28 January 2011

Berita baik! Tol Salak-Taman Connought bakal dihapuskan

Terima kasih PM! Itulah ucapan yang sepatutnya diberikan kepada Najib terutama oleh penduduk Bandar Permaisuri dan Bandar Tun Razak selepas beliau mengumumkan bahawa bayaran tol kepada semua pengguna lebuh raya Salak-Taman Connought akan dihapuskan mulai Mei tahun ini.

Tol Metramac dekat Bandar Tun Razak itu cuma 50 sen bagi kereta tetapi ia telah membebankan pengguna terutama bagi penduduk Bandar Permaisuri dan Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya kerana terpaksa membayar tol jika menghala atau dari Salak.

Aku nampak langkah kerajaan menghapuskan tol tersebut untuk meraih kembali undi para penduduk Bandar Tun Razak yang pada PRU-12 lalu menyerahkan kerusinya kepada Khalid Ibrahim merangkap MB Selangor. Tapi percayalah, walaupun tak dihapuskan tol sekalipun penduduk Bandar Tun Razak dah serik dengan Ahli Parlimen mereka ini.

Aku percaya kalau BN meletakkan calon kalangan orang Melayu di Bandar Tun Razak, nescaya kerusi itu akan kembali ke tangan BN tetapi kalau letak calon dari MCA lagi seperti sebelum ini, aku tak pastilah sama ada mereka nak bagi kat BN atau tetap kekal di tangan Khalid.

Sementara itu, kadar tol di Lebuhraya KL-Karak dan LPT juga tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Hai... Seronoklah orang Kelantan, Terengganu dan Pahang. Harga tol tetap sama... Tapi elok lagi kalau dihapuskan terus. Tapi nanti kos penyelenggaraan siapa pulak nak tanggung? Silap-silap lebuh raya pun berlubang-lubang sana sini. Maklum free...!!

Apa pun tahniah kepada Najib kerana tindakan seperti inilah yang boleh mengambil hati seluruh rakyat dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan bukannya duk asyik umum kenaikan harga minyak atau asyik kes minyak masak atau gula "hilang" dari pasaran saja.

Share this

0 Comment to "Berita baik! Tol Salak-Taman Connought bakal dihapuskan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.