23 January 2011

Dari Tenang ke Merlimau sebelum ke Pelabuhan Klang?

Semalam baru saja proses penamaan calon bagi PRK DUN Tenang. Ia menyaksikan bertembungan satu lawan satu antara Azhar Ibrahim, anak bekas wakil rakyat Tenang menentang Normala Sudirman, bekas guru sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Dari segi populariti calon di kalangan pengundi di Tenang, Azhar jauh meninggalkan Cikgu Mala sebab Azhar sebelum ini bertugas sebagai ADO bagi daerah kecil Rengit dan sudah tentu banyak hal-hal berkaitan penduduk kampung di Tenang telah dibantu beliau, terutama melibatkan tanah. Manakala Cikgu Mala pula mengajar di Segamat, jauh dari kawasan Tenang.

Pun begitu,  BN jangan pula begitu selesa dengan kekuatan calonnya manakala pada masa yang sama jangan memandang remeh dengan Cikgu Mala sebab jika salah perhitungan apa sahaja boleh berlaku.

Dalam duk sibuk dengan PRK Tenang di Johor, sudah tentunya ramai yang terkejut dengan kematian ADUN Merlimau, Datuk Hidhir. Ah... nampaknya satu lagi PRK akan dilangsungkan dalam masa terdekat. 

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, Ali Rustam kata UMNO ramai calon popular dan berwibawa untuk diletakkan di Merlimau. Tapi aku jangkakan nama yang satu ini.... Nak tahu siapa yang aku maksudkan? Baca ulasan aku esok!

[Siapa bakal calon BN pada PRK DUN Merlimau? Jangan lupa ulasan aku esok...]

Sejak PRU-12 lalu, dah lebih 12 kali pilihan raya kecil di langsungkan di seluruh negara. Ada kes-kes disebabkan kematian wakil rakyat dan ada juga disebabkan peletakan jawatan. Aku rasa negara telah mencipta sejarah baru sejak merdeka apabila terpaksa mengadakan PRK sehingga lebih 10 kali dalam tempoh tak sampai separuh penggal.

Dalam pada itu, PRK juga kemungkinan berlaku di Pelabuhan Klang apabila penyandangnya, Datuk Bad (dulu PKR kini Bebas) telah dipecat kerana dikatakan tidak menghadiri Sidang DUN selama 6 bulan. Bagaimanapun, kes ini masih lagi tergantung sebab ia dibawa ke mahkamah.

Nampaknya macam kes Kota Seputeh, Kedah apabila wakil rakyat BN yang dipecat oleh Speaker DUN kerana tak hadiri sidang DUN tiga kali berturut-turut. Tapi kes ini masih jadi kes mahkamah dan sehingga kini statusnya tidak diketahui.

Itulah rentetan PRK yang sedang dan akan berlangsung di negara ini. Aku percaya penggal ini merupakan penggal paling sibuk bagi SPR kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air, berlangsung lebih 12 PRK dalam tempoh 2 1/2 tahun.

Sabar la SPR!

Share this

1 Response to "Dari Tenang ke Merlimau sebelum ke Pelabuhan Klang?"

  1. mohon link http://wicararumi.bolgspot.com

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.