31 January 2011

Tenang... Apa Iskandar Samad nak cakap?

Tertarik dengan entri terbaru Direct Free Kick blog milik Iskandar Samad yang juga ADUN Cempaka. Lihat dalam entri terbarunya "Alahai Johor"  atau aku petik sedikit di bawah ini...
Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar.
Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Walau bagaimanapun begitulah kisahnya rakyat Johor atau dengan lebih tepat lagi pengundi kawasan DUN Tenang. Setelah memberi kemenangan kepada calon BN, mereka berhadapan dengan ujian yang begitu besar. - Direct Free Kick, 31 Jan. 2011

Walaupun Iskandar buat "indirect free kick" mengutuk para pengundi Tenang tapi kalau sesiapa yang pandai baca tapak tangan taulah apa yang nak diucapkan itu. Iskandar sebenarnya nak cakap apa? Apakah dia nak kata sebab pengundi Tenang tolak Pas maka Allah turunkan banjir besar di Johor? Dan apakah Iskandar nak kata kalaulah pengundi Tenang pilih Cikgu Mala, tentu tak adalah banjir besar, kut?

Perihal dia nak pertikai jumlah peratus pengundi 71 peratus (sebetulnya SPR umum cuma 67% sahaja) yang katanya entah datang dari mana (nak cakap ramai pengundi hantulah tu!), itu aku tak peduli sangat sebab faham sangat aku perangai puak-puak mereka apabila kalah. Tapi kalau menang, melambung-lambung dipujinya SPR.

Bagi aku pengundi Tenang patut bersyukur dengan kemenangan Azahar Ibrahim pada PRK semalam sebab kalaulah Cikgu Mala menang, apalah yang boleh disumbang untuk mangsa banjir di Tenang. Sedangkan selama ini Pas pun bergerak atas wang ihsan sumbangan orang ramai melalui ceramah-ceramah yang dibuat di seluruh negara. (Sebab tu Pas tak pernah berhenti berceramah. Kalau berhenti, soru miss...). Macam manalah nak bagi sumbangan kat mangsa banjir yang beribu-ribu tu kalau mereka sendiri pun mengharapkan belas ihsan penyumbang untuk bergerak?

Aku percaya, kalau Cikgu Mala menang semalam, mangsa banjir di Labis bukan takat nak dapatkan selimut, biskut Marry belum tentu dapat. Paling-paling dia datang (kalau datanglah) dia akan tepuk bahu mangsa banjir dan dia cakap "bersabarlah. Ini semua kerja Allah. Mari kita pakat sama-sama berdoa agar dibebaskan dari bala bencana ini..."

Itulah yang banyak berlaku kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Kedah. Itupun kalau wakil rakyat mereka turun padanglah. Setahu aku banjir besar di Kedah tempoh hari, wakil rakyat mereka pakat tidur bawah selimut. Habis nak buat macam mana. Kalau pergi lawat pusat pemindahan banjir apa yang dia boleh campak untuk bantu mangsa banjir melainkan air liur saja. Sebab itulah mereka tak berani nak turun jenguk pusat pemindahan banjir. Alih-alih, kerajaan Pusat jugak yang tolong....!!

Macam aku kata sebelum ini, banjir di Tenang merupakan satu rahmat dari Allah kerana dari situ rakyat boleh menilai yang mana pemimpin intan dan yang mana kaca.

Share this

1 Response to "Tenang... Apa Iskandar Samad nak cakap?"

  1. BEBAL sperti mentorny.
    Fatwa ikut suka mulut berbuih dia.
    Padan muko kalah !

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.