30 January 2011

Tenang! BN menang... tapi MCA kalah lagi?

Tahniah Azahar Ibrahim kerana bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi lebih mengembirakan dapat meningkatkan jumlah undi untuk BN, penambahan majoriti dan mengurangkan undi untuk Pas. Apakah ini petanda baik bagi Najib untuk memikirkan tarikh PRU-13? Masih terlalu awal.

Nampaknya kawasan tanah rancangan masih lagi menjadi fix-deposite buat BN apabila kesemua kawasan tanah rancangan memberi sokongan padu kepada Azahar dan lebih menarik sokongan oleh kaum India juga semakin meningkat manakala Cina pula dilihat 50-50. Ini dilihat kepada beberapa peti undi kawasan bukan Melayu yang menampakkan peningkatan dari segi sokongan. Antaranya Labis, Pekan Nenas dan Bandar Labis Timur.

Walaupun jumlah undi yang diperoleh Azahar dan majoritinya meningkat berbanding PRU-12 lalu, namun peratus pengundi yang keluar membuang undi merencatkan sasaran BN untuk mencapai majoriti 5,000 undi. Tapi jangan salahkan pengundi sebaliknya keadaan cuaca yang buruk sehingga ada beberapa kawasan membuang undi ditenggelami air menyebabkan kemerosotan jumlah pengundi kali ini.

Bagaimanapun, persoalan perlu diajukan kepada Chua Soi Lek berikutan kekalahan BN di peti undi Bandar Labis Tengah yang majoriti pengundinya Cina, telah memberikan sokongan padu kepada calon Pas, Normala Sudirman dengan 801 undi manakala Azahar hanya memperoleh 365 undi. Malah peratusan keluar mengundi di Labis, Bandar Labis Timur dan Tengah juga dilaporkan merosot. Apakah keputusan di Tenang ini mengesahkan apa yang dicakap-cakap orang (di sini dan di sini) sebelum ini bahawa MCA tidak bersungguh-sungguh turun berkempen berbanding apa yang dilakukan oleh DAP?

Ingat Chua Soi Lek adalah orang Labis, pernah menjadi Ahli Parlimen Labis begitu lama sehinggalah skandal video seks yang memaksa beliau melepaskan kerusi tersebut yang kini diduduki pula oleh anaknya. Lalu kenapa masih ramai Cina Labis yang menolak BN di Labis?

Pun begitu, tahniah aku ucapkan kepada para pengundi di Tenang kerana daripada keputusan PRK kali ini, aku membayangkan bahawa sokongan orang Johor khususnya terhadap UMNO kembali pulih selepas pada PRU-12 lalu menyaksikan beberapa kawasan jatuh ke tangan pembangkang -- sesuatu yang tak pernah berlaku di Johor sejak PRU-1.

Orang Johor pasti tidak pernah lupa bahawa UMNO dilahirkan di Johor, di kaki Istana Besar Johor dan orang Johor tidak akan lupa jasa-jasa Onn Jaafar sebagai orang Johor selaku pelopor penubuhan UMNO dan sudah pasti orang Johor tidak akan lupa gerakan menentang Malayan Union yang juga bermula di Johor. Pokok pangkalnya Johor dan UMNO tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku.

Dan hari ini orang Johor di Tenang telah membuktikan kenyataan itu dengan memberi sokongan padu kepada Azahar Ibrahim untuk menjadi wakil mereka sehingga PRU-13 nanti.

KEPUTUSAN PRK 2011:
Jumlah pengundi: 14,753
1. Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6,699
2. Normala Sudirman (Pas) - 2,992
Jumlah undi: 9,833
Majoriti : 3,707
Peratus mengundi : 67%
Undi rosak : 142


KEPUTUSAN PRU-12:
Jumlah Pengundi: 14,511
1. Sulaiman Taha (BN)  - 6,367
2. Mohd. Saim Siran (Pas) - 3,875
Majoriti: 2,492
Jumlah undi: 10,655
Peratus mengundi: 73.43%
Undi rosak: 413
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
(Majoriti: 8,649 undi)

Share this

2 Responses to "Tenang! BN menang... tapi MCA kalah lagi?"

  1. Perhatikan kaum Cina memangkah PAS utk memenangkan PAS di peti2 undi majoriti kaum Cina.
    Di PRU 13 nanti, letaklah calon Melayu sahaja di kawasan majoriti Melayu. Biarkan MCA berentap dgn sesiapa saja di kawasan majoriti Cina.
    Nampak sungguh ada pakatan yg jahat di antara MCA, Gerakan, PKR dan DAP utk memenangkan calon bukan Melayu sahaja.
    Kalaulah UMNO dan PAS bersatu, boleh mamposlah kaum Cina dan India di Malaysia ini!
    Orang Melayu berharap Najib akan bertegas utk kepentingan orang Melayu.
    Diharap Melayu tidak mudah lupa ...

    ReplyDelete
  2. UMNO dilahirkan di Johor, di BATU PAHAT,bukan di Istana Besar Johor.
    PAS dilahirkan kat mne ek?
    PKR dilahirkan kat mne ek?
    BN dilahirkan kat mne ek?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.