17 January 2011

Cikgu Mala jadi calon Pas... Terima kasih Muhyiddin!

Betullah ramalan beberapa blogger yang Normala Sudirman (Cikgu Mala) akan diletakkan oleh Pas sebagai calonnya pada PRK DUN Tenang.  Aku kata diletakkan sebagai calon, belum disahkan sebagai calon lagi sebab penamaan calon 22 haribulan nanti.

Ops...! Tapi kenapa Cikgu Mala dah turun padang berkempen yek? Silap-silap masa penamaan calon, tiba-tiba pencalonan ditolak macam mana? Tak ke malu?? hehehehe....  Tak apalah. Itu urusan SPR nak ambil tindakan atau tidak terhadap Pas dan Cikgu Mala sebab berkempen sebelum tiba masanya. 

Cikgu Mala adalah ribuan guru yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran tetapi "menentang" kerajaan dengan memberi sokongan kepada pihak pembangkang. Selama ini mereka bergiat secara diam-diam kerana takut diambil tindakan. Biasanya mereka akan menyelitkan ideologi politik mereka dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) atau ketika mengajar. Jadi yang jadi mangsa ialah murid dan pelajar yang "tak tahu apa-apa" pasal politik.

Masa aku sekolah dulu ada beberapa guru aku yang bersikap sedemikian ketika mengajar yang menampakkan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. Tapi itu dulu. Sekarang guru-guru secara rasmi sudah dibenarkan berpolitik. Jadi jangan hairan kalau guru-guru terbabit menggunakan kelas-kelas tempat mereka mengajar sebagai ruang untuk meluahkan kemarahan kepada pembangkang dan murid-murid mereka sebagai pendengar.

Jadi, Cikgu Mala adalah salah satu guru yang menyahut seruan Kementerian Pelajaran apabila mereka dibenarkan berpolitik dengan menjadi calon pada PRK Tenang. Aku percaya apabila tiba PRK-13 kelak, akan ada beberapa (kalau tidak berpuluh) calon-calon pembangkang dari kalangan guru.

Kepada cikgu-cikgu lain yang hebat sangat bercakap konon dialah paling pandai macam mana nak perintah negara korang contohilah Cikgu Mala. Ambil calon. Kalau menang dan dah jadi wakil rakyat atau menteri sekali pun, aku nak tengok sejauh mana kehebatan korang jadi wakil rakyat!

Ops.. jangan sebelum jadi wakil rakyat duk berceramah dan berkempen hentam kerajaan, dah jadi wakil rakyat pun masih duk berceramah dan berkempen. Satu apa pun tak buat nak bantu rakyat! Perut rakyat nak kena isi dan perut-perut ini tidak akan kenyang hanya dengar ceramah kalian!

Share this

4 Responses to "Cikgu Mala jadi calon Pas... Terima kasih Muhyiddin!"

  1. mgkn sebab tu PR bcadang nak bagi imbuhan rm500 sebulan kpd para guru dlm pelan 100 hari mereka tu...diorang tahu ramai guru menyokong diorang...
    skrg kerajaan dah terkena, selama ni asyik manjakan guru2 sangat...sehinggakan dibenar berpolitik...nah, skrg ambik engkau..macam je kakitangan kerajaan lain tak buat kerja...walhal yg lain majoritinya adalah penyokong tegar kerajaan..
    memang ramai jugak guru menyokong kerajaaan...tp mgkn peratus dgn mereka yg sokong pembangkang jauh berbeza...ini betul2 pengajaran baik utk kerajaan...lain kali jgn terlalu jaga hati 1 pihak saja...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Bro

    Hai cikgu kalau tak mengajar anak murid nak jadi apa? Kalau berpolitik lagilah teruk sebab anak-anak murid sekarang makin kurang ajar sebab cikgu yang hanya pandai berpolitik. memang betul pun majoriti adalah gunting dalam lipatan....

    ReplyDelete
  3. jangan cakap cikgu je; pensyarah, pelajar ipta/s pun ramai pembangkang. pelatih ipg, yg bakal kerja dgn kerajaan pun bangkang kerajaan.

    ReplyDelete
  4. kpd ajai62:

    maaf. kurang setuju dengan ayat "...anak-anak murid sekarang makin kurang ajar sebab cikgu yang hanya pandai berpolitik..."

    em...bagi saya, tugas mengajar & mendidik bukan 100% terletak di bahu guru je. ibu bapa & faktor persekitaran spt media & masyarakat sekeliling turut berperanan. bahkan kalau diikutkan, ibu bapa lagi besar tanggungjawabnya. pernah dgr tak "bayi ibarat kain putih yg suci. ibu bapa lah yang mencorakkannya". jgn tuding jari kat org lain kalau anak-anak kurang ajar. selidik betul2.

    p/s: bagaimana acuan, begitulah kuihnya. =)

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.