12 January 2011

Beri peluang Safee Sali mencuba nasib di tanah seberang....

Ramai yang tidak setuju dengan hasrat bintang Piala AFF Suzuki, Safee Sali untuk berhijrah ke Liga Super Indonesia (Huu... Indonesia maling Liga Super Malaysia ya?). Pelbagai alasan yang diberikan termasuk khabarnya ancaman-ancaman yang bakal diterimanya dan ada yang meletakkan Liga Super Indonesia "low class".

Tapi kalau tanya aku, aku kata pergilah Safee. Pergilah. Cubalah nasib anda di tanah seberang sana. Carilah rumput yang lebih hijau siapa tahu apabila pulang nanti anda membawa sarat pengalaman dan kemahiran  yang akhirnya memberi keuntungan bukan sahaja kepada anda tetapi juga Malaysia.

Anggap sahaja pemergiaan Safee ke Persib Bandung sebagai peluang untuknya menuntut ilmu. Ilmu sepak bola. Benar di sana cabarannya lebih besar bukan sahaja kerana mempunyai kelab yang jauh lebih banyak, dengan jadual perlawanan yang lebih padat, tetapi juga cabaran-cabaran lain termasuk mutu padang dan stadium serta penyokong-penyokong yang sangat fanatik. Tetapi cabaran-cabaran itulah yang akan lebih mematangkan Safee dalam mengharungi karier bola sepaknya terutama di peringkat antarabangsa.

Lagipun menuntut ilmu adalah dituntut biar di mana sekalipun.
Aku percaya kehadiran Safee akan diterima baik oleh penyokong Persib Bandung dan seluruh rakyat Indonesia biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pemain kita dan rakyat Malaysia sebelum ini.

Tetapi pada masa yang sama Selangor jangan pula berpatah arang dengan Safee hasil keputusannya untuk berhijrah.  Lepaskanlah Safee dengan rela hati tetapi jangan pula ditutup rapat pintunya. Siapa tahu Safee ingin kembali ke pangkuan Selangor selepas ini.  Jadi, janganlah didendam dengan Safee hanya kerana dia mahu mencari padang rumput yang lebih hijau.

Untuk itu, aku ucapkan selamat berangkat dan selamat berjuang. Jagalah nama baik negara baik ketika di dalam padang lebih-lebih lagi di luar padang. Di sini banyak jalan yang berlubang-lubang tetapi di sana banyak lubang berjalan. Jadi awaslah!!

Share this

1 Response to "Beri peluang Safee Sali mencuba nasib di tanah seberang...."

  1. Salam Bro,
    Aku setuju, Safee Sali harus merebut peluang tu, majority rakyat indon bukan seperti apa yg kita tengok kat dlm TV, apalagi klu kat Bandung diorang memang bersifat open minded. klu yg buat provokasi melampau pada negara kita tu adalah org yg dibayar.
    Byk jugak org indon yg tak suka Indon dan Malaysia bercakaran, mereka mengaku kita serumpun.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.