06 January 2011

Berani ke Khalid menderhaka?

"Beta tidak mahu isu pelantikan SUK ini diperbesar, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbul kekeliruan di kalangan rakyat. Beta berkenan menitahkan  seluruh pegawai kerajaan di negeri Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar segala perjalanan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar dan sempurna." -  Sultan Sharafuddin Idris Shah 
Jadi apakah Khalid Ibrahim akan meneruskan usaha memanggil sidang DUN tergempar untuk membuat pindaan undang-undang tubuh negeri itu yang antara intipati pindaan itu ialah untuk memberikan kuasa penuh kepada Menteri Besar dalam banyak hal?

Kalau hasrat itu diteruskan, ini bermakna Khalid telah menderhakai titah baginda Sultan Selangor dan tidak layak untuk menduduki kerusi MB. Khalid perlu ingat pelantikan beliau sebagai MB selepas PRU-12 dahulu juga atas perkenan baginda sultan dan jika baginda tidak perkenan sudah pasti beliau tidak akan menjadi MB. Itulah yang berlaku di Terengganu apabila sultan tidak perkenan dengan nama MB yang dicadangkan.

Berdasarkan titah baginda Sultan Selangor, mahu tidak mahu Khalid perlu akur dan menerima pelantikan Khusrin sebagai SUK negeri itu dan seluruh barisan Exco dan penjawat awam negeri Selangor perlu akur dan memberikan kerjasama terhadap Khusrin.

Harus diingat jawatan SUK bukan jawatan politik. Ia adalah jawatan pentadbir. Khalid dan puak-puak yang menentang pelantikan Khusrin perlu faham dan dapat dibezakan antara kerajaan yang dibentuk menerusi pilihan raya manakala pentadbir adalah penjawat awam yang dilantik. Ini bermakna kalau kerajaan berganti sekali pun, SUK sebagai pentadbir tetap menjalankan tugasnya mentadbir negeri.

Khalid tak perlu tengok SUK, tetapi lihat sahaja kakitangan di pejabat Menteri Besar baik para pegawai mahupun kerani dan pion. Siapa sahaja menjadi Menteri Besar, mereka akan menjalankan tugas mereka dan patuh kepada ketuanya. Inilah profesionalisme kakitangan awam kita.

Ops.. jangan tengok para setiausaha baik SUP, SUA atau macam-macam SU lagi. Mereka dilantik oleh MB. Jadi kedudukan mereka bergantung kepada MB. Jatuh MB maka jatuhlah mereka. Sebab itu Setiausaha Politik Khalid sekarang terlebih expose semata-mata nak pertahankan Khalid sebab dia tahu kalau pakatan mereka kalah pada PRU-13 nanti, maka hilanglah kedudukannya.

Itulah bezanya kerajaan dan pentadbir awam dan benarlah titah baginda Sultan Selangor bahawa adalah sangat tidak wajar untuk mempolitikkan pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor. Bahkan kemelut ini perlu menjadi iktibar kepada kerajaan negeri lain, khususnya di bawah pembangkang - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Psstt... Nampak sangat Khalid ni gila kuasa (atau memang tolol). Selepas nak kuasa lantik SUK, agaknya lepas ni dia pun nak diberi kuasa melantik pengarah-pengarah jabatan. Silap-silap jabatan di bawah Persekutuan pun dia nak lantik.

Share this

0 Comment to "Berani ke Khalid menderhaka?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.