun dah dedahkan bahawa Anwar akan mendapatkan suaka politik di negara lain jika Karpal Singh gagal mempertahankannya di mahkamah. Dan aku percaya perkara tersebut.

Tambahan: Ada yang suggest Anwar menyorok dalam tanah macam arwah Saddam Hussin. Kalau Anwar nyorok dalam tanah sure dia jadi ulat gonggok.

Cuci-cuci mata sekitar KLIMS 2010...

Dah jenuh cakap politik, meh kita cuci-cuci mata dengan gambar-gambar model kereta tercanggih dan model-model yang duduk sebelah kereta yang sempat aku snap masa pameran KL International Motor Show (KLIMS) di PWTC. Pameran start 3 Disember tetapi aku cuma berkesempatan pergi last day semalam.













10 December 2010

Lotus vs Lotus dalam Formula One. Hebat Malaysia!!!

Pst! Ini bukan Lisa Surihani, okey...
Wow...!! Ala warung tomyam. Nampaknya Proton yang berpatah arang dengan Lotus  Racing Team dan gagal "mengambil balik" nama Lotus yang digunakan oleh pasukan F1 milik taukeh Air Asia kini mengumumkan pengambil-alihan pasukan Renault untuk membentuk pasukan Lotus Renault GP.

Menariknya, Lotus Racing Team yang musim lalu menggunakan enjin Cosworth akan menggunakan enjin Renault pada kejohanan Formula One musim depan. Maknanya ada dua team Lotus+Renault atas sirkit F1 mulai tahun depan. Satu milik taukeh AirAsia dan satu lagi milik Proton. Khabarnya kedua-dua team ini akan guna warna tema yang sama - Hitam dan Emas! Wow...!! Hebat Malaysia!

Teringat pula gaya orang kita berniaga kat food-court. Apabila nampak kat sebelah jual tomyam laku, masing-masing pakat nak jual tomyam yang akhirnya semua jual tomyam. Yang nak jual nasi lemak tak ada. Akhirnya tomyam tak laku. Haha...

Inilah gayanya orang kita. Sebab tak puas hati tak dapat miliki nama Lotus  Racing Team, Proton si pemilik syarikat pengeluar kereta Lotus Group di UK buat team F1 sendiri dengan beli Renault Team. Sebelum ini, Lotus  Racing Team dimiliki dan didaftarkan oleh seorang individu  - David Hunt yang kemudian dibeli oleh Tony Fernandez & Friends.

Model kereta Lotus Renault GP musim 2011. Khabarnya kereta Lotus Racing Team pun guna warna hitam & emas.
Aku tak kisah kalau Proton nak masuki perlumbaan F1 lagi bagus sebab Malaysia bakal ada dua team sekali gus tapi yang tak sedapnya dua-dua team Malaysia nama Lotus dan guna enjin Renault. Satu namanya Lotus Racing Team dan satu lagi Lotus Renault GP. Haiii pening...!

Tapi dalam perlumbaan F1 kes dua team guna nama sama bukanlah pelik sebab setahu aku team Red Bull pun ada dua team dalam F1. Satu Red Bull Racing (RBR Renault) yang jadi juara musim ini dan satu lagi Red Bull (STR-Ferrari). Tapi mereka ada dua team bukan sebab bergaduh tetapi sebab Red Bull buat team sendiri tetapi masih ada kontrak dengan STR yang akhirnya nampaklah ada dua team pakai logo Red Bull.

Aku harap "persaingan" antara kedua-dua team Malaysia ini memberi impak positif kepada negara dan bukan berlumba kerana masing-masing nak tunjuk terror. Maklum nak sertai F1 ni bukan perkara mudah dan murah. Ia libatkan kos yang sangat tinggi dan perlukan pelaburan besar.

Jangan sampai nanti dua gajah bergaduh, anak kambing kat tengah mampus kena pijak!

p/s: Tunggu komen staff Proton!

Alahai khutbah Jumaat kat masjid negeri Selangor....

Aku tak taulah masjid-masjid lain kat Selangor ni, tapi masjid dekat taman perumahan aku ni sejak dua tahun lalu tak adalah topik lain yang disentuh oleh tok-tok imam dalam khutbah Jumaat mereka, melainkan hal-hal berkaitan pemerintahan a.k.a politik semata-mata.

Hari ini imam (sekali lagi imam jemputan, entah dari mana...) sentuh pasal Hijrah, maklum baru sambut Maal Hijrah. Aku ingatkan tok imam tu sentuhlah pasal penghijrahan yang skop lebih luas, seperti menyeru para jemaah berhijrah ke arah kebaikan. Tetapi tok imam tu asyik bercerita tentang penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dengan intipatinya, kalau tak ada kerajaan, Islam itu tidak boleh dikembangkan. Sebab itu, Islam berkembang semakin luas selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mewujudkan kerajaan Islam.

Baik, aku tak kata khutbah yang disampaikan itu tak betul, tak bagus atau apa. Tapi dah dua tahun sejak pembangkang perintah Selangor, khutbah Jumaat tak lari dari soal pemerintahan dan kerajaan Islam. Pokoknya apa sahaja isu dikaitkan dengan pemerintahan. Aku tahu, notabenenya imam-imam tersebut nak sampaikan seruannya. Aku tak kisah kalau sekali-sekali sentuh pasal politik dan kerajaan tapi kalau tiap minggu duk cerita pasal benda sama, apa makna tujuan khutbah Jumaat diadakan?

Aku rasa khutbah-khutbah Jumaat yang aku dengar selama ini kosong tidak berisi melainkan cara penyampaiannya sahaja penuh semangat dan hilang mengantuk. Tetapi isinya kosong dan tiap kali aku balik ke rumah, tiada apa yang aku boleh sampaikan kepada isteri dan anak-anak aku. Tiada apa yang boleh dipelajari dan diambil iktibar melainkan suruh mereka pakat sokong pembangkang dan tolak kerajaan yang tidak amal undang-undang Islam. (Macamlah kerajaan Selangor amal undang-undang Islam!)

Ada juga sekali-sekala mereka sentuh soal masalah sosial tetapi balik-balik jalan penyelesaiannya ialah tukar kerajaan. Biar kerajaan Islam yang perintah. Aku tak nafikan undang-undang Islam itu bagus, dan semuanya ada dalam al-Quran tetapi boleh ke kerajaan Selangor (atau Kelantan yang mereka kata amal pemerintahan Islam) mengatasi masalah sosial dengan hanya menukar pemerintahan?

Tukar kerajaan supaya pemerintahan Islam dapat dilaksanakan di Malaysia tapi yang peliknya mereka nakkan peliwat tegar dan pembohong besar negara jadi PM dan kafir harbi jadi TPM. Macam mana nak laksanakan kerajaan Islam?

Hek eleh...

09 December 2010

Apa salahnya KJ jadi menteri?

Apa salahnya KJ jadi menteri? Dia Ketua Pemuda UMNO, berkelulusan universiti tersohor dunia, punya kepandaian, petah bercakap, otak geliga, ligat, berkarisma. Kenapa semua orang tak puas hati kalau Najib lantik KJ jadi menteri atau timbalan menteri?

Perghhh... Itu soalan yang bersembur keluar dari mulut seorang kawan sepejabat aku. Tak dapat aku nak menepis segala hemburan pandangan beliau itu walaupun aku cuba menepisnya dengan pelbagai alasan termasuk perihal fiilnya ketika bapa mentuanya jadi Perdana Menteri sebelum ini.

Kawan aku kata, aku jangan cakap sedap mulut kalau aku tak ada bukti yang menyatakan KJ menjadi tangan yang menggerakkan boneka bapa mentuanya. Jangan hanya cakap sebab ikut dengar orang lain cakap. Itu fitnah dan berdosa namanya. Terdiam sejenak aku dengan pandangan kawan aku sebab memang aku tak boleh nak buktikan.

Bila dia tengok aku dah diam, kawan aku "serang" lagi. Kau jangan ingat Pak Lah tu bodoh sangat nak ikut telunjuk kata menantunya itu. Dah KJ bagi idea dan ideanya pun bernas sebab otak orang belajar tinggi kat universiti tersohor, pastilah lebih bernas daripada otak Pak Lah yang takat belajar kat universiti tempatan tu. Tapi kalau idea KJ tak bagus, takkanlah Pak Lah nak ikut saja.

Selama ini pun KJ bukan main hebat beri idea termasuk masa bapa mentuanya jadi PM, jadi apa salahnya Najib bagi peluang KJ jadi menteri atau timbalan menteri. Kita sama-sama tengok hebat ke graduan universiti tersohor dan bercita-cita nak jadi PM sebelum umur 40 tahun ini? Kalau dia jadi Timbalan Menteri Kewangan, nah kita tengok apa hebatnya dia dan mampukah dia bantu PM dan Menteri Kewangan sehingga boleh menaikkan ekonomi negara, menghalang dari anasir perosak ekonomi baik dari luar atau dalam.

Jangan fikir dia kantoi pasal politik wang masa PAU dulu, kita nak hukum dia tak boleh. Ali Rustam pun kantoi juga tapi sampai hari ini masih jadi Ketua Menteri Melaka dan tiada siapa pun protes? Pergghhh... Berapi-api kawan aku berhujah.

Last-last aku jawab: Macam nilah. Kita gaduh pun tak guna pasal KJ ni. Najib nak ambil dia jadi menteri atau tidak itu terserah kepada Najib. Dia PM dan sudah tentu dia juga ada kebijaksanaan nak tentukan siapa menteri kabinetnya. Kalau kita terpekik melolong marahkan KJ nak jadi menteri, kalau akhirnya Najib lantik juga apa kita boleh buat? Takkan kita nak marah PM pulak?

Lagi pun kita ni siapa nak nasihatkan Najib supaya jangan ambil KJ jadi menteri. Usahkan PM, anak-anak kita sendiri pun kadang-kadang tak dengar cakap kita. Apa kita ni penasihat PM ke? Tak... kita cuma rakyat. Dan salahkanlah pengundi di Rembau yang pilih KJ jadi Ahli Parlimen mereka dan salahkanlah wakil-wakil Pemuda UMNO yang lantik dia jadi Ketua Pemuda.

Nah kau... Sekarang kawan aku pulak terdiam!

06 December 2010

Jangan pandang remeh isu mahasiswa jadi pelacur!

Ramai mahasiswa sanggup jual lendir semata-mata nak hidup mewah - Gambar hiasan
Isu mahasiswa jadi pelacur untuk tampung kos pengajian bukan perkara baru. Ia sudah lama berlarutan tetapi tiada siapa yang mengambil kisah mengenainya. Selain sukar nak buktikan, pihak universiti juga mengambil sikap "menutup kes" setiap kali ada mahasiswa dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral ini. Tidak hairan kalau pihak kementerian tak pernah terima laporan mengenai kegiatan ini.

Kegiatan mahasiswa yang jadi call-girl, pelacur kelas atasan, GRO dan gigolo bukan hanya melibatkan IPTS tetapi juga IPTA, bukan sahaja di kalangan bukan Melayu malah ramai juga mahasiswa Melayu dan Islam yang terlibat. Memang betul kalau nak banding jumlah mahasiswa keseluruhan, peratus yang menjalankan kegiatan ini amatlah kecil tetapi kalau 1% daripada 1 juta mahasiswa itu sudah kira ramailah!

Seingat aku suatu ketika dahulu ada media (kalau tak salah Kosmo!) ada mendedahkan kisah kegiatan mahasiswa yang menjalankan kegiatan menjual body ini secara sambilan. Mereka jadi call-girl untuk melayani nafsu lelaki hidung belang secara sembunyi-sembunyi. Sebabnya ada kalangan mahasiswa ini mahu hidup mewah dan tidak kurang untuk menampung kos sara hidup sepanjang pengajian mereka.

Rakan-rakan aku bercerita kalau mereka ini menjalankan kegiatan sedemikian hanya sepanjang pengajian di universiti. Apabila sudah tamat pengajian, ramai yang "bersara" dan menjalankan kehidupan seperti biasa termasuk berumah tangga. Tetapi mereka bercerita, ada juga yang ketagih kerana mudah dapat duit sehingga mereka terus terjebak dalam kegiatan ini, walaupun sudah tamat pengajian. Ini kira pelacur berijazahlah! Tapi jumlahnya tak ramai.

Jadi apabila Menteri Pengajian Tinggi minta pihak berwajib menjalankan siasatan berhubung dakwaan ini, aku rasa itu tindakan yang wajar. Kementerian tidak boleh hanya menunggu laporan dari universiti baru nak bertindak kerana universiti tidak akan mendedahkan kejelekan mahasiswanya. Kalau ada mahasiswa dikesan melakukan kesalahan sedemikian, pihak universiti biasanya mengambil tindakan dalaman seperti menggantung pengajian mereka atau menendang mereka keluar dari universiti.

Dan pihak berkuasa pula terutama pihak polis jangan pula hanya menjeling dengan permintaan pak menteri ini sebab aku tahu polis akan memberi alasan sukarnya nak bendung kegiatan ini. Bayangkan nak bendung kegiatan pelacur asing pun bukan main susah inikan pula di kalangan mahasiswa tempatan. Tapi nak tak nak kita kena lakukan sesuatu. Jangan sampai kena batang hidung sendiri baru gelabah nak bertindak. Dah terlambat beb!

Aku juga nak ucap tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana akan memperkenalkan  Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah rendah dan menengah secara berasingan mulai tahun depan. Jangan pula ada pihak yang berfikir kerajaan cuba ajar anak-anak bangsa kita mengenali seks pula. Dan jangan pula ada pihak yang berusaha kumpul orang ramai berhimpun depan Masjid Negara dan mengadakan demonstrasi untuk bantah pendidikan seks di sekolah. Bukalah minda beb!

Sekarang dunia tanpa sempadan. Kalau kita tak ajar secara formal anak-anak kita boleh "belajar" tentang seks melalui internet, TV atau kawan-kawan sebaya mereka. Lagi bahaya beb! Bak kata orang belajar tanpa guru lagi bahaya. Mereka semua nak cuba. Kan lebih baik kita ajar secara formal, sekurang-kurang mereka tahu yang mana baik, yang mana buruk, yang mana boleh, yang mana tak boleh.

Peluang Khir Toyo bukti kebenaran!

Tahniah SPRM kerana tidak memilih bulu untuk mengheret mereka yang disyaki terlibat rasuah ke mahkamah. Selepas bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik, hari ini bekas MB Selangor, DS Khir Toyo pula dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglonya di Shah Alam.

Siasatan SPRM ke atas Khir Toyo sebenarnya bermula apabila ADUN Sekinchan membuat dakwaan berlaku amalan rasuah sehingga Khir boleh membeli hartanah yang dimaksudkan di Seksyen 7 Shah Alam pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan dakwaan konon harga banglo beliau bernilai RM24 juta.

Khir dalam entri terbaru di blognya (baca di sini) menganggap dakwaan ke atas beliau itu membuka peluang kepadanya untuk membuktikan kebenaran dan membolehkannya membersihkan namanya yang selama ini teruk dihentam oleh pembangkang kerana kes tersebut walau pun berkali-kali beliau menafikannya.

Baguslah Khir! Itulah anak jantan namanya. Berani kerana benar takut kerana salah. Bukan macam mamat sekor tu buat apa sahaja bagi mengelak dirinya didakwa dan dibicarakan. Dah kalau kata tak salah kenapa nak takut berdepan dengan hakim? Bawalah bukti-bukti yang mematikan hujah pendakwaraya dan menunjukkan kepada hakim bahawa anda tak bersalah.

Tak apa Khir, walau apa pun orang cakap aku tetap respek kat kau sebab kau tak lari dari mahkamah dan tak cari alasan untuk tangguhkan perbicaraan.

Gagal selesai isu air, kerajaan Selangor heret rakyat!

Aku nampak isu air kat Selangor sebetulnya simple je. Ia bermula apabila kerajaan Selangor memberikan subsidi air kepada seluruh rakyat tetapi malangnya kos subsidi itu terpaksa ditanggung oleh Syabas, syarikat pengurusan air swasta yang menguruskan bekalan air di Lembah Klang. Syabas dakwa akibat pemberian subsidi air itu, mereka tanggung kerugian. Macam mana tak rugi kalau kerajaan Selangor tak bayar balik kos subsidi itu kepada Syabas.

Akibatnya Syabas mengambil langkah nak naikkan tarif air supaya dapat tanggung kos subsidi yang diberikan oleh kerajaan Selangor tetapi Selangor enggan luluskan. Konon membebankan rakyat. Khalid ambil langkah mudah, hentam Syabas habis-habisan dan desak batal penswastaan air kat Selangor. Sebabnya cukup mudah sebab Syabas diuruskan oleh Puncak Niaga, syarikat milik kroni UMNO.

Aku percaya andai kerajaan Pusat luluskan pembatalan penswastaan air kat Selangor, akan berduyun-duyun kroni Anwar, Khalid dan Ronnie untuk ambil alih pengurusan air tu. Dan aku percaya, Selangor akan swastakan balik pengurusan air berkenaan (dengan diberikan projek pengurusan air kepada syarikat kroni mereka) sebab kerajaan Selangor tidak berkeupayaan untuk urus air dengan cekap. Kalau kerajaan negeri berkeras juga nak urus sendiri air, maka jadilah macam Kelantan. Sampai sekarang air paip macam air teh susu.

Tapi Kelantan tak apalah sebab rakyat mereka suka mandi manda dan minum air ala teh susu.Tapi kalau bekalan air kat Lembah Klang macam kat Kelantan, alamat akan jadi isu antarabangsa. Discovery Channel, CNN, National Geographic, dan media-media asing akan hentam Malaysia habis-habisan. Perlabur asing semua pakat cabut. Pelancong tak nak datang Malaysia. Apa tidaknya kalau bekalan air di ibu negara Kuala Lumpur tak bersih, berkeladak, keruh macam air Sungai Klang. Sebab itu bekalan air Lembah Klang adalah isu kritikal selain bekalan kena cukup sebab penggunanya berjuta-juta orang.

Jadi apabila Khalid and gang adakan demo kat depan Istana Negara semata-mata nak serah memo kepada Agong pasal air, aku rasa peliklah sebab Khalid sebagai MB Selangor sebenarnya ada kuasa untuk jumpa Agong bila-bila masa. Buat appointment pasti Agong akan berkenan menerima Khalid mengadap. Masa tu Khalid nak serah memo ke, surat cinta ke serah je lah. Tapi kenapa perlu berdemontrasi?

Nampak sangat Khalid dan PKR cuba mempolitikkan isu air atas sebab kegagalan mereka menangani masalah itu, cuba mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan Anwar dan PKR sendiri serta cuba menunjukkan bahawa beliaulah "hero" rakyat dan kerajaan Pusat menzalimi rakyat Selangor. Piirahhh!!

Walhal isu air sebenarnya dah boleh settle dengan mudah andai merek tidak mempolitikkannya. Luluskan saja tanah untuk takungan air di Hulu Langat dan Pahan sedia salurkan air ke Selangor. Air kat Pahang nun banyak. Tapi sebab fahaman politik berbeza maka Selangor enggan serah tanah terbabit. Maka kepentingan rakyat ditolak ketepi sebaliknya kepentingan politik peribadi dan parti diutamakan.

Ish... Macam ini punya MB pun ada ke?

05 December 2010

Minyak naik lagi... Kerajaan dah tipu rakyat!

Dulu kerajaan kata hanya RON97 yang harganya ikut pasaran manakala RON95 akan diberikan subsidi. Maka berbondong-bondonglah pengguna isi tangki minyak kenderaan mereka termasuk yang bawa Mercedez dan BMW dengan minyak RON95. RON97 cuma untuk kenderaan asing. Dan bila kerajaan naikkan harga RON97 dua hari lepas, ramai yang tarik nafas lega.

Fuh.. Nasib baik harga RON95 masih lagi kekal. Baguslah sebab kerajaan BN benar-benar laksana slogan "Rakyat didahulukan..." Maklum yang isi RON97 tu semua mereka yang berduit. Tup tup semalam lain pula jadinya. Bukan takat RON95 yang naik harga, diesel pun naik... gas pun naik... gula pun naik. Nah kau, siap bagi pakej lagi!

Ni apa dah jadi ni Najib? Mail Sabri? Hujung-hujung tahun sedang orang duk sibuk nak beli pakaian sekolah anak, nak urus daftar anak sekolah, alih-alih minyak naik. Sah-sah tambang bas akan naik berganda. Mampus aku! Memang sah-sah rakyat kena kencing. Apa dah jadi ni weih?

Apa salahnya kerajaan perhabis duit sikit untuk support rakyat terutama kumpulan marhain macam aku ni. Tak guna kerajaan banyak duit dalam simpanan tetapi rakyat tak ada duit. Ini pakai teori siapa ni sampai nak kena kurangkan subsidi semata-mata nak kurangkan defisit. Teori Idris Jala budak Kristian bernama Melayu tu ke?

Takkan atas nama NKRA (Najib kerja, Rosmah arah???) rakyat dibebankan dengan kenaikan petrol, diesel, gas? Tak fikir ke kami-kami yang di bawah ini? Minyak naik, gas naik secara otomatik tambang bas sekolah naik, barang dapur naik malah darah rakyat pun naik!

Adoiii.... Petronas untung berbilion, syarikat-syarikat GLC pun untung beratus juta dan berbilion. Apa salahnya kerajaan tarik duit dari syarikat2 kerajaan tu letak duit dalam simpanan kerajaan supaya akaun kerajaan tak defisit. Kenapa perlu dibebankan kepada rakyat sedangkan CEO dan pegawai kanan syarikat GLC hidup mewah atas "bantuan" kerajaan.

Satu lagi, kenapa tiap kali naikkan harga barang perlu banding dengan negara lain, negara jiran? Tetapi yang pelik mereka tak pula banding gaji minimum rakyat negara terbabit. Betullah harga minyak kat Singapork lagi tinggi banding Malaysia tapi kiralah gaji kerani mereka. Banding dengan gaji kerani kita. Berganda-ganda mereka lebih dari kita.

Indonesia, apa nak heran kalau harga minyak mereka lebih mahal sebab mereka boleh beli minyak dalam botol tepi jalan. Harga lebih murah. Apa susah. Minyak seludup banyak beb.

Huh! Rakyat baru nak mula yakin dengan Najib dan nak mula kembali kepada kerajaan BN, alih-alih mereka buat lagu ni kat rakyat, time-time macam ni... Gila apa?

01 December 2010

Blogger mesra-kerajaan tak nak bantuan kerajaan!

Tertarik benar dengan tulisan Zaini Hassan dalam Cuit Utusan Malaysia hari ini pasal blogger mesra-kerajaan. Baca dalam Utusan Online di sini! Walaupun blog "Mesin Taip Buruk" tak ada dalam senarai Alexa yang dimuatkan dalam Utusan (dan aku tak mengharap pun sebab aku tak senaraikan blog aku dalam Alexa) atau disebut oleh Zaini. Malah aku sendiri tak menghadiri pertemuan itu (tak dijemput, dan kalau dijemput pun aku tak mungkin pergi).

Namun daripada panjang lebar tulisan Zaini ini, paling aku tertarik ialah perenggan akhir tulisan beliau yang menyebut.... "Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan. Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?" Aku tak pasti sama ada kesimpulan Zaini ini dibuat hasil pertemuan para blogger mesra-kerajaan tersebut atau atas pandangan peribadi beliau.

Tetapi aku, walaupun seorang blogger mesra-kerajaan (dan aku percaya begitu juga dengan blogger-blogger lain) tak pernah mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan atau parti-parti politik yang memerintah. Aku dan sebahagian besar bloggers lain tak pernah mengharapkan bantuan wang ringgit atau sumbangan dari kerajaan tetapi aku dan kami rasa amat berterima kasih andai pandangan para blogger seperti kami didengari.

Sebabnya perjuangan kami ikhlas untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Jika ada blogger yang mesra-kerajaan menulis untuk mengharapkan balasan projek, wang ringgit atau jawatan baik dalam kerajaan atau parti, aku melabelkan blogger sedemikian adalah PELACUR kerana mencari makan atas nama perjuangan melalui blog. Ada... memang ada! Itu tak mustahil. Malah ada juga pihak-pihak tertentu yang mempergunakan para blogger bebas seperti kami untuk kepentingan peribadi mereka. Ada memang ada!

Jadi, saudara Zaini jangan mengandaikan semua blogger mesra-kerajaan seperti aku ini mengharapkan balasan sedemikian. Seperti aku katakan tadi, kami sudah cukup bangga andai suara kami didengari oleh kerajaan dan memberi perhatian terhadap isu-isu yang kami dedah dan kupas serta tidak melabelkan blogger sebagai goblok sedangkan mereka tidak mengetahui siapa sebenarnya kami.


Pssstt... Awas para blogger so-po anonymous! Ada yang menyamar jadi saudara/i untuk paw duit pemimpin kerajaan & parti!

Tanda-tanda PRU-13 dah dekat?

Kecoh benar sehari dua ini yang menyatakan PRU-13 bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini berikutan beberapa "tanda" yang dilakukan oleh kerajaan dan UMNO sejak dua menjak ini, iaitu:

1) Pemilihan agung UMNO ditangguhkan 18 bulan dari tarikh asal iaitu tahun depan.

2) Kerajaan beri diskaun saman trafik

Betul ke dua perkara di atas menjadi salah satu petanda PRU-13 akan dilangsungkan? Ops...!! Pembangkang nampak berghairah cerita tentang PRU-13 padahal mereka yang beriya-iya tak nak bubar DUN di negeri dikuasai mereka kalau Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Macam mana tu?

Masa zaman Dr. Mahathir dulu, kalau dia nak bubar Parlimen, biasanya Tun akan buat road-show lawatan ke setiap negeri di seluruh negara. Bila dah habis semua round ke-14 buah negeri, lepas itu beliau akan umumkan tarikh pilihan raya.

Najib punya stail tak tahulah pulak. Nampaknya kenalah tunggu Najib dapat ilham dulu bila nak buat pilihan raya tu atau kepada sesiapa yang dah tak sabar tu boleh usya-usya Datin Rosmah kita kut-kut dia boleh bagi ilham....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...