01 January 2011

1.1.11 dan 1 azam

Dah masuk 1 Januari 2011 atau ringkasnya 1.1.11. Cantik nombor ini. Agaknya ramai yang pilih tarikh hari ini untuk langsungkan perkahwinan. Maklum biasanya orang pilih tarikh yang cantik nombornya nak kahwin. Macam 10.10.10 aritu sampaikan ada yang sanggup kahwin lari sebab nak jugak kawin tarikh tersebut.

Dah masuk tahun baru ini ramai yang tanam azam baru. Tak terkecuali orang-orang politik. Tambahan pula ramai yang meramalkan PRU-13 akan dilaksanakan tahun ini jadi ramai yang pasang azam dan tak kurang jugak pasang angan-angan.

Anwar Ibrahim berazam dan nak sangat-sangat jadi Perdana Menteri selepas PRU-13 nanti. Itupun kalau pakatan mereka menanglah. Kalau tak menang jawab dia tinggallah angan-angan. Tapi puak-puak mereka begitu yakin dapat menakluki Putrajaya selepas melihat "kejayaan" mereka pada PRU-12 lalu. Ikut suka engakaulah...!

Puak-puak Pas pun berazam nak duduki Putrajaya dengan bantuan DAP dan PKR (ops! maksud aku Anwar). Maklum mereka dah berjaya menang di Kedah dan pertahan Kelantan pada PRU-12 lepas, sekarang mereka berazam nak takluk pulak Putrajaya. Hahaha... Kalau pembangkang menang PRU-13 agak-agak Hadi Awang jadi menteri apa ya? Apakah mereka akan jadi macam exco-exco Pas di Selangor dan Pulau Pinang yang hanya pegang portfolio hal ehwal agama. Manakala puak-puak DAP pegang portfolio penting yang boleh "menjana" pendapatan.

Orang UMNO pun ramai yang pasang azam dipilih sebagai calon pada PRU-13. Ramai sekarang ini yang duk himpit Rosmah. Maklum nak himpit Najib susah sikit, baik himpit Rosmah. Nak himpit isteri PM tak susah. Cuma keluarkan sikit modal untuk menyumbang kepada tabung Permata, Insya-Allah "aduan" anda akan diberi perhatian. Hahaha... Itu orang cakap, bukan aku cakap!

Tapi aku harap satu sahaja. Semua pihak marilah tanam azam untuk melihat Melayu bersatu dalam hal ehwal bangsa dan agama. Tak kisahlah korang nak duduk dalam parti mana tapi tanamlah azam untuk saling menjaga hak dan kepentingan bangsa serta agama. Janganlah kerana politik masing-masing sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.

Erk... apa aku membebel ni? Macam lah nasihat aku mereka nak dengar. Lagikan nasihat raja-raja Melayu pun mereka buat bodoh apa lagi nasihat dari aku yang entah siapa-siapa ni. Hahahaha... aku perasan!

Share this

0 Comment to "1.1.11 dan 1 azam"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.