01 January 2011

Beg plastik... Apa alternatif pasar raya?

Pengganti beg plastik. Tapi kalau berbelanja 2 troli, berapa banyak beg ini diperlukan untuk isi barang keperluan?
Aku sokong kempen mengurangkan penggunaan beg plastik. Bukan sebab aku syok kat Maya Karin yang aktif berkempen dalam bab ini tetapi sebab aku pun mahu jaga alam sekitar. Sekarang ini hampir seluruh negara mengadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Di Selangor setahu aku diadakan setiap Sabtu.

Kawan aku pernah naik angin apabila dia terpaksa membayar 20 sen untuk satu beg plastik ketika berbelanja di sebuah pasar raya besar pada hari Sabtu. Memandangkan dia berbelanja untuk tempoh sebulan, maka dia terpaksa menggunakan lebih 10 beg plastik. Maknanya dia terpaksa membayar harga beg plastik tersebut sebanyak RM2. Huh! Seorang dah kena bayar RM2, kalau 1,000 orang pelanggan berapa banyak pasar raya itu untung? Harga buat satu beg plastik tu tak sampai 1 sen.

Aku kata baguslah tak pakai beg plastik. Lain kali kalau berbelanja hari Sabtu (di Selangor) bawaklah beg sendiri. Jimat. Tapi dia kata beg-beg plastik itu dia perlukan sebab nak taruk sampah... Dushh!! Aku kata nak taruk sampah gunalah beg plastik sampah, bukan beg plastik berlogo macam-macam pasar raya tu.

Tapi aku terfikir, sejak kempen kurangkan penggunaan beg plastik ini, nampaknya peniaga terutama pasar raya besar macam berniaga pula sebab mewajibkan pelanggan membayar beg plastik yang digunakan pada hari kempen berlangsung, atau membeli beg-beg "mesra alam" yang harganya jauh lebih mahal dan mempunyai ruang terhad.

Di sini, para peniaga terbabit nampaknya dapat untung dua kalilah. Dahlah kita berbelanja besar di pasar raya mereka, selepas itu mereka caj pula beg plastik yang digunakan. Bukankah itu tidak adil bagi pengguna? Tapi sehingga kini aku masih belum dengar orang komplen kat persatuan pengguna atau kementerian perihal peniaga yagn raih keuntungan daripada kempen pengurangan beg plastik ini.

Sebuah pasar raya di California menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik. Di Malaysia, sudahlah tak sediakan beg kertas, beg plastik yang kita guna dicaj pula! - Foto dari sini.
Kalau kita tengok cerita-cerita Hollywood, kalau ada hero atau heroin yang berbelanja di pasar raya atau kedai runcit, pasti kita tengok mereka memasukkan semua barang belian di dalam beg kertas. Sebenarnya beg kertas itu adalah beg kertas kitar semula. Maknanya walaupun mereka tak guna beg plastik, mereka menyediakan alternatif iaitu beg kertas.

Tapi di negara kita, peniaga bukan sahaja tidak menyediakan beg kertas sebagai pengganti beg plastik, malahan mereka memaksa pengguna membeli beg plastik mereka yang akhirnya nanti kempen mengurangkan penggunaan beg plastik tak ke mana sebaliknya sudah menjadi trend, setiap pembelian kita sebagai pengguna dibeban pula dengan bayaran beg plastik yang kita guna. Macam mana tu?

Jadi, aku harap pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengadakan kempen pengurangan beg plastik perlu mengarahkan pasar raya atau peniaga menyediakan beg kertas mudah dikitar semula sebagai pengganti beg plastik, sekali gus dapat mengurangkan beban kepada pengguna.

Maya Karin tak apalah, dia duit banyak!

Share this

4 Responses to "Beg plastik... Apa alternatif pasar raya?"

  1. Apa macam kalau kita boikot pasaraya yang tak sediakan beg kertas ... kita beli kcang putih jer..dah tentu bungkusnya surat kabar lama !!!

    ReplyDelete
  2. KITA HIDUP KENA ADA TRANSFOMASI. JANGAN DI TAKUK LAMA SAJA.
    KENA PEKA DENGAN ALAM SEKITAR.
    FIKIR..... FIKIRKAN LAH. APA AKAN JADI MASA AKAN DATANG.....

    ReplyDelete
  3. Artikel yang menarik. Mohon izin copy paste artikel ni.

    ReplyDelete
  4. Sdr Ramli, aku tak pernah persoal pasal kempen selamatkan bumi meneruskan Hari Tanpa Beg Plastik tapi kenalah sediakan alternatif kepada pengguna. Kerajaan negeri sepatutnya galakkan juga pasar raya/peniaga sediakan beg kertas (percuma) bukannya dibebankan kepada pengguna dengan membayar beg plastik yang diguna. Ini tidak selesaikan masalah. Macam juga kerajaan galakkan pengguna jangan memandu laju elak kemalangan tapi bila kena saman, boleh pulak bagi diskaun. Mana nak selesai masalah...!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.