28 January 2011

Cikgu Maarof ingat dia Menteri Pelajaran ke?

Cikgu Maarof kantoi ambik MC berpuluh hari tetapi boleh turun berkempen untuk isteri tercinta tak kira berhujan berpanas. Tetapi Cikgu Maarof lupa kalau tindak-tinduknya itu umpama menghulurkan kepala kepada "big boss" untuk dipancung.

Agaknya Cikgu Maarof lupa kalau jentera kempen BN diketuai oleh Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ataupun boleh dianggap "boss besar" kepada Cikgu Maarof. Agaknya Cikgu Maarof fikir  "Menteri Pelajaran boleh turun berkempen, kenapa aku sebagai cikgu tak boleh berkempen?"

Haha.. Kesian Cikgu Maarof. Nampaknya dia lupa kalau tindak-tanduknya meninggalkan kelas dan anak-anak murid yang perlukan pembelajaran semata-mata untuk berkempen bagi pihak isteri memakan diri. Dan aku percaya, Jabatan Pelajaran Negeri tidak perlu bersusah payah menyiasat kerana bukti sudah ada di depan mata.

Surat-surat MC sudah tersebar dan pada masa yang sama gambar-gambar dan video yang menunjukkan kehadiran Cikgu Maarof berkempen ketika sesi persekolahan sedang berlangsung dan ketika dia berkeadaan cuti sakit sudah cukup jelas untuk pihak Jabatan Pelajaran mengambil tindakan ke atasnya.

Kalau sebelum ini Jabatan Pelajaran menarik balik arahan pindah 24 jam ke atas Cikgu Maarof sejurus isterinya yang juga bekas guru dicalonkan sebagai wakil Pas di PRK DUN Tenang, nampaknya kali ini sudah pasti rayuan Cikgu Maarof tidak akan dilayan, waima Cikgu Maarof upah peguam tersohor sekali pun.

Jadi, demi masa depan anak-anak muridnya, sebaiknya Cikgu Maarof letak jawatan sebagai guru.

Ops... ! Doktor yang bagi MC kat Cikgu Maarof pun khabarnya dah panas punggung especially doktor kat Klinik Kesihatan Bandar Putra!

Share this

3 Responses to "Cikgu Maarof ingat dia Menteri Pelajaran ke?"

  1. Pelik betul. Kalu yang ambil cuti atau ponteng bukan orang dacing, kecoh. Semua kesalahan nampak. Aku ni cikgu gak. Ada kawan dulu kuat parti tapi kuat juga keluar kelas ponteng atas urusan parti. Tapi tak pula orang orang dacing bising.Mungking sebab dia ni orang dacing. Jadi macam aku lagi baik. Undi ikut orang jangan ikut parti. Kalau dia dacing tapi confirm boleh dipercayai aku undi kalau tidak, aku undi yang satu lagi.

    ReplyDelete
  2. contoh kakitangan kerajaan yg jnis x kenang budi dan x bersyukur di atas nikmat ALLAH S.W.T...

    ReplyDelete
  3. mie weih, cikgu maarof ambik MC ngam-ngam masa kempen. Lagipun dah tau ambik MC dudukla kat rumah. Yang dia lebih sudu dari kuah duk berkempen apa hal? Tak sedar ke kalau Menteri Pelajaran berkampung kat Tenang. Bukankah itu namanya "cari bala"?

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.